NAK IKUT ULAMA' ATAU IKUT NABI? JANGAN PENING!




APABILA USTAZ INI IKUT KANAN, KITA MAHU IKUT MANA?
Sorang ustaz guru pondok ni bagitahu pondok dia pernah Nabi turun solat. Mana dia tahu? Dia cakap, ada seorang budak pelajar pondok dia bagitahu nampak Nabi solat kat pondok dia jam 3 pagi.
Maka, ustaz pondok ni pun terus hebahkan kisah tersebut kepada anak2 murid dia dan kepada orang ramai melalui live kuliah dia. Nak tunjuk pondok dia tu
hebat
la sampai Nabi turun solat kat situ.
Benarkah kisah itu? Semua tahu, tidak mustahil seseorang umat Islam yg terpilih boleh ketemu Nabi samada secara nyata atau melalui mimpi. Tapi, untuk bertemu Nabi melalui mimpi pun amat sukar, apatah lagi secara nyata. Namun tidak mustahil ianya berlaku.
Bagi aku, ustaz ini tidak perlu sebarkan cerita yang dia dengar dari seorang budak. Pertamanya, adakah budak ini bercakap benar? Andainya budak ini berbohong, ustaz ini telah memanjangkan kisah bohong kpd orang ramai, lebih malang lagi nama Nabi digunakan. Keduanya, jika betul berlaku, wajarkah ustaz ini menghebahkannya sedangkan tuan punya badan pun tidak menceritakannya kepada orang ramai? Mungkin budak ini dapat keistimewaan dari Allah untuk dirinya sahaja bukan untuk dikongsikan kpd sesiapa pun.
Saya bimbang jika kisah ini hanya kisah yang direka hanya untuk kepentingan ustaz tersebut bagi menaikkan nama pondoknya. Betapa mudahnya ustaz ini menerima pakai dan percaya kepada kisah yang diceritakan oleh seorang pelajarnya dan terus menghebahkannya.
Peliknya, bila ramai pelajar dia menceritakan bahawa ustaz ini pernah mencabulnya, tidak pulak dia mudah percaya? Ustaz ini juga gedebe cabar ustaz lain berdebat, tapi bila cabarannya disahut, dia pun kata Nabi tidak pernah berdebat. Ini bukan cara Nabi, katanya. Ustaz ini juga menggelar ustaz berkenaan sebagai 'WABABI" untuk merujuk kepada Wahabi. Itukah cara Nabi yang ustaz itu praktikkan?
Saya nasihatkan kpd kawan2, jika kita lihat ustaz ini ikut kanan, elok kita ikut kiri. Bahaya!!
WFAUZDIN NS