Hassan Abdul Karim
Dijemput oleh pihak sekolah dan PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 pada Sabtu 16 Oktober 2021 untuk membuat lawatan ke sekolah tersebut.
Dapat melihat dengan mata sendiri bahawa perlu banyak bantuan diberi kepada sekolah berkenaan, misalnya untuk membaiki Kelas Komputer yang telah lima tahun rosak, tidak boleh digunakan.
Begitu juga amat wajar sekurang-kurangnya sebuah Dewan Terbuka dibina di sekolah tersebut.
Juga ditunjukkan akan keperluan membina "Susur Gajah" yang menghubungkan dari Perhentian bas dan kereta di tepi Jalan besar ke Bangunan sekolah untuk kemudahan dan keselamatan murid-murid dari hujan dan panas.
Pihak Pejabat Parlimen akan membantu seberapa yang terdaya.Di mana yang di luar kemampuan akan dilibatkan pihak Kementerian Pendidikan supaya turun padang memberikan bantuan.