Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bakal memutuskan kesahihan dakwaan bahawa Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) telah mencabar Ahli Parlimen penyokong kerajaan bertumbuk di luar parlimen.
Beliau telah pun mengarahkan unit berkaitan dalam parlimen untuk memberikan bukti dan menegaskan akan mengambil tindakan.
Awang dikatakan mencabar sejurus selepas Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengakhiri ucapan dengan pantun menggesa pimpinan PH meletakkan jawatan pada hari Rabu.
Di satu peringkat Awang dan RSN Rayer (PH-Jelutong) mahu keluar dari Dewan Rakyat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka memberikan penerangan berhubung kes serangan ke atas anak Datuk Seri Rafizi Ramli (PH-Pandan).
Sesi jawab lisan menyaksikan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) membangkitkan isu penyeludupan haram daging khinzir.
Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) menyoal berkenaan status kajian membenarkan aktiviti perlombongan REE di kawasan hutan simpan kekal (HSK).
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pula bertanya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sama ada ahli lembaga syarikat pemaju dan syarikat pemaju akan turut disenarai hitamkan sekiranya syarikat subsidiary terlibat dalam projek sakit.
No comments:
Post a Comment