KISAH KELAB BOLA SEPAK NEGERI KEDAH DAN MIMPI TUKANG CANANG MAT JENIN









SAIFUL IZHAM  RAMLI


Kedah Darul Aman Football Club atau KDA FC ialah sebuah Kelab bolasepak yang diuruskan oleh Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB).

 

Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) pulak ialah sebuah Syarikat yang baru ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) pada 24 September 2020 dengan no pendaftaran Syarikat 202001029804 (1386124-H), dan dengan alamat perniagaan di Aras Satu, Astaka Utama Stadium Darulaman, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah.

 

Pemegang Saham utk Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) pulak hanyalah satu (1), iaitu Persatuan Bolasepak Kedah Darulaman (Kedah FA), dengan modal berbayaq sebanyak RM1 (seringgit).

 

Setakat 31 Disember 2020, Lapuran Kewangan rasmi Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 29 September 2021 adalah, KERUGIAN BERSIH selepas ditolak CUKAI sebanyak RM1,154,249. Manakala, jumlah TANGGUNGAN LIABILITI (HUTANG ) SEMASA setakat 31 Disember, 2020 pulak adalah sebanyak RM1,743,486.

 

Semua data-data di atas adalah Rekod Awam yang boleh dibeli dari SSM oleh sesiapa jugak yang berminat. Ianya bukan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Untuk jimatkan duit Rakyat Kedah sebanyak Lima Belaih Ringgit Tiga Kupang (RM15.30) , saya share kat sini Carian Rasmi Maklumat Korporat SSM untuk Syarikat Darulaman Football Club Sdn Bhd, sebagai rujukan percuma. Ini semua DATA dan FAKTA, bukannya AUTA.

 

Ini adalah juga maklumat untuk membantu Rakyat Kedah paham perbezaan antara KDA FC, KFA dan DFCSB, serta hubungkait antara ketiga-tiganya.

 

Secara ringkas, saya berpandangan peribadi dan mungkin, bolehlah dikatakan bahawa, KETIGA-TIGAnya adalah ENTITI YANG TIDAK SAMA, JAUH BERBEZA, TAPI MACAM SEGHOPA..... Description: 😆Description: 😂Description: 🙊

Kalau tak paham2 jugak, eloklah pi cari AYIAQ Penerang Hati untuk bagi mudah paham. Bekalan AYIAQ untuk dibuat AYIAQ Penerang Hati bolehlah diambik dari SADA, antara bekas Penaja Utama Pasukan Bolasepak Kedah Darulaman duluuu... Ini jugak suatu FAKTA, dan bukan AUTA.

Sekian laporan saya...

Fikir2kanlah...

 

 

No comments: