WOII- ULAMAK DENGAN ULAMAK TAK BOLEH GADOH- NANTI JADI ULAQ DALAM SEMAK...SOH JAGA UNDANG UNDANG BUAT SIKAP TAK PEDULI PADA YDPA...

 


Panas! Khairuddin dakwa Hadi ‘dikuasai’ Samsuri dan Takiyuddin


Panas! Khairuddin dakwa Hadi ‘dikuasai’ Samsuri dan Takiyuddin

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedang ‘dikuasai’ dua tokoh tertinggi dalam parti itu iaitu Naib Presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam satu klip audio berdurasi lebih tiga minit yang tular di media sosial baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali meluahkan kerisauannya terhadap kepimpinan tertinggi parti berkenaan, lapor portal TerengganuReport.

Menerusi rakaman itu Khairuddin berkata, Abdul Hadi dipandu Samsuri dan Takiyuddin untuk membuat beberapa keputusan penting parti hingga dilihat membelakangi Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Khairuddin adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

“Masa Cikgu Pa (Dato’ Mustafa Ali) jadi SU (Setiausaha) Agung dulu, apa-apa pergerakan Tok Guru (Abdul Hadi), Cikgu Pa kawal … Bila tak ada orang lama, tinggal orang-orang muda semua … Jadi Tok Guru buat apa yang dia nak buat. Tak ada orang nak imbang (tindakan) dia. Pandangan dia ada betul, ada silap.

“Selepas (PAS) dapat (jadi) kerajaan PN (Perikatan Nasional) … nampak Taki (Takiyuddin) dengan Sam (Samsuri) terlalu tu (menguasai) Tok Guru … tinggal habis orang lain ni … ketinggalan.

“Dulu Tok Guru merujuk ISP, pergi mesyuarat ISP, dengar taklimat ISP, panggil kami … bentang. Buat strategi nak dapat kerajaan macam mana. Sampai hari terakhir, kita di Janda Baik … nak tubuh kerajaan. Habis mesyuarat tu (Janda Baik), kita berkampung dua minggu di Hotel Tamu (Kuala Lumpur). Nak bincang penubuhan kerajaan (PN) ni.

“Masa tu lah mula-mula sikit nak berona. Maklumat tak sampai kepada kita. Maklumat kerajaan jatuh dan kerajaan baru ni, tak sampai kepada kita (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) … details tak ada.

“Jadi, akhirnya perlantikan menteri berjalan … dalam keadaan kita tidak ada info yang lengkap. Cuma, beri nama gitu jer lah. Tidak dibincang dalam mesyuarat (Ahli Jawatankuasa PAS) Pusat pun.

“Bermula pada itu, Taki dan Sam yang menguasai maklumat. Tak sampai pada kita (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat).

“Sebab Sam ni jumpa setiap minggu PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) … di rumah PM … jumpa secara peribadi.

“Taki pula rapat dengan Hamzah (Dato’ Seri Hamzah Zainuddin). Hamzah nak apa menerusi PAS, dia dengan Taki. Taki dengan Tok Guru. Tok Guru dengar taklimat Taki … ok … setuju terus.

“Bukan bawa mesyuarat (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) dulu, macam mana pandangan.

“Itu yang jadi isu sebenarnya. (Isu) Baru lagi ni … selepas jadi kerajaan (PN).

“Masa jadi pembangkang, semua rujuk belaka … bincang … details. Hak dengan UMNO tu (Muafakat Nasional), semua bincang secara details … menerusi ISP, nak buat lagu mana UMNO … piagamnya, bawa ke Syura (Majlis Syura Ulama)

“Tapi, akhir-akhir ni, jadi macam ni,” luah Khairuddin.

No comments: