LUAHAN RASA:
Seorang yang mendakwa bekas ahli Pas telah memuat naik di laman mikro
sosial whatsapps catatan situasi bercelaru dalam Pas Kawasan Pokok Sena,
Kedah berikutan tindakan flip flop Tuan Guru Presiden sehingga memaksa
300 ahli menyertai Amanah baru-baru ini. Ikuti catatan tersebut:
Assalamualaikum Dato’ Maaf, kami tak boleh tunggu dah.
Setelah menunggu agak lama perkembangan politik dalaman PAS yang amat
membingungkan, malam tadi 300 bekas ahli Pas bertekad untuk
meninggalkan ‘sejarah’ mereka bersama dengan PAS, mereka secara rasminya
menyerahkan borang permohonan keahlian Parti AMANAH kepada Timbalan
Presiden, Tuan Hj Salehuddin Ayub dengan disaksikan oleh YB Dr Mujahid
Rawa dan Dr Ismail Salleh.
Bekas ahli Pas yang diketuai oleh Hj Omar Awang (Mantan NYDP Pas
Kawasan Pokok Sena) dan Hj Jauhari Hanapiah (Mantan Ketua Penerangan Pas
Pokok Sena) terpaksa mengambil tindakan untuk meninggalkan Pas setelah
PAS dilihat kehilangan arah tuju, “kami pun tak faham sebenarnya
pimpinan nak apa?, sat-sat kata nak kawan umno, yang lain pula kata umno
tak boleh percaya, sat-sat nak kawan dengan orang, lepas tu dalam
muktamar putuih hubungan, nak pi mana sebenarnya?”
Kata salah seorang bekas ahli Pas tersebut apabila ditanya kenapa
memilih untuk meninggalkan parti yang telah dianggotai selama 27 tahun.
Apapun, “Maaflah Dato’ Mahfuz, kami dah tak larat nak tunggu,
walaupun kami tau Dato’ dok perosah nak baiki parti dari dalam,
nampaknya hat ataih tu makin ghosot, kita berpisah sat, kami pi dulu,
lepaih Dato’ pula mai” kata seorang ‘cikgu Harumanis’. Maaf Dato’ Mahfuz!
Amanah Kedah kena terima permohonan rakan-rakan yang ingin bersama
Amanah dari kawasan Pokok Sena tanpa menunggu Dato’, kegelisahan orang
bawah amat membarah pada waktu ini.
Parti Amanah Negara (AMANAH) hari
secara terbuka mengalu-alukan penyertaan bekas orang kanan Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu. Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, jika Husam – yang
kini dilihat semakin berani bersuara mengkritik sesetengah pemimpin PAS –
mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, pihaknya pasti menerima
dengan tangan terbuka.
Malah, kata Mohd Anuar, Husam boleh dianggap sebagai aset dalam
politik dan boleh memberi sumbangan kepada mana-mana parti yang
disertainya.
“Husam aset terbesar kepada mana-mana parti dan kami di AMANAH berdoa
beliau menyertai kami. AMANAH sedia menerima,” katanya di sidang media
di Kuala Lumpur hari ini. Mohd Anuar membayangkan kesediaan mereka menerima Husam itu seperti “kecil kereta Kancil, lori besar” mereka sanggup sediakan.
Husam pernah berkhidmat sebagai exco kanan di Kelantan ketika negeri itu ditadbir Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun bintangnya menjadi muram selepas jawatan menteri besar bertukar tangan.
Husam kini berkhidmat sebeagai ADUN Salor dan pernah terpilih sebagai
salah seorang Naib Presiden PAS sebelum dia bersama kumpulan sederhana
dalam parti itu disingkirkan beramai-ramai Jun lalu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed
menyarankan Husam meninggalkan parti itu ekoran kelantangannya
mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang.