KES ROGOL DAN BUNUH DIKALANGAN REMAJA HARUS ADA JALAN PENYELESAIAN- JANGAN IA DIPANDANG RINGAN







Sedih pulak aku baca berita ni.

Remaja mangsa rogol yang tikam bayinya yang baru lahir berhadapan dengan tuduhan membunuh.
Memang undang-undangnya begitu. Tapi entahlah. Kalau cuba selami perasaan remaja itu, rasanya kita boleh faham kenapa dia ambik tindakan begitu.
Aku cuma harap ada peguam yang akan membantu secara percuma. Dan juga berdoa kelak hakim ketika menjatuhkan hukuman dapat pertimbangkan.
Paling penting, aku harap so perogol ditangkap dan dikenakan hukuman berat. Kalau boleh, biar dia yang dituduh membunuh. Sebab dia puncanya.
Pada masa sama, kita perlu cari jalan penyelesaian untuk isu begini. Remaja dirogol dan juga masalah kelahiran anak luar nikah di kalangan remaja.
Biarlah ini kes pertama dan terakhir. Para remaja ini, dirogol atau suka rela wajar diberikan perlindungan. Guane boh?

KESIAN YANG MALAS MEMBACA DAN KURAG AKAL SELIDIK DIZAMAN SERBA CANGGIH NI




LIYANA MARZUKI

Ada sahabat tanya saya mengenai artikel ni. Katanya dah habis disebar kepada orang kampung.

Ni namanya membodohkan rakyat dengan berita palsu. Dikatakan Mahkamah dah bebaskan DS Najib dan BN bersetuju nak naikkan DSNR sebagai calon PM PRU-15. Nauzubillah… Nampak sgt team media dia ni dah terdesak.

Inilah dikatakan Cash is King. Dalam media sosial persepsi rakyat dikawal oleh mereka yang paling banyak duit. Misinformation, fitnah dan propaganda berbayar digunakan bagi mengelirukan rakyat.

Dalam konteks propaganda dan brainwashing, satu perkara yang tidak benar akan jadi benar sekiranya ia diulang beribu kali.

Jadi sebagai pengundi bijak berhati2 la untuk percaya mana2 berita.

Kes 1MDB masih berjalan ya. Mahkamah belum putuskan NR tidak bersalah. Ni perkembangan terkini kes dia:

https://www.astroawani.com/.../ex1mdb-cfo-denies...

Lepas 1MDB, ada kes pecah amanah 6.6 billion Najib-Irwan Siregar pula.

https://www.utusan.com.my/.../pengurusan-kes-pecah.../

Yang pasti kes SRC dah sampai Mahkamah Rayuan. 4 hakim bersetuju yang Najib bersalah dan jatuh hukum 12 tahun penjara.

Harap tuan puan jangan termakan spin sebegini. Mereka semakin desperate jua…

 


NGO Otai reformis 98 bersolidariti bersama Presiden Peka








NGO Otai Reformis 1998 bersolidariti bersama Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang bakal disaman oleh kerajaan Pahang kerana mengkritik dasar pembalakan di negeri itu.



Menurut Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail, kerajaan Pahang tidak sepatutnya menyaman aktivis alam sekitar yang berjuang memastikan hutan di negeri itu terus dipelihara dengan baik.

"Apabila aktivis alam sekitar mempersoalkan kejadian banjir 'Tsunami Darat' di Sungai Telemong, Karak 18 Disember tahun lalu tindakan Kerajaan Negeri Pahang ialah menghantar 'Notis Maaf Secara Terbuka' dan 'Ganti Rugi Fitnah RM1 juta' kepada Puan Sri Shariffa Sabrina

"Jangan terlalu mudah melakukan intimidasi dengan tuntutan undang-undang untuk mendiamkan suara aktivis alam sekitar dan rakyat

"Kerajaan Pahang jangan anggap nyawa rakyat murah. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bermakna pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas setiap makhluk di bumi ini agar dapat terus menyedut udara dan bekalan air bersih," katanya.

Sehubungan itu, Razak menyeru kerajaan Pahang beruding dengan aktivis alam sekitar untuk memastikan penjagaan hutan yang lebih telus lagi mampan.

"Sepatutnya Kerajaan Negeri bekerjasama dengan aktivis alam sekitar bagi memastikan check and balance untuk setiap tujuan pembangunan yang lestari. Ia bagi memastikan hutan dan kawasan tadahan air terjaga bagi generasi akan datang," katanya lagi.

Otai Reformis 1998 merupakan salah satu NGO yang terlibat dalam menyerahkan memorandum ke Istana Negara baru baru ini yang memohon Yang di-Pertuan Agong menasihatkan kerajaan PM Ismail Sabri agar mengenakan moratorium 20 tahun ke atas pembalakan bagi memulihara hutan di Malaysia.

 

 

‘Kes mencanak, kit ujian kendiri pun naik harga ke?’ – Warganet bimbang harga makin mahal sampai RM17.90

 





Oleh SURI LAILA / February 16, 2022

Sejak tahun lalu, kerajaan terus berusaha menggalakkan rakyat Malaysia melakukan ujian kendiri di rumah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan jangkitan wabak Covid-19.

Kerajaan pada November tahun lalu juga telah menetapkan satu kit ujian pantas (RTK) Antigen air liur, di bawah harga siling iaitu RM4.90 sekotak.

Bagaimanapun menerusi perkongsian warganet di Twitter, pengguna @SyarifahAmin meluahkan rasa tidak puas hati mengapa harga kit ujian kendiri kini begitu mahal sehingga mencecah RM8 sekotak.

“Apa yang dah jadi dengan semua kit ujian kendiri yang berharga bawah RM6? Selalunya saya cari di Speedmart dan Mr Diy, tapi sekarang dah tak ada sebab mereka kehabisan stok. Farmasi pula jual dengan harga lebih RM8 setiap satu. Macam mana saya nak lakukan ujian kendiri tiga kali seminggu kalau harga makin mahal?,” ciapnya di Twitter.

Self test kit sama jenama naik RM2 dalam 2 minggu sebab kes makin mencanak. Orang yang kerja farmasi tu cakap “supplier tiba-tiba naikkan harga hari ini”. Tak guna. Mentang-mentang ‘demand’ tinggi sekarang,” tulis @panPanMato.


Ada juga yang memaklumkan mereka membeli kit ujian kendiri dengan harga RM10 sekotak, biarpun ia sepatutnya dijual dengan harga RM4.90, dan ada yang berhabis sehingga RM100 hanya untuk lima kotak kit ujian kendiri.

“Beberapa bulan lepas saya beli lima kotak kit ujian kendiri tiba-tiba harga keseluruhannya RM100+. Saya terkejut gila tapi lebih terkejut bila dekat tempat lain RM8 je,” luah @_nichol4s.

“Memang tengah kekurangan stok, semalam cari-cari jumpa kat farmasi tapi harga hmm,” tulis MrMazlan4 yang turut berkongsikan gambar kit ujian jenama Gmate yang berharga RM17.90 sekotak.

Bagaimanapun netizen memberitahu bahawa produk keluaran Gmate sememangnya agak mahal kerana ia merupakan jenama luar negara.

“Memang mahal sikit. Saya tak tahu kenapa sebab saya staff Watson. Harga yang lain semua dah turun kecuali Gmate ini je. Ada yang kata sebab jenama ni dari Korea, sebab tu mahal,” @Musytaq_

Difahamkan, ada beberapa jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual dengan harga agak mahal berikutan tiada subsidi yang diberikan kerajaan.

Tetapi ada yang mendakwa mereka pernah membeli hampir semua jenama kit ujian kendiri pada harga bawah RM6, dan terkejut ketika ini harga meningkat tinggi.

 

'Telur sebiji, sup kosong bakal jadi menu kayangan?'



Kenaikan berterusan harga barang keperluan asasi di pasaran akan menghakis dengan teruk kuasa beli rakyat.


Pengundi bangsa Johor digesa membuat perubahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini sebelum terlambat.


Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, tidak mustahil sedikit masa lagi menu yang ringkas dan hari hari dinikmati rakyat marhaen akan menjadi makanan 'istimewa' kerana harganya melambung.


"Ayam dan telur tidak boleh didapati di beberapa tempat. Malah bertambah teruk jika kerajaan Barang Naik ini tidak mampu menangani isu ini dengan segera.


"Dulu telur ayam boleh dapat RM7 - RM8 sepapan, sekarang nak sepapan dekat RM12. Ada tempat terpaksa menjual dengan lebih mahal. Macam mana perkara ini boleh berlaku?


"Abang bujang dan mahasiswi mungkin selama ini menu nasi berlauk telur dan sup kosong. Sekarang silap silap menu tersebut jadi menu kayangan," katanya dalam siri pendedahan kenaikan harga barang di media sosial yang dijanjikan oleh beliau akan dilakukan Angkatan Muda KEADILAN sepanjang PRN kali ini.


Menurut Akmal, terdapat skim dipanggil Harga Maksimum Keluarga Malaysia. Namun, mesyuarat berjam jam, minum air mineral mahal tetapi penurunan harga yang berjaya dicapai 20 sen.


Katanya, skim itu sukar untuk berjaya kerana penternak bakal menanggung kerugian RM200 juta sebab kos menternak ayam jauh lebih tinggi daripada harga jualan.


"Kos bela ayam RM6.50, jual ayam RM5.60 sen. Saya terima maklumat penternak ada yang kata mahu gulung tikar tak mahu lagi ternak ayam.


"Macam mana bekalan ayam ini? Bila kita pertikai, sekarang baru nak bagi subsidi. Tetapi ingat kos ternak RM6.50, jual RM5.60 dan subsidi beri 60 sen. Itu tak mampu menampung margin.


"Subsidi pun sampai bulan Jun. Dengan tidak tahu hala tuju kerajaan mahu ke mana, kalau lepas ini kos naik lagi bagaimana? Jangan terkejut kalau ada menteri bagi nasihat jangan makan ayam lepas ini," katanya lagi.


Justeru, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia itu mempersoalkan di mana kebertanggungjawaban menteri. Katanya, tidak guna mesyuarat kalau masalah selesai hanya dipermukaan dan tidak mencari penyelesaian yang hoslistik.


"Akar masalah ini berpunca daripada kos pengeluaran yang tinggi. Tak cukup sekadar kawal harga. Bukan hanya soal harga tetapi soal bekalan.


"Tidak cukup hanya bergantung kepada bekalan ayam import, bekalan pun tak cukup. Menteri buatlah sesuatu," katanya lagi.

Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini



 Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini cuaca agak mendung dan kerap hujan di beberapa tempat.

Suhu sejuk membuatkan beberapa tempat berkabus pada waktu pagi terutamanya di kawasan puncak bukit.

Boleh dikatakan ramai yang bersetuju, inilah saat sesuai untuk bercuti memandangkan cuaca tidak begitu terik sejak akhir-akhirnya.

suhu sejuk fenomena aphelion
Pada masa sama, netizen membahaskan perubahan ‘suhu’ yang berlaku dan tertanya-tanya adakah negara sudah memasuki fasa akhir peralihan Monsun Timur Laut?

Ini kerana fenomena tersebut lazimnya menyebabkan peningkatan suhu panas di negara yang diramalkan berlarutan hingga Mac nanti.

Pun begitu, sebenarnya keadaan cuaca yang lembap dan sejuk yang terjadi ketika ini adalah terjadi disebabkan peralihan monsun yang sama.

Baca juga Henti pembakaran terbuka! Negara dalam fasa kedua Monsun Timur Laut, cuaca panas, kering

Keadaan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah dari Universiti Malaya yang tular di media sosial.

Memetik kenyataan pakar tersebut, penurunan suhu serendah 2 dan 3 darjah Celsius disebabkan angin sejuk yang datang dari Siberia.

suhu sejuk fenomena aphelion

Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini suhu badan normal suhu demam suhu bilik suhu demam bayi suhu normal manusia cek suhu badan

Saat ini negara tersebut sedang berada pada suhu -25 darjah Celsius. Memang sejuk betul.

Sebelum ini juga, cuaca sejuk yang ekstrem dicatatkan melanda negara China khususnya Hong Kong akibat letupan angin sejuk dari Siberia berkenaan.



Lapor scmp.com, perubahan cuaca itu paling buruk direkodkan sepanjang tempoh 60 tahun.

Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini suhu badan normal suhu demam suhu bilik suhu demam bayi suhu normal manusia cek suhu badan

Suhu di negara antara paling rakyat di dunia tersebut mencatatkan penurunan kepada 3.3 darjah Celsius di kawasan bandar dan luar bandar.

Sementara itu, memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca lembap diramalkan terutama bagi negeri di Pantai Timur.

suhu sejuk fenomena aphelion

Menurut laporan itu lagi, kemungkinan besar ribut petir di negeri-negeri Pantai Barat seperti Selangor, Perak dan Melaka dengan hujan lebat dan angin kencang manakala negeri utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkemungkinan kekal kering.

Tidak kurang juga kecoh di media sosial yang mana ramai netizen mengaitkan perubahan suhu yang lebih rendah dengan fenomena Aphelion.

 

Sedangkan fenomena alam tersebut sering terjadi menjelang bulan Julai setiap tahun.

Apa itu sebenarnya fenomena Aphelion?

suhu sejuk fenomena aphelion

suhu sejuk fenomena aphelion

Lapor techno.okezone.com, fenomena berkenaan berlaku disebabkan kedudukan bumi paling jauh daripada matahari.

Bumi boleh mencapai jarak paling jauh iaitu 152 juta kilometer (km) dari matahari berbanding jarak biasa, 147.65 juta km.

Pun begitu, fenomena alam luar biasa tersebut tidak sedikit pun menjejaskan suhu bumi ya.

BERDASARKAN SUMBER DIYAKINI, RAFIZI BERKEMUNGKINAN AKAN KEMBALI MEMBANTU PKR MENJELANG PRU KE 15

 Aktif kembali dalam politik, Rafizi akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar


Ketika pemilihan parti semakin menghampiri, gesaan agar Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik dan menawarkan diri untuk bertanding kedengaran semakin kuat.

Untuk rekod, PKR akan mengadakan pemilihan pada April tahun ini.

Sebelum berundur sepenuhnya daripada politik pada penghujung 2019, Rafizi merupakan watak yang berpengaruh dalam PKR dan dianggap salah seorang penasihat yang paling diyakini Anwar Ibrahim.

Bekas ahli parlimen Pandan itu juga dikenali sebagai individu yang mendedahkan beberapa skandal melibatkan kerajaan BN sebelum ini.

Kini penyokong Rafizi mendesak agar dia kembali aktif. Namun kata Rafizi, ada banyak pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum dia bersedia memenuhi gesaan tersebut.

“Saya belum buat keputusan, tetapi saya memang memberi perhatian kepada orang ramai dan parti yang mahu saya membuat pertimbangan.

“Saya akan pertimbangkan dan berunding dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk Tuhan,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Perlu pastikan bermanfaat

Antara pertimbangan yang diambil kira, kata Rafizi, ialah jika kemunculan semula dalam politik itu berbaloi kepada PKR dan rakan partinya yang mungkin kurang senang dengan pendekatan “radikalnya”.

“Saya mahu pastikan (pembabitan saya semula dalam politik) memberi kesan ke arah pembinaan negara, dan masa serta pengorbanan yang dibuat itu berbaloi.

“Saya perlu bersikap realistik, iaitu saya sangat radikal dalam pemikiran dan kebanyakan pemimpin PKR sekarang serta sekutunya tidak akan selesa dengan pendekatan serta idea saya,” katanya.

Tambahnya, beliau juga perlu realistik sama ada dia boleh mempengaruhi kebuntuan arah yang dialami PKR dan sekutu parti itu kerana wujudnya beberapa halangan yang berstruktur.

Dengan landskap politik sebegitu, katanya, dia berasa perlu membuat pertimbangan dengan penuh teliti bagi memastikan keputusan itu nanti membawa manfaat.

Hal itu kerana tambah Rafizi tenaganya juga boleh digunakan untuk membangunkan negara melalui cara lain.

“Saya tidak pernah berminat dengan jawatan awam. Apabila saya mahu melakukan sesuatu, saya mahu melakukan kerja yang baik.

“Jika secara realistiknya saya tahu ada isu struktur yang kesan akhirnya boleh diabaikan berbanding membuat perbezaan dalam cara lain untuk membina negara, itu adalah sesuatu yang saya perlu pertimbangkan dengan teliti,” katanya.

Menurut Rafizi sepanjang tempoh 10 tahun memberikan komitmen kepada politik – di antara 2009 hingga 2019 – dia mengorbankan kerjaya yang baik, membelanjakan berjuta-juta wang simpanannya dan hampir dipenjara untuk tempoh yang lama.

Walaupun tidak menyesali tindakan itu kerana yakin ia membawa perubahan kepada negara, kini Rafizi berasa, suasana politik sudah banyak berubah, khususnya berkaitan hal-hal dalaman PKR dan Pakatan Harapan.

“Untuk membuat komitmen pada waktu ini bermakna saya perlu kehilangan segala-galanya sekali lagi dan mempertaruhkan segala-galanya semua ketika saya sendiri tak pasti sama ada wujud kesediaan dalam kalangan elit PKR dan sekutunya untuk hidup dengan pendekatan dan intensiti kempen saya yang dirasakan ramai golongan elit sebagai mungkin mengancam status quo mereka.

“Lebih mudah bagi ahli politik lain (untuk mempertimbangkan untuk menyertai semula politik) kerana mereka akan diberi ganjaran.

“Pertimbangan itu sedikit berbeza untuk saya,” tambah Rafizi.

Adik Heliza Helmi digossip ‘berkawan’ dengan Shuib Sepahtu

 

Panas! Adik Heliza Helmi nafi gosip ‘berkawan’ dengan Shuib Sepahtu


Adik Nur Heliza Helmi, Hazwani, menafikan dirinya adalah wanita ‘misteri’ yang dikaitkan sedang berkawan dengan usahawan serta pelawak terkenal, Shuib.

Hazwani yang ditemui media pada majlis pelancaran filem pertama lakonannya, Road To Heaven, mengakui terkejut ketika mula-mula terbaca dakwaan berkenaan.

“Saya pun tak tahu macam mana dakwaan macam tu boleh timbul. Saya tahu (mengenai isu itu) pun selepas ada individu yang berkongsi mengenainya melalui Instagram.

“Apabila membacanya, saya memang sangat terkejut, tapi taklah sampai terkesan atau terganggu kerana saya tahu perkara tu tak benar,” jelasnya.

Tambah pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa itu, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mendekati Shuib kerana sedang menyelesaikan pengajian yang dijangka tamat Ogos ini.

Katanya, dia hanya mengenali lelaki itu sebagai teman artis.

“Saya kenallah dia sebagai pelawak, tapi nombor telefon dia pun saya tak ada apatah lagi pernah berjumpa mahupun berhubung.

“Jauh lagi perjalanan saya. Saya memang langsung tak terfikir ke arah tu (untuk menamatkan zaman bujang),” katanya di Pawagam P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ampang Jaya, semalam.

Rasa berdebar-debar

Shuib dikaitkan dengan ramai wanita sejak pemergian allahyarham isteri, Siti Sarah Raissuddin, pada 9 Ogos tahun lalu.

Juruhebah radio itu juga beranggapan dirinya seperti alat mainan Lego kerana cuba ‘dijodohkan’ netizen.

Jan lalu, Shuib menafikan mengenali atau mempunyai sebarang hubungan dengan Hazwani.

Sementara itu, berkongsi penglibatannya dalam filem Road To Heaven yang mendapat arahan Nizam Zakaria, Hazwani melihat ia sebagai salah satu cabang dakwah.

Mengakui teruja, Hazwani pada masa sama menyatakan sebagai filem pertamanya, timbul perasaan bimbang sekiranya dia gagal memberikan yang terbaik.

Namun, katanya, berlakon di samping Heliza, sedikit sebanyak membantu untuk meningkatkan semangat.

“Berdebar-debar juga untuk berlakon filem walaupun pernah berlakon drama sebelum ni. Tapi bila ada Kak Ja (Heliza), sedikit sebanyak membantu.

“Walaupun berat, saya anggap ia sebagai satu cabang dakwah. Dulu orang berdakwah melalui tulisan, tapi kini melalui seni pun boleh,” katanya.


TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA*

 *Bismillah*



*TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA*

Cikgu Azmi


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:


Pegawai polis ( 57%),

Pemungut Hasil ( 48%),

Ahli Majlis Tempatan (48%),

Pejawat Awam (45%),

Penggubal Undang-Undang (41%),

Hakim (33%), dan

Pemimpin agama (31%)



Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?


Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:


1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.


2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.


3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.


4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.


5. Pada tahun 1990, seramai  80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.


6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.


7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.


8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.


9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kolam  udang. 


10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.


11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.


12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.


Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.


Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!...


https://www.facebook.com/249585941816545/posts/4197893563652410/


Nota kecil untuk renongan kita semua 


Elok selepas saja UMNO ambil alih Kerajaan Di Putrajaya nanti kita  wajib memperbetul kan kembali semua pekara di atas sebelum  Bangsa Melayu terus merepat  di bumi sendiri bagaimana senikata lagu *anak kecil main apa* 


Saya di tanya oleh PM semasa MPM bertemu dia tempoh hari berkaitan pegangan Tanah Simpanan Melayu dan saya jawab di WP dah tinggal 3 peratus dan Seluruh Negara tinggal 20 peratus saja dan saya kata juga pada PM bahawa di Negeri saya Perlis pun ada pembangunan di bandar quota pada Bukan Melayu di naikkan pada 70 peratus pada Bukan Bumiputra atas pembangunan Tanah Simpanan Melayu dan bagitu juga di Negeri Negeri lain dan the net result Bangsa Melayu akan bukan saja hilang tanah simpanan dia malahan akan hilang kuasa politik sebagaimana berlaku di Selangor PPinang dan Perak serta Negeri Sembilan dan Johor  di mana semua tempat tempat ini Pengundi Melayu 40/50/60 peratus yang mengakibat kan Undi Bukan Melayu menjadi undi Penentu nya.

Untuk makluman kawan kawan di Johor semua kawasan on average ada lah 54 peratus Undi Melayu dan 46 peratus ada lah undi bukan Melayu dan on paper kita tidak boleh berasa terlampau yakin dan usaha wajib di tingkat kan menumpu pada Undi Bangsa China India untuk meraih undi.

Apa yang berlaku di Johor ini dan Selangor dan lain lain ini ada lah atas arahan Si Tua tu lah yang membuat dasar ketika itu bagi *persempadan semula dengan bengkang bengkok macam ular lidi  semoga Pengundi Melayu tidak lebih 70/80 peratus dan akhir nya Si Bangsa Pendatang menjadi power broker pada setiap pilihanraya yang di ada kan* .


Oleh itu mari lah semua Bangsa Melayu ku bangkit beristiqamah dan bersatu padu semoga Kuasa UMNO di kembali kan dan  pemimpin pemimpin yang akan di pilih kelak berkerja seiklas nya dan perbetul kan segala *shortcoming terdahulu* dan membawa agenda memperkasa kan kembali Bangsa Sendiri.

Senang bercakap tapi dia nya perlu political will untuk di laksana kan.

Sebelum saya berhenti menulis ketika ini renong lah apa berlaku pada Melayu Islam Champa di mana tanah milik mereka yang mereka milikki turun temurun telah di halau keluar dan akhir nya tinggal lah Rumpun Melayu itu berumah  di tepi lautan waima Surau tempat bersolat juga atas lautan dan yang menyedihkan mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Bagitu juga saya maseh ingat apa yang di sebut oleh Allahyarham Pak Hj Suleiman Palestin bekas Speaker  Dewan Undangan Negeri Pulau  Pinang pada saya hang Shahbudin tengok lah Shahbudin satu hari nanti Melayu Pulau Pinang akan tinggal dalam laut sebab kerajaan Bawah pimpinan Lim Chong Yew dari Parti  Gerakan China  ini mana nak bantu Melayu dan asyik ambik tanah tanah orang Melayu saja dan satu hari nanti Melayu duduk merepat dalam laut.Apa kata Pak Hj Suleiman tu kita boleh lihat tetapi tak lah tinggal di laut lagi tapi banyak Melayu Pulau Pinang berhijrah ke Sungai Petani atau ke Negeri lain untuk memilikki rumah yang mampu di beli dan mencari rezeki masing masing .

Kata kata Pak Haji Suleiman Itu telah di report kepada Late PM ketika itu dan PM ketika itu Tun Hussein Onn telah memanggil Pak Hj dan telah di beri amaran keras supaya tutup mulut dan jaga hati Parti Gerakan  dan pengundi China yang mengetuai Kerajaan ketika itu.Pada akhir cerita nya mana pergi Parti Gerakan ketika BN tewas pada PRU ke 14 lepas ? China tetap China dan yang penting mereka pasti jaga kepentingan Bangsa mereka dan apabila kita nak tenggelam depa tinggal kita semua .Ini semua sejarah yang kita lalui dan saya merayu pada Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid dan Tok Mat Hasan Dan lain lain pimpinan BN waspada lah memilih kawan kerana dalam * *politik ini tiada ada kawan yang kekal melainkan ada common interest dan jika mereka mereka yang dah ada tercalar dengan episode loncat meloncat serta ada juga ibarat musang berbulu ayam juga wajib di ketepikan dan jangan jadi ibarat pepatah Melayu mengatakan pisang berbuah dua kali*




Nota kecil:-


Shahbudin Embun

Exco Kelab Sahabat N87 Malaysia 

15/2/2022

7.07 am 

Jalan Putra PWTC 


Salinan 

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ..Lembaga Penasehat 1

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ..Lembaga Penasehat 2

Dato Seri Presiden dan Dato Timbalan Presiden 

Dato Rahim A Rahman SUA 

Para Exco Exco 

Semua ahli ahli 

End


🔴SKANDAL BERBILION RINGGIT TERBONGKAR‼️MAHU KENAKAN ZAHID ATAU HISHAMMUD...




HADI AWANG SEDANG BERJAGA-JAGA BAKAL DISERANG ORANG KHAIRUDDIN TAKIRI?


Desas-desus panas kedengaran, Presiden PAS Hadi Awang telah dinasihatkan supaya berjaga-jaga, kerana Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, atau lebih dikenali sebagai Khairuddin Takiri, yang dituduh adalah suara dalam audio bocor menyerang Hadi, bakal melancarkan serangan bertalu-talu terhadap Hadi. Ini ulasan dan laporan kami. SILA SUBSCRIBE channel POLITIK KINI di: https://www.youtube.com/channel/UCqYy...


PAS Dulu Kata Tak Boleh Baiki AIR TEH TARIK Sebab Bukan Kerajaan, Sekara...


Mantan Senator KEADILAN, Siti Aishah bertanyakan mengapa PAS sehingga hari ini masih tidak menyelesaikan isu air yang teruk di Kelantan walaupun sudah menjadi kerajaan. Beliau juga menangkis suara-suara sumbang yang konon kata sekiranya Anwari Ibrahim memerintah habis segala aset negara akan dijual #SuaraKEADILAN #KEADILAN #SitiAishah

SIAPA KATA PAKATAN HARAPAN BERPECAH?


"Ini tidak berlaku di Johor hari ini kerana kepimpinan negeri tidak berupaya memikir luar daripada kerangka yang sedia ada. "Untuk apa kita angkat martabat negeri Johor ini? Untuk keselesaan rakyat. Untuk waktu kini tidak boleh kita harapkan apa-apa selebihnya daripada Kerajaan Persekutuan," tegasya. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa https://linktr.ee/jomchannel

INI SEBABNYA PRN JOHOR

 Speaker Johor mendedahkan kenapa DUN Johor dibubarkan..

Bangsa Johor dipaksa utk keluar mengundi..

MULA MULA PERCAYA- TAPI AKHIRNYA KENA JUGA TIPU- JADI JANGAN PERCAYA SAMPAI BILA BILA.BAIK TOBAT LAHOM

 

Masa PH namakan Mahathir sebagai PM dulu, aku pun mula tulis tentang Mahathir. Aku puji cakap dia dah bertaubat. Hati dia tulus nak selamatkan Malaysia. Bila tengok dia jumpa DS Anwar, aku punya happy...

Masa Mahathir jadi PM, dia buat kenyataan bodoh. Aku tolong jawab (bukan aku je. Ramai lagi yang lain pun sama). Bila Mahathir mungkir janji enam bulan jadi dua tahun, aku minta orang bersabar sebab DS Anwar pun setuju.

Masa tu ramai yang sangsi dengan Mahathir. Aku sendiri pun sama. Tapi aku percaya pimpinan akan buat keputusan yang betul. Siapa yang tak terima keputusan pimpinan, aku label sebagai perosak PH.

Bila berlaku Langkah Sheraton, aku kecewa sangat. Dalam hati aku berkata, betul apa yang aku sangka. Tapi bila pemimpin PH nak calonkan Mahathir semula, aku masih sokong. Aku masih rasa yang pimpinan tahu apa mereka buat.

Masa tu Mahathir buat sombong. Orang tunggu luar rumah pun dia buat tak tahu. Akhirnya PH namakan DS Anwar sebagai calon. Dan dan dia patah balik. Masa tu aku rasa dah tak boleh sangka baik walau sesaat pun pada dia.

Aku bukan saja saja tak percaya Pejuang dan Muda. Tapi itu atas perasaan aku sendiri yang rasa benci dipermainkan. Aku rasa terlalu bodoh kalau aku nak percaya balik mereka. Dan bodoh kalau aku nak menulis untuk mereka.

Entah kenapa aku yang tak ada jawatan dalam parti boleh rasa serik ditipu, tapi mereka di atas sana boleh jadi rela dikencing lagi. Bezanya cuma masa PH memerintah aku tak pegang apa-apa jawatan. Adakah itu sebabnya? Guane boh?

Raja Gelap

 

APA KATA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TENTANG PENYATA KEWANGAN JOHOR 2019?

 \

Di dalam Ringkasan Eksekutif Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia yang dibentangkan di Parlimen pada 5 November 2020 dinyatakan pada muka surat xiv dan xv seperti berikut:-

1) Rekod perakaunan kewangan Kerajaan Negeri Johor telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini;

2) Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor adalah stabil;

3) Baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2019 adalah berjumlah RM2.653 bilion iaitu meningkat sebanyak RM189.12 juta atau 7.7% berbanding RM2.464 bilion pada akhir tahun 2018;

4) Akaun Hasil Disatukan menunjukkan lebihan semasa berjumlah RM68.23 juta;

5)Kutipan hasil meningkat sebanyak RM202.30 juta atau 13.1% menjadi RM1.745 bilion berbanding RM1.543 bilion pada tahun 2018;

6) Prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan Negeri atau Rancangan Johor 5 Tahun ( RJ5T) di bawah RMKe-11 sehingga tahun 2019 adalah baik iaitu sejumlah RM2.505 bilion atau 70.6% telah dibelanjakan berbanding RM3.550 bilion peruntukan yang diluluskan;

7) Pada tahun 2019, daripada 4,762 jumlah Projek yang dirancang, 4,446 Projek atau 93.4% telah disiapkan sepenuhnya;

8) Baki pinjaman Boleh Dituntut menurun sebanyak RM47.65 juta atau 9.4% daripada RM504.87 juta pada tahun 2018 kepada RM457.22 juta pada tahun 2019;

9) Hutang Awam menurun sebanyak RM298.55 juta atau 57.3% menjadi RM222.39 juta berbanding RM520.94 juta pada tahun 2018; Dan

10) Tunggakan bayaran balik Hutang Awam oleh Kerajaan Negeri berkurang sebanyak RM189.39 juta atau 56.6% menjadi RM145.12 juta berbanding RM334.51 juta pada tahun 2018.

Sepuluh Perkara yang disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara seperti dinyatakan di atas adalah bukti benar dan sahih bahawa Kerajaan PH yang mentadbir Negeri Johor selama 22 bulan dari Mei 2018 sehingga Februari 2020 adalah sebuah Kerajaan yang bijak menguruskan Kewangan Negeri Johor.

Dengan yang demikian adalah satu tanggungjawab kepada seluruh Rakyat Negeri Johor untuk memilih sekali lagi PH dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini bagi mentadbir Negeri Johor supaya Johor akan bangkit, maju dan bermaruah.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

15 Februari 2022.




KISAH KELAB BOLA SEPAK NEGERI KEDAH DAN MIMPI TUKANG CANANG MAT JENIN









SAIFUL IZHAM  RAMLI


Kedah Darul Aman Football Club atau KDA FC ialah sebuah Kelab bolasepak yang diuruskan oleh Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB).

 

Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) pulak ialah sebuah Syarikat yang baru ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) pada 24 September 2020 dengan no pendaftaran Syarikat 202001029804 (1386124-H), dan dengan alamat perniagaan di Aras Satu, Astaka Utama Stadium Darulaman, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah.

 

Pemegang Saham utk Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) pulak hanyalah satu (1), iaitu Persatuan Bolasepak Kedah Darulaman (Kedah FA), dengan modal berbayaq sebanyak RM1 (seringgit).

 

Setakat 31 Disember 2020, Lapuran Kewangan rasmi Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 29 September 2021 adalah, KERUGIAN BERSIH selepas ditolak CUKAI sebanyak RM1,154,249. Manakala, jumlah TANGGUNGAN LIABILITI (HUTANG ) SEMASA setakat 31 Disember, 2020 pulak adalah sebanyak RM1,743,486.

 

Semua data-data di atas adalah Rekod Awam yang boleh dibeli dari SSM oleh sesiapa jugak yang berminat. Ianya bukan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Untuk jimatkan duit Rakyat Kedah sebanyak Lima Belaih Ringgit Tiga Kupang (RM15.30) , saya share kat sini Carian Rasmi Maklumat Korporat SSM untuk Syarikat Darulaman Football Club Sdn Bhd, sebagai rujukan percuma. Ini semua DATA dan FAKTA, bukannya AUTA.

 

Ini adalah juga maklumat untuk membantu Rakyat Kedah paham perbezaan antara KDA FC, KFA dan DFCSB, serta hubungkait antara ketiga-tiganya.

 

Secara ringkas, saya berpandangan peribadi dan mungkin, bolehlah dikatakan bahawa, KETIGA-TIGAnya adalah ENTITI YANG TIDAK SAMA, JAUH BERBEZA, TAPI MACAM SEGHOPA..... Description: 😆Description: 😂Description: 🙊

Kalau tak paham2 jugak, eloklah pi cari AYIAQ Penerang Hati untuk bagi mudah paham. Bekalan AYIAQ untuk dibuat AYIAQ Penerang Hati bolehlah diambik dari SADA, antara bekas Penaja Utama Pasukan Bolasepak Kedah Darulaman duluuu... Ini jugak suatu FAKTA, dan bukan AUTA.

Sekian laporan saya...

Fikir2kanlah...