MAHATHIR PENGKHIANAT


Kes Pulau Batu Puteh: Pemimpin Umno gesa Mahathir disaman, bayar ganti rugi



Kes Pulau Batu Puteh: Pemimpin Umno gesa Mahathir disaman, bayar ganti rugi

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penarikan balik semakan kehakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes Pulau Batu Puteh.

Beliau berkata, pada 28 Mei 2018 Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri Ke-7 didakwa secara rahsia mengarah Pemangku Peguam Negara menghantar surat menarik balik semakan kehakiman kepada ICJ.

Katanya, ICJ membenarkan tempoh 10 tahun untuk merayu kes Pulau Batu Puteh dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat rayuan berhubung perkara itu pada 2 Februari 2017.

“Rakyat hanya tahu pembatalan semakan kehakiman setelah tempoh 10 tahun tamat.

“Tidakkah itu berniat jahat? Malaysia hilang kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh buat selama lamanya,” katanya menerusi Facebook, lapor Malaysiapost.

Justeru, Mohd Puad berkata, Dr Mahathir perlu bertanggungjawab di atas tindakan berkenaan termasuk disaman dan membayar ganti rugi.

“Sebab itu Tun M patut disaman dan mesti bayar ganti rugi. Kerugian kedaulatan Malaysia tidak boleh ditukar ganti hingga ke akhir zaman,” katanya.

Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan tegas diambil kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan kecuaian dalam proses permohonan semakan dan pentafsiran Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim turut menuntut penjelasan daripada pihak berkenaan mengapa permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak diteruskan.

Persoalan baginda itu merujuk kepada pihak kerajaan pada 2018 yang ketika itu berada di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

No comments: