Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

 

Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tewas dalam pemilihan PAS kawasan masing-masing yang telah diadakan serentak di seluruh Terengganu, Sabtu lalu.

Paling mengejutkan, ADUN Paka yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat tewas merebut jawatan Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Dungun selepas dicabar Pegawai Penyelidik Kepada Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.

Satiful Bahri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sejak 2017 itu pernah dipilih sebagai Pesuruhjaya PAS negeri antara 2013 hingga 2017 sebelum ‘diturunkan pangkat’ menjadi Timbalan Pesuruhjaya II sejak 2017 hingga kini.

Sementara itu, ADUN Jabi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, YB Dr Azman Ibrahim tewas kepada pencabarnya iaitu Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bahri A Rahman dalam mempertahankan jawatan Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setiu.

Kekalahan ‘nama besar’ dalam PAS itu turut menjadi tanda tanya kerana Azman merupakan Ahli Jawatankuasa PAS pusat dan Penolong Setiausaha II PAS negeri ketika ini serta dilantik Pengerusi Kenaf dan Tembakau Negara pada tahun 2020.

Selain itu, ADUN Kuala Berang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, YB Dr Mamad Puteh tewas kepada Pengarah sebuah agensi negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dalam merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu.

Turut ditolak oleh majoriti perwakilan PAS kawasan itu pada pemilihan parti Sabtu lalu ialah Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid.

Muhyiddin yang juga Setiausaha PAS negeri gagal mempertahankan jawatan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu yang disandang beliau sejak 2013 apabila tewas kepada pencabarnya, YB Ustaz Maliaman Kassim yang juga ADUN Ajil.

ATAS KERTAS MEMANG MACAM TU LAH- ALMAKLUM PAS SEBUTIR KERUSI TAK ADA..BERSATU PULA SEMUA BEKAS PELARIAN DARI UMNO-ORANG UMNO TAK SOKONG...BAIK UNDI PH

 


PRN Melaka: Gabungan Pas-Bersatu bakal kalah teruk, lapor portal


PRN Melaka: Gabungan Pas-Bersatu bakal kalah teruk, lapor portal


PRN Melaka yang bakal diadakan dijangka menjadi penentu landskap politik di peringkat nasional menuju PRU15.

Ia terutama berkaitan kekuatan gabungan Perikatan Nasional (PN) antara Bersatu dengan PAS – yang sama ada berisiko kalah teruk atau menjadi kuasa yang memberi saingan sengit dalam PRN itu.

Setakat ini, PAS masih bertegas untuk mendamaikan Bersatu dan Umno.

Walaupun tidak memegang sebarang kerusi di Melaka, parti itu tetap mempunyai kekuatannya dengan meraih 10.8 peratus undi di peringkat DUN pada PRU 2018.

Sepintas lalu, ia menunjukkan jika PAS berpihak kepada Bersatu, parti itu mampu menjadi faktor dalam pertembungan dengan Umno dan malah mungkin menafikan peluang Umno untuk mendapat majoriti di DUN.

Untuk menguji teori ini, kita boleh melihat kerusi DUN Asahan. Pada 2018, Bersatu kalah tipis di tangan Umno dengan perbezaan 275 undi.

PAS pula di tempat tercorot dengan 1,365 undi.

Dengan majoriti kecil yang diraih Umno-BN, tidak mustahil untuk membayangkan gabungan Bersatu-PAS mampu menang di situ pada PRN nanti.

Namun dalam satu simulasi mudah dengan andaian peratus keluar mengundi sama dengan PRU2018, serta undi Melayu yang diraih Bersatu, PAS dan Umno tidak berubah dan hanya pengundi bukan Melayu yang memilih PH – Umno masih muncul sebagai pemenang.

Dalam simulasi sama di kerusi DUN lain – Lendu, Taboh Naning, Ayer Molek, Rim, Serkam dan Merlimau – di mana Umno-BN menang dengan meraih kurang 50 peratus undi, keputusan serupa diperolehi.

Sementara itu, simulasi di dua kerusi DUN yang dipegang Bersatu iaitu Paya Rumput dan Telok Mas, keputusan menunjukkan parti itu akan kalah di kedua-duanya – dengan PH merampas Paya Rumput dan Umno merampas Telok Mas.

Jika keputusan ini menjadi kenyataan, bermakna gabungan Bersatu dan PAS akan hilang semua kerusi pada PRN nanti.

Kebarangkalian itu tidaklah terlalu kecil memandangkan ada faktor-faktor lain yang tidak berpihak kepada Bersatu.

Sebahagian penyokong parti itu berkemungkinan telah beralih kepada Pejuang. PH pula mungkin dapat mengekalkan sebahagian sokongan orang Melayu, selain pengundi bukan Melayu yang dilihat berpihak kepada mereka.

Pada masa sama, sentimen anti-Umno yang dicetuskan skandal 1MDB pada 2018 telah reda dan ramai pengundi Melayu telah kembali menyokong parti itu, seperti yang dapat dilihat dalam beberapa PRK pada 2019 terutama di Tanjung Piai, Johor.

Ini bermakna sokongan Melayu terhadap Bersatu kian berkurang.

Satu-satunya cara untuk parti itu tidak hilang semua kerusi adalah jika ia berjaya menarik pengundi Melayu yang secukupnya daripada Umno, terutama ketika presidennya Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Namun dengan Umno kembali menerajui kerajaan persekutuan, sebarang pertambahan sokongan yang diraih Bersatu sebelum ini mungkin sudah hilang.

Parti itu juga pada masa ini memiliki sumber di peringkat persekutuan yang terbatas.

‘Kalah dengan Bersatu, menang dengan Umno’

Bagi penganalisis politik Wong Chin Huat, Bersatu memang tiada harapan dalam PRN Melaka.

“Bersama PAS atau tidak, Bersatu tiada peluang di Melaka,” katanya, menurut laporan Malaysiakini.

Katanya, walaupun PAS mungkin sekutu terbaik bagi Bersatu, tidak banyak kelebihan yang dapat diraih daripada kerjasama itu memandangkan PAS tiada asas yang kukuh di sana.

“Saya tidak melihat ada rasional untuk Umno Melaka beri laluan kepada Bersatu atau PAS di saat ia boleh menjadi satu-satunya parti konservatif Melayu di negeri itu,” katanya lagi.

Justeru, kerjasama dengan Bersatu juga mungkin tidak akan menguntungkan PAS.

Jika PAS menyokong Umno dan BN pula, maka parti itu mungkin berpeluang untuk menang di Paya Rumput dan merampas kerusi Gadek, Klebang, Bemban dan Duyong daripada PH.

Dengan itu, gabungan PAS dan BN akan meraih 18 kerusi DUN – lebih daripada cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Justeru, pilihan yang PAS ada adalah untuk kalah bersama Bersatu atau menang bersama Umno.

Kemungkinan Bersatu menunjukkan prestasi yang teruk di PRN Melaka mungkin mengejutkan sesetengah pihak, memandangkan parti itu meraih sokongan yang agak baik dalam PRN Sabah pada tahun lalu.

Namun, prestasi Bersatu yang positif ketika itu boleh disandarkan di atas kerjasamanya dengan Umno dan BN.

Jika senario terburuk untuk Bersatu berlaku dalam PRN Melaka, nasib sama mungkin menunggu parti itu pada PRU15.

Bersatu tiada akar umbi yang kuat dan semua faktor yang menghakis sokongan Melayu buat parti itu di Melaka turut berlaku di seluruh negara.

Menurut Wong, jika Bersatu menunjukkan prestasi yang buruk di Melaka, Umno akan terus mengasak PN dengan lebih kuat.

“(Jika ini berlaku) di barat daya, dari Selangor hingga Johor, pemimpin Bersatu mungkin perlahan-lahan akan kembali kepada Umno.

“Ini berita buruk untuk Bersatu tetapi PAS tidak rugi apa-apa. Jika tiada persetujuan (kerjasama), PAS boleh bertanding di beberapa kerusi, untuk melihat tahap sokongan terhadapnya,” katanya lagi.


WOII- ULAMAK DENGAN ULAMAK TAK BOLEH GADOH- NANTI JADI ULAQ DALAM SEMAK...SOH JAGA UNDANG UNDANG BUAT SIKAP TAK PEDULI PADA YDPA...

 


Panas! Khairuddin dakwa Hadi ‘dikuasai’ Samsuri dan Takiyuddin


Panas! Khairuddin dakwa Hadi ‘dikuasai’ Samsuri dan Takiyuddin

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedang ‘dikuasai’ dua tokoh tertinggi dalam parti itu iaitu Naib Presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam satu klip audio berdurasi lebih tiga minit yang tular di media sosial baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali meluahkan kerisauannya terhadap kepimpinan tertinggi parti berkenaan, lapor portal TerengganuReport.

Menerusi rakaman itu Khairuddin berkata, Abdul Hadi dipandu Samsuri dan Takiyuddin untuk membuat beberapa keputusan penting parti hingga dilihat membelakangi Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Khairuddin adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

“Masa Cikgu Pa (Dato’ Mustafa Ali) jadi SU (Setiausaha) Agung dulu, apa-apa pergerakan Tok Guru (Abdul Hadi), Cikgu Pa kawal … Bila tak ada orang lama, tinggal orang-orang muda semua … Jadi Tok Guru buat apa yang dia nak buat. Tak ada orang nak imbang (tindakan) dia. Pandangan dia ada betul, ada silap.

“Selepas (PAS) dapat (jadi) kerajaan PN (Perikatan Nasional) … nampak Taki (Takiyuddin) dengan Sam (Samsuri) terlalu tu (menguasai) Tok Guru … tinggal habis orang lain ni … ketinggalan.

“Dulu Tok Guru merujuk ISP, pergi mesyuarat ISP, dengar taklimat ISP, panggil kami … bentang. Buat strategi nak dapat kerajaan macam mana. Sampai hari terakhir, kita di Janda Baik … nak tubuh kerajaan. Habis mesyuarat tu (Janda Baik), kita berkampung dua minggu di Hotel Tamu (Kuala Lumpur). Nak bincang penubuhan kerajaan (PN) ni.

“Masa tu lah mula-mula sikit nak berona. Maklumat tak sampai kepada kita. Maklumat kerajaan jatuh dan kerajaan baru ni, tak sampai kepada kita (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) … details tak ada.

“Jadi, akhirnya perlantikan menteri berjalan … dalam keadaan kita tidak ada info yang lengkap. Cuma, beri nama gitu jer lah. Tidak dibincang dalam mesyuarat (Ahli Jawatankuasa PAS) Pusat pun.

“Bermula pada itu, Taki dan Sam yang menguasai maklumat. Tak sampai pada kita (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat).

“Sebab Sam ni jumpa setiap minggu PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) … di rumah PM … jumpa secara peribadi.

“Taki pula rapat dengan Hamzah (Dato’ Seri Hamzah Zainuddin). Hamzah nak apa menerusi PAS, dia dengan Taki. Taki dengan Tok Guru. Tok Guru dengar taklimat Taki … ok … setuju terus.

“Bukan bawa mesyuarat (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) dulu, macam mana pandangan.

“Itu yang jadi isu sebenarnya. (Isu) Baru lagi ni … selepas jadi kerajaan (PN).

“Masa jadi pembangkang, semua rujuk belaka … bincang … details. Hak dengan UMNO tu (Muafakat Nasional), semua bincang secara details … menerusi ISP, nak buat lagu mana UMNO … piagamnya, bawa ke Syura (Majlis Syura Ulama)

“Tapi, akhir-akhir ni, jadi macam ni,” luah Khairuddin.

REZEKI BUKAN DITANGAN NAJIB- TAPI NASIB NAJIB DITANGAN TUHAN SELAIN MAHKAMAH. KALAU LEPAS TUNGGU NASIB NAJIB DITANGAN PH LEPAS PRU 15

 

PTD ‘perlekeh’ Najib di Facebook dikembalikan jawatan




Mahkamah Persekutuan memutuskan, kerajaan gagal meyakinkan mahkamah bahawa persoalan perundangan yang mahu dikemukakan adalah perkara baharu dan berkepentingan awam.

PUTRAJAYA: Seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang sebelum ini dipecat kerana membuat kenyataan dikatakan memperlekehkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, empat tahun lalu, kini boleh menarik nafas lega.

Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan untuk izin merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Nazrul Imran Mohd Nor dikembalikan jawatannya.

Dalam prosiding hari ini, panel tiga hakim diketuai Rohana Yusuf berkata, kerajaan gagal meyakinkan Mahkamah Persekutuan bahawa persoalan perundangan yang mahu dikemukakan adalah perkara baharu dan berkepentingan awam.

Turut bersidang bersamanya ialah Mohd Zawawi Salleh dan Mary Lim Thiam Suan.

Peguam A Surenthra Ananth yang hadir bersama Phoebe Loi berkata, Nazrul akan menerima tunggakan gaji dan elaun lain.

“Beliau juga boleh kembali bekerja,” katanya kepada FMT.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan kerajaan.

Nazrul bertugas sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Manila ketika kejadian itu berlaku.

Beliau yang bertugas sebagai PTD selama lapan tahun, diarahkan pulang ke Malaysia selepas didapati membuat kenyataan yang dilihat memperlekehkan Najib di Facebooknya pada 11 Jan 2017.

Dia didakwa berkata: “Kesian. Hilang kwn, hilang deposit.”

Kenyataan di Facebook bekas Perdana Menteri itu menyusul ucapan takziah Najib kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Adenan Satem, atas kematiannya yang mengejut.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mengeluarkan surat tunjuk sebab memecat Nazrul pada 13 Feb 2017 kerana melanggar Peraturan 19(1)(b) dan 4(2)(d) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Nazrul memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap SPA dan kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang ditolak pada Mei 2018.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada November lalu bagaimanapun mengarahkan SPA mengembalikan jawatan Nazrul kerana peraturan itu menyekat hak Perlembagaan Nazrul dan pemecatannya tidak wajar, tidak rasional dan hukumannya yang terlalu berat.

Cuak kalah teruk dalam PRN Melaka, Zuraida gesa jentera parti tumpu PRU15

 


Cuak kalah teruk dalam PRN Melaka, Zuraida gesa jentera parti tumpu PRU15


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain.

Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengajak semua jentera parti melakukan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Apa pun (atau) mana parti pun, semua kena buat persediaan untuk pilihan raya. Bila kita sudah bersedia, apa (saja) kemungkinan kita boleh laksanakan,” kata Ahli Parlimen Ampang itu, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada 150 pekebun kecil yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Charuk Kelian di sini, pada Ahad.

Zuraida berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata UMNO dan BN akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk Pas yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) atau Bersatu.

Ahmad Zahid berkata, antara punca tiada kerjasama dengan Pas ialah kerana MN tidak pernah didaftarkan.

UMNO dan Pas memeterai piagam MN pada 14 September 2019 yang antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Mereka juga bekerjasama dan meraih kemenangan bergaya dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas itu.

Bagaimanapun, hubungan UMNO dan Pas menjadi kendur apabila Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu tanpa berunding terlebih dahulu dengan sekutunya dalam MN.

Kontrak CEO LHDN ditamatkan

 

Kerajaan telah bersetuju memendekkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Sabin Samitah berkuatkuasa esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sabin Samitah ditamatkan berkuasa kuasa esok.

LHDN dalam kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman sesawangnya memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memendekkan kontrak perkhidmatan Sabin.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Mohd Nizom Sairi, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDN yang baharu berkuat kuasa 19 Okt menggantikan Sabin.

LHDN turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di agensi itu.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 18 Oktober 2021

 

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 

18 Oktober 2021 


PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA


Majlis Presiden kurang bersetuju dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.


Kami turut kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR seperti yang dilapor media bahawa hanya pengundi yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh keluar mengundi, dan berpandangan bahawa tindakan tersebut berkemungkinan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih.


Sungguhpun Pakatan Harapan menyokong penuh usaha pemberian vaksinasi kepada semua, ia tidak boleh dijadikan alasan tindakan diskriminasi ke atas mereka yang belum lengkap dua dos, dan tindakan menghalang ini berkemungkinan tidak sah dari segi undang-undang. 


Kami menggesa pihak SPR untuk mengkaji semula pendirian silap ini, untuk memastikan semua warganegara yang layak menjadi pemilih berdasarkan Perlembagaan Persekutuan boleh keluar mengundi sekiranya PRN Melaka diteruskan.


Pada Rabu ini, Pakatan Harapan Melaka melalui sdr Adly Zahari akan memfailkan satu injunksi mahkamah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka. Satu sijil perakuan segera (certificate of urgency) telah diturut difailkan agar perkara ini dapat disegerakan, memandangkan Notis Pembubaran DUN Melaka hanya dikeluarkan pagi tadi. 


Majlis Presiden menyokong penuh

tindakan mahkamah yang diambil Pakatan Harapan Melaka.


Pakatan Harapan berpendirian bahawa pembubaran DUN Melaka telah dilakukan berdasarkan nasihat yang salah. Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka seharusnya mengikuti duluan di peringkat Persekutuan, di mana KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah

memanggil menghadap blok yang dipercayai mempunyai sokongan majoriti terlebih dahulu.


Kami juga masih mengekalkan pendirian bahawa DSU Sulaiman Ali sepatutnya tidak dinamakan

sebagai Ketua Menteri ‘caretaker’ memandangkan beliau dengan jelas telah hilang sokongan majoriti sebelum tindakan pembubaran DUN Melaka berlaku.


Kami juga berpendirian bahawa waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri, memandangkan penularan wabak COVID-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor-sektor ekonomi baru hendak mula dibuka semula, dan kerisauan berlakunya gelombang

ke-4. Kami turut risau jika PRN diteruskan, prosedur operasi standard (SOP) berkempen yang akan digunapakai mungkin mewujudkan keadaan yang tidak adil atau berat sebelah bagi sesetengah pihak.


Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan akan meneruskan segala persiapan termasuk kemungkinan menghadapi PRN Melaka.


DS Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 

Hj Mohamad Sabu Parti Amanah

Negara (AMANAH) 

Lim Guan Eng 

Parti Tindakan Demokratik (DAP) 

DSP Madius Tangau 

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



Melaka Memilih | SPR tetapkan pengundian PRN Melaka pada 20 November - R...



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan. Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh.




((TERBAIK)) DATO KAMAL BONGKAR: ANWAR TOLAK GAJI RM 24,000 || MUSTAHIL K...



((TERBAIK)) DATO KAMAL BONGKAR: ANWAR TOLAK GAJI RM 24,000 || MUSTAHIL KAH PAS+AMANAH & UMNO+PPBM? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk KREDIT TO AMIR HIJAZ FANS


PANDORA PAPERS: KEPANASAN YANG ENGGAN PADAM



Ahmad Zahid berkata beliau bersedia untuk disiasat. Sementara itu Daim berkata bukan semua akaun yang didedahkan miliknya dan urusniaganya berkenaan akaun berkenaan adalah sah. Tengku Zafrul pula menegaskan pada 4 Oktober lalu, bahawa beliau telah melepaskan kesemua jawatan dalam Kumpulan Kenanga Holdings Berhad yang disebut dalam PANDORA PAPERS itu, pada Jun 2010.


Pandora Papers | Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan Pandora Papers, dalam masa terdekat.



CATATAN MONTOYA- KITA BOLEH ATUR SEMUANYA KERANA KITA ADALAH PENENTU ISU


Mat Fadli El-Labuani


Isu Whiskey Timah- Apa Pendirian Kita?
Pas parti politik yang istiqomah memperjuangkan Islam.
Jadi, kita mesti ada pendirian.
Kita Pas juga ialah parti yang bijak. Kalau dulu kita Padang Merbuk dan berfastaqim untuk memperjuangkan Islam sambil bertempik-tempik itu, kini tiada lagi.
Sebab kita bijak dari segi perlaksanaan.
Sesuatu isu itu menjadi isu sebab kita mengaku dia isu.
Jadi kalau kita tak mengaku dia isu, dia tak jadi isu.
Jadi, whiskey timah, Adib, RUU355 dan hudud bukan lagi isu, sebab kita tak mengaku dia isu.
Jadi, bila dah tak jadi isu maka tak perlulah buat apa-apa.
Maka disitulah rahsia kebijaksanaan pimpinan Pas.
Tak perlu buat apa-apa pun sebab ia bukan masalah atau isu.
Tak perlu susah payah lagi. Cukup sekadar bertenang-tenang goyang kaki dah sekarang ni.
Kepada para penyokong perjuangan, perjuangan kita ialah kekal relaxed, goyang kaki dan bertenang.
Puaskan hati dan sebagainya.
Bukankah itu strategi pemimpin kita yang bijaksana?
Di situlah timbul konsep bila dah dapat peluang laksana relaxed sahaja.
Akal damai, jiwa pun tenang.
Tenang is good, good is tenang.

LAGI BERITA TIMAH DEMI MEMAHAMKAN AUN YANG SEDANG TERTEKAN


HAMZAH RIE NA


Takkan lebai nak menipu? Tapi pasal ARAK TIMAH ni lebai sanggup menipu ianya lulus di zaman PH.. padahal pihak berkenaan hanya mohon kelulusan di zaman PH, tiada kelulusan diberi di zaman PH.

Tetapi selepas sahaja PAS dalam kerajaan dan jadi Menteri Agama ARAK TIMAH segera diluluskan tanpa bantahan dalam mesyuarat kabinet sekalipun.
SR

May be an image of drink and text


KJ redha digelar Dajjal oleh golongan antivaksin ,’Maaf saya perlu tegas’

 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) membidas Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan menggunakan pendekatan mengugut golongan antivaksin dengan undang-undang.

Katanya, beliau perlu bertegas mengenai isu antivaksin sehingga sanggup digelar “dajjal”.

“Panggillah saya dajjal atau apa saja. Maaf saya harus bertegas dengan isu ini,” katanya di Twitternya dengan yang menyiarkan keratan video Anwar.

Kerajaan sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi, menurut Khairy Jamaluddin. (Gambar Bernama)

Dalam pada itu, Khairy berkata kerajaan akan terus memberi penerangan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19.

Beliau menafikan kerajaan tidak cukup beri penerangan mengenai vaksin.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul.

“Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Dan kita terus memberi penerangan,” katanya.

Dalam keratan video yang turut dikongsi Khairy, Anwar berkata walaupun tidak menyokong antivaksin tetapi percaya mereka yang tidak mahu menerima vaksin juga mempunyai hujah yang kuat.

“Jadi kita jawab dengan hujah. Kadang-kadang mereka pun ada hujah yang kuat juga. Mereka bagi hujah saintifik. Kita bawa hujah saintifik yang lebih ‘credible’ dan lebih kuat untuk mematahkan hujahnya,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti vaksin di negara dan berharap tindakan pantas dapat dilakukan seperti menyiasat dan mendakwa mereka jika perlu.

MOPTI NAK MARAH MACAMANA TU ? TAK BERBUNYI PUN BAB TIMAH KA APA KA...KALAU DULU KUAT SANGAT MENGOMENNYA


MOHD MUKHLIS

 Masalah dengan serba tahu ini, dia selalu cherrypick issue. Dua benda yang boleh buat dia keluar dari gua, either DAP atau Anwar Ibrahim. Bab ini memang cepat siap boleh tajassus lagi.

Benda ini mudah, apa yang Anwar retweet itu benda yang betul, buat benda semua kena dengan hikmah. Jangan sombong walaupun saya sendiri banyak tak setuju dengan geng-geng anti vaksin.
Sedangkan Allah menyuruh Nabi Musa berkata-kata lemah lembut dengan Firaun, takkan dengan anti vaksin yang ghulu tak boleh berkata dengan hikmah?
Geng-geng ghulu ini ada di mana-mana, tak kira anti vaksin atau geng salahpi yang ghulu. Dulu pakat Islam terancam, bising dong zhong la, sekolah vernakular la. La ini bab Timah pun serba tahu tak berani berbunyi. Tak cukup lagi sertu 22 bulan yang merosakkan negara? Mahu tambah bilangan bendera al-ghadr ke?




May be an image of text



PH TUNTUT BELANJAWAN 2022 BELA KAUM WANITA


SURAT BERANAK TIMAH KATA ZAMAN PAK LEBAI....


HURUHARAKAH


Walaun lebai baru nak seronok..depa kata cik TIMAH beranak zaman ph..tapi sayangnya surat beranak tulis zaman lebai..😁😁😁



 May be an image of text that says "59000 Kuala Perbadanan Harta Intelek Malaysia Intellectual Property Corporation Malaysia Bangsar, Jalan Bangsar Tel: +603-2299 8400 Fax: 8989 Website myipo. MyIPO TRADE MARK DETAILS Disclaimer: The information available not intended information, Perbadanan Harta Intelek shall otb able any Date errors Status Nature Registration TM2019028765 2019 no Stylized Word Mark Trade Mark Date Registered Issued 2020 Aug 2019 Expiry CORPORATION Address: JALAN PUCHONG Puchong, Selangor 47100 Malaysia Correspondence Address: Mark: Quality Oracie L5-07, Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor 47800, Malaysia Color Condition: and Goods and Services: Class Alcoholic beverages except beer Gin; Brandy, Wine: Tequila; All included Class"

Keluar Bertiga dari Malaysia = KELUARGA MALAYSIA.www.zunar.my

May be an image of text that says "Punya la UMNO mainkan sentimen kalau PH kerajaan, nasib Melayu akan jadi seperti di Singapura. Last-last anak pemimpin UMNO pun nak bersalin kat Singapura."

 


Keluar Bertiga dari Malaysia = KELUARGA MALAYSIA.

Please Share.

More @www.zunar.my

#keluargamalaysia #lawak #KerajaanGagal2 #PandoraPapers


KA SIONG..GUAN ENG AJAK HANG DEBAT ISU KABOTAJ . MAU KA TAK MAU

 

Wee Ka Siong sah kurang pandai tentang dunia digital:

Menteri KKMM, bekas pengerusi MDEC, MyIx, Facebook, Google semuanya menyatakan bahawa dasar Kabotaj oleh Wee Ka Siong menyebabkan Malaysia tidak dilibatkan dalam projek kabel dasar laut Apricot dan kehilangan berbilion ringgit dalam pelaburan berteknologi tinggi.

Namun, Wee masih berdegil menafikan perkara ini. Takkan semua orang salah hanya Wee Ka Siong yang tak salah?

Pada 30 September 2021, Wee dalam Dewan Rakyat telah mencabar saya untuk berdebat tentang isu ini dan saya telah menerima cabarannya itu.

Apabila saya memberikan tarikh 23 Oktober 2021 untuk berdebat, dia pula berdolak dalih sehingga sekarang.

Poster meme media sosial pula dianggap oleh Wee Ka Siong sebagai screenshot Whatsapp sebenar dan kini dia cuba mengalih perhatian dengan mengadu domba kononnya dia difitnah.

Adakah Wee faham apa maksud meme? Biar saya bantu terangkan dengan cara mudah supaya dia senang faham: meme ialah poster atau video lucu yang selalunya digunakan untuk mencuit hati tentang sesuatu isu atau topik dan disebar melalui Internet.

Dah lah designer letak label “Mobile Meme” kat situ, Wee Ka Siong pula cari peluang mengalih perhatian dengan dakwaan palsu kononnya saya memfitnahnya.

Wahai Wee Ka Siong, cukup-cukuplah.

Jangan nak bergarang cabar orang untuk debat. Bila dah cabar, jangan pula bagi banyak alasan, mengadu domba dan cuba mengalih perhatian. Jangan pula buat serangan peribadi.

Daripada buang masa begini, mengapa tidak minta wakilnya menghubungi wakil saya, YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai) untuk bincang logistik dan butiran debat.

Jangan jadikan Belanjawan sebagai alasan. Malah isu ini patut diselesaikan sebelum Belanjawan dibentang kerana ia melibatkan masa depan ekonomi digital negara serta berbilion ringgit dalam pelaburan teknologi tinggi.

Kalau betul nak fokus Belanjawan, boleh pula Wee Ka Siong pergi ke London minggu ini. Kalau boleh pi London, takkan dia tak boleh luangkan satu jam sahaja berdebat dengan saya?

Saya ulangi sekali lagi, 23 Oktober 2021, kita debat secara live di hadapan semua rakyat Malaysia – on tak on, Wee Ka Siong?

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.




SAJA SUKA MELALAK...SELAMA NI PUN KERAJAAN TAK BUAT PUN ARAK

 

Jamzuri Ardani


Laaa ... selama ni pun mana ada produk arak yang dihasilkan oleh kerajaan. 


So ... yang sebelum ni geng lebai melalak tu pasal apa??? 


Hipokrit betul!!





Hebatlah #KELUARGAMALAYSIA sekarang ni 😂

 

Hebatlah #KELUARGAMALAYSIA sekarang ni 😂


Lepas ni sapa mahkamah tak bagi keluar negara isu PTPTN ke apa ke boleh ambil kisah  Najib Razak Zahid Hamidi sebagai contoh.


Inilah bukti HEBATKAN KELUARGA UMNO!