MANA KOMPUTER RIBA PERCUMA?


“Kita pun tak tahu di mana silapnya, susah ke nak beli komputer riba? Ada banyak jenama dan banyak kilang. Kalau tak boleh beli semua dalam satu jenama, beli pelbagai jenama, perkara sangat mudah namun gagal dilakukan dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, apabila rakyat membuat #KerajaanGagal, sepatutnya mereka melihat perkara berkenaan sebagai positif dan tingkatkan usaha memperbaiki namun kegagalan ini amat ketara.






SERVEY: ISI GOOGLE LINK DISEDIAKAN. NYATAKAN PENDIRIAN ANDA SEBAGAI RAKYAT



 Jabatan Penerangan Malaysia sedang menjalankan kajian berkenaan "Reaksi Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0" bagi mendapatkan maklum balas rakyat. 


Tujuan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan PKP 3.0


Mohon kerjasama tuan/ puan yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjawab soal selidik

melalui pautan berikut:


https://forms.gle/CuEV38p52XBjQRZC9 


dan menyebarluaskan kepada semua untuk mendapatkan lebih ramai responden.


Tempoh Kajian: 20 hingga 24 Mei 2021


Terima kasih kerana sudi menjawab kajian ini.


#KomunikasiKita

#JabatanPenerangan



ANTARA TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN RAKYAT


1.Membuat TOTAL LOCKDOWN disertakan insentif dan bantuan kepada rakyat terutama golongan B40. LAKSANAKAN MORATORIUM AUTOMATIK SEPERTI LOCKDOWN 1

2.Membuka semula parlimen untuk bersidang demi membincangkan kemaslahatan rakyat dan memastikan keabsahan kerajaan demi kebaikan negara dan dihormati .

3.Memotong sekurang kurangnya  205  gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Yang Berkhidmat, dan sekelas dengannya untuk disalurkan kepada rakyat dan frontliners.

4.Membuat SOP dengan lebih kemas dan bertimbang rasa supaya rakyat lebih selesa untuk kompromi.

5.Bertimbang rasa dalam penguatkuasaan kompaun dan saman serta tidak menyalahgunakan kuasa. Rakyat marah=rakyat memberontak

6.Memastikan semua rakyat termasuk semua peringkat dan pangkat dalam masyarakat mematuhi SOP. Tiada pihak berkecuali. Kami cuma marahkan double standard di kalangan VIP,VVIP, dan Menteri.Tiada SOP berbeza antara marhaen dan kayangan juga artis.

7.Memastikan semua rakyat mendapatkan dos 1 dalam program vaksinasi kebangsaan. Setelah selesai, laksanakan program vaksinasi dos 2 secara berfasa. Ambil contoh United Kingdom.

8.Membuat lebih banyak infografik dan juga penyampaian maklumat tentang keseriusan jangkitan dan implikasi penyakit Covid-19. Mewujudkan barisan pasukan "Anti-Fake News Dan Anti-Vaksin News" kerana amnya masyarakat tanpa jaringan internet dan maklumat lebih mudah percaya kepada ramalan kiamat dan kemunculan Dajjal tetapi menidakkan Covid-19. "Create fear, then awareness will come"

9.Membuat SOP KETAT dan TEGAS terhadap sektor industri perkilangan kerana banyak kes berpunca dari sektor tersebut. BERHENTILAH MELOBI KAPITALIS. AWAS KEBANGKITAN RAKYAT MARHAEN DAN SOSIALIS!.

10.Menghentikan pengambilan individu bukan kerakyatan Malaysia untuk tujuan kerja dan sebagainya. Kebanyakkan kes berpunca dari varian UK, Afrika dan India. Inilah masanya untuk mengkaji semula Akta Buruh dan mengoptimumkan pengambilan rakyat Malaysia untuk mengurangkan kadar pengangguran.



DPIM cadang kerajaan beri moratorium lagi

 

By

 Mohd Zaini Samsu Hadi

 

MGF28072019_PC-PEMUDA-GAGASAN-SEJAHTERA40-1


 20 May 2021

Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memberikan moratorium automatik selama tiga hingga enam bulan bagi memberi kelegaan kepada rakyat  selepas banyak perniagaan merudum sejak awal Ramadan lalu.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, ramai peniaga-peniaga kecil mengalami kerugian yang drastik apabila jualan persiapan bagi sambutan perayaan Aidilfitri terpaksa dibatalkan.

Katanya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu memberikan pilihan untuk melaksanakan i-Lestari 2.0 atau I-Sinar 2.0 dalam situasi sekarang.

“Anak-anak pula sudah memulakan proses pembelajaran dan pengajaran di rumah. Menteri Kewangan juga perlu bertindak cepat dengan menyalurkan bantuan komputer riba seperti yang dijanjikan dalam belanjawan lalu bagi membantu pelajar…150,000 laptop yang dijanjikan, kemudian “dipinjamkan” masih belum nampak hasilnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Shahir lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu berjiwa besar untuk mengakui kelemahan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0 yang gagal melandaikan kes harian Covid-19, seterusnya memperbaiki SOP PKP 3.0 agar ianya berjaya.

“DPIM mencadangkan agar PKP 3.0 ini diperketatkan seperti mana PKP 1.0 agar kes harian dapat diturunkan dengan drastik. Rakyat makin tertekan dengan PKP yang berlarutan, tetapi separa masak yang menyebabkan kes harian tidak turun-turun.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri Selangor, perlu menerima realiti bahawa Selangor adalah penyumbang terbesar kes harian dan keadaan ini membimbangkan. Usah politikkan situasi Covid-19 dan tanggungjawab mereka adalah untuk mententeramkan keadaan semasa,” tegasnya. –MG

 

SOP SEPARUH MASAK, ATAU RAKYAT MALAYSIA DEGIL

Grand Design 3 Putrajaya, Muhyiddin Bakal Tersungkur

VIDEO : PENINGKATAN COVID19- LAGI DOKTOR MERAYU

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH….MUSIBAT PUNYA KAJIAN

 

Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dinamakan sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik negara ini, demikian menurut satu tinjauan oleh O2 Malaysia.

O2 Malaysia adalah sebuah pusat penyelidikan dan libat urus sosial yang memfokus kepada sentimen umum merangkumi isu politik serta pilihan raya, sosioekonomi dan penyelidikan dasar awam dengan melihat analisis data.

Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata, Mahiaddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan itu yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua popular selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus.

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah…..


Mahiaddin paling popular dan Hadi Awang di tempat kedua – berita ini benar-benar suatu lawak jenaka, lebih lawak daripada menonton Maharaja Lawak atau lawak jenaka oleh Sepahtu dan Harith Iskandar.

Seluruh negara pasti akan ketawa membaca laporan ini.

Di mana kajian ini dibuat agaknya?

Di Pagoh dan di Marang?

Atau hanya di kalangan kakitangan pejabat serta ahli Bersatu dan Pas sahaja?

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah…

Dari segi apa Mahiaddin dikatakan paling popular?

Adakah kerana terlalu kerap membuat perutusan khas yang membosankan rakyat mendengarnya?

Begitu juga, dari segi apa Hadi Awang meraih tempat kedua popular?

Adakah kerana jadi Duta Timur Tengah tapi duduk rumah dan makan gaji buta?

Rasanya tiga hari tiga tiga malam pun susah ketawa saya mahu berhenti, termasuk ketika sedang tidur juga dengan dapatan O2 Malaysia ini.

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah…..


(ShahbudinHusin 20/05/2021)




TAKUT NAK BERI MORATORIUM KE ?

 

PKP 'full lockdown': Kerajaan buat keputusan esok - Takiyuddin



Muhafandi Muhamad
PKP 'full lockdown': Kerajaan buat keputusan esok - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh seperti pada Mac 2020 atau 'full lockdown' akan diputuskan esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.
Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat.
"Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya mkn perlu memikirkan opsyen yang perlu ada, itulah perkaranya selama ni kita mengadakan PKP, PKPP, PKPB itu adalah langkah-langkah yang perlu diambil samada secara keseluruhan atau bersasar itu bergantung kepada keadaan … kalau kita lihat perkembangan di samping langkah kita ambil pelan PICK begitu tersusun cuma kita lihat ada perkara yang perlu kita tekan kan kurangnya sambutan rakyat untuk dapatkan vaksin sedang diusahakan di semua negeri,” kata Takiyuddin.
Takiyuddin berkata demikian di sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecil Majlis Keselamatan Negara di sini, hari ini.
"Itu diputuskan esok, ada sidang COVID yang melibatkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri itu akan dibincangkan.”
Bagaimanapun, SOP terperinci berkenaan 'full lockdown' ini, jika dilaksanakan, masih belum diketahui secara penuh.
Pada PKP 1.0 yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu, semua pergerakan rentas daerah dan negeri dilarang.
Manakala semua syarikat dan premis perniagaan juga tidak dibenarkan beroperasi, kecuali yang dalam sektor kritikal.



PKP PENUH PERLU DILAKSANAKAN DI KL DAN NEGERI KES COVID TINGGI

 MSO


Nasihat dan cadangan pakar² kesihatan agar dilaksanakan PKP sepenuhnya di Kuala Lumpur dan juga negeri yang kadar jangkitan tinggi perlu diberi perhatian.

Pihak kerajaan tidak perlu berfikir panjang apa lagi mengambil kira kesan politik sekiranya PKP sepenuhnya dilakaanakan.

Dalam beberapa tindakan mengekang pandemik kerajaan dilihat semacam berhati hati untuk melaksanakan sesuatu dengan tegas kerana memikirkan kesan politik dan sokongan rakyat kepada mereka. Maka kerana itu ternampak jelas kerajaan jadi serba salah sehingga menjelaskan KEGAGALAN sebagai sebuah keeajaan.

Mahaiddin dan the geng patut memikirkan nyawa rakyar daripada nyawa politik dan kerajaanya. Para Mutfi boleh memberi panduan dan fatwa mengenai hal ini jangan Mufti juga membuat fatwa mengikut rasa dan menimbang jasa. Trims.

 

Saya akan minta maaf jika dakwaan ‘scam’ vaksin KJ benar, kata Guan Eng

 

FMT Reporters

 -

May 20, 2021 4:23 PM



Chow Kon Yeow menunjukkan surat daripada Kementerian Kesihatan bertarikh 12 Mac yang menolak sumbangan dua juta dos Sinovac percuma dari sebuah syarikat swasta pada sidang media Selasa lalu. Turut hadir Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini berkata, beliau sedia meminta maaf berhubung dakwaan Putrajaya menghalang tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang, jika terbukti ia adalah “scam”.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, janji “penderma” dan syarikat yang berpusat di Hong Kong itu kemungkinan besar palsu, selepas pencarian mengenai syarikat itu di negara terbabit menunjukkan ia tidak wujud.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Lim sebelum ini mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menghalang Pulau Pinang mendapatkan vaksin itu daripada penderma.

“Jika apa yang dikatakan Khairy itu benar, maka saya akan minta maaf supaya kita boleh menumpukan perhatian terhadap perkara penting mendapatkan vaksin untuk rakyat,” kata bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dalam kenyataan.

“Sama ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara tidak berapa penting, dan sepatutnya tidak mengalih perhatian daripada dua isu utama kerajaan persekutuan memberikan kelulusan segera kepada semua kerajaan negeri untuk membeli vaksin atau mendapatkan sumbangan vaksin.

“Tidak salah untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi melindungi diri rakyat melalui apa saja cara yang dibenarkan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, KKM dengan tegas mengatakan “tidak” terhadap “tawaran” vaksin itu, sebulan selepas Chow menulis surat kepada KKM Februari lalu.

“Ketika KKM menolak tawaran untuk penderma vaksin, tidak ada disebutkan status syarikat itu sebagai syarikat palsu,” katanya.

Menurut Chow, Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah menulis surat kepadanya menyatakan negeri itu tidak perlu mempertimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan melaksanakan PICK.

Lim berkata, pemberian vaksin harus diagihkan ke negeri supaya lebih ramai orang dapat divaksin.

“Kerajaan Pulau Pinang telah menyuarakan kesediaannya menjadi perantara bagi memberikan vaksin percuma kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi serta mereka yang mampu mendapatkan vaksin.

“Mengapa harus ada monopoli vaksin oleh sebuah syarikat saja, apabila agihan kuasa dapat meningkatkan kadar vaksinasi?

“Lebih masuk akal untuk membiarkan mereka yang mampu membayar, membeli vaksin dengan kos mereka sendiri kerana ini akan menjadikan lebih banyak vaksin tersedia untuk diberikan secara percuma kepada orang lain,” katanya.

 


Rekod tertinggi 6,806 kes baharu Covid-19.

 


KERAJAAN TAKUT NAK BAGI MORATORIUM 46 BILLION..TAPI KERAJAAN KATA BELANJA 600 BILLION....LOGIK MANA TAK TAU LA



PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,806 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Rekod sebelum ini ialah 6,075 kes yang dicatatkan semalam.

Menerusi hantaran di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 492,302.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan

Segerakan sidang media PKP penuh, gesa ahli Parlimen DAP


Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata situasi sidang media ‘one man show’, diikuti kenyataan ‘u-turn’ oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain perlu dielakkan.

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen DAP menggesa Putrajaya segera mengadakan sidang media bagi menjawab persoalan sama ada perintah kawalan pergerakan lebih ketat akan diadakan di Lembah Klang atau seluruh negara.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam satu kenyataan berkata, sidang media terdiri daripada Perdana Menteri bersama menteri bertanggungjawab di setiap kementerian yang terbabit jika PKP penuh dilaksanakan adalah perlu kerana spekulasi mengenainya semakin hangat diperkatakan ketika ini.

“Mari kita elakkan situasi sidang media ‘one man show’, kemudian diikuti kenyataan ‘u-turn’ oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain.

“Mengadakan sidang media bersama Jemaah menteri akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional berkeupayaan untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya sambil menambah sidang media itu boleh dilakukan secara fizikal dan maya.

Beliau turut menggariskan lima persoalan yang perlu dijawab Jemaah Menteri dalam sidang media itu.

(i) Apakah rancangan untuk ujian saringan berkelompok dan mengesan kes positif ketika pkp diadakan? Berapa lama kita perlu asingkan dan beri sokongan kepada individu yang disahkan positif ketika program ujian saringan berkenaan?

(ii) Apakah garis masa untuk kelulusan oleh pihak berkuasa yang berkaitan seperti vaksin Sputnik dari Russia dan Cansino? Apakah maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk menilai keberkesanan vaksin ini?

(iii) Apakah perancangan negara untuk mengawal penularan Covid-19 di sektor perkilangan yang mencetuskan hampir separuh kluster ketika ini? Apakah jenis penempatan yang perlu ditukar terutama bagi pekerja asing yang duduk di dalam kawasan kilang?

(iv) Apakah rancangan untuk mencegah wabak ini di penjara dan pusat tahanan negara? Adakah terdapat perancangan untuk memberi vaksin kepada tahanan dan pegawai penjara dalam waktu terdekat?

(v) Bagaimana bantuan kewangan dapat disasarkan kepada mereka yang paling terkesan ekoran PKP penuh antaranya peniaga kecil, sektor peruncitan dan sektor pelancongan? Adakah subsidi gaji akan ditawarkan kepada syarikat di beberapa sektor ini?

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba baru-baru ini berkata pihaknya dalam perancangan untuk mempertimbangkan PKP secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut menegaskan negeri berkenaan tidak menolak PKP secara menyeluruh bagi membendung penularan Covid-19.

Negara merekodkan 46 kematian dan 6,075 kes baharu Covid-19 semalam, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari dengan merekodkan 2,251 kes baru semalam. Setakat ini jumlah kumulatif jangkitan bagi negeri itu sebanyak 159,305 kes.


KERAJAAN TIADA DATA RAMAL JANGKITAN COVID 19


CHINA BENARKAN VAKSIN DIBELI PIHAK SWASTA, KERAJAAN JANGAN SEKAT


# TAKCERDIKSEMBANGDERAS. TENGAH JAHIT BAJU PRAMUGARI KOT



HAMZAH RIE NA

Dah beribu mati kerana kobid pun tak per.. Bukan sampai 1 peratus pun kan..
SR




KHAIRY JAMALUDDIN KENA LETAK JAWATAN"FAIL"?APA BENDA NI BERBILLION UNTUK...

Orang Umno dalam Jemaah Menteri mungkin jadi buangan parti

 

Pertandingan merebut jawatan tertinggi Umno kini antara Mohamed Hasan, Hishammuddin Hussein dan Ismail Sabri Yaakob.

 

 

PETALING JAYA: Seorang pemimpin akar umbi Umno memberi amaran kepada rakan seperjuangan yang berkhidmat di Jemaah Menteri bahawa mereka berisiko dipulaukan parti mereka sendiri kerana Covid-19 mempengaruhi ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Semua orang nampak kemarahan itu,” katanya. “Ramai ahli akar umbi bimbang parti itu akan terkesan akibat hubungannya dengan pentadbiran sekarang.

“Selepas perhimpunan agung Umno, sudah ada gesaan untuk menteri kita meninggalkan Jemaah Menteri tetapi mereka tetap bertahan.”

Antara pemimpin tertinggi dalam hierarki Umno itu bercakap kepada FMT dengan syarat identitinya dirahsiakan

Beliau berkata menteri perlu “sekurang-kurangnya berusaha untuk memperjuangkan dasar dan langkah yang tepat” jika mereka merasa mereka mempunyai kewajiban untuk tetap berada di Jemaah Menteri kerana keadaan Covid-19.

Katanya mereka membahayakan Umno dengan mengabaikan gesaan pakar “bahkan pemimpin Umno” sendiri untuk melaksanakan sekatan ketat dan singkat serta membuka semula Parlimen dan banyak cadangan lain yang dapat membantu kerajaan menangani wabak itu dengan berkesan.

Pemimpin Umno dalam Jemaah Menteri perlu “bangkit dan mula bersuara” jika mereka mengimpikan jawatan kepimpinan menjelang pemilihan parti, tambahnya.

Tiga nama disebut-sebut bakal bertanding untuk jawatan presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini. Mereka adalah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

 

Kata sumber itu: “Dari apa yang saya tahu, menteri Umno tidak berpeluang memenangi jawatan tertinggi dalam parti. Melihat kepada keadaan semasa, mereka mungkin hanya akan jadi orang buangan.”

Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, Hishammuddin dan Ismail gagal menggunakan sepenuhnya kedudukan mereka dalam Jemaah Menteri. Mereka belum cukup lantang sebagai “voices of reason” yang berpotensi, tambahnya.

Merujuk kepada Mohamad, timbalan presiden itu “tiada masalah untuk menyuarakan buah fikiran, lantang bila perlu”.

“Inilah sebabnya mengapa ramai ahli Umno dan orang ramai sendiri melihatnya dengan pandangan yang sangat positif,” katanya.

“Saya tidak rasa sudah terlambat untuk Hishammudin dan Ismail membuktikan kemampuan mereka, tetapi mereka perlu bersuara kerana wujud rasa kurang senang dengan cara kerajaan menangani Covid-19 dan ekonomi.”

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, bagaimanapun, yakin Hishammuddin perlu diberi kesempatan untuk memimpin parti kerana pengalaman luasnya dalam kerajaan dan sebagai pemimpin kanan parti.

“Orang kata dia hilang selepas pilihan raya umum yang lalu kerana dia tidak bertanding dalam pemilihan parti, tetapi saya tidak melihatnya seperti ini.”

Nazri berkata beliau percaya keputusan Hishammuddin untuk tidak bertanding merebut jawatan didorong oleh kemahuan untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

Merujuk kenyataannya yang menuduh ahli Umno yang tidak keluar dari Jemaah Menteri selepas parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu sebagai pengecut, katanya, ia bukan bermaksud Hishammuddin tidak layak untuk memimpin parti itu.

“Kritikan itu bukan gambaran sebenar karakter beliau.”

 

 


PEGUAM INI BAGI SOALAN MAUT BUAT MB " SELUT" BERKAITAN AIR SUNGAI MUDA

 

Isu air Sungai Muda: Peguam ini bagi dua soalan ‘maut’ kepada MB Kedah


Antara 2 persoalan saya dari dulu yg masih belum terjawab oleh Ketua kerajaan negeri Kedah yg sedia ada

1. Apakah Locus Standi (hak dari sisi undang2) kerajaan negeri Kedah untuk menuntut pampasan dari air mentah yg telah mengalir selama beribu2 tahun melalui Ulu Sungai Muda, dari kerajaan negeri Pulau Pinang? dan

2. Sekiranya betul2 ada Locus Standii (kalau ada yg tak paham jugak, bolehlah Google sendiri), kenapakah sampai sekarang, kerajaan negeri Kedah tak berani bawak kes ini terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, Ke Mahkamah, untuk menuntut ‘HAK’ yg dikatakan wujud itu?

Jangan berani sembang deraih di media saja. Pertahankanlah ‘HAK’ rakyat negeri Kedah!!!!

Saiful Izham