Amanah buka pintu seluas-luasnya untuk Husam

Amanah buka pintu seluas-luasnya untuk Husam

Amanah buka pintu seluas-luasnya untuk Husam


Parti Amanah Negara (AMANAH) hari secara terbuka mengalu-alukan penyertaan bekas orang kanan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu.
Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, jika Husam – yang kini dilihat semakin berani bersuara mengkritik sesetengah pemimpin PAS – mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, pihaknya pasti menerima dengan tangan terbuka.

Malah, kata Mohd Anuar, Husam boleh dianggap sebagai aset dalam politik dan boleh memberi sumbangan kepada mana-mana parti yang disertainya.

“Husam aset terbesar kepada mana-mana parti dan kami di AMANAH berdoa beliau menyertai kami. AMANAH sedia menerima,” katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Anuar membayangkan kesediaan mereka menerima Husam itu seperti “kecil kereta Kancil, lori besar” mereka sanggup sediakan.

Husam pernah berkhidmat sebagai exco kanan di Kelantan ketika negeri itu ditadbir Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun bintangnya menjadi muram selepas jawatan menteri besar bertukar tangan.

Husam kini berkhidmat sebeagai ADUN Salor dan pernah terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden PAS sebelum dia bersama kumpulan sederhana dalam parti itu disingkirkan beramai-ramai Jun lalu.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan Husam meninggalkan parti itu ekoran kelantangannya mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

No comments: