Isyarat ‘Bahaya’ Dari Malaysia

Isyarat ‘Bahaya’ Dari Malaysia

Monday, 12 April Oleh Noor Safinas Ghazali


KUALA LUMPUR : Kementerian luar Thailand telah menerima 'isyarat' dari kerajaan Malaysia melalui 'saluran tidak rasmi', yang menghalang kehadiran pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock, 20 April ini.

Sumber dipetik media berkata Pornthip telah 'dinasihatkan' oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand di mana tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Menurut Dr Pornthip, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, dan berkemungkinan dihalang memasuki negara ini.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Pornthip sebelum ini pernah membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Beliau turut menyatakan terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

MIC-BN Gagal Bantu Rakyat India

MIC-BN Gagal Bantu Rakyat India

Monday, 12 April 2010 10:30 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : MIC dan Barisan Nasional langsung tidak berusaha untuk memperjuangkan nasib masyarakat India di Malaysia.

"Pemimpin-pemimpin hanya memperbodohkan masyarakat India kerana mereka beranggapan kononnya kononnya kelompok masyarakat India ini tiada pilihan lain kecuali akan terus menyokong MIC tetapi anggapan mereka meleset apabila masyarakat India beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil berat dan prihatin untuk membantu mereka," Kata Exco Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dalam Majlis keramaian yang diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru lalu.

Dalam majlis tersebut Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyerahkan cek-cek kepada kesemua pengerusi-pengerusi PIBG bagi 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor. Secara purata setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing. Sumbangan tersebut merupakan peruntukan tahun ini dari Kerajaan Negeri untuk membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing.

Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Hulu Selangor pula mendapat peruntukan tambahan bagi menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah, membina pondok-pondok bacaan serta membaikpulih tandas sekolah antaranya Sekolah Tamil Ladang Nigel Gardner , Sekolah tamil Lima Belas, Sekolah Tamil Ladang Kerling, Sekolah Tamil Chngkat Asa, Sekolah Tamil Bukit Beruntung masing-masing menerima RM25,000 setiap sekolah manakala Sekolah Tamil Batang Kali menerima RM31,000 manakala Sekolah Tamil Sungai Choh pula menerima RM49,000.

Majlis sumbangan tersebut turut disertai oleh YB Halimah Ali, EXCO Pendidikan Negeri Selangor, YB Manikavasagam, MP Kapar, YB Charles Santiago, MP Klang, YB Gan Pei Nei Adun Rawang, YB Ravi Adun Port Dickson.

Dr. Xavier menegaskan bahawa peruntukan tersebut merupakan sebahagian dari RM4 Juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menaikan taraf pendidikan di sekolah-sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor.

Beliau berkata perkara ini tidak pernah berlaku semasa zaman BN memerintah Negeri Selangor selama 50 tahun yang lalu kerana katanya pemimpin-pemimin MIC yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India dalam kerajaan BN tidak mengambil peduli terhadap tahap pendidikan sekolah-sekolah Tamil yang kebanyakannya terletak di kawasan-kawasan luarbandar atau terletak di dalam kawasan estet.

Dalam majlis yang sama beliau telah menyampaikan sumbangan RM100 setiap seorang kepada 160 orang pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah dari daerah Hulu Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun lepas.

Tegas Xavier lagi Kerajaan Negeri komited untuk menaikan taraf pendidikan di sekolah-sekolah Tamil dan beberapa program sedang dan akan dijalankan bagi tujuan tersebut.

LAGI PAKAR PEMBOHONG BERCAKAP

http://idhamlim.blogspot.com



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya seperti yang disiarkan dalam Malaysiakini.

Persoalannya sekarang siapakah sebenarnya yang berbohong ? Bagi saya kalau kita ingin mengatakan Dr. Pornthip berbohong, wajarkah kerana itu dia sanggup menanggung resiko dan bersungguh-sungguh untuk datang ke Malaysia kerana itu ?

Sebaliknya kalau kita ingin mengatakan Nazri yang benar, saya rasakan semua pihak sudah tahu siapkah si Nazri dan kenapakah cepat sangat dia melatah dalam perkara inbi ?

Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.

Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.

Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.