KALAU AKU JADI PRESIDEN PKR



JAHAT TAK puak PANtuk penjilat OT95 Blackout Rentung? Depa punya dok maki hamun, caci, herdik, perli hina DSAI selaku Pengerusi PH walhal dia boleh bagi laluan pada puak yg dok benci dia.

Org mcm DSAI sanggup beri kerjasama dalam perkara yg boleh dia tolerate pun depa tak appreciate. Di Sabah, DSAI selaku Presiden Keadilan siap sokong Piee calon PM SEBULU lagi walau sesetgh penyokong (termasuk aku) tak berapa setuju.

Sampai ke saat ini anai-anai PANtuk masih dok hina DSAI. Pengkhianat kpd PH. Sudan sekian lama berlarutan ada pimpinan Amanah dok tegut atau beri amaran? Ciss..dasar Kelompok Kemaruk Kuasa - #K3..!!

- Zus Din
03 Julai 2020
***************
PRK Slim: PH beri ruang kepada kem Tun M

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu bersetuju memberi ruang kepada kumpulan Bersatu yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan datang.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang memutuskan untuk tidak bertanding dan membuka ruang kepada Bersatu ‘Blackout’ untuk berbuat demikian.

Ketika dihubungi, Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa PH tidak akan bertanding pada PRK yang dijadual pada 29 Ogos ini.

“PH bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun (Bersatu Blackout) bertanding,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa adalah terpulang kepada parti berkenaan untuk menentukan calon yang bakal bertanding.
Sebelum ini, pada 24 Julai, Senator Marzuki Yahya juga daripada kem Dr Mahathir menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRK Slim.

Beliau mendakwa ini selepas seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu bahawa gabungan pembangkang tidak akan bertanding pada PRK itu nanti.

Susulan itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata bahawa mereka akan berbincang dengan kem Dr Mahathir berhubung calon PRK Slim.

PRK Slim mencuri tumpuan kerana ia akan menjadi medan pertama melibatkan Perikatan Nasional dan PH, yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil Chini.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Slim diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Pada PRU ke-14, lalu Khusairi memenangi kerusi DUN Slim dengan menewaskan calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal dari PAS.

Allahyarham memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi. Sementara itu, ketika ditanya sama ada calon Bersatu ‘Blackout’ akan menggunakan tiket PH pada PRK itu atau sebaliknya, Saifuddin berkata dia tidak mempunyai jawapan.

“Tidak ada idea. Hanya Tun (Dr Mahathir) boleh jawab,” katanya lagi.

Untuk rekod, Marzuki sebelum ini berkata bahawa Bersatu ‘Blackout’ tidak akan menggunakan logo PH pada PRK tersebut.
“Kami tidak akan bertanding menggunakan logo PH. Sama ada kami guna lambang baru atau lambang yang diberikan oleh SPR,” katanya.

Bersatu ‘Blackout’ adalah kumpulan bekas anggota parti yang menyokong Dr Mahathir selepas tidak bersetuju keputusan presiden parti itu, Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada PH pada penghujung Feb lalu.
Krisis selama seminggu itu menyaksikan presidennya, Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri selepas Mahathir membuat keputusan meletakkan jawatannya.

Pada Mei lalu, Mahathir dan beberapa pemimpin yang menyokongnya termasuk Marzuki yang merupakan setiausaha agung Bersatu digugurkan keahlian mereka.
Link berita : https://m.malaysiakini.com/news/536891

INI DIA KLUSTER SIVAGANGGA




Kluster Sivagangga ni la bapa segala puncanya.. Cukup la wei kami ni kerja pun kena buang. Makan pun duit bantuan ja ni. Puas hati hang ?

Dia sedap2 lepak lpas balik dari india. Langgar arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara 13 julai.

Dia punya pasai, nah tgok kesan nya.

230 orang perlu dikesan dan disaring.
- 20 orang telah dipasti positif dan dihantar ke hospital termasuk dua murid sekolah rendah.
- 13 individu masih tunggu keputusan.

Lima sekolah Kedah diarahkan tutup sebulan.

Semua premis terlibat termasuk sekolah, tempat perniagaan dan rumah perlu dijalankan proses aktiviti pembersihan dan nyahkuman.

Aktiviti pengesanan aktif kontak rapat masih berjalan.

Ini hanya kerana seorang sahaja yang langgar arahan kuarantin wajib di rumah.

Sebab itu, ianya satu kesilapan untuk membenarkan kuarantin di rumah untuk mereka yang tiba dari luar negara - terutamanya dari negara-negara zon merah Covid seperti dalam kes ini.

INI JAWAPAN PAS


KERAJAAN PUN KELIRU DENGAN KES SAMAN


Hamdan Taha

Kenyataan Menteri Kanan yang mana kena saman seribu tapi polis terkeliru tempat itu bukan tempat awam....boleh minta semula duit itu...

Apa punya arahan kerajaan ni jadi macam tu...dah banyak mengarut dah pula...itu yang buat keputusan kuarantin di rumah bila balik luar negara tu...keputusan yang mengarut
1000 denda yang di kenakan kepada rakyat yang tak pakai mask tu terlalu tinggi ini bukan kerajaan nak denda dan bagi pengajaran tapi macam nak cari duit dari rakyat...

Cuba denda itu bermula dari 100 ringgit ke 1000 ikut keadaan dan sebab seseorang itu tak pakai mask bagi saya baru lah adil...

Jika dia sengaja dan degil tak mahu pakai mask kerana melawan dan sengaja belagak orang macam tu kita kena kan saman 1000 rm dan jika kali kali ke dua orang yang sama kerana sebab yang sama....baru saman lagi...dengan lebih tinggi....baru adil.




ORANG SABAH KATA TAK PAYAH DATANG..


Felicia George

Nak datang sabah nak tawan sabah PRN ni? Orang sabah ada maruah takkan benarkan lagi sabah jadi fixed deposit umno BN..Kami orang Sabah mahu tuntut hak Sabah cukup la selama BN memerintah satu apa pun hak Sabah tidak di kembalikan..ayuh....Sabahan for Sabah💪💪⛵👐



ULANG ARTIKEL

🔴 Rancangan Sulit Tan Sri Muhyiddin 🔴

1. Tan Sri Muhyiddin telah dipecat oleh Datuk Seri Najib pada 28.07.2016.

2. Waktu itu dia dihina, dipijak oleh Umno macam anjing kurap sehingga tiada parti berani terima dia kecuali Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir.

3. Demi kuasa, Muhyddin telah bersubahat secara sulit dengan Datuk Seri Azmin Ali mengkhianati Tun Dr Mahathir sehingga kerajaan pilihan rakyat iaitu PH ditumbangkan dan Muhyddin telah berjaya menjadi PM 8 pada Februari, 2020.

4. Bagaimana pun, kedudukan Muhyiddin umpama telur dihujung tanduk kerana parti Bersatu adalah parti kerdil dan tanpa aura Tun Dr Mahathir, Bersatu tidak mampu menarik sokongan orang Melayu.

5. Oleh itu, rancangan Muhyiddin adalah kembali semula dan menjadi Presiden Umno.

6. Tapi Najib & Datuk Seri Zahid Hamidi jelas tidak bersetuju.

7. Oleh itu, pada 28.07.2020, tarikh yang sama dengan tarikh Muhyddin dipecat oleh Najib, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.

8. Muhyiddin telah berjaya balas dendam dan kareer politik Najib telah habis. Sebagai orang bersalah, Najib juga telah hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU ke 15.

9. Bagaimanapun, untuk Muhyiddin kembali menjadi Presiden Umno, Zahid Hamidi kini masih menjadi batu penghalang.

10. Oleh demikian, adalah dijangka tak lama lagi Zahid Hamidi juga akan disabit kesalahan kerana kes rasuah dan seterusnya hilang kelayakan sebagai Presiden Umno.

11. Kini Khairy Jamaluddin & Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang berpakat untuk mengangkat Muhyddin sebagai Presiden Umno yang baru. Mereka hanya menunggu masa untuk Zahid Hamidi didapati bersalah oleh Mahkamah sebelum bertindak.

12. Oleh itu, jika Najib dan Zahid gagal menumbangkan Muhyiddin dalam masa terdekat, bukan saja kedua-dua mereka ini pasti akan masuk penjara, jawatan Presiden Umno juga akan jadi milik Muhyiddin.

13. Samada rancangan sulit membuahkan hasil, ia sedang menuju ke arah tersebut.

———————

Penulis adalah seorang penganalisis Politik. Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya pendirian Malaysia Dateline.

PROF DATUK DR SHAMSUL
August 2, 2020
6:49 am

Kenyataan Media Ketua Wanita KEADILAN 3hb Ogos 2020



Hari ini tatkala rakyat kembali ke ibu kota setelah bersama ibu ayah serta keluarga menyambut perayaan Hari Raya Korban, kita di kejutkan dengan berita seorang pensyarah wanita dari salah satu IPTA diMalaysia yang di laporkan dibunuh, dengan cara dililit leher menggunakan tudung yang dipakai olehnya.

Suami wanita tersebut kemudian mengaku bersalah dan dilaporkan juga bahawa pasangan tersebut sedang berhadapan masalah.

Wanita KEADILAN mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga allahyarhamah yang tentu sekali terkesan dengan mendalam serta mendoakan kesabaran dan ketabahan buat seisi keluarga.

Wanita KEADILAN juga turut menyatakan kekesalan yang amat sangat diatas insiden ini.

Suami merupakan pelindung buat wanita dan suami isteri merupakan pelengkap diantara satu sama lain. Manakala institusi keluarga pula merupakan unit-unit kecil yang membentuk masyarakat yang dibina diatas dasar kasih sayang, tolak ansur, mawaddah wa rahmah serta nilai-nilai murni yang dipupuk dalam keluarga. Sekiranya baik institusi keluarga, maka baiklah juga masyarakat yang terhasil darinya.

Namun tidak dinafikan bahawa keadaan tidak semestinya ideal seperti yang diinginkan oleh  setiap yang membina keluarga. Realitinya, pembentukan keluarga yang berkasih sayang yang kemudiannya mampu membentuk masyarakat harmoni serta ummah, perlu kepada usaha sungguh-sungguh dari semua pihak, sama ada individu dalam keluarga tersebut, masyarakat setempat, sistem sokongan yang baik, serta juga dasar-dasar kerajaan yang membina.

Sekiranya satu-satu keluarga berhadapan dengan masalah, maka tidak harus segan atau malu untuk meminta pertolongan dari ahli keluarga yang lain, rakan sekerja, jiran tertangga mahupun dari institusi khas yang diwujudkan untuk menolong.

Memohon untuk dibantu mungkin dapat menghindar insiden seperti diatas daripada terjadi. Masyarakat juga harus ambil tahu serta tidak rasa terhalang dari menghulurkan bantuan. Sama-samalah kita mainkan peranan untuk bantu membantu, peka diatas keperluan mereka di sekeliling kita serta sungguh- sungguh membina masyarakat yang prihatin.

Sekian
Hajah Fuziah Salleh. 😪😪😪




UMNO PILIH BUNG MOKHTAR DAN BUKAN MUSA AMAN SEBAGAI KM SABAH ?


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin memberi bayangan terdapat banyak pemimpin daripada parti itu yang berpotensi, termasuk dirinya untuk diangkat sebagai calon Ketua Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang ini.
“UMNO Sabah ada banyak calon Ketua Menteri. Saya boleh. Timbalan saya pun boleh (Jefri Arifin, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan), Rahman Dahlan boleh dan Hasnol Ayub, Ketua Umno Bahagian Penampang juga boleh.
“Banyak yang boleh. Kalau boleh jadikan Ketua Menteri 10 orang, semuanya boleh,” katanya ketika menjawab soalan pemberita berhubung calon Ketua Menteri UMNO pada PRN Sabah kali ini.
Sebelum ini, Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mengesahkan beliau akan ‘turut serta’ dalam PRN Sabah kali ini dengan bertanding di kerusi baru, DUN Lamaq.
Untuk rekod, ketika UMNO Sabah lumpuh sebelum ini di mana pemimpinnya beramai-ramai menyertai Bersatu, selain Bung Moktar satu-satunya Ahli Parlimen yang tidak berpaling tadah, seorang lagi pemimpin yang bertahan dalam parti itu ialah Musa Aman sendiri sebagai Adun Sungai Sibuga.
Kemudian dalam PRK Kimanis Januari lalu berikutan kedudukan Anifah Aman yang sebelum itu memilih menjadi Ahli Parlimen Bebas dibatalkan, jumlah Ahli Parlimen UMNO bertambah menjadi dua dengan kemenangan Mohamad Alamin mengalahkan Karim Bujang daripada Warisan.
Dengan kedudukan sebagai Pengerusi UMNO Sabah, jika parti itu berjaya memperolehi kerusi majoriti berbanding Bersatu, tentu saja tidak mustahil Bung Mokhtar akan diangkat sebagai Ketua Menteri yang baru.
Musa Aman pula, berikutan kedudukannya sekarang, bukan saja semakin tipis untuk dipilih semula sebagai calon Ketua Menteri, malah mungkin tidak diletakkan lagi sebagai calon pilihanraya. (Shahbudindotcom 03/08/2020)

MASK ANTARA DUA DARJAT


Jabatan Netizen Negara


Sian mamat ni, melayang duit sebulan gaji. Definisi tempst umum tu kena bagi clear..Takkan isi mnyak dalam situasi tak sesak rsmai orang pun kena? Praturan awal kaw sesak orang rmai seperti dalam pengangkutan awam, pasar pg, shopping complex dan tempat tumpuan. Kan lebih baik bagitau sapa keluar rumh wajib pakai mask.

Keputusan nak kuatkuasa pakai mask ni awal, tapi seblm 1 Ogos takde virus ka pasal tak wajib, takkan start 1 Ogos baru rasa bahaya virus banyak. Dari sisi lain penyokong Najib berkumpul ramai-ramais pun tak kena. Tengok Menteri Sabri Yaakob, KP Noor Hisham berada ditempat umum juga dengan wartawan media ramai, tak pakai pelitup muka..


TUUU DIA AIHHH..MUSANG KING PUNYA PASAI ..BANJIR HABIH


Yob Bmo

Ku kelik kapong raya kemarin, kawan ku duk maghah lagi...dia kata kali nii bukan banjir A, tapi banjir A selut, A tanah capor pasir...turun dari bukit yang di tarah dema buat tanam musang king...basuh keta pun xboleh...bercala habih...!😆

Mana pendirian Pas, dengan PN atau MN, soal MP Pulai



Selepas Umno mengumumkan menarik diri keluar dari Perikatan Nasional (PN), persoalan pula terarah kepada pendirian Pas ketika ini sama ada terus menyokong gabungan kerajaan ataupun Muafakat Nasional (MN).
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Pas perlu menjelaskan mereka sebenarnya menyokong pihak yang mana, oleh kerana terdapat isyarat seolah-olah parti Islam itu mahu bersama dengan Muafakat dan Umno.
Saya nak tanya lah, Pas ini sebenarnya hati mereka dengan siapa? Dengan PN ataupun dengan MN. Hari ini cakap macam dengan PN, kerana yelah dah sama-sama duduk dalam Kabinet.
“Tapi pada masa sama macam ada isyarat mereka mahu bersama dengan MN. Jadi, jelaskan hal itu. Di mana mereka nak pergi sebenarnya,” katanya ketika sidang media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini.
Selepas berteka teki mengenai perkongsian kuasa Umno dalam PN, Zahid Hamidi mengisytiharkan keluar dari gabungan kerajaan pada 30 Julai lalu.
Umno juga memutuskan untuk memilih memperkasakan gagasan Muafakatnya bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Umno juga memutuskan untuk memilih memperkasakan gagasan Muafakatnya bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Bersatu juga dilaporkan menyatakan hasrat menyertai gagasan tersebut.


Kerajaan PN didakwa sembunyi kes kehilangan dana 1MDB RM14.64 bilion

KENAPA TIADA KAWALAN SEJAK AWAL


Nordin Ahmad


Berbulan-bulan rakyat terpaksa akur arahan PKP, ikut SOP, bersabar dalam kesusahan, tiba-tiba natang ni balik dari India dengan berbekalkan Covid,bebas keluar tanpa dipantau ketat oleh pihak berkuasa.Maka ujud satu kluster baru darinya. Salah siapa? Kenapa buka pintu sempadan kalau tak mampu nak uruskannya dengan betul mereka yang dikuarintin, malahan dibuat sambil lewa? Apabila kes baru meningkat semula, kerajaan menyalahkan rakyat kerana mengabaikan sop.  Bila rakyat yang dah lama berkurung berbulan-bulan,patuh arahan kerajaan selama ini,lalai sedikit ,tidak memakai topeng muka, mereka terus dikenakan denda sebanyak seghibu hinggit. Rakyat marhaen jugak yang menjadi mangsa. Kesimpulannya kerajaan yg gagal menangani penularan Covid 19,dgn berkesan. Menteri sebuk berpolitik dari menjaga keselamatan dan keselesaan rakyat..


ZAHID DENDAM KEPADA MUHYIDDIN?

Teruk KJ kena Hentam dgn Puad Zarkashi



KJ: BACALAH KRITIKAN SAYA INI

Semalam, posting saya ada sentuh sikit pasal KJ.

Akibatnya terdapat beberapa komen terhadap KJ. Elok saya perjelaskan.

Ini bukan nasihat saya kepada KJ. Saya tidak layak menasihati beliau. Kalau nasihat pun belum tentu dia dengar

Sebab itu saya kata ini adalah kritikan. Maaf kerana tulis panjang sikit.

Tidak ada salahnya saya mengulas komen KJ terhadap Najib bila dia dihukum bersalah.

Jangan anggap ini sebagai perang sama sendiri atau perpecahan.

Ini politik terbuka. KJ suka politik terbuka. KJ kata ini cita rasa orang muda sekarang.

Tetapi jangan pula orang yang membuat komen awal dikatakan OK, manakala yang membalas komen dianggap pemecah belah.

Perbezaan pendapat OK, tetapi jangan berpecah sampai hilang kuasa. Perang Mahathir - Muhyiddin menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Perang Anwar - Azmin juga menyebabkan PKR kehilangan kuasa dan jawatan Menteri. Anwar pula gagal lagi jadi PM.

Ada tiga isu yang saya mahu sentuh terhadap komen KJ itu.

Pertama, walaupun KJ membuat kenyataan menyakitkan hati, Najib membalasnya dengan ucapan terima kasih tetapi sindiran tajam.

Dia tidak menghentam KJ. Dia mengucap tahniah kepada KJ kerana bekerja kuat setiap hari sehingga tumbangnya kerajaan PH.

Sebab itu menurut Najib, KJ dapat ganjaran kerana dilantik Menteri oleh Muhyiddin.

Tetapi apakah KJ faham sindiran tajam dan pedas dari Najib itu.

Sejak BN kalah, KJ senyap menghilangkan diri. Dia jarang mengkritik pembohongan PH meggunakan fb dan twitter beliau.

Kelibat KJ juga jarang nampak. Sedangkan Najib pusing seluruh negara menggunakan platform Bossku untuk jumpa akar umbi.

KJ ada?

Kedua, KJ kata jangan taksub kepada individu. Kita kena move on.

Sebenarnya rakyat tidak taksub kepada Najib sebagai individu.

Mereka taksub kepada perjuangannya dan jasanya. Dia penunai janji. Mereka juga taksub kepada kesabaran dan kegigihannya.

Najib sudah tidak ada apa apa lagi untuk ditawarkan. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan ada syarikat perniagaan yang besar.

Dia banyak hutang. Hutang ikat jamin, hutang LHDN sampai RM1.69 Bilion.

Ramai kawan kawan rapat lari meninggalkan dia. Tetapi rakyat biasa dan anak muda tidak lari. Mereka mengerumuni Najib diketika dia sudah tidak ada apa apa.

Itu tanda baik. Itu tanda mereka taksub kepada perjuangan Najib. Mereka ingat jasa Najib. Mereka melihat kebangkitan Najib setelah dilanyak begitu teruk.

Cuba KJ bandingkan dengan diri sendiri. Setelah tidak lagi menjadi Menteri. Tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan apakah rakyat masih mengerumuni beliau

Mereka suka KJ dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya. Taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang.

Itu taksub individu namanya. Itu patut ditolak. Ia tidak menambah apa apa kepada parti walaupun KJ jadi Ketua Pemuda dua penggal.

Ketiga, KJ kata jangan heret parti dengan keputusan Mahkamah. Ini tuduhan kedua KJ kepada Najib.

Dulu apabila Najib mula didakw, KJ kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela.

Ia pantas dijawab oleh Najib bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya. Dia letak jawatan Presiden UMNO. Dia ke Mahkamah tanpa menganjur demonstrasi.

Kini KJ bangkitkan isu yang sama. Tahukah KJ, bila PH tumbang, ada usaha oleh Ketua Ketua Bahagian supaya kes Najib digugurkan. Najib menolak dan mahu terus melawan di Mahkamah.

Justeru, taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Teman dalam “Perjuangan”.

Apakah KJ ada teman sejati seperti itu. Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan.

Sebab itu jangan jadi pemimpin populis. Parti tidak untung apa apa.

Semoga Najib tabah dan Istiqamah. Kepada KJ, “Jangan hanya tahu erti mewarisi kepimpinan. tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan”.

Maafkan saya. Selamat menyambut Raya Qurban.

KEGAGALAN KEMPEN BMF


Mohammad Firdaus



 Dalam perniagaan ni cubalah jangan sesekali kita ambil tindakan yg boleh mengurangkan jumlah pelanggan kita..

Contoh,  bila kita letak nama kedai Muslim, kita mungkin akan kehilangan pelanggan yg bukan Muslim, mereka takkan masuk ke kedai yg diisytiharkan sebagai kedai Muslim..

Kedua nya adalah produk..
bagus lah jika mahu tampilkan produk² yg dapat memajukan ekonomi melayu Islam.

Tidaklah salah, sebab semua bangsa pun akan cuba mempromosikan barangan keluaran bangsa mereka jugak..

Tetapi apabila menghadkan hanya kepada produk muslim semata, itu hanya akan mengurangkan lagi jumlah pelanggan yg tadinya sudah mengecil disebabkan marketing hanya menjurus kepada pelanggan beragama Islam.

Sebabnya adalah yg menjerit melaungkan BMF tu pun sebenarnya mereka tetap juga membeli beberapa produk bukan BMF dalam kehidupan harian mereka.

Jadi bila barangan di kedai adalah terhad dan tiada produk yg mereka ingin beli di kedai tersebut, mereka akan pergi ke kedai lain.

Jadi kalau nak berniaga dan nak berjaya dalam perniagaan, buatlah marketing yg dapat menarik segenap lapisan masyarakat setempat untuk datang ke kedai kita.

Jangan kecilkan pelanggan kita kepada hanya kumpulan² tertentu.

Pernah dengar Cina buka kedai runcit dengan nama " Kedai Produk Buddha "?


PESANAN UNTUK MUHYIDDIN.JANGAN BAWA BERSATU SERTAI MN...TETAPI...


Walaupun mungkin betul Muafakat Nasional yang mempelawa Bersatu untuk menyertai gabungan tersebut, tetapi Muhyiddin Yassin tidak harus tergesa-gesa menerimanya.
Ini kerana MN adalah gabungan yang mana UMNO adalah “abang besarnya” dan jika Bersatu menjadi anggota barunya, bermakna parti itu akan berada di bawah telunjuk UMMO.
Dengan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, keadaan tersebut hanya akan merendahkan tarafnya.
Bayangkan, dalam kerajaan beliau adalah Perdana Menteri dan mempengerusikan mesyuarat, tetapi di dalam MN terpaksa duduk di sebelah Presiden UMNO.
Bersatu hanya relevan untuk berada dalam MN sekiranya gabungan itu, khususnya UMNO, sedia menjadikan Muhyiddin sebagai Pengerusi atau mengepalai gabungan tersebut.
Dalam kedaaan tersebut, barulah kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tampak dihormati, selain memberi lebih kuasa kepadanya dalam soal pembahagian kerusi antara ketiga-ketiga parti yang bersaing untuk berebut kawasan Melayu yang sama.
Tetapi, sediakah UMNO memberi laluan?
Begitu pun, yang lebih afdal dan cantik ialah, sesuai dengan kedudukan Perikatan Nasional atau PN sebagai kerajaan dan Muhyiddin sendiri diterima sebagai Perdana Menteri oleh semua parti dalam gabungan yang belum didaftar itu, beliau harus menjadikan ianya sebagai gabungan baru yang sah seperti BN atau PH.
Sekali lagi, dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin mesti bertegas dengan semua parti yang berada dalam kerajaan sekarang agar setuju atau wajib menyertai PN untuk bersama-sama mempertahankan kerajaan serta menghadapi PRU15 akan datang.
PN yang menjadi kerajaan sekarang tidak harus hanya menjadi gabungan yang sementara dan ada pula parti tertentu, seperti UMNO misalnya, berpendirian enggan menyertainya.
Jika tidak mahu menyertai PN, kenapa masih terhegeh-hegeh duduk dalam kerajaan PN?
Dengan menjadikan PN sebagai gabungan rasmi dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri secara automatiknya mengetuainya, maka barulah, bukan saja kedudukan Muhyiddin dapat diiktiraf secara menyeluruh dalam mengetuai kerajaan dan gabungan politik secara serentak, malah mampu memberi lebih keyakinan lagi kepada rakyat untuk memberi sokongan.
Lagi pula, jika semua parti yang berada dalam kerajaan PN dapat menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal kiranya masih ada parti yang enggan menerimanya sebagai ketua untuk menghadapi PRU15 akan datang.
Ditambah dengan kedudukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang berdepan hampir 100 kes mahkamah, Muhyiddin adalah calon paling layak untuk berdepan dengan PH dalam sebuah pertempuran.
Untuk menjadikan itu sebagai kenyataan, tentulah lebih mudah dengan menjadikan PN sebagai gabungan politik yang sah, bukan dengan mengajak Bersatu, parti yang diterajui Perdana Menteri menyertai MN.
Lagi pula, berbanding MN yang dianggotai UMNO dan Pas, PN yang disertai pelbagai parti, termasuk dari Sabah dan Sarawak, jauh sesuai untuk berdepan PH dalam PRU15 nanti.
Yang perlu hanyalah Muhyiddin mesti ada ketegasan dalam menjadikan PN sebagai gabungan politik baru yang sah untuk mentadbir negara, bukan saja sekarang tetapi juga untuk masa mendatang.
Kalau sebelum ini Perikatan berjaya ditukar kepada BN, tiada ada sebab PN tidak boleh direalisasikan sebagai gabungan politik yang baru untuk mentadbir negara ini.
Tambahan lagi, berbanding dengan MN yang meletakkan kedudukan Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali dalam keadaan tidak menentu, sebaliknya menjadikan PN sebagai gabungan sah yang diketuai Muhyiddin, beliau dengan sendirinya berupaya memastikan kedua-dua kumpulan penyokong kuatnya itu dapat dipertahankan tempat yang sesuai untuk terus bertanding lagi.
Bagaimana dengan Pas?
Oleh kerana Pas sedang syok dengan nikmat jawatan dalam kerajaan, parti itu pasti lebih memihak kepada Muhyiddin dan PN berbanding MN.
Yang perlu sekarang hanyalah lebih ketegasan daripada Muhyiddin dan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak harus mengalah atau tunduk terhadap sebarang ugutan serta ancaman untuk menghancurkan PN, lebih-lebih lagi daripada mereka yang sedang berdepan banyak kes di mahkamah. (Shahbudindotcom 03/08/2020)


MENUJU PRU 15: RAKYAT TERENGGANU PERLU BERI PELUANG KEPADA PH

KJ PERLU BACA KRITIKAN PUAD ZAKARSHI

TUGU PENGKHIANAT NEGARA

JOM TENGOK TUGU
Buy Zunar's latest e cartoon book @ www.zunar.my @ RM10 only

PELANCARAN GERAK98 PULAU PINANG BERSAMA EZAM MOHD NOR


BEGINILAH SIKAP MANUSIA YANG MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS


Ibrahim Mat Isa

Belajar tinggi-tinggi, keje besau, gaji hebat, pakaian ranggi.. TAPI otak selut tak ada kesedaran sivik. Nak didik lagu mana lagi supaya warga kita menjaga kebersihan persekitaran?

Semalam aku ternampak ada viral seorang makcik solat tepi hiway, dalam hati aku makcik tu benak barangkali.. macamlah hiway kita tak ada R&R yang tersedia sudah surau yang indah dan bersih. Lagipun dalam berkendara, dibolehkan jamak atau jamak qasar.

Hari ini mengadap lagi gambar tepi hiway sepanjang hala ke sebuah negeri di penjuru semenanjung, sampah bersepah. Nak kata benak, bapa tokwan punya benak lagi ada...

Adakah peluang buang sampah hanya percuma ketika musim perayaan dan kesempatan balik kampung?

Otak sebahagian rakyat ialah sampah, dari situ wujud tidak rasional dalam pertimbangan apa pun. Tak bincang soal politik lagi, segalanya sampah.

Meluat aku!



DULU PH DIBENCI AKIBAT MENTERI PH BUAT KERJA BODO, KINI SEDIKIT DEMI SEDIKIT PN PULA DIBENCI.


HAMDAN TAHA

Kerajaan PN ambil alih kerajaan dari PH yang ketika itu populariti telah menurun begitu teruk terutama dari pandangan masyarakat Melayu terutama dengan kebijaksanaan Umno dan Pas mengambil sesuatu isu atas kebodohan para menteri PH ketika itu...
Tiba tiba PN ujud dan PM di ambil alih oleh TSMY negara dan dunia ketika itu sedang berdepan dengan serangan virus 19. Negara dan kepimpinan PN terpaksa mengambil pendekatan mengadakan PKP dengan segera. Ketika PN umum PKP dua perkara terselamat. Pertama dapat membendung jangkitan virus 19 dan juga virus politik dari di serang oleh PH dan penyokongnya. Maka PN di selamatkan dari serangan politik....dan rakyat bersedia memberikan sokongan kepada TSMY. Apabila TSMY membentangkan bantuan kewangan 1600 populariti dia meningkat.....tapi itu beberapa bulan yang lepas...
Sekarang saya telah membaca di media sosial dan sembang sembang dengan kenkawan kerajaan PN mula di pertikaikan secara sikit demi sedikit. Jentera PH pula sudah mula spin kenyataan kenyataan menteri menteri PN yang kurang teliti dan tidak di sukai rakyat. Geng geng PH dah mula menyerang Pas dalam banyak isu terutama Ruu 355 yang boleh menyebabkan Pas tertekan.
Rupanya pujian rakyat tidak bersifat kekal,apabila Ismail Sabri mengumumkan SOP terbaru saya lihat sudah mula dapat bangkangan dan tidak mendapat sokongan padu seperti sebelum ini. Tindakan polis yang menyaman rakyat dan ambil tindakan kasar akan menyebabkan kerajaan ini berdepan dengan cemuhan dam kritikan. Virus 19 yang sekarang ini menular bukan lagi dari klauter yang awal tetapi klauter yang di sebabkan kesilapan kerajaan melalui klaster import yang 100 peratus kesilapan kerajaan kerana membenarkan mereka berada di rumah dan tidak di pantau antara kes sekarang ini di Kedah dan Serawak....kesilapan itu mereka pula mendera rakyat dengan sop baru....
4 hari sebelum raya Ismail Sabri umum SOP yang menyebabkan ramai orang terpaksa rugi. Antaranya yang dah edar kad kawin...edar kad kenduri dan sebagainya....di batalkan kerana kerajaan tidak benarkan. Tetapi rakyat terkejut bila Ismail Sabri dan Umno pula melangar SOP yang mereka sendiri umumkan. Ini semua menghilangkan populariti kerajaan PN....
Masalah ekonomi,pekerjaan dan penganguran meningkat setiap hari. Nilai harta yang menyusut dan harta yang tidak laku dan macam macam hal akan menyebakan rakyat menuding jari pada pihak kerajaan....ini semua akan merudumkan rekod TSMY tambahan pula jika adanya PRU banyak....ini akan menyebabkan rakyat meluat....




PAS MANA?

No photo description available.

“Takkanlah Umno nak tanding 20 kerusi”

“Takkanlah Umno nak tanding 20 kerusi”

Mungkinkah kedaulatan negara dijual selepas tumbangkan kerajaan sendiri?

Mungkinkah kedaulatan negara dijual selepas tumbangkan kerajaan sendiri?