Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Program Indian Muslim Transformation Framework 2030


 

BERBAGAI ISU TERKINI- Ucapan PM Anwar Ibrahim di Program Semarak Kenegaraan



0:00 - Pengenalan / Hook
1:27 - Isu Laut China Selatan & Cabaran Keselamatan Sempadan
3:04 - Kestabilan Ekonomi & Rasional Penyasaran Subsidi
7:23 - Bantuan STR, SARA & Sumbangan kepada ATM
9:25 - Cabaran Kos Sara Hidup & Kebijaksanaan Dasar Luar Negara
11:13 - Ketegasan Kedaulatan Malaysia & Pendirian Teguh Isu Palestin
14:34 - Integriti Tata Kelola & Pengurusan (Tabung Haji & FELDA)
18:58 - Hentikan Ketirisan: Rundingan Terus Perolehan Kapal LCS
20:23 - Peningkatan Bersejarah Peruntukan Belanjawan Pertahanan
26:26 - Kelulusan RM844 Juta Untuk Pembaikan Rumah Angkatan Tentera (RKAT)
29:28 - Peruntukan Penyelenggaraan ILMI, Masjid & Sekolah Kem ATM
32:41 - Anugerah Pengurusan Haji & Peningkatan Bantuan Veteran ATM
34:25 - Kenaikan Gaji Penjawat Awam Selepas 12 Tahun
36:00 - Peranan KAGAT & Penerapan Nilai-Nilai Islam Madani
43:26 - Kesimpulan / Rumusan Peringatan Menolak Budaya Fitnah














 

RCI TABUNG HAJI BAKAL DIDEDAH? NI 5 PERKARA YANG RAKYAT KENA TAHU!


 

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Makan Malam Perpaduan DUN Sikamat


 

TERBUKT & TERNYATA SEMUA HANYA FITNAH UMNO DAN PAS! FAKTA TELAH DINYATAKAN ISU TABUNG HAJI!


 

DATO LOKMAN RESPON AZMIN RAMAL KEJUTAN BESAR BERSATU PADA 1 OGOS PRN N9


 

Jangan sorok satu baris pun, AMANAH desak laporan RCI Tabung Haji didedah tanpa suntingan

 


Kerajaan digesa menyahklasifikasikan dan mendedahkan segera laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) tanpa sebarang suntingan yang boleh mengaburkan fakta sebenar.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Zamir Ghazali berkata, pendedahan menyeluruh itu penting bagi memastikan lebih sembilan juta pendeposit TH mengetahui kebenaran berhubung isu tadbir urus, pengurusan aset dan keputusan terdahulu yang memberi kesan kepada institusi berkenaan.

Beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan RCI tersebut akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Menurutnya, keputusan itu merupakan langkah tepat kerana rakyat, khususnya pendeposit TH, mempunyai hak untuk mengetahui dapatan siasatan terhadap institusi kewangan yang dibina daripada simpanan umat Islam sejak sekian lama.

“Tabung Haji adalah amanah umat Islam yang dibina hasil titik peluh jutaan pendeposit.

“Justeru, sebarang persoalan berkaitan tadbir urus, pengurusan aset dan keputusan yang memberi kesan kepada institusi ini tidak boleh terus diselubungi kerahsiaan apabila proses siasatan telah selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kurang berdaya saing

Pada 22 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika menjawab soalan di Dewan Negara memaklumkan penjualan aset TH yang kurang berdaya saing dan bermasalah kepada syarikat tujuan khas milik penuh kerajaan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) adalah keputusan kolektif Jemaah Menteri pada 2018.

Zulkifli berkata, Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan masalah kewangan serius TH apabila jurang defisit antara aset dengan liabiliti institusi itu mencecah RM10.9 bilion pada tahun itu.

Jelasnya, keputusan menyelamatkan TH terbukti berhasil apabila deposit institusi itu meningkat daripada kira-kira RM69.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM95.1 bilion pada pertengahan tahun ini.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, laporan akhir RCI TH itu sedia untuk didedahkan bagi membolehkan rakyat meneliti dakwaan penjualan aset strategik agensi itu sebelum ini.

Anwar berkata, beliau akan merujuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, untuk mendedahkan laporan itu selepas mesyuarat Kabinet 29 Julai depan.

Tanpa sebarang suntingan

Mengulas lanjut, Zamir menegaskan, laporan berkenaan perlu diterbitkan secara penuh tanpa sebarang suntingan yang boleh menjejaskan pemahaman rakyat terhadap keseluruhan fakta dan dapatan RCI.

Katanya, ketelusan merupakan asas penting untuk memulihkan keyakinan masyarakat terhadap Tabung Haji, manakala kebenaran tidak boleh didedahkan secara terpilih mengikut kepentingan mana-mana pihak.

“Sekiranya laporan tersebut mengenal pasti sebarang bentuk salah guna kuasa, kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya hendaklah diambil tanpa mengira kedudukan, pangkat atau latar belakang politik individu yang terlibat.

“Prinsip keadilan hanya bermakna apabila ia dilaksanakan secara adil kepada semua,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat juga perlu diberikan gambaran menyeluruh mengenai langkah pemulihan yang telah dilaksanakan sehingga Tabung Haji kembali berada pada kedudukan lebih kukuh pada hari ini.

Menurut Zamir, pendedahan laporan RCI bukan bertujuan membuka semula luka lama atau menjalankan pembalasan politik.

Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi memastikan kelemahan dan kesilapan lampau tidak berulang, selain memperkukuh Tabung Haji sebagai institusi penting umat Islam untuk generasi akan datang.

“Pendedahan laporan RCI bukan bertujuan membuka luka lama, sebaliknya memastikan kelemahan lampau tidak berulang dan institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terus diperkukuh,” tegas Zamir lagi.

Dedah hasil siasatan RCI biar umat Islam tahu kepincangan pengurusan Tabung Haji

 


Kerajaan digesa mendedahkan kepada umum hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) serta mengeluarkan laporan berkenaan daripada klasifikasi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ahli Dewan Negeri Seri Serdang, Abbas Azmi berkata, rakyat khususnya umat Islam dan orang Melayu berhak mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam pengurusan institusi berkenaan sehingga sebuah RCI terpaksa ditubuhkan.

Menurut Pengarah Mobilisasi Parti AMANAH Negara (AMANAH) itu, TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan, sebaliknya menggalas amanah besar dalam menguruskan kepentingan umat Islam di negara ini.

“Tabung Haji merupakan sebuah institusi yang menguruskan kepentingan 100 peratus umat Islam di Malaysia.

“Justeru, institusi ini perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya serta menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat bagi memastikan pengurusannya berjalan dengan penuh integriti dan terus membawa manfaat kepada umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abbas berkata, institusi yang ditubuhkan pada zaman bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak itu mempunyai kedudukan istimewa dan amat dekat di hati masyarakat Islam di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan hasil siasatan RCI agar rakyat memperoleh maklumat tepat mengenai pengurusan TH pada masa lalu.

Katanya, pendedahan itu penting bagi menjelaskan mengapa kelemahan pengurusan institusi tersebut dianggap begitu serius sehingga memerlukan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“Sehingga kini, perkara itu masih belum dijelaskan secara terbuka oleh pihak kerajaan kepada rakyat.

“Hasil siasatan RCI ini amat penting kerana ia mampu menjelaskan kedudukan sebenar berhubung apa yang berlaku dalam pengurusan Tabung Haji,” katanya.

Jurang defisit

Pada 22 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan penjualan aset TH yang kurang berdaya saing dan bermasalah kepada syarikat tujuan khas milik penuh kerajaan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) adalah keputusan kolektif Jemaah Menteri pada 2018.

Zulkifli ketika menjawab soalan di Dewan Negara berkata, Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan masalah kewangan serius TH apabila jurang defisit antara aset dengan liabiliti institusi itu mencecah RM10.9 bilion pada tahun itu.

Jelasnya, keputusan menyelamatkan TH terbukti berhasil apabila deposit institusi itu meningkat daripada kira-kira RM69.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM95.1 bilion pada pertengahan tahun ini.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, laporan akhir RCI TH itu sedia untuk didedahkan bagi membolehkan rakyat meneliti dakwaan penjualan aset strategik TH sebelum ini.

Anwar berkata, beliau akan merujuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, untuk mendedahkan laporan itu selepas mesyuarat Kabinet 29 Julai depan.

Mengulas lanjut, Abbas menggesa agar laporan itu dinyahkan daripada OSA supaya perjalanan dan keputusan pengurusan institusi berkenaan dapat diteliti secara terbuka.

Beliau menegaskan bahawa langkah tersebut penting demi kepentingan umat Islam, orang Melayu dan negara, selain dapat mengukuhkan keyakinan pendeposit terhadap integriti Tabung Haji.

“Segala yang berlaku kepada Tabung Haji wajar diberikan penjelasan kepada rakyat.

“Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja inilah yang akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku, sebagaimana yang telah diketahui umum mengenai kelemahan pengurusan Tabung Haji pada suatu ketika dahulu,” kata Abbas lagi.



Jawapan buat Asyraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB N9 mestilah Melayu Islam

 


Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipersoal adakah beliau benar-benar tidak mengetahui tentang peruntukan undang-undang atau sengaja mahu mengelirukan pengundi dengan memetik nama Anthony Loke sebagai bakal Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Perkara 36(2) Akta Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri Besar yang dilantik oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mestilah seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Justeru katanya, bagaimana boleh timbul pertanyaan bahawa ada kemungkinan Setiausaha Agung DAP akan menjadi MB Negeri Sembilan.

“Ini bukan soalan tafsiran politik, ini adalah peruntukan undang-undang negeri dan Akta Tubuh Kerajaan Negeri.

“Jadi macam mana boleh timbul dakwaan bahawa ada kemungkinan Anthony Loke akan menjadi MB Negeri Sembilan. 

“Adakah Asyraf Wajdi benar-benar tidak mengetahui kandungan Akta Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan atau sengaja untuk memilih mengelirukan rakyat demi meraih undi,” soalnya dalam satu perkongsian video di X hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi mempersoalkan siapa individu bakal dilantik PH sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika kembali mentadbir sekiranya Aminuddin kalah di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Secara sinis, Asyraf Wajdi mempersoalkan sama ada PH akan melantik Loke sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Abu Hafiz mengkritik penggunaan politik berasaskan ketakutan sehinggakan apabila tidak mampu berhujah mengenai dasar, prestasi dan tawaran kepada rakyat, ada pihak memilih memainkan sentimen yang tidak berasaskan fakta.

“Bila sudah tidak mampu berbahas tentang dasar, prestasi dan tawaran kepada rakyat, maka ditimbulkanlah politik yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan isu yang sebenarnya tidak ada asas sama sekali.

“Saya mengajak semua pihak agar berkempen secara lebih berhemah dan bermaruah. Bincangkan masa depan ekonomi Negeri Sembilan, peluang pekerjaan, pelaburan, kos sara hidup, dan penyelesaian masalah rakyat

“Bukannya memainkan sentimen yang bercanggah dengan fakta dan undang-undang. Sebab itu saya mengingatkan semua berpadalah dalam berkempen dan jangan melampau,” tegasnya lagi.



Pas kini tak lagi bercakap tentang Islam, sibuk main politik kaum

 


Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam bahawa Melayu hanya ada Tanah Melayu, menunjukkan wajah sebenar Pas yang tidak lagi bercakap tentang Islam, sebaliknya berpolitik atas nama perkauman yang bersifat asabiyyah. 

Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, suatu ketika dahulu, Pas di bawah teraju Almarhum Fadzil Noor sering membaca hadith tentang sifat assabiyyah yang dilarang dalam Islam bagi menyeru rakyat menentang Umno.

Tetapi sekarang katanya, Pas berubah wajah hanya kerana apa yang dikatakan sebagai kemaruk kuasa dan tidak lagi menentang Umno seperti kepimpinan terdahulu.

“Seruan Pas kini bukan lagi hudud, tetapi kuasa Melayu. Bagi membangkitkan semangat Melayu ini, maka dituduhnya pemimpin Pakatan Harapan sebagai liberal dengan mengaitkan mereka dengan DAP. 

“Sedangkan Pas hari ini tidur sebantal dengan MCA dan Gerakan yang juga sama dengan DAP.

“Siapa MCA dan Gerakan dalam isu berkaitan Islam? MCA pernah mengadakan himpunan menolak hudud dan Gerakan pernah memfailkan saman mencabar hudud. 

“Dengan mengatakan bahawa Tanah Melayu untuk orang Melayu sahaja seolah-olah menidakkan keberadaan kaum lain di Malaysia, maka Sanusi harus jelaskan di manakah kedudukan MCA dan Gerakan di dalam pakatan yang disertai Pas sama ada Perikatan Nasional mahupun Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak pernah menggadaikan prinsipnya dalam membela Melayu dan mengangkat martabat Islam. 

Namun, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan agama di mana keharmonian kaum hendaklah dipelihara dengan baik. 

“Isu ekonomi bukanlah isu kaum, tetapi isu rakyat yang perlu diuruskan dengan baik bagi menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera. 

“Justeru, Sanusia sepatutnya bertanya kepada Umno, setelah 60 tahun memerintah, mengapa peratus pegangan ekonomi orang Melayu masih lemah yang didakwanya sekitar 18%?,” tambahnya lagi.




PRU Negeri Sembilan: Pengundi Diminta Kekalkan Sokongan Kepada Calon PH – Dr Wan Azizah

 


Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama calon PH DUN Jeram Padang, G Manivannan dalam program Sembang Santai Bersama Penduduk di Taman Sri Rompin pada 24 Julai 2026.

JEMPOL, 24 Jul – Pengerusi Majlis Penasihat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mahu momentum sokongan pengundi terhadap Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Negeri Sembilan kekal positif sehingga ke hari pengundian.

Beliau yakin rekod pencapaian PH selama mentadbir di peringkat negeri dan Persekutuan mampu membawa kebaikan buat penduduk sekiranya PH diberi mandat.

“Kita mahukan momentum ini dikekalkan untuk PH. Berdasarkan ‘track record’ yang kita ada, ia boleh membawa kebaikan pada masa hadapan.

“Jadi, saya mohon pengundi terus memberikan sokongan kepada calon kita,” katanya ditemui selepas membuat lawatan Ziarah Kasih bersama calon PH bagi DUN Jeram Padang, G Manivannan, di sini, hari ini.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni beberapa keluarga di Kampung FELCRA Rompin.

Beliau yang diiringi Manivanan, melihat sendiri keadaan penduduk dan sambutan masyarakat akar umbi dalam siri kempen PRU Negeri Sembilan.

Manivanan berdepan pertembungan empat penjuru menentang penyandang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN), R Sri Sanjeevan (BERSATU) dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).


Isu Tenaga Kerja Restoran: PM Anwar Arah Selesai Dalam Tempoh Sebulan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran 'Indian Muslim Transformational Framework' (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026.

BUTTERWORTH, 24 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kementerian dan jabatan berkaitan menangani keluhan pengusaha restoran di negara ini, berhubung kekurangan tenaga kerja di sektor berkenaan.

Susulan itu, Perdana Menteri memberi masa sebulan sebagai tempoh maksimum untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

Anwar mengakui terdapat keperluan mendesak untuk mengisi kekosongan pekerja dalam sektor tertentu, termasuk restoran.

Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak boleh membuka ruang sepenuhnya kepada kemasukan pekerja asing hanya bagi mengisi kekosongan tenaga kerja kerana negara sudah mempunyai jumlah pekerja asing yang ramai, termasuk dalam kalangan yang tidak berkemahiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

“Saya dengar keluhan pengusaha restoran mengenai masalah tenaga kerja, dan kita tak boleh buka ruang sepenuhnya semata-mata untuk mengisi kekosongan dalam negara yang terlalu ramai pekerja asing, termasuk yang tidak berpendidikan.

“Tetapi saya setuju, ada keperluan mendesak mengisi kekosongan pekerja di lapangan tertentu, termasuk restoran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

“Jadi, mulai Isnin, saya bagi tempoh kepada kementerian dan jabatan berkenaan, selesaikan keutamaan ini dalam tempoh satu bulan maksimum, mesti selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 oleh Pertubuhan Gabungan Mukmin Nasional (MUKMIN) di Pusat Konvensyen PICCA, di sini, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Pengerusi MUKMIN, Datuk Shahul Dawood.

Pada majlis itu, Anwar meluluskan bantuan RM2 juta untuk kebajikan dan pendidikan anak-anak MUKMIN yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

Dalam ucapannya, Anwar turut memaklumkan kerajaan sentiasa bersedia mendengar dan meneliti isu dibangkitkan masyarakat India Muslim, termasuk berkaitan peluang pekerjaan, pinjaman, pendidikan, perniagaan dan perumahan.

Beliau mengakui masih terdapat kelompok masyarakat yang berasakan mereka terpinggir, justeru pandangan serta cadangan dikemukakan perlu diberi perhatian bagi membolehkan penambahbaikan dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

“Sebab itulah saudara-saudara harus mengemukakan pandangan dan kita perbaiki. Saya tidak pernah menganggap saya sudah buat yang sebaiknya dan sudah sempurna. Saya tahu kelemahan saya dan saya belajar.

“Ada hal-hal yang spesifik dibangkitkan. Soal pinjaman, peluang pekerjaan, saya akan beri perhatian,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran ‘Indian Muslim Transformational Framework’ (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth pada 24 Julai 2026. Foto PMO

Pada masa sama, Anwar menegaskan pendekatan kerajaan adalah mendengar keluhan rakyat tanpa menafikan hak mana-mana kaum serta memastikan bantuan disalurkan secara adil mengikut keperluan.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya terus bekerjasama bagi mengangkat martabat negara dengan semangat saling membantu, kasih sayang dan perpaduan demi memastikan Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang makmur dan harmoni.