MAMPOIH KALAU DOK MAKAN RASUAH

 


Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercuti serta-merta sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan tertentu yang telah dilaporkan dan membabitkan beliau.






Baca artikel penuh: https://www.tvsarawak.my/2025/12/27/dakwaan-pengubahan-wang-haram-panglima-tentera-darat-bercuti-sehingga-siasatan-selesai/





Abang Johari Bangunkan Sarawak, Anwar Akui: Inilah Masa Depan Malaysia

Great Honbill






KUALA LUMPUR: Apa yang diperjuangkan Sarawak sejak sekian lama akhirnya diiktiraf di peringkat tertinggi negara. Di bawah kepimpinan tegas dan berani Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak hari ini bukan lagi sekadar negeri penyumbang, tetapi penentu masa depan Malaysia.


Pengakuan itu datang sendiri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa Sarawak adalah masa depan negara, susulan kejayaan luar biasa kerajaan negeri membangunkan sektor tenaga, industri berat dan ekonomi hijau demi kesejahteraan rakyat.


Ini bukan kebetulan. Ini hasil perjuangan.


Menurut Anwar, Kerajaan Persekutuan kini berdiri bersama Sarawak bagi merealisasikan agenda besar yang telah lama diperjuangkan oleh Abang Johari dengan agenda yang berpaksikan hak Sarawak, maruah negeri dan keadilan untuk rakyat.


Lawatan Perdana Menteri ke Kuching, Miri dan Bintulu baru-baru ini menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) global, bukti nyata bahawa dunia kini memandang Sarawak sebagai kuasa baharu tenaga dan industri masa depan.


Lebih penting, Anwar turut mengiktiraf peranan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), syarikat milik Sarawak yang lahir daripada keberanian politik kerajaan negeri mempertahankan hak minyak dan gas sendiri. PETROS kini berdiri megah sebagai pemain utama industri tenaga, bukan lagi sekadar pemerhati di tanah sendiri.


“Peranan PETROS akan terus diperkukuh,” tegas Anwar, sambil menekankan kerjasama strategik bersama PETRONAS, satu pengiktirafan jelas bahawa Sarawak kini setara, bukan lagi dipinggirkan.


Bagi rakyat marhaen, ini bermakna hasil bumi Sarawak tidak lagi mengalir keluar tanpa pulangan adil. Anwar mengakui perolehan Sarawak semakin meningkat hasil perkongsian yang lebih telus dan saksama, selari dengan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan tanpa henti oleh Abang Johari.


“Komitmen terhadap MA63 adalah komitmen kepada keadilan,” kata Perdana Menteri, satu pengesahan bahawa suara Sarawak kini didengar, bukan lagi dipandang sepi.


Di bawah kepimpinan Abang Johari, Sarawak juga sedang melakar sejarah sebagai peneraju hidrogen hijau Asia, membuka ribuan peluang pekerjaan, menarik pelaburan dari Jepun, Korea Selatan dan Eropah, serta menjadikan negeri ini benteng ekonomi masa depan anak Sarawak.


Ini bukan projek elit. Ini masa depan anak kampung, pekerja biasa, nelayan, petani dan generasi muda Sarawak.


“Transformasi sebenar untuk rakyat Sarawak sedang berjalan,” kata Anwar.


Hari ini, Sarawak berdiri lebih teguh. Suara Sarawak lebih lantang. Hak Sarawak semakin dipulangkan.


Di barisan hadapan perjuangan ini berdiri seorang pemimpin yang tidak tunduk, tidak berganjak dan tidak berkompromi apabila menyentuh kepentingan rakyatnya , Premier Sarawak, Abang Johari.



SUMPAH LAKNAT

Amaya.


 Sumpah Laknat 😂


Baru tahu Hari Ini Bagi Surat Photocopy bukan Original.. ( Derma Pak Arab) dan semua Surat dan Proof Sumbangan Arab adalah TIPU





KRISI MAKIN PATAH BILA SPR MULA MASUK CAMPUR.



 Mohd Asri Mohd Jamil


Krisis di Perlis memberi gambaran yang sukar disangkal. Pertukaran Menteri Besar bukan berlaku kerana kekuatan dan keyakinan politik, tetapi kerana tekanan dalaman yang gagal dikawal. Untuk meredakan keadaan, tiga ADUN PAS digugurkan, seolah-olah merekalah yang perlu memikul beban krisis.





Namun, pada masa yang sama, lima ADUN Bersatu yang terlibat menghantar SD bagi menukar MB tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin. Situasi ini menimbulkan persoalan yang lebih besar: mengapa ada dua standard berbeza dalam gabungan yang sama? Siapa sebenarnya memegang kuasa penentu?


Apabila hanya satu parti menanggung akibat, sementara parti lain bebas daripada tindakan, mesej yang sampai kepada rakyat ialah wujudnya ketidakseimbangan dan perebutan pengaruh dalam gabungan.


Kestabilan yang dibina melalui pengguguran rakan sendiri bukanlah kestabilan yang meyakinkan. Sebaliknya, ia menimbulkan lebih banyak pertanyaan:

adakah ini strategi kematangan,

atau tanda jelas bahawa gabungan sedang retak dari dalam?


Dengan MB bertukar, tiga ADUN PAS digugurkan, dan lima ADUN Bersatu tidak disentuh, rakyat mula bertanya: PN berantakan?




PESAN UNTUK KETUA PEMUDA UMNO IQ 65


 

SUATU MASA MALAYSIA PUN TAK BERKECUALI







Apabila Che Guevara ditangkap di tempat persembunyiannya, setelah seorang penggembala kambing melaporkannya, seorang tentera bertanya kepada penggembala itu dengan penuh hairan:


“Bagaimana engkau sanggup melaporkan seorang lelaki yang telah menghabiskan seluruh hidupnya berjuang untuk rakyatmu dan mempertahankan hak-hak kalian?”


Penggembala itu menjawab dengan tenang:


“Perang-perangnya dengan musuh menakutkan kambing-kambingku.”


Jawapan itu pendek, tetapi mengiris hati.

Kerana begitulah manusia – mudah lupa kepada mereka yang berjuang untuknya, mudah takut apabila perjuangan mula mengganggu keselesaan.


Namun kisah seperti ini bukan hanya milik zaman moden.

Lebih dua abad sebelumnya di Mesir, panglima agung Muhammad Karim bangkit menentang kempen penjajahan Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte. Setelah beliau ditangkap, mahkamah penjajah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.


Napoleon memanggilnya dan berkata dengan nada kagum:


“Aku kesal kerana terpaksa menghukum mati seorang lelaki yang telah mempertahankan tanah airnya dengan begitu gagah berani. Aku akan mengampunkanmu jika engkau dapat membayar sepuluh ribu keping emas sebagai ganti rugi atas tenteraku yang terkorban.”


Muhammad Karim menjawab dengan tenang namun berani:


“Aku tidak memiliki sebanyak itu, tetapi aku boleh hutang dari para pedagang di negeriku melebihi seratus ribu keping emas.”


Napoleon memberinya sedikit masa. Maka keluarlah Muhammad Karim ke pasar dalam keadaan terikat dengan rantai, diiringi tentera penjajah, membawa harapan bahawa orang-orang yang telah dia korbankan dirinya untuk mereka akan membantu.


Tetapi pasar itu sunyi.

Tiada seorang pun yang datang.

Malah para pedagang menuduhnya sebagai punca kehancuran Iskandariah dan kemerosotan ekonomi mereka.


Beliau kembali kepada Napoleon dengan hati yang hancur. Napoleon memandangnya lama dan berkata:


“Aku tidak akan menghukum matimu kerana engkau berperang menentang kami,

tetapi kerana engkau telah mengorbankan hidupmu demi kaum yang pengecut,

kaum yang lebih mencintai perniagaan mereka daripada kebebasan tanah air mereka.”


Dan Dr Muhammad Rasyid Ridha pernah menulis dengan getir:


“Seorang pejuang yang bangkit untuk masyarakat yang jahil

ibarat orang yang membakar tubuhnya sendiri untuk menerangi jalan bagi seorang buta.”


Zaman berlalu.

Nama berubah, wajah berganti, tetapi kisahnya tetap sama.


Saddam Hussein, pemimpin yang pernah menakutkan dunia Barat dengan keberaniannya, dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri.

Saat tali gantung menjerut lehernya, tidak ada lagi laungan sokongan. Mereka yang pernah bersorak namanya kini menjadi penonton senyap di layar televisyen, menyaksikan pemimpin mereka mati dalam kehinaan.


Muammar Gaddafi, yang membangunkan Libya dari padang pasir menjadi negara terkaya di Afrika, diseret dan dipukul hingga mati oleh tangan-tangan rakyat yang pernah menikmati hasil kekayaan negaranya.

Darahnya membasahi tanah yang pernah dia suburkan sendiri.


Keduanya tidak sempurna, seperti setiap manusia lain. Tetapi yang menyayat hati bukanlah kejatuhan mereka, melainkan pengkhianatan rakyat yang pernah mereka lindungi.


Dari Che Guevara ke Muhammad Karim, dari Saddam Hussein ke Muammar Gaddafi, sejarah berulang dengan irama yang sama:


“Tidak semua perjuangan akan dibalas dengan kesetiaan.”


Namun para pejuang sejati tetap berjuang, bukan kerana mereka mengharap pujian,

bukan kerana mereka ingin disanjung,

tetapi kerana mereka tahu,

tanah air, kebenaran, dan maruah tidak akan pernah terbela oleh jiwa yang takut rugi.


Kredit: Faizal Abdullah


#FreePalestine

#GlobalSumudFlotilla


☑️ • 𝗟𝗶𝗸𝗲 • 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 • 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 •





NOTIS KOSONG TIGA KERUSI SUDAH DIHANTAR KE SPR, BERAPA LAMA MB BARU PERLIS MAMPU BERTAHAN?



29 December 2025


Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sudah menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Speaker DUN, Rus’sele Eizan mengesahkan, serahan notis pengosongan kerusi itu kepada SPR Perlis membabitkan kerusi DUN Bintong, DUN Guar Sanji dan DUN Chuping yang mana ketiga-tiga kerusi berkenaan dimenangi PAS sebelum ini.


Serahan notis pengosongan kerusi itu dilaksanakan sekitar jam 12 tengahari hari ini (29 Disember) dan diserahkan kepada Pengarah SPR Perlis, Siti Rahayu Ahmad Rusli di Pejabat SPR Perlis.


Katanya, pemakluman kekosongan itu adalah bagi memohon pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi memilih semula wakil rakyat di ketiga-tiga kawasan berkenaan.


“Permohonan PRK ini akan tertakluk kepada SPR yang akan meneliti kesesuaiannya kemudian dan terserah kepada mereka untuk menentukannya,” katanya.


Kerusi DUN Bintong, DUN Guar Sanji dan DUN Chuping diumumkan kosong oleh Rus’sele selepas tiga wakil rakyatnya iaitu Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dan Saad Seman (Chuping) dihentikan keahlian mereka daripada PAS kerana bersekongkol dengan lima Adun Bersatu dalam menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang juga ADUN Sanglang.


Mengikut undang-undang pilihan raya, PRK hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi diterima oleh SPR.


Pada PRU15 lepas, PAS menang dengan cemerlang di ketiga-tiga kerusi berkenaan iaitu di Bintong dengan majoriti 4,329 undi, di Guar Sanji dengan majoriti 5,101 undi dan di Chuping dengan 2,420 undi.


Ini bermakna jika diadakan PRK, peluang PAS melalui calon baru yang tentunya mempunyai kesetiaan kepada parti untuk mengekalkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi adalah amat tinggi.


Kiranya keadaan itu berlaku, jumlah Adun PAS di DUN Perlis kembali kepada sembilan orang, manakala Bersatu kekal lima dan PH tetap satu.


Jumlah kerusi DUN di Perlis ialah sebanyak 15.


Dalam keadaan sebegitu, berapa lama Abu Bakar Hamzah daripada Bersatu mampu bertahan sebagai Menteri Besar?


Mungkinkah nanti beliau akan dijatuhkan melalui undi tidak percaya dan kerusi Menteri Besar akan jatuh semula kepada PAS?


Adakah akhirnya Abu Bakar akan mencatat rekod sebagai Menteri Besar paling singkat tempoh perkhidmatannya? – ShahbudinHusin 29Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/berapa-lama-mb-baru-perlis-mampu-bertahan/





BEKAS MENTERI SEBELUM COVID DIPANGGIL SPRM.







Maklumat dari SPRM:


1. Seorang bekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.


2. BH difahamkan, menteri itu menerima rasuah berkaitan projek PAPAN IKLAN dan PEMINDAHAN TANAH di ibu negara


3. Kereta mewah itu diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.


4. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


5. BH difahamkan, bekas pemimpin terkenal itu dan pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, kini turut berada dalam radar siasatan ekoran dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.


6. Siapa dikalangan mereka?


Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/12/1490628/rasuah-lamborghini-bekas-menteri-beri-keterangan-di-ibu-pejabat-sprm




HA HHA HA... MEMANG RAFIZI LAMA DAH DEDAH BENDA INI.


 

KEH KEH KEH MELAYU LA NO..

 Fathi Aris Omar


Wah, ... Tahniah wakil rakyat Bersatu. YB Abu Bakar Hamzah angkat sumpah MB Perlis 💪👍 Minoriti perintah majoriti? Atau macam mana kira?








Yang Dato' Nik Ammar Abdullah pula bertanya: Apakah retak menanti belah? Mungkin Umno boleh cakap PAS pula: Elok PAS keluar PN dulu. 


Elok-elok SG4, nampak gaya jadi SG3 pula 😄


Saya tidak tahu sangat politik dewa-dewa di Indera Kayangan. Belum masuk bab mufti menjawab tuan guru. Tuan guru pula sebut pasal projek. 


Projek apa sebenarnya ini? Kenapa mufti ulas?


Hmmm ... tu tara Melayu sama Melayu tu!



MOKHTAR SENIK YANG TAK LAKU.... JANGAN IKUT TAR SENIK. KIOK.

 

Noshidah Md Daud



Sebagai penyokong PH, aku tgk post Mokhtar Bin Senik ni x ubah mcm pelacur politik

Ke kalau jantan org pggl gigolo?



X kisah bersama sape, asalkan boleh mengeluarkan lendir dari kemaluan


Jauhhhhhhhhhhh bermaruah pemimpin PH dari lebai2 yg konon perjuangkan agama ni


Gabungan PH bersama UMNO terjadi selepas xde sape yg mampu bentuk kerajaan 


Dia ni lak awal2 bukak spender tayang kemaluan merata asalkan dpt pasangan


Nape?


Sebab dia tau dia x mampu hidup sendirian

Dia tau dia x laku, so terpaksa offer diri murah2 asalkan dpt pasangan


Aku la kan...

Kalau pemimpin PH sendiri awal2 tunjuk bodo dok ajak bergabung dgn UMNO atau PAS sedangkan kita tau puak2 tu byk kes, awal2 aku maki

Tgk kes Khemah Besar dulu la

Bukan aku je, punya ramai geng PH maki team dlm PH yg bodo nk Khemah Besar


Sebabtu aku tolak rangkul semua peluk semua cium semua ni


Dan sebab itu jugak aku respect usaha Rafizi utk polish pemimpin d kalangan parti sendiri agar kita x perlu bersama dgn puak2 yg ada kes ni


Tp tu la...


Anwar Ibrahim lebih sayangkan Ramanan




BIAR JA MANGKOK NI URUSKAN SOAL DIA SUPAYA KELUAR DULU DARI UMNO. SOH JA DIA BUKTIKAN DAN KELUAR UMNO SERTAI PARTI LAIN

 


Zahid Hamidi Anwar Ibrahim Mohon Di Berikan Sedikit Pengajaran Kpd Akmal  Dan Kpd Sesiapa Yg Berhasrat Menimbulkan kebencian Netizen Utk Partinya yg Kelihatan semakin merosot kehebatan Ya😊🤚👋👇👇👇Mahkamah Tinggi mendapati Najib Razak bersalah atas semua pertuduhan berkaitan dana 1MDB, sekali gus mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap bekas perdana menteri itu.





Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, sebelum ini menyuarakan gesaan supaya parti mempertimbangkan kedudukan dalam kerajaan susulan perkembangan kes Najib.


Namun sehingga keputusan bersalah itu diputuskan, Akmal masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi bahawa UMNO akan keluar daripada kerajaan.


Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada gesaan tersebut akan diterjemah kepada tindakan sebenar, atau kekal sebagai kenyataan tanpa langkah susulan.


Credit : Radar Selangor. 👋🤚

#fypシ゚viralシfypシ゚viralシalシ #mantapkanmadani #followerseveryonehighlights #media #MALAYSIA #sarawak #sabah #fypreelsシ゚viralシ #fyppage Umie Malaya Ken Santono #PDMM




PADAN NGAN MUKA WALAUN...HADI PUNYA TINDAKAN ATAU PUNAHSIHAT PAS MANA ADA DAH. DAH LARI MASUK AMANAH..YANG ADA PUN IQ 65 SAJA.


 

KISAH SYED IBRAHIM




 

LAIN KALI AMBIL BUAT KAJIAN...DIMANA DATA DAN DIMANA SILAP.


 

BUKAN SAJA TAK BAIK BILA BERKAWAN, JUMUD ,BODO, TAKSUB....MAIN SOKONG BUTA TULI. OAS BUKAN AGAMA..MALAHAN OARTI POLITIK SAMA SAJA DENGAN OARTI LAIN. BEZANYA CUMA GUNA AGAMA, DAN LEBIH TERUK SUKA KHIANAT DENGAN SIAPA SAJA PAS BERKAWAN.



 PAS BUKAN KAWAN YANG BAIK, NEGERI KECIL PUN BERKECAMUK, APATAH LAGI MENTADBIR MALAYSIA





1. PAS adalah bom jangka dalam mana-mana hubungan politik. Sejak 1973 hingga 2025, PAS telah menyertai sekurang-kurangnya 7 pakatan utama, tetapi hampir kesemua hubungan ini tidak bertahan lama dan sering berakhir dengan konflik, perpecahan dasar atau pembubaran.


2. Gabungan ketika ini iaitu Perikatan Nasional (PN) juga sudah semakin nazak. Umum mengetahui PAS menjadi punca perpecahan dan kali ini giliran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menjadi mangsa. Semuanya adalah untuk menghalalkan keghairahan PAS menjadi bos besar PN atau mana-mana pakatan  politik.


3. Selagi PAS berada dalam sesuatu pakatan, risiko perpecahan, ketidakstabilan dasar dan krisis kepercayaan sentiasa menghantui. Ini bukan soal persepsi, tetapi fakta yang berulang kali berlaku. PAS ibarat ‘kambing apabila didekati, pasti ada yang lari kerana baunya’. 


4. Tiada parti tunggal yang boleh mentadbir negara berdasarkan rekod 15 pilihanraya umum, maka peluang PAS untuk mentadbir negara sangat berisiko kerana ketidakstabilan yang boleh wujud apabila mentadbir kelak. Terbukti berlaku ketika mana Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum ini, di mana ketika itu, UMNO yang dikhianati PAS kerana PAS memilih Bersatu (PN) dan bukannya UMNO (Muafakat Nasional). 


5. PAS juga gagal memerintah dengan bersih seperti yang dituntut oleh Islam. Ini diakui oleh presiden PAS sendiri. Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata bahawa krisis politik Perlis timbul apabila banyak projek besar tidak mengikut peraturan dan terlibat dengan rasuah. Seharusnya, Presiden PAS yang mengetahui tentang jenayah rasuah tersebut membuat laporan kepada SPRM, yang mana gagal boleh menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 25 Akta SPRM 2009. 


6. Pengurusan yang cacamerba dan berkecamuk, di samping prestasi ekonomi yang buruk di negeri-negeri SG4, membuktikan PAS-PN tidak berkemampuan mengemudi tampuk pemerintahan negara. Ini adalah kerana, data Jabatan Perangkaan membuktikan negeri-negeri SG4, terutamanya Kelantan dan Perlis, menduduki tangga tercorot dalam ranking upah median sektor formal. Dari segi kemiskinan mutlak pula, Kelantan dan Kedah berada pada kedudukan paling bawah di Semenanjung Malaysia. 


7. Negeri-negeri bawah pimpinan PAS-PN juga terkebelakang dalam menarik pelaburan domestik dan antarabangsa. Di Kedah, pelaburan tertumpu di lokasi seperti Kulim Hi-Tech Park dan Kedah Rubber City yang mana agensi-agensi persekutuan memainkan peranan utama dalam membawa masuk pelaburan. Oleh itu, dari sudut prestasi pentadbiran dan pengurusan ekonomi, ternyata PAS gagal. PAS terus membuktikan mereka tidak mampu memberikan suatu pemerintahan yang stabil, berkualiti dan berdaya maju, serta pro masyarakat Malaysia. 


8. Masalah PAS berakar pada kepimpinan dimana kesetiaan dan kualiti kepimpinan diganti dengan kepentingan diri. Bagaimana nak diharapkan membela Melayu, apabila jawatan MB pun direbutkan, sepertimana jawatan Perdana Menteri sebelum ini. Ternyata, yang diperjuangkan PAS bukanlah orang Melayu, tetapi istilah Melayu dan Islam dipergunakan untuk kepentingan politik PAS. 


FAIZ FADZIL

27 Disember 2025




JENIS TAK DAK TELUR, GELAK KE ORANG JA OANDAI DIA NI.


 Che Ibrahim


Mengapa YB Syahir Sulaiman tidak dedahkan kepada Dr Maza taklik Pas yang satu lagi ni????




ELOK KO LETAK JAWATAN SUPAYA KO NAMPAK ADA INTERGRITI.


 Abdul Manaf Syafie


AKMAL Saleh akan letak jawatan 








1. Ketua Pemuda UMNO

2. EXCO Melaka 


Berkuatkuasa SERTA MERTA. 

Beliau akan kekal ADUN merlimau. 


CATATAN

JIKA itu berlaku UMNO jadi lebih dihormati. 


JIKA TIDAK terjadi , ia memalukan. Rafizi letak jawatan atas faktor INTERGRITI.



PAS LAWAN PAS, KRISIS TEBUK ATAP DI PERLIS PALING HINA - MAHFUZ




Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan 'tebuk atap' paling hina berlaku.


Naib presidennya Mahfuz Omar berkata, kemelut yang berlaku bukan lagi perbezaan pandangan sebaliknya perang terbuka dalam sebuah kerajaan apabila exco, Adun PN dan PAS melawan menteri besar dan parti itu sendiri.


"Krisis ini bukan baru, tetapi telah berlarutan lebih setahun. Pelbagai pertukaran kepimpinan dilakukan, pesuruhjaya PAS ditukar, pengerusi PN dilantik baru, rundingan tertutup diadakan namun semuanya gagal.


"Ini membuktikan satu hakikat yang tidak boleh disangkal. Masalah sebenar ialah perebutan kuasa dalaman PAS dan kegagalan PN mengawal gabungan sendiri.


"Perlis ialah sebuah negeri yang kecil keluasannya lebih kecil daripada sebuah daerah di Kedah, jumlah rakyatnya juga tidak ramai. Namun amat memalukan apabila negeri sekecil ini menjadi negeri paling tidak stabil, paling bercelaru dan paling memalukan dari sudut tadbir urus politik. Jika negeri kecil pun gagal diurus, ini bukan soal cabaran, ini soal ketidaklayakan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Bekas ahli parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas pergolakan kerajaan Perlis selepas tiga Adun PAS diumumkan terhenti keahlian parti serta-merta. - Sumber MalaysiaKini.



LAWYER PUN DA KES...TUNGGU DIA LAK KENA.


 Reza Zainal


Bayangkan keluarga Di Raja bagi derma kepada Najib lebih RM2 billion.






Lepas tu Najib kena tangkap penggubalan wang haram pasal duit itu dan masuk penjara.


Ahli keluarga Di Raja tak mahu pun menolong Najib dengan memberi keterangan di mahkamah untuk menyatakan pemberian itu ikhlas dan wang itu memang dari keluarga Di Raja.


Dengan keterangan ini, Najib boleh dibebaskan.


Tetapi seorang pun tidak sanggup datang ke sini.


Amacam boleh percaya ke..???


Hanya yg lembab pemikiran atau taksub percaya.


NI DIA..


Osop Tempoyak


Ketidakjujuran muhyidin terhadap Pas bermula dari hari pertama dia jadi PM.


Pas dengan 18 MP tetapi👇👇👇



-menteri kanan langsung tiada dari pas.

-Pas tidak diberi fotfolio kanan dalam kabinet Dan hanya dapat Fotfolio BIASE2 saja😏


Tapiiiii Betapa sayangnya Muhyidin pada azmin walau dia bawa 10 MP dilantik menteri kanan Dan hampir semua MP dibawah azmin diberi jawatan dalam kabinet,Menteri Dan Tim. Menteri.


Pas perlu tegas untuk mohon muhyidin berundur sebagai Pengerusi PN atau pas perlu keluar dari PN  segera Dan kembali fokus pada masalah rakyat.




PAS BAGI NEGERI KE BERSATU

 


Akhirnya BERSATU dah ada negeri, sekali lagi PAS beralah dengan BERSATU..haji, apa cerita ni??

🎉🎉🎉






KEH KEH KEH.. LEBIH KURANG PEMUDA UMNO.. ELOK GABUNG UNTUK MELINGKUPKAN NEGARA


 Che Ibrahim. 


Pihak yang empunya titah pun serah ke mahkamah untuk putuskan, tetiba ada bebudak lebih lajak dari laju, macam kereta takde brake.






HUKUMAN KERANA JELAS BUKTI NAJIB KUASAI WANG.

 Che Ibrahim


Beban untuk membuktikan duit rm2.6b sebagai derma anak raja Saudi kepada Najib terletak atas bahu Najib melalui peguamnya, bukan pendakwa atau mahkamah. 









Pendakwa telah berjaya membuktikan wang tersebut adalah Wang 1MDB, bukan Wang derma dari anak raja Saudi.  

Peguambela pula gagal menimbulkan keraguan menasabah ke atas dakwaan pendakwa. Bukti bukti pembelaan (surat derma photostat) disahkan palsu oleh mahkamah. 


Maknanya dakwaan Najib bahawa Wang tersebut adalah derma Anak Raja Saudi tidak ada bukti, sebaliknya pendakwa berjaya buktikan Wang tersebut adalah Wang 1mdb yang telah diselewengkan/pecah amanah.



SEMUA DIA BERKAWAN, TAPI AKHIRNYA DIA YANG KHIANAT.

 





PAS PATUT TANDING SENDIRI. BUKAN JADI PENGIKUT ASYIK TUMPANG ORANG SAJA.

 


INILAH MASANYA UNTUK PAS BERGERAK SOLO DAN ISYTIHAR PN DIBUBARKAN


28 December 2025


Menteri Besar Perlis yang baru sudah pun diumumkan dan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau, sebentar tadi.


Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Shukri Ramli yang sebelum ini meletak jawatan.


Yang nyata, pertukaran Menteri Besar Perlis ini tidak akan berlaku jika ia tidak dimulakan dengan gerakan menarik sokongan terhadap Shukri oleh sekumpulan lapan Adun negeri itu.


Lima Adun Bersatu telah berjaya memujuk tiga Adun Pas untuk bersama-sama menarik sokongan itu yang bermakna mereka memperolehi majoriti mudah lapan Adun daripada 15 jumlah keseluruhan Adun di negeri itu.


Di situlah permulaan kepada apa yang dinamakan pengkhianatan kepada sebuah perjuangan di Perlis itu.


Selain lima Adun Bersatu itu dianggap pengkhianat kepada Pas yang sedang mengetuai kerajaan negeri,  tiga Adun PAS yang setuju bersekongkol dalam gerakan itu juga merupakan pengkhianat kepada parti sendiri.


Memang ketika ini diakui Pas sedang bersedih, tetapi kesedihan itu bukan sangat disebabkan oleh kehilangan jawatan Menteri Besar, tetapi lebih kerana dikhianati rakan dan ahli parti sendiri.


Dalam bahasa mudah, inilah dinamakan kawan makan, menang pilihan raya pun banyak dibantu oleh jentera Pas, tetapi hilang kesetiaan semata-mata kerana jawatan.


Walaupun Menteri Besar yang baru ini tetap mewakili PN, tetapi PAS tidak harus membiarkan pengkhianatan ini berlalu begitu saja tanpa pengajaran.


Langkah awal yang harus dilakukan ialah PAS mesti  segera memutuskan hubungan dengan Bersatu, bukan saja di Perlis, tetapi juga di seluruh negara.


Itulah pengajaran terbaik untuk mereka belajar erti setiakawan.


Bubarkan sajalah PN dan lebih 

baik PAS memulakan langkah untuk bergerak solo selepas ini.


Terus berkawan dengan kawan yang khianat ialah ibarat terus membiarkan diri berada di dalam air di tepi sungai biar pun sebelah kaki baru lepas digigit buaya.


Pokoknya Bersatu terlalu perlahan dalam bertindak untuk menangani isu perlantikan Menteri Besar Perlis itu.


Jika awal-awal lagi kepimpinan Bersatu Pusat memaklumkan mereka menarik diri daripada persaingan untuk mengisi jawatan Menteri Besar, pasti apa yang berlaku sekarang tidak akan berlaku.


Tapi nasi sudah jadi bubur, yang berlalu biarkan ia berlalu dan tak guna ditangisi lagi.


Biarlah PAS selepas ini bergerak solo bersandarkan kekuatan akar umbi sedia ada yang dimiliki.


Jika tidak lama selepas ini, UMNO pula keluar daripada kerajaan dan sama-sama bersedia untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional atau MN, anggap sajalah ia rezeki yang sudah diatur Tuhan.


Yang pasti, bersatunya semula UMNO dan PAS melalui MN adalah pilihan terbaik untuk Melayu/Islam dapat memenangi PRU akan datang.


Jika itu tidak berlaku pun tidak mengapa, yang penting dengan PAS memilih bergerak solo selepas dikhianati akan menjadikan ia parti yang lebih dihormati oleh rakyat negara ini. – ShahbudinHusin 28Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/inilah-masanya-pas-bergerak-solo-dan-isytihar-pn-dibubarkan/



Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni dah tahu plot perpecahan PN di Perlis.

Syam Ghaz



 Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni dah tahu plot perpecahan PN di Perlis.






Comfirm PAS akan marah besar, sebelum ini mrka yang tebuk atap, kalini Kerajaan mrka kena tebuk dengan Bersatu. 


Perang Bersatu - Pas makin melebar 


Tambahan lagi Muhyiddin Yassin yang hantar nama calon ke Mb Perlis. 


2 nama Yb Pas yang dicalonkan oleh Abdul Hadi Awang ditolak.


Bagi saya Akmal ni puppet, ada yang suruh di belakang dia.


Agaknya yang suruh tu nak bagi “Umno Keluar Kerajaan Perpaduan” kot?


Main isu keputusan Hakim seolah olah ia keputusan Kerajaan. 


Benda basic tak boleh nak beza ke? Pengasingan kuasa eksekutif dan legislative.


Jika Umno nak sangat parti politik kuasai Mahkamah, ia jelas satu tindakan undur ke belakang. 


Ini faktor Rakyat marah ke Umno sejak Pru13 lagi. Undi Umno terus merosot.


Iye lah kamu boleh jadi Juara di mata Pemuda Umno, tapi tidak dimata Rakyat Awam. 


Malah Ahli Pas yang sokong Muafakat Nasional dulu pun Akan U Turn ke Kerajaan Perpaduan semula. 


Ginilah jika Kp Umno nak sangat main politik tikam belakang ni, agak agak lah dgn tertubuhnya MN 2.0.


Bersatu tu nak ke duduk dengan MN2.0? Selepas gaduh besar harini? Jawapannya tidak. Pas akan tolak terus Bersatu.


Bersatu ada 25 Ahli Parlimen, BN ada 29. 


Timbang tolak tarik Bersatu masuk Kerajaan, baru sort 4. 


Takkan Umno nak jadi Pembangkang dgn Pas? Lepaskan semua jawatan Timbalan PM, 7 Menteri dan 5 Timbalan Menteri? 


Pandangan peribadi 😉