MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN.. TAK DAK SIAPA PUN KISAH.. KALUT TEBUK ATAP ABAGI.. SAMPAI TELOQ AYAM TAK ADA.. MINYAK MASAK MAHAL.. APA PUN TAK BOLEH.


 

TAHUN BAHARU 2025; MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA BERSAMA KERAJAAN MADANI.





1- Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya. Jika diungkap kembali rekod tahun lalu, banyak kejayaan yang dilakar negara di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sekalipun negara berdepan cabaran yang getir pada tahun lalu terutamanya ekonomi dan politik, namun negara di bawah pemerintahan Kerajaan MADANI berjaya mengharungi cabaran tersebut sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.


2- Dalam aspek ekonomi, KDNK negara meningkat kepada 4.2 peratus, 5.9 peratus dan 5.3 peratus bagi tempoh suku pertama, kedua dan ketiga, melepasi jangkaan awal penganalisis ekonomi. Ringgit pula mencatatkan prestasi terbaik di Asia berbanding dolar Amerika pada 2024, dan merupakan satu-satunya matawang utama yang mencatatkan peningkatan. Matawang Singapura, Thailand dan Indonesia pula semuanya menurun berbanding dolar Amerika. Dalam aspek pelaburan pula, Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama, meningkat hampir 11% daripada tempoh sama tahun sebelumnya.


3- Selain itu, dalam aspek dasar luar negara, Malaysia telah menjadi antara negara kehadapan dalam membela Palestin akibat kekejaman regim Zionis di Gaza. Malaysia merupakan negara yang membawa cadangan untuk menggantung sehingga menyingkirkan Israel daripada PBB. Selain itu, Malaysia juga telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi. Perkembangan ini penting bagi membuka ruang ekonomi yang lebih luas kepada Malaysia kerana BRICS menyumbang 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$26.6 trilion atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia. 


4- Dalam aspek reformasi pula, sekalipun Kerajaan MADANI sering diserang dalam melaksanakan reformasi, namun jika ianya diteliti dengan lebih telus, Kerajaan MADANI telah melakukan banyak reformasi untuk meningkatkan tatakelola kerajaan pada tahun lalu. Antaranya melaksanakan PMQT di parlimen, pindaan Akta Audit 1957 dan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN). Tidak hanya itu, reformasi turut dilaksanakan terhadap penjawat awam apabila kerajaan memperkenalkan SSPA. Kini penjawat awam lebih selesa apabila menerima kenaikan gaji sebanyak 7-15% bermula 1 Disember yang lalu. 


5- Walaupun kemajuan dan kesejahteraan negara amat membanggakan dalam 2024, namun pihak pembangkang seakan tidak dapat menerima hakikat kejayaan-kejayaan yang ditempa Malaysia. Walaupun di dalam sesebuah negara demokrasi, peranan pembangkang amat diperlukan, namun ia bukanlah dengan cara menabur fitnah dan membangkitkan isu perkauman. Pembangkang yang baik ialah pembangkang yang konstruktif dalam menegur dan mencadangkan dasar dan memperbaiki polisi kerajaan yang ada pada ketika ini. Lebih malang lagi, masih ada usaha untuk cuba ‘menebuk atap’ bagi mengambil alih kerajaan. 


6- Menuju ke tahun 2025, sudah pasti harapan besar rakyat untuk melihat Kerajaan MADANI terus memimpin negara. Tahun ini juga merupakan tarikh penting apabila Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN dan memainkan peranan lebih besar terhadap dasar luarnya. Segala kejayaan ekonomi yang dicapai adalah untuk kesejahteraan rakyat terutamamya dalam membela kekuatan orang Melayu. Sentimen Islam terancam dan Melayu terpinggir hanyalah candu politik yang digunakan untuk kepentingan golongan tertentu yang tidak ikhlas dalam perjuangan. Kestabilan politik yang dipertahankan hari ini sangat penting dalam memastikan pembangunan negara yang mampan. 


7- Sebagai salah satu parti yang mendukung Kerajaan MADANI, Parti Amanah Negara (AMANAH) di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Mohamad Bin Sabu kekal komited untuk memperkuatkan perjuangan Islam dan menjayakan agenda reformasi yang dibawa YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuhkan Kerajaan MADANI. AMANAH perlu melakukan lebih banyak anjakan gerak kerja bagi menyedarkan rakyat Malaysia bahawa membangunkan negara ini haruslah berasaskan prinsip perpaduan dan bukannya sentimen. Dengan doa dan dokongan rakyat Malaysia, Insyallah Malaysia akan terus maju dan sejahtera di tahun 2025.


Selamat menyambut Tahun Baharu 2025


MUHAMMAD FAIZ FADZIL

Setiausaha Agung

Parti Amanah Negara

1 Januari 2025



ALAH PERANGAI LEBAI WALAUN MEMANG GITU... HAK ORANG DIA KALUT BISING.. HAK SENDIRI TAK APA PULAK.. TAK ADA MALU LA.


 

OWHHHH ISU KAPIAQ MENGKAPIAQ... LAHANAT PECAH BELAH MELAYU ISLAM.


 

KEBANGGAAN ORANG KEDAH...


 

KEH.. KEH.. KEH... TAKDIRRRR


 


MENGHINA DS ANWAR PERDANA MENTERI, MASYARAKAT KAUM INDIA MEMBUAT LAPORAN...


KENAPA BEGITU BIADAPA MEREKA ADAKAH INI AJARAN DARI GURU GURU MEREKA? MENGHINA DS ANWAR PERDANA MENTERI, MASYARAKAT KAUM INDIA MEMBUAT LAPORAN POLIS INDIVIDU HINA PMX!




KESOMBONGAN & KEBODOHAN TAK TERBENDUNG! AKMAL SALLEH PERSOAL KUASA AGONG...



Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menerima kecaman selepas mempertikai sama ada pengampunan diraja Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun 2018 mengikut prosedur yang betul atau sebaliknya. Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd Halim berkata maklumat berkenaan pengampunan Anwar boleh didapati dengan mudah melalui carian dalam talian, yang membuktikan bahawa pengampunan Anwar sememangnya mengikut prosedur. “Ia telah dilapor secara meluas oleh media ketika itu. Maka apa yang dipertikaikan oleh Akmal bukan sahaja melulu, malah memesongkan fakta yang diketahui umum,” kata Adam dalam kenyataan hari ini. Setiausaha politik Anwar, Kamil Munim pula mengongsikan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada 2018, yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong ketika itu telah mengurniakan pengampunan kepada Anwar atas nasihat Lembaga Pengampunan. “Baca dan buat homework sikit, saudara. Tahu (Akmal) nak jadi hero Najib tapi tak usah meraban ke hal lain,” katanya di X. Terdahulu, Akmal mempertikaikan pengampunan Anwar selepas Pejabat Peguam Negara semalam mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan Najib untuk tahanan di rumah perlu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Agong sekarang. Ini dipercayai bertujuan menangani isu titah tambahan oleh Agong sebelum ini, yang dikatakan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara kes rasuah SRC International di rumah. Adam yang juga timbalan menteri belia dan sukan menyarankan agar Akmal menarik balik kenyataannya. “Adalah bijak untuk Akmal menarik balik kenyataan tersebut. Jangan persoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan hingga mencemarkan institusi tersebut. “Jika dia tidak berhati-hati, kenyataan itu bukan sahaja serangan politik, tetapi boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap institusi diraja dan undang-undang tertinggi negara,” tambah Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu. “Wajar bagi Akmal untuk menarik semula kenyataannya. Jangan kita pertikaikan bidang kuasa pengampunan Agong sehingga mencalarkan pandangan terhadap keluhuran institusi. “Jika tidak berhati-hati, kenyataan tersebut bukan lagi sekadar serangan politik, tetapi juga boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak menghormati institusi diraja dan undang-undang tertinggi negara,” katanya lagi. Adam juga menegaskan kerajaan perpaduan mematuhi undang-undang dan Najib serta isterinya, Rosmah Mansor, mempunyai saluran undang-undang tanpa campur tangan politik. Susulan itu, Akmal dilaporkan menolak gesaan Adam untuk menarik balik kenyataannya.





PENJELASAN LOKMAN ADAM


 

SYIAR ISLAM GEMA SYUKUR 2025



 SYIAR Islam terus diperkasa melalui penganjuran Program ’Gema Syukur 2025’ sempena tahun baharu 2025 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya pada 31 Disember.







Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  dengan dengan kerjasama 13 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  ia berjaya menarik lebih 7,000 kehadiran pengunjung ke Masjid Putra.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Naim Haji Mokhtar dalam ucapannya menyatakan, program ini menunjukkan semangat dan komitmen bagi membuka tahun baharu sebagai tanda syukur  kepada Allah SWT.


Beliau juga mengajak untuk sama-sama bersyukur atas nikmat keamanan dan menyeru untuk terus memperkukuh hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.


Senator Dato' Setia Dr. Haji Naim memberi jaminan akan terus mengadakan program-program seperti ini yang dapat meningkatkan ilmu, mengingatkan diri kepada Allah, kecintaan kepada nabi serta program kebajikan kepada masyarakat oleh agensi-agensi agama yang menurut beliau akan digiatkan lagi oleh agensi di bawah beliau.


Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, , Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus serta ketua-ketua agensi (Hal Ehwal Agama).


Program yang bertujuan menyemarakkan syiar Islam ini disokong oleh pelbagai rakan strategik, termasuk MAPIM, badan bukan kerajaan MyFundAction, Du’at Al-Falah serta Masjid Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.


Gema Syukur 2025 dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa kesyukuran sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti seperti sesi Gema Cinta Rasul bersama kumpulan nasyid Inteam dan sesi Tadabbur Al-Quran: ‘International Quran Moment’.


Pod cast istimewa bertajuk ’Jerat Nafsu’ menampilkan ahli panel seperti Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Senior Asisten Komisioner Puan Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction, Dr. Ghafur Rahim Mustakim, turut menjadi antara pengisian.


Detik malam 2025 kemudiannya diraikan diiringi doa keberkatan untuk melangkah ke tahun baharu.


Seterusnya, hari pertama tahun 2025 di Masjid Putra kemudiannya dimulakan dengan sesi Qiamulail yang dipimpin oleh Syeikh Abdul Karim Omar al Fattani al Makki, sebelum beliau kemudiannya turut mengimamkan solat Subuh.


Selepas Subuh, diadakan pula Forum  bertajuk ’Demi Masa’ yang membawakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim  dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail (Pencetus Ummah Riz) sebagai panel manakala Ustaz Mohd Rahimi P. Ramlee  daripada JAKIM sebagai moderator.


Semoga penganjuran program dapat membangkitkan semangat untuk membudayakan syiar Islam dalam kalangan umat Islam di Malaysia.



TAK HABIS HABIS NAK TEBUK ATAP... KONON NAK TUMBANG.. SANUSI KATA KEPALA BAPAK HANG.


 

Sorotan 2024: Memartabat Malaysia Di Pentas Dunia


Alhamdulillah, rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eskport negara serta menjulang negara di persada dunia. Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan kita dalam memperjuangkan isu-isu global, terutama dalam mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang. Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan. Dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, kita melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama. #MalaysiaMADANI





MASIH RELEVANKAH AMANAT INI??

Che Ibrahim


AMANAT HAJI HAJI 1981


1. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah....


2. Percayalah saudara saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad .. 


3. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalahati syahid, mati kita adalah mati Islam.







"33 BULAN JADI KERAJAAN, MANA RUU355" ! PEMIMPIN PAS TERUS SENYAP !

Hannah Yeoh dan Hipokrasi PAS: Memahami Kepercayaan Beragama dan Toleransi





Baru-baru ini, buku yang ditulis oleh Hannah Yeoh, diterbitkan pada tahun 2014, menjadi isu hangat dalam kalangan penyokong PAS dan golongan tertentu yang cuba mempersoalkan kandungannya. Buku tersebut adalah sebuah catatan peribadi perjalanan spiritualnya sebagai seorang Kristian, yang sudah semestinya bersandarkan kepada kepercayaannya terhadap Bible. Adakah ini satu kesalahan?


Hannah Yeoh, seperti mana-mana penganut agama lain, berhak untuk mempercayai ajaran agamanya. Dalam buku tersebut, apabila beliau menyebut "duta Tuhan," ia jelas merujuk kepada Corinthians 5:20 dalam Bible, yang menyatakan bahawa penganut Kristian adalah "ambassadors for Christ." Hal ini tidak menghairankan kerana ia adalah selari dengan pegangan agamanya, sama seperti umat Islam yang percaya bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi, seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah dan surah an-Nur.


Namun, sikap segelintir pemimpin PAS dan pengikutnya yang menggunakan naratif ini untuk menyerang Hannah Yeoh memperlihatkan hipokrasi dan ketandusan toleransi beragama. Apakah asas untuk mempersoalkan kepercayaan agama lain sedangkan Islam sendiri mengajarkan hormat-menghormati antara agama? Surah al-Kafirun dengan jelas menyebut, "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."


Sebagai umat Islam, tugas kita adalah memperkukuhkan keimanan kita sendiri, bukan menimbulkan kekeliruan dengan memanipulasi kepercayaan agama lain demi keuntungan politik. Sikap menyerang peribadi seseorang yang tidak bersalah seperti Hannah Yeoh bukan sahaja mencerminkan kebencian, tetapi juga mencerminkan kegagalan memahami inti pati Islam yang sebenar.


Jika PAS dan penyokongnya benar-benar ingin memimpin masyarakat, mulakan dengan mencontohi adab Nabi Muhammad SAW, yang tidak pernah memperlekehkan kepercayaan penganut agama lain. Bukankah itu jauh lebih bermaruah daripada bermain politik murahan yang mencemarkan nama agama?


"Katakanlah, 'Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu juga tidak akan menyembah apa yang aku sembah... Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.'" (Surah al-Kafirun: 1-6).


Mantoba @ King Jason

Aktivis Bloggers



Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?

 

Roha Ali


Berhati2 lah untuk panduan kita yg dah berumur ni.

Semoga bermenafaat.

Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?




Kerana cara mandian yang salah!


Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi, kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh ditempat lain?


Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu,


basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala ,


logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.


1. Bermula dari segayung siramkan

di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.


Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.



KEH. KEH.. KEH..


 

LAH... TANGGUH PULAK?

 

Izlin Idris


Nak buat sijil halal ni bukan senang..

Kadang² siap kena renovate sikit permis kita untuk sesuaikan dengan kehendak peraturan bagi mohon sijil halal..




PERANGAI BANGSA PAS

 



*KALAU IKUT DEFINISI & FAHAMAN BANGSA PAS, HANYA MELAYU PAS SAJA ALLAH BUAT DENGAN PENUH ISTIMEWA, BANGSA2 LAIN DI DUNIA TERMASUK BANGSA ARAB PUN LOW CLASS, SEOLAH2 ALLAH JADIKAN MCM SAMPAH!!*.*ITU IKUT ACUAN ANUTAN AGAMA LEBAI!!*


*MASUK PAS MASUK SYURGA, KELUAR PAS MASUK NERAKA!*


XXXXXXXXXXXXXXXXX


Perangai PAS hanya *tahu menuduh sahaja:*


CnP

🔲PAS tuduh orang lain sebagai sekular.

*Sekarang PAS sendiri yang jadi sekular dan berkawan dengan puak sekular.*

🔲PAS tuduh orang lain sebagai liberal.

*PAS sendiri pun sudah jadi liberal, kawan baik PAS dalam PN pun memang dah liberal.*

🔲PAS tuduh orang lain komunis.

*Tapi PAS sendiri berkawan dengan kawan komunis, iaitu PPBM dan Gerakan.*

🔲PAS tuduh orang lain seperti PAP nak jadi macam Singapura.

*Tapi PAS sendiri ada hubungan rasmi PAP, siap jadikan PAP sebagai model ekonomi SG4 lagi.*



MELAYU AKAN HILANG

 


Sekarang baru aku faham. Melayu mana sebenarnya yang Mahathir maksudkan 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 10 tahun lagi. Iaitu Melayu yang 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 Bahasa Melayu, yang seronok 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗞𝗿𝗶𝘀𝗺𝗮𝘀, yang 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 di rumah.



Sebab PM kita sekarang, YAB DS Anwar seorang yang 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 dan 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗶 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮. Ini telah terbukti dengan banyaknya program agama yang telah banyak 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sekarang.




Malah DS Anwar juga seorang 𝗽𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 yang mewajibkan 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 yang dihantar ke agensi kerajaan 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Tentu sekali Mahathir yang pandang rendah Bahasa Melayu tak suka.


Takkan kita lupa bila Mahathir anggap 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂  𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 hingga mahu subjek 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗱𝗶𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗜𝗻𝗴𝗴𝗲𝗿𝗶𝘀. Maruah Bahasa Melayu diinjak teruk ketika itu.


Mahathir mahu orang Melayu hidup 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝘁, serta 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗻𝗯𝘂𝗻𝗱𝗮. Dan itu bakal gagal jika DS Anwar terus kekal sebagai PM. Sebab itu Mahathir nak jatuhkan DS Anwar. Datang lebai bengong pergi sokong tak usul periksa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MENJAWAB SOALAN DARI MAHASISWA MENGENAI JANJI DAN FATWA YANG DI MOMOKKAN LEBAI POLITIK


 

KUASA MUTLAK YDP AGONG


 

KETIKA DILANCARKAN. ADA 3 KETUK PAS DALAM TU. MULUT BISU.

 




Pengalaman paranormal pertama saya

 

Pada tahun 1988 saya mula berminat dengan alam paranormal kerana mendapat banyak maklumat pelik dari rakan-rakan. 


Mereka menceritakan usaha mencari barang antik yang digunakan untuk menarik wang oleh bomoh. 


Kawan-kawan mengisahkan bagaimana pernah dikelilingi bertimbun wang ringgit yang dibawa oleh satu lembaga berjubah hijau tetapi akhirnya duit tersebut bertukar menjadi daun kerana kurang syarat. 


Susah juga untuk mempercaya kata-kata mereka walaupun mereka adalah rakan rapat, kerana saya tidak melihat dengan mata kepala saya. 


Beberapa kali mereka mengajak saya menyertai upacara tarik duit tetapi saya enggan kerana kebiasaannya selepas jam 2 pagi di tempat-tempat yang sunyi. 


Pada satu hari seorang rakan berjumpa saya,


“Din, aku tau ko tak caya apa yang kami lakukan kerana ia terlibat dengan alam ghaib tapi aku nak bawa ko ke satu tempat dan ko saksikan sendiri alam paranormal ini” ujar beliau. 


Mat (bukan nama sebenar) memang kaki paranormal kerana beliau salah saorang yang berusaha mencari barang antik yang digunakan untuk menarik duit. 


Setiap kali saya dengar, mereka masih mencari satu sterika arang antik sebagai barang terakhir untuk syarat menarik wang. 


Saya difahamkan, dengan upacara khas oleh bomoh yang mahir berserta beberapa barangan antik, jin islam akan menarik duit untuk mereka ini. 


Duit itu dikhabarkan adalah dari simpanan orang yang tidak membayar zakat (ahaks). 


Sebagai seorang Jurutera yang mempunyai minda analytical, bukan senang untuk menerima kesahihan cerita tersebut dan saya selalu mempersendakan cerita mereka. 


“Ok mat, insyaAllah saya boleh ikut kemana ko nak bawa saya asalkan jangan larut malam” balas saya. 


Akhirnya pada petang sabtu saya membuat temu janji untuk mengikut beliau ke satu tempat di Jalan Sungai Besi. 


Saya membawa kereta dengan beliau duduk di sebelah untuk navigate saya ke satu jirat cina di Sungai Besi bersebelahan Lapangan Terbang TUDM (sekarang dimiliki oleh hantu 1MDB). 


Di pinggir jirat Cina tersebut kami terpaksa berjalan melalui denai lebih kurang 1 km ke dalam pinggir hutan sehingga sampai kes ebuah pondok. 


Di pondok tersebut tinggal seorang yang dikenali sebagai bomoh artis. 


Mat memberitahu saya bahawa bomoh ini boleh melakukan susuk awet muda dan ramai artis menjadi pelanggan beliau. 


Ramai artis popular pada zaman tersebut mendapatkan khidmat Wak Amin (bukan nama sebenar). Semasa saya berada di situ saya saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana Wak Amin memasukkan susuk emas ke dalam badan seorang wanita. 


Wak Amin akan mengumit-ngumit mulut membaca sesuatu dan memasukan susuk emas kepada muka wanita tersebut. 


Pelik tapi benar saya lihat jarum emas masuk ke dalam muka sehingga hilang tanpa rasa sakit. Di atas kening, di pipi dan di dagu semua dimasukkan jarum emas tersebut. 


Kemudian beliau akan masukkan pula ke-tangan wanita tersebut. Saya diberitahu susuk emas tersebut agar muka sentiasa cantik dan diminati ramai. Saya hanya melihat dengan terlopong mulut. 


Mat sudah lama mengenali Wak Amin dan mengaku pernah melakukan susuk di muka dan di alat kelaminnya. Mat walaupun muka tak hensem memang menjadi kegilaan ramai perempuan. Beliau seorang ‘casanova’. 


Setelah sembang kosong, mat membuka soalan cepumas kepada Wak Amin. 


“Rakan saya ini kurang percaya dengan alam paranormal, tu sebab saya bawa dia berjumpa Wak” Mat memulakan cerita. 


“Boleh tak Wak tunjukkan sikit kat bos saya ini bagi dia percaya” tambah mat lagi. 


Saya lihat Wak mengambil satu gelas kosong berisi air setengah penuh, dan mula membaca ayat ayat dari surah yasin tetapi beberapa ketika memperlahankan bacaan dan membaca mentera pula dan menghembus ke dalam air. 


Saya dapati Wak baca ayat yasin pun terkial-kial dengan mahraj yang tidak betul. 


Kemudian dia menyerahkan cawan tersebut kepada saya agar saya melihatnya. 


Saya terperanjat kerana dalam air tersebut muncul bayangan seorang perempuan yang saya kenali. 


Beliau adalah salah seorang staf di pejabat saya yang bekerja sebagai machine operator (OMPD). 


Bayangan orang dalam air sangat jelas seperti melihat gambar TV, dan saya cuba melihat atas bawah cawan untuk memastikan tiada penipuan. 


“Itu lah orang di pejabat Tuan Haji yang banyak melakukan porak peranda, dengan memperlagakan antara kakitangan” kata Wak Amin. 


Memang di pejabat saya ada berlaku sedikit ketegangan dan pergaduhan kerana mereka berpuak-puak dan saya masih belum tahu siapa angkaranya. 


Lebih kurang 10 minit saya melihat gambaran perempuan tersebut di dalam air kerana otak saya masih tidak dapat menerima apa yang saya lihat. 


Bagaimana bayangan manusia boleh terpapar di permukaan air?


Setelah setengah jam berada di pondok Wak Amin, saya dan mat meminta permisi untuk pulang ke rumah. 


Sepanjang perjalanan otak saya berdesing cuba memikirkan fenomena tersebut yang tidak dapat dijangkau oleh otak saintifik. 


Mulai saat itu saya berminat dengan dunia paranormal dan selama 10 tahun cuba mempelajari lebih dalam dunia ghaib ini. 


Saya tidak berbuat apa-apa berkenaan bayangan perempuan staf yang saya nampak dalam gelas air kerana pada saya ia hanya mainan jin yang ingin memporak-peranda kehidupan manusia. 


Walau bagaimanapun saya awasi pergerakan staf tersebut yang memang suka memperlagakan antara kakitangan. 


Saya tidak ambil apa-apa tindakan kerana tidak mahu decision saya dipengaruhi oleh insiden di rumah Wak Amin kerana ianya mungkin satu fitnah. 


Moral of the story. 


• awas permainan jin yang boleh mempengaruhi moral conscience dan pertimbangan akal kita. 


Wallahuallam. 


Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar





HADI YANG TIADA TABIAT PERDAMAIAN.

 Entahlah,



Ana kadang tu pelik dengan sifat jahiliyyah yang ada pada Haji Hadi yang sentiasa istiqamah dengan tabiat buruk dalam meniup api permusuhan antara umat Islam.



Adakah Haji Hadi sudah dibutakan oleh Allah tentang nas² agama yang banyak menyeru kepada perdamaian dan perpaduan..?


Jawapan itu ada pada setiap kita untuk menilainya.


Doa ana untuk Haji Hadi pada awal tahun 2025 ini adalah supaya Allah kurniakan hidayah buat beliau dan dipermudahkan urusan taubat nasuha atas jenayah berat takfiri yang pernah dia buat sebelum ini.


Semoga Allah kabulkan doa ana sebelum dia tinggalkan dunia ini.


Amin Ya Rabb.


🙏🙏


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9



Countdown sebenar bermula di saat kita dilahirkan


Nik Hasyudeen


Tidak ada insan yang hidup selama-lamanya. Jadi, apabila dia dilahirkan, bermulah perkiraan (countdown) ke arah kematiannya. Cuma kita tidak diberitahu berapakah umur kita.


Walaupun manusia ini Allah kurniakan sifat suka mengira-gira, ada orang yang tahu apa yang dia kirakan dan ada yang ikut-ikut orang lain sahaja.


Bagi orang yang suka menyambut hari lahir, apa yang dikira ialah sudah berapa lama hidup. Berapa orang yang sedar bahawa pada setiap sedutan nafasnya bermakna jumlah sedutan nafas yang diperuntukkan sudah berkurangan sebanyak itu juga?


Di zaman Rasulullah SAW tidak ada perkiraan tahun. Namun ada perkiraan bulan-bulan yang dijadikan panduan kehidupan. Ada bulan-bulan yang dilarang berperang sebagai contoh. Bulan-bulan itu dikira berdasarkan peredaran bulan. 


Hanya di zaman Umar Al-Khattab barulah tahun diperkenalkan sebagai kaedah pengurusan. Dia memilih bulan Shawal sebagai bulan yang pertama kalendarnya dan tahun hijrah sebagai tahun permulaan kalendar berkenaan. Jadi kalendar ini diasaskan kepada pergerakan bulan mengelilingi matahari.


Di samping itu ada satu sistem kalendar yang lain. Ianya berasaskan pergerakan matahari pula. Walaupun jumlah bulannya sama, namun jumlah hari di dalam setahun berbeza. Inilah kalendar yang dipanggil kalendar Gregorian. Ianya mula digunakan terlebih awal.


Disebabkan banyak negara-negara di dunia menggunakan kalendar Gregorian, ianya menjadi rujukan kepada banyak aktiviti manusia.


Banyak syarikat-syarikat yang menggunakan kalendar ini untuk menetapkan tahun kewangan. Pada setiap 12 bulan, untung rugi tahunan perniagaan dikira dan dibentangkan kepada pemegang saham.


Apa yang menariknya ialah kedudukan kewangan dikira pada satu ketika sahaja. Jika pada akhir tahun hutang syarikat ialah RM 10 juta, pada hari pertama tahun baharu jumlahnya tetap RM 10 juta, bukannya kosong seperti pengiraan untung rugi. Hanya apabila hutang ini dibayar barulah jumlahnya berkurangan.


Oleh yang demikian, bagi orang-orang yang seronok menyambut tahun baru, anda kena tetapkan apakah yang menyeronokkan anda? Jumlah umur yang semakin berkurangan atau hutang yang tetap wujud yang belum dibayar? 


Ikut-ikutan ini hanya menyeronokkan sehari dua sahaja. Selepas itu kita akan menghadapi realiti yang sebenarnya. 


Pagi ini saya akan membincangkan buku Za’ba berkenaan kemiskinan orang Melayu. Artikel-artikel yang dibukukan ini telah ditulis lebih 100 tahun. Adakah pemerhatian Za’ba itu betul? Adakah solusinya berjaya? Kita bincang pagi ini ya?



PENANG TERUS MAJU... ALHAMDULILLAH. BOLEH JUGA RAKYAT NEGERI MISKIN TUMPANG CARI MAKAN.


 

BERKUATKUASA 1 JANUARI. BEBERAPA PERKARA PENTING BAKAL BERLAKU.


 

SEMOGA WALAUN ADA IDEA YANG LEBIH BAGUS UNTUK MENGKRITIK. JIK A KRITIK, GUNA ILMU. ISU EKONOMI LAIN LAIN ISU.. RASUAH BAGAI.


 

TERIMA KASIH WESSTAR.


 

TAMBAH TERBAIK PMX..WALAUN DAPAT BANYAK.


 

PTP ANTARA PELABUHAN TERBAIK DUNIA.

 

Hisham Fauzi


Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berada di kedudukan ke-4 dalam senarai Top 20 Pelabuhan Paling Efisien Dunia berdasarkan Indeks Prestasi Pelabuhan Kontena 2024 oleh Bank Dunia! 


Tahniah Malaysia kerana terus cemerlang di peringkat antarabangsa dalam sektor logistik dan perkapalan. 🚢🇲🇾




SEMOGA TERUS SUKSES UNTUK RAKYAT DAN NEGARA. HINDARI PAS KERANA HANYA PENTINGKAN JAWATAN DAN PANGKAT.


CnP


 [Infografik] 2024 bakal melabuhkan tirainya memberi laluan 2025 yang akan mencipta sejarahnya tersendiri.


Sepanjang 2024 beberapa pencapaian telah diraih yang bakal mendorong banyak lagi kejayaan negara.





NAK BUAT GENA....BODO KETURUNAN GAMAKNYA.

 




Najib di jatuhkan dan di hantar ke penjara ketika PAS berada dalam kerajaan kenapa msa tu tak bantah,mengapa senyap?

Bila dah tak jadi kerajaan baru nak jadi hero bebaskan najib....yang paling kelakarnya zaman kamu yang jatuhkan dan hantar Najib ke  penjara Tapi sekarang salahkan Anwar Ibrahim pulak.....bodonya laa walaun yang di bawah ni mengikut jea...korang takde akal ke atau memang takde otak untuk mikir.