Jamzuri Ardani
Benda dah lama selesai ... Waythamoorthy saja nak bikin kecoh ... desparado betul. Kalau betul korang kuat, rakyat bersama korang ... apa yg takut sangat nak tunggu PRU16.
Jamzuri Ardani
Benda dah lama selesai ... Waythamoorthy saja nak bikin kecoh ... desparado betul. Kalau betul korang kuat, rakyat bersama korang ... apa yg takut sangat nak tunggu PRU16.
KEMBALI Nyaman
Naratifnya dan fitnah yang ingin dimainkan adalah mengapa melantik 5 syarikat cina non muslim ?
Zaman PN jadi kerajaan dan Pengalalan Chepa menjadi Timbalan Menteri Agama, boleh pula pilih 23 syarikat non muslim.
Ops lupa, zaman madanon tak boleh lantik non muslim tetapi zaman PN boleh haha
Seperti meludah ke langit, muka sendiri yang basah.
Selamat menunggang un😁😁😁
Dua belas parti pembangkang hari ini bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani, termasuk janji reformasi.
Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).
Sebuah lagi organisasi yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi - Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata nama bagi gabungan longgar itu hanya akan diumumkan pada mesyuarat mereka yang akan datang.
Berita penuh: https://mk.my/FfkNoGb
KENYATAAN MEDIA 18 OGOS 2025
KEPUTUSAN UNTUK MENUDUH SUSPEK-SUSPEK YANG TERLIBAT DALAM KES BULI ZARA QAIRINA
#TaatSetia
#MalaysiaMADANI
#AGCMADANI
#JabatanPeguamNegara
#MADANIBekerja
Setiap kali dimuatnaik posting berkaitan PAS Pahang dan dibuat perbandingan antara Negeri Pahang , Terengganu dan Kelantan ada juga yang masih tidak dapat menerima kenyataan. Sebenarnya ianya perbandingan yang relatif berdasarkan demografi ketiga tiga negeri berada di Pantai Timur.
Dengan nada sinis bercampur bengap “ mengapa nak banding masalah di Kelantan dan Terengganu, kita cerita hal negeri Pahang?” antara komen yang sering diberikan oleh walaun untuk menegakkan benag yang basah.
Negeri dari segi nama berbeza tapi pentadbiran negeri Kelantan dan Terengganu adalah sama parti iaitu PAS. Seringkali juga dalam ceramah politik PAS di Pahang mereka ingin rakyat merasai pemerintahan PAS dimana Pahang satu satunya negeri yang belum merasai pemerintahan PAS sebagaimana kebanyakan negeri .
Ideologi PAS Kelantan dan Terengganu sama seperti PAS di Pahang , malahan pimpinan PAS Pahang sering menjadikan Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sebagai contoh dalam setiap ceramah politik mereka di Pahang.
Rakyat juga boleh diumpamakan sebagai pembeli yang boleh menentukan jenama apa yang akan memberikan manfaat kepada mereka. Salahkan rakyat diberikan pilihan dan perbandingan dari segi kualiti . Dalam politik , ianya berbentuk perkhidmtan. Kalau perkhidmatan diberikan lembab dan menyusahkan pengguna kenapa perlu dipilih?
Apakah method kualitatif dan kuantitatif yang digunapakai dalam kajian akademik tidak boleh digunapakai untuk menentukan bagaimana rakyat harus memilih parti mana yang perlu menguasai kerajaan? Apakah kajian kualiti kepimpinan PAS Kelantan yang kononnya membawa naratif Islam dalam kehidupan tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat sebagai negeri yang menjadi negeri yang terkenal dengan pengedaran dadah berdasarkan laporan PDRM?
Apakah kajian kuantitatif dengan melihat kepada prestasi corot Kerajaan PAS Terenggau dalam menguruskan ekonomi dengan data pertumbuhan KDNK , pelaburan asing dan hasil negeri yang sedikit sehingga terpaksa meminta bantuan Kerajaan Pusat membayar bonus kakitangan awam negeri Terengganu tidak dapat membuatkan otak rakyat saling berhubung dalam membuat perbandingan?
Hebat betul pemikiran walauin di Pahang jika mereka ada merasakan PAS Pahang berbeza dengan PAS Kelantan dan Terengganu. Kalau sudah telaganya keruh takkan lah airnya jernih , pasti keruh juga. Rakyat Pahang tidak perlu memperjudikan masa depan dengan mencari air dari telaga yang keruh seperti PAS.
Pedas Berapi
Anak Cili
Tindakan P. Waytha Moorthy menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin parti komponen kerajaan untuk mempertimbangkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan yang munasabah, adakah ini satu usaha untuk menegakkan prinsip perlembagaan, atau sekadar strategi politik yang berlapis-lapis?
2- Sebagai seorang tokoh yang sebelum ini pernah memuji Anwar atas kepimpinannya dalam Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), perubahan mendadak ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat tentang motif sebenar di sebalik tindakan beliau.
3- Waytha juga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendeklarasikan pelantikan Anwar sebagai PM pada 24 November 2022 sebagai tidak sah. Beliau berhujah bahawa pengampunan penuh pada 16 Mei 2018 tidak secara jelas mengembalikan kelayakan politik Anwar.
4- Namun, Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa pengampunan penuh mengembalikan kelayakan politik secara automatik. Hal ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat tentang asas sah tindakan Waytha dan apakah ia benar-benar demi kepentingan undang-undang atau sebahagian daripada strategi politik.
5- Sejarah menunjukkan bahawa isu kelayakan Anwar pernah dicabar sebelum ini oleh individu awam dan peguam bebas, pada 2018, tetapi semua cabaran gagal. Ini membuktikan bahawa pengampunan penuh adalah sah, dan menimbulkan pertanyaan tentang rasional tindakan Waytha sekarang.
6- Dengan mengambil contoh sejarah tersebut, usaha Waytha dilihat menghidupkan isu lama dengan publisiti besar, seolah-olah beliau ingin mencipta kontroversi atau menimbulkan keraguan, bukannya menyelesaikan masalah sebenar.
7- Tindakan menghantar surat kepada pemimpin parti selepas itu juga menimbulkan persoalan, adakah Waytha bertindak secara bebas atau terdapat agenda politik pihak lain yang terselindung di sebalik langkah ini?
8- Rakyat wajar mempersoalkan perubahan drastik sikap beliau, dari menyokong kepada mempertikaikan kredibiliti Anwar, yang menimbulkan persepsi bahawa niat sebenar mungkin bukan semata-mata untuk rakyat atau undang-undang.
9- Laporan media juga ada menyebut bahawa Waytha bertemu beberapa pemimpin dari Parti Bersatu sebelum memfailkan saman, menambahkan lagi keraguan terhadap motif sebenar dan kemungkinan pengaruh politik lain dalam tindakan ini.
10- Daripada menumpukan tenaga kepada isu rakyat yang nyata, beliau memilih untuk mempolitikkan pengampunan yang telah jelas undang-undangnya, yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
11- Tindakan ini juga memberi amaran bahawa strategi politik boleh menggunakan isu undang-undang lama untuk menarik perhatian, bukannya menyelesaikan isu yang menyentuh kehidupan rakyat secara langsung.
12- Di hujung nya, rakyat berhak membuka minda dan menilai setiap tindakan dengan kritis. Waytha Moorthy wajar menjelaskan niat sebenar tindakannya, adakah ini benar-benar demi prinsip perlembagaan, atau sekadar strategi politik yang mencipta keraguan terhadap kredibiliti Anwar dalam tujuan merapuhkan sokongan beliau sebagai Perdana Menteri?
Sumber : FB Mohd Hasni Izuwan
MSO
Kes kematian adik Zara tidak ada usaha menyembunyikan fakta, siasatan dijalan secara, telus, terbuka berdasarkan prinsip undang undang.
Seramai 195 saksi dipanggil memberi keterangan berhubung kes tersebut. Demikian dijelaskan Mendane dalam parlimen hari ini. Trims.
Aman Muhammad
Semua projek dia umum saja,
Tiada satu yang dilaksana,
Cuma satu saja yang berjaya,
Iaitu tambah bini muda.
🤭
Asal bukak mulut je......
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad berpendapat serangkap pantun daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini boleh juga ditujukan kepada Menteri Besar di empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN).
Bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, pantun dengan dua baris berbunyi, “Jangan berlumpur tersungkur rebah, lebih baik letak jawatan” itu tidak semestinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
“Pantun itu boleh ditujukan kepada semua. Tidak semestinya kepada PMX sahaja.
“Mungkin kepada MB Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis kerana semua negeri SG4 (State Government 4) ini tidak perform.
“Kalau semua tak boleh buat, semua bergantung kepada kerajaan Persekutuan, maka lebih baik kamu letak jawatan daripada akhirnya kamu ‘tersungkur rebah’,” sindir Khalid.
Beliau berkata demikian dalam bual bicara menerusi Jom Channel Siri 266 bertajuk, “Dulu Amanat, Sekarang Pantun?” malam tadi.
Abdul Hadi pada sidang Dewan Rakyat, 13 Ogos lalu dianggap banyak pihak sebagai memulakan provokasi apabila pantunnya yang menyindir Kuala Lumpur sebagai bermasalah di bawah DAP dan PH memicu perang mulut antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantun diucap bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal yang dahulu terkenal dengan Amanat Haji Hadi itu berbunyi, “Dari Kuala Lumpur pergi ke Sabah, Berpatah balik menuju Kelantan, Jangan berlumpur tersungkur rebah.”
Susulan pantun berbaur sindiran itu, berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua blok yang akhirnya menyaksikan tularnya klip video memaparkan aksi berang Ahli Parlimen Pendang dari Pas, Datuk Awang Hashim mengajak Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer bertumbuk.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, adalah lebih baik pemimpin PN meletak jawatan kerana gagal memakmurkan ekonomi negeri tidak seperti Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun.
“PMX tidak menghadapi keadaan ‘tersungkur rebah’ kerana di Parlimen sokongan terhadap beliau tetap mantap.
“Pihak pembangkang pun tidak berani untuk buat usul undi tidak percaya serta tiada isu untuk mendesak PMX meletak jawatan,” tegas Khalid lagi.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bakal memutuskan kesahihan dakwaan bahawa Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) telah mencabar Ahli Parlimen penyokong kerajaan bertumbuk di luar parlimen.
Beliau telah pun mengarahkan unit berkaitan dalam parlimen untuk memberikan bukti dan menegaskan akan mengambil tindakan.
Awang dikatakan mencabar sejurus selepas Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengakhiri ucapan dengan pantun menggesa pimpinan PH meletakkan jawatan pada hari Rabu.
Di satu peringkat Awang dan RSN Rayer (PH-Jelutong) mahu keluar dari Dewan Rakyat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka memberikan penerangan berhubung kes serangan ke atas anak Datuk Seri Rafizi Ramli (PH-Pandan).
Sesi jawab lisan menyaksikan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) membangkitkan isu penyeludupan haram daging khinzir.
Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) menyoal berkenaan status kajian membenarkan aktiviti perlombongan REE di kawasan hutan simpan kekal (HSK).
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pula bertanya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sama ada ahli lembaga syarikat pemaju dan syarikat pemaju akan turut disenarai hitamkan sekiranya syarikat subsidiary terlibat dalam projek sakit.
OLEH MAN TOBA
Saifuddin berani bentang laporan penuh kes Zara Qairina hari ini di Parlimen. Siapa fitnah akan kantoi!”
Kalau betul kerajaan nak sembunyi, apa perlunya Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri sendiri bentang laporan penuh kes Zara dalam Parlimen esok?
Parlimen tu bukan bilik mesyuarat kampung. Semua rakyat boleh akses, media tunggu, setiap patah perkataan direkod.
Kalau nak cover line, paling senang diamkan je, betul tak? Tapi sekarang Menteri Dalam Negeri sendiri tampil, maknanya berani sebab yakin ada bukti & fakta jelas.
Sedangkan dekat luar, Nurul Islam dan geng dia sibuk tabur fitnah Konon ada VVIP terlibat. Konon kes ini nak disapu bawah karpet. Konon kerajaan tak telus.
Padahal, Pengarah JSJ Bukit Aman sendiri sahkan tiada pembabitan orang kenamaan (VVIP).
Tambah lagi:
3 pegawai kanan polis Sabah dah dipanggil Jabatan Integriti.
Kes diambil alih terus oleh Bukit Aman (bukan polis daerah).
Akaun TikTok yang fitnah kes Zara pun disiasat.
Hello geng, logik sikit lah. Kalau betul nak cover, adakah sampai Bukit Aman turun tangan? Adakah sampai Jabatan Integriti panggil pegawai kanan? Adakah sampai Menteri Dalam Negeri bentang di Dewan Rakyat?
Yang kita nampak sekarang Saifuddin pilih jalan telus. Nurul Islam pilih jalan spin. Bezanya satu pihak bagi bukti, satu pihak sembang lebih untuk modal politik murahan.
Kes Zara ini memang tragis, kita semua simpati. Tapi jangan sampai kesedihan keluarga arwah dijadikan “politik arwah Zara” untuk cari mileage.
Esok, bila Saifuddin bentang laporan penuh di Parlimen, rakyat boleh tengok sendiri siapa yang bercakap benar, siapa yang sembang kencang.
Aku yakin esok akan pecah tembelang fitnah. Yang spin sana sini, berani tak tarik balik tuduhan lepas laporan diumumkan?
Terima kasih warga Felda Palong atas komitmen dan kehadiran ke Program Sentuhan MADANI FELDA Zon Palong, Jempol Agrofest dan SAJI Terima Kasih Malaysia.
Saya harap sokongan, kemeriahan dan kekuatan perpaduan ini terus kekal.
Tahniah kepada YB ADUN Palong, YB ADUN Jeram Padang, FELDA Wilayah Raja Alias, Jabatan Pertanian, FGV, FAMA, LPP dan semua pihak yang telah bertungkus lumus memberi sinergi luar biasa kepada Felda 💪🏻
#KitaGerakBersama
#BersihMuafakatSejahtera