Hendak seribu daya. Tak nak seribu dalih.


Entah apa yang sudah sangat nak buat akta anti lompat? Buat saja peraturan jika seseorang wakil rakyat tinggalkan parti yang mana dia memenangi pilihanraya dengan parti tersebut, secara automatik akan dikira letak jawatan dan satu pilihanraya kecil akan diadakan.
Wakil rakyat itu juga akan terhalang dari bertanding untuk tempoh selama 10 tahun. Lompat parti hanya dibenarkan dalam tempoh selepas dewan dibubar sehingga penamaan calon. Namun jika seseorang wakil rakyat dipecat daripada parti, mereka dibenar untuk bertanding semula.
Ini contoh la. Aku bukan pakar undang-undang. Tapi kalau yang bukan pakar macam aku pun boleh nak define, takkanlah kerajaan yang kelilingnya ribuan pakar tak boleh? Melainkan kalau tak mahu!
Tapi biasalah. Pengkhianat kan. Dia dapat jadi menteri hasil pengkhianatan. Kalau bukan sempat lompat parti, jangan harap dia merasa jadi menteri. Jadi tidaklah pelik sangat kalau dia berlakon bodoh sampai tak tahu nak macamana nak buat akta anti lompat parti. Guane boh?

No comments: