NORMAN RADZUAN
Jika benarlah Rafizi dan Nurul Izzah akn aktif kembali
IA BERITA BAIK MENGAPA PERLU DIHINA?
Saya terpaksa menulis mengenainya kerana saya berasa sedih apabila di saat parti hendak berlawan dgn lawan iaitu BN, PN, Pejuang dan Warisan, tiba2 kita seolah olah menyerang rakan separti. Untuk apa?
Saya ambil petikan Sinar Harian...
"Saya tegaskan kalau Rafizi hendak buat 'comeback', buat 'comeback' betul-betul. Sehingga kini, sebahagian besar ahli parti hanya menganggap perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya beliau tidak menambah," katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Selasa.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus kemungkinan Rafizi dan juga seorang lagi bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal membuat kemunculan semula dalam PKR dan politik tanah air dalam masa terdekat bagi mengukuhkan kembali parti itu."
Saya rasa tidak wajar dia menyindir Rafizi begitu sekali. Itu menghina namanya. Bukankah Rafizi itu rakan separti kita... mengapa di saat kita hadapi pilihanraya di Johor kita serang Rafizi bukan Najib, Zahid, Muhyiddin dan lain2??? Ada nampak Najib serang KJ?
Saya rasa Presiden sendiri jika membaca artikel tersebut akn berasa kecewa (Wallahualam) . Fokus kita ke Johor, lawan kita BN & PN bukan Rafizi. Jika Rafizi dan Nurul Izzah mahu muncul biarlah dan patut diraikan... jgn kita nafikan sumbangan mereka sgt besar kpd parti dan PH.
Secara jujur saya yg kalian tahu ahli yg tiada kabilah... saya mengakui Rafizi jasanya sgt besar dan kehadiran sgt membantu. Bukan sahaja dia malah nama Siti Aishah dan Adam Adli sgt2 diperlukan oleh parti.
Ingat, Rafizi adalah individu yg tanpa jemu memainkan isu 1MDB sehingga dia ditahan di lokap. Jika benar kemunculan Rafizi dan Nurul Izzah, ia akn memberi impak yg besar buat parti. Kalian tak kiralah kabilah mana... jgn fikirkan jawatan dlm parti tapi fikir utk perkuatkan parti.
Jgn lupa pengorbanan Nurul Izzah ketika ayahnya dipenjarakan dia mengambil alih tugas ayahnya melawan BN di usia 18 tahun hingga terpaksa tangguhkan pelajarannya ke IPTA. Dialah ke sana sini hingga ke luar negara menbawa suara reformasi.
Yg bersama dgn Nurul Izzah ketika itu adalah abang2 saudara yg digelar Otai Reformis skg ini. Mereka ketika iti berjuang tanpa ada laba politik (tidak bekerja dgn parti). Mereka berjuang dgn pokek sendiri.
Apa kata DS Anwar dua hari lepas... Kehebatan parti ini hingga berdiri gah seperti sekarang kerana pengorbanan Otai2 Reformis yg sanggup menunggunya di mahkamah setiap hari. Yg sanggup membina parti derita ini.
Sebab itu dlm artikel yg lepas saya menulis.. Pertama kita fokus kpd PRN Johor. Kedua jika ada pertandingan.. berlawan lah secara sihat. Ketiga kita hormati kekuatan rakan2 dlm parti. Dlm UMNO parti yg besar itu pun tidak pernah berlaku lawan menghina secara terbuka di media dlm pemilihan parti.
Jujur saya katakan ia sgt keterlaluan dan hanya melemahkan parti. Cukup2lah dan lawanlah dgn idealisme masing2 utk ahli mengundi. Bukan dgn menghina lawan kita... ia tidak profesional, tidak jantan dan tidak berakhlak.
Bila artikel itu keluar di Sinar Harian... sya melihat di ruang komen begitu ramai yg marah kata2nya atau dlm maksud lain tidak bersetuju. Artikel itu hanya memecah belah ahli parti apabila mereka berperang di medsos. Utk apa kenyataan tersebut utk disiarkan di media.. tak perlu pun.
Saya sendiri akn menjadi pemerhati utk pemilihan ini. Siapa menang tahniah. Mudahan kita boleh menerima perbezaan pendapat. Sekali lagi saya mohon jgn sesekali kita serang lawan kita secara terbuka di media... ia bukan sahaja mengeruhkan keadaan tapi akan diketawakan org dgn pelbagai andaian.
Buat Rafizi dan Nurul Izzah... saya rasa ahli2 parti ramai yg menanti kalian berdua utk perkuatkan parti ini. Sebagai ahli kecil saya ingin katakan marilah sama2 kita berjuang dgn rakan2 yg ada. We are more powerful when we empower each other.