) RINGGIT MENINGKAT


 

YB BODO NI GUNA BAHASA CAM OELAQ OOO


 

KELAKU BEKAS HAKIM...DIA TERASA JUGA BEKAS HAKIM GINI


 

AGAK AGAK KALAU SOH SEMBANG NGAN ORANG PUTIH TEPI JALAN PUN DIA AKAN KATA ME NO ENGLISH...TAPI KURANG AJÀR KEMAIN


 

KAMI WALAUN... APA SAHAJA KEBAIKAN KAMI BANTAH.


 

AZMIN LAGI


 

TOK PETI PUJI PMX ...WALAUN ADA YANG TAK SETUJU...PAK ARAB PUN TAK BERANI CAKAP BERDEPAN

 


HULU TERENGGANU NI SEMBANG CAM LA SAMSENG SANGAT... KALAU SOH BERDEPAN DENGAN TRUMP LA..AGAK AGAK...ME NO ENGLISH ...JANGAN SEMBANG BERDEGAR DEGAR LA.


 

Pengajaran Buat Kaki Travel : Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra


Viral Muafakat






Dalam flight ke Dubai, ada seorang makcik duduk sebelah aku. Dia mintak tolong angkatkan luggage dia, tapi ada abang baik kat seat seberang yang tolong dia instead. 


Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu.


Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk. 


Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat. 


Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related.


Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni. 


Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.


Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight. 


Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat. 


Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.


Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu. 


Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport. 


Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.


Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia. 


Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.


Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je. Polis mintak makcik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia. 


Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan.


Benda ni ajar aku satu benda penting: Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless. 


Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.


Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew. 


Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation.


Pengajaran Buat Travelers: Baik hati tu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa kau boleh jadi taruhan..





HATI HATI TUDOH YB WAHABI

 Rasidijusoh


Ambo paling tak setuju dengan list WAHABI ni. Bahaya amat besar. Buleh jah ambo nok timbuk sebab ramai pemimpin PAS dalam ni, tapi ambo berfikiran  waras.





Mustahil YB Nik Amar, YB Marzuk, YB Presiden  PAS ni WAHABI. Tegamok ko demo tuduh? 


Ambo x sealiran mazhab politik jah dgn YB2 ni. Tapi nak mengwahabikan mereka tidak sama sekali.


Hati2 menuduh WAHABI sb kalau demo kata wahabi SESAT seolah2 Tuan Guru Haji Hadi Awang sesat la yer????? Cer jawab.




ART: Penjelasan Tengku Zafrul ‘Diamkan’ Naratif Palsu Pembangkang

 


Penjelasan panjang lebar Tengku Zafrul kepada pemimpin pembangkang termasuk kepada Rafizi menunjukkan ketelusan sebenar tanpa penjelasan separa benar yang mengelirukan rakyat.

PENDAPAT, 4 Nov – Kecoh di media sosial kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia – Amerika Syarikat (AS) ‘bermatlamat’ menggadaikan kedaulatan negara.

Sebaliknya langkah kerajaan menandatangani perjanjian berkenaan merupakan langkah diplomasi strategik untuk memperkukuh kedudukan dan ekonomi negara di peringkat global.

Ini bukan sahaja menjamin kedudukan strategik negara dari segi ekonomi malah memastikan para pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pasaran AS tidak terkesan malah pengecualian 1,711 produk menambah keyakinan pelabur untuk menambah pelaburan mereka.

Kesemua persoalan yang dibangkitkan dijawab sendiri Tengku Zafrul dalam Bahasa Malaysia mengikut setiap isu yang dibangkitkan tanpa berselindung tanpa sebarang kekeliruan.

Kejelasan dan kepantasan penjelasan kerajaan inilah yang menyebabkan mereka yakin dapat menyusun langkah bersesuaian terutama dari segi kos pengeluaran bagi menyesuaikan harga produk yang akan dipasarkan ke AS.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, iaitu kadar terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.

“Tanpa ART, tarif berpotensi meningkat kepada 25 atau 40 peratus seperti yang dikenakan ke atas Myanmar dan Laos. Jika tarif dinaikkan, eksport Malaysia akan kurang berdaya saing berbanding negara lain yang tarif lebih rendah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bila eksport rendah, pengeluaran kilang terpaksa dikurangkan dan akhirnya pekerjaan rakyat turut terjejas, dalam jangka masa panjang, kilang sedia ada ditutup dan pelabur memilih negara lain dengan tarif lebih rendah.

“Tetapi dengan ART, alhamdulillah kita dapat kekalkan dengan tarif 19 peratus yang merupakan terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS,” katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin.

Beliau dipercayai menjawab ‘kupasan’ Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membangkitkan perjanjian AS dengan Kemboja kononnya lebih baik berbanding Malaysia-AS.

Ini ditambah lagi dengan kupasan penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata perjanjian itu dimeterai berlandaskan dasar berkecuali, tanpa menjejaskan kedaulatan dan autonomi negara.

Beliau menjelaskan perubahan geopolitik ketika ini menuntut Malaysia untuk meningkatkan kerjasama simbolik bersama kuasa-kuasa besar dunia namun pada masa sama, tidak memihak secara terus kepada mana-mana blok ekonomi.

“Perjanjian Malaysia ini lebih berfokus kepada perdagangan, pelaburan dan ekonomi bukan hubungan diplomatik dan politik. Itu harus dijelaskan. Bila bercakap tentang soal kedaulatan, sudah pasti ia soal kebebasan hak sesebuah negara.

Artikel 5.1 yang diputar belit sesetengah pihak kononnya Malaysia menggadaikan kedaulatan ekonomi negara.

“Dalam konteks ini, tidak ada kenyataan yang menyatakan bahawa kita harus mengikut bulat-bulat apa yang dinyatakan oleh negara lain khususnya dalam konteks ini Amerika. Jadi kita kekal berdaulat dalam urusan kenegaraan.

“Tidak ada negara lain yang boleh menyentuh kedaulatan negara, malah dalam peraturan perkara 75 ART jelas menyatakan sekiranya tidak bersetuju, kita boleh menamatkannya dengan serta-merta untuk pertahankan maruah, reputasi dan kedaulatan negara,” kata beliau ketika menjadi tetamu secara dalam talian menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media.

Dr Sivamurugan berpandangan, perjanjian itu telah meletakkan kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik AS, sepertimana negara lain seperti Jepun dan Korea yang mempunyai perjanjian seumpama itu.

Setelah taklimat khas diadakan kepada pemimpin pembangkang Ogos lalu, nampaknya Tengku Zafrul bingkas menjawab naratif jahat sesetengah pihak termasuk pembangkang menerusi video pada 3 November 2025.

Beliau optimis perjanjian tersebut menjadi platform terbaik membuka ruang pelaburan dan perdagangan serta memacu ekonomi serantau.

Penjelasan Tengku Zafrul termasuk siri-siri video kepada beberapa pemimpin yang cuba mengelirukan rakyat pasti akan lebih memberi pencerahan kepada mereka yang sebelum ini terkeliru mana satukah yang benar sebenarnya.

Usahlah mendengar cerita-cerita separa benar yang ditularkan sesetengah pemimpin termasuk komen seorang bekas menteri yang terbuang sendiri seolah-olah ‘sabdanya’ sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah!


Fitnah kononnya PM Anwar dihalang bercakap dengan Xi Jinping terbongkar


 


Dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping, ketika pertemuan rasmi baru-baru ini disahkan sebagai fitnah yang tidak berasas.

Aktivis politik, Syam Ghaz berkata, tuduhan yang disebarkan pembangkang termasuk Eric See-To dan Lim Sian See itu telah memutarbelitkan fakta sebenar.

Mereka mendakwa lelaki dalam gambar bersama Xi Jinping dan Anwar adalah “pegawai keselamatan” yang menghalang Perdana Menteri daripada mendekati Presiden China.



“Kononnya lelaki dalam gambar itu adalah pegawai keselamatan Presiden China. Tunjuk jari supaya tak bagi rapat dengan Presiden China,” tulis Syam Ghaz.

Beliau menjelaskan, individu yang dimaksudkan sebenarnya ialah Menteri Luar China, Wang Xi yang hadir di tengah-tengah kedua-dua pemimpin berkenaan bagi menterjemahkan perbualan rasmi antara Anwar dan Xi Jinping.

“Terdapat video penuh dalam talian internet, Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian,” katanya.



Ia sekali gus menolak dakwaan kononnya hubungan kedua-dua pemimpin tersebut tegang.

“Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian,” katanya.

Syam juga mempersoalkan motif individu seperti Eric See-To dan Lim Sian See yang didakwa sengaja mencetuskan persepsi buruk terhadap hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Eric See-To, Lim Sian See — kamu tu Cina, kenapa suka adu domba seolah-olah Menteri Luar China dan Presiden China tak ngam dengan PMX? Cina murtad ke?” sindirnya.


Beliau menambah bahawa fitnah seumpama itu mudah dipatahkan kerana teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja mengesahkan identiti melalui carian imej di Google, yang jelas menunjukkan wajah dan jawatan sebenar Wang Xi.

“Ini bukan zaman Pak Kaduk dan macai-macai dulu, boleh putar belit media,” katanya lagi.

Terdahulu, pertemuan rasmi antara Anwar dan Xi Jinping di Beijing berlangsung dalam suasana mesra dan produktif.

Kedua-dua negara menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan serantau.



Howard balas Ka Siong: YB ke mana masa sejam penggulungan MITI?



Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee tampil menjawab kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong berhubung sesi penerangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Parlimen mengenai perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia -AS.

Katanya, tiada siapa pun menuduh Wee tidak hadir ketika sesi itu berlangsung, kerana ia hanyalah sesi penerangan 30 minit tanpa sebarang perbahasan seperti yang diakui sendiri oleh MP MCA itu.

Namun katanya, Wee tidak pula menjelaskan bahawa Tan Sri Speaker telah memaklumkan segala soalan berkaitan boleh dikemukakan semasa sesi penggulungan belanjawan oleh MITI pada hari berikutnya.


Menurut Howard, ketika sesi itu berlangsung, MITI menjawab hampir sejam, lebih lama berbanding mana-mana kementerian lain, menunjukkan ruang dan peluang luas diberikan kepada semua Ahli Parlimen untuk bertanya dan membangkitkan isu.

“Kalau nak soal, nak bangkitkan isu, nak dapat jawapan terus, nak tembak, nak hentam dengan peluru atau meriam, itulah waktunya, di situ tempatnya.

“Soalannya: masa itu YB di mana? Bangun tak? Tak bangun. Taklimat tak hadir. Penggulungan MITI pun tak hadir. Sudah diberi peluang, tak mahu guna. Sudah diberi masa, tak mahu datang.



“Apa punya alasan kononnya lambat dapat teks Perjanjian AS–Kemboja? Punya lama dimuat naik dalam laman web rumah putih sudah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Howard berkata, perkara itu lebih menghairankan apabila rakan-rakan pembangkang lain telah pun membangkitkan isu sama berkaitan Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja semasa penggulungan MITI dijalankan.

“Padahal, masa penggulungan MITI, rakan-rakan YB di sebelah pembangkang sudah tanya berulang kali pasal Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja. Hujah mereka sama dengan YB. Berpakat atau tidak itu biar rakyat yang bagi penghakiman. 

“Kalau YB hadir masa tu, boleh tanya terus, tak perlu nak buat video berbelit-belit sekarang.


“Sekarang giliran YB pula jawab. Kenapa ponteng sesi MITI kalau betul-betul mahu perjuang isu ini?,” soalnya.




SEKOQ NI BUAT HAL APA PULAK


 

JENIS LAWYER BENAK NI PAYAH


 

NOVEL ATAU FILEM SESUAI DENGAN BABAK INI.Komplot jatuhkan Presiden, giliran Saifuddin Abdullah pula dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu


 


Selepas beberapa ahli Bersatu dikenakan tindakan disiplin, kini giliran Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pula dipanggil ke lembaga disiplin parti.

Difahamkan ia berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Presiden, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

 Menurut Astro Awani, Saifuddin akan bertemu Lembaga Disiplin pada jam 2 petang Khamis ini, 6 November.



Proses siasatan bersama Lembaga Disiplin itu akan diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

“Pada kira-kira jam 1.52 petang Ahad, saya telah menerima notis untuk saya menghadiri sesi perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Lembaga Disiplin pada 6 November jam 4.30 petang di Petaling Jaya.

“Oleh kerana pada tarikh itu, di sebelah malamnya saya ada program di luar Kuala Lumpur, saya minta sesi itu diawalkan dan Lembaga Disiplin bersetuju ditukar ke 2 petang,” katanya seperti dilapor.



Saifuddin dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli masing-masing digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis pada 27 Oktober 2025.

Pada Khamis lalu, tiga Ketua Bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional.

Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Mohd Fadhli Ismail yang mengesahkan perkara itu menyatakan mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali; serta Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa.









Kestabilan Politik Negara Tarik Pelabur Asing Termasuk Sektor Perbankan

 


Pelabur asing melihat bank-bank Malaysia menawarkan pendapatan yang teguh, hasil dividen yang tinggi, dan kualiti aset yang stabil menurut laporan firma penyelidikan MBSB Research pada 4 November 2025.

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kestabilan ekonomi dan politik Malaysia yang bertambah baik telah meletakkan negara sebagai antara penerima utama aliran masuk pelabur asing ke pasaran sedang pesat membangun.

Menurut firma penyelidikan MBSB Research (MBSBR), sentimen ini didorong oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan negara berbanding ketidakpastian geopolitik yang berlaku di negara serantau.

Laporan firma itu yang bertarikh 4 November 2025 menjelaskan, pelabur asing melihat bank-bank tempatan sebagai saluran pelaburan yang sangat menarik.

Ini kerana bank-bank Malaysia menawarkan pendapatan yang teguh, hasil dividen yang tinggi, dan kualiti aset yang stabil.

MBSBR menegaskan bahawa “kelemahan dan ketidakpastian” dalam aspek teras perbankan seperti margin faedah, pertumbuhan pinjaman, modal, dan kualiti aset telah “berkurangan dengan ketara sejak beberapa bulan lalu”.

Keyakinan ini mendorong MBSBR untuk mengekalkan saranan ‘POSITIVE’ ke atas sektor perbankan dan menaikkan harga sasaran serta penilaian untuk semua bank di bawah liputannya.

Pandangan positif ini turut dikongsi oleh CGS International, yang dalam laporan berasingan turut mengekalkan saranan ‘Overweight’ ke atas sektor itu.

Tarikan utama kepada pelabur, seperti yang disebut oleh kedua-dua firma, ialah prospek dividen yang cerah.

CGS International menjangkakan bank-bank akan meningkatkan nisbah pembayaran dividen mereka pada masa hadapan.

Lebih menarik lagi, MBSBR memberi bayangan “kemungkinan tinggi” beberapa bank akan mengumumkan dividen khas.

Public Bank (PBK) disebut mempunyai potensi memberi dividen khas hasil daripada penjualan saham LPI dan penggunaan rangka kerja modal baharu Bank Negara Malaysia.

CIMB Group Holdings Bhd juga dikenal pasti mempunyai “kemungkinan tinggi” untuk mengeluarkan dividen khas berikutan potensi lebihan modal.

CGS International turut meramalkan peningkatan dalam nisbah pembayaran dividen CIMB untuk tahun kewangan 2025 hingga 2027.Kestabilan yang menarik pelabur ini disokong oleh kesihatan bank yang kukuh.

CGS International menganggarkan keuntungan bank pada suku ketiga 2025 akan meningkat, dibantu oleh jangkaan penurunan 17.5 peratus dalam peruntukan kerugian pinjaman.

Kualiti aset juga bertambah baik, dengan nisbah Pinjaman Terjejas Kasar (GIL) atau ‘hutang lapuk’ menurun kepada 1.41 peratus pada akhir September 2025.

RHB Bank Bhd turut dinamakan sebagai pilihan utama oleh kedua-dua firma penyelidikan , dengan CGSI mengunjurkan hasil dividen yang menarik sebanyak 6.51 peratus untuk TK25F.



PMQT: Bulan Pertama BUDI95 Catat Purata 98 Liter – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Purata penggunaan petrol RON95 melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi setiap pengguna adalah 98 liter sahaja sepanjang Oktober lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, purata berkenaan hanya mewakili 33 peratus sahaja berbanding 300 liter had bulanan yang ditetapkan melalui BUDI95 sejak diperkenalkan pada 30 September lalu.

“Adakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata penggunaan bulan Oktober adalah 98 liter sahaja iaitu 33 peratus daripada kelayakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Mereka yang membelanjakan lebih 300 liter hanya 0.7 peratus sahaja,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena binti Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kemajuan bulan pertama pelaksanaan BUDI95 dan apakah kesannya kepada rakyat.

Kuota untuk pemandu e-hailing naik kepada 800 liter sebulan

Pada sesi itu juga, Perdana Menteri berkata, kerajaan setuju untuk meningkatkan siling penggunaan BUDI95 daripada 600 liter kepada 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan meninjau situasi pembelian RON95 menerusi BUDI95 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 30 September 2025. Foto Kementerian Kewangan

Keputusan itu katanya, dibuat selepas mengambil kira maklum balas pemandu e-hailing yang merasakan jumlah semasa 600 liter masih belum mencukupi untuk menampung kos operasi harian.

“Untuk Oktober, (subsidi pemandu) e-hailing aktif kita naikkan daripada 300 liter kepada 600 liter untuk 58,000 pemandu aktif yang layak.

“(Bagaimanapun), ada lagi rakan-rakan di e-hailing merasakan (jumlah berkenaan) belum mencukupi.

“Jadi sekarang, kita mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan budi 95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan ,” katanya.




Mampoih dah Krisis Bersatu: Bersatu Ampang hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin


Bersatu Ampang telah menarik balik kepercayaan terhadap kepemimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Setiausaha Bahagian Bersatu Ampang, Daing Mohamad Daing Makati, berkata mereka turut mendesak Mahiadin melepaskan jawatan secara terhormat dengan segera demi memulihkan perpaduan serta keyakinan ahli terhadap masa depan parti.

“Menyeru supaya satu pelan transisi kepemimpinan dilaksanakan dengan tertib dan inklusif bagi memastikan BERSATU kekal kukuh dan berdaya saing menjelang pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.


Keterapan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa BERSATU Ampang berlangsung pada 28 Oktober.

“Sekali lagi diulangi, keputusan ini dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Bahagian Ampang selepas mengambil kira pandangan dan aspirasi ahli di peringkat akar umbi yang mengharapkan perubahan demi kelangsungan perjuangan parti yang dicintai,” katanya.

“Menginsafi bahawa kegagalan kepimpinan tertinggi, khususnya Presiden, dalam menangani dan menasihati kedua-dua pemimpin itu untuk memperkukuh hubungan dalaman parti sudah membawa kepada perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan akar umbi serta kepimpinan bahagian,” katanya.


Untuk rekod ketua bahagian Mohd Isa Mohd Saidi telah dipecat ekoran isu akuan bersumpah.



 

PMQT: Had Kelayakan E-Hailing Naik Kepada 800 Liter Sebulan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Had BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi sektor e-hailing di negara ini kepada pemandu yang layak dinaikkan sehingga 800 liter sebulan ketimbang 600 liter sebelum ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara ini juga bermakna jarak minimum juga ditambah kepada 5,000 kilometer (km) tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan.

“Untuk (bulan) Oktober, (pemandu bagi BUDI95) e-hailing aktif dinaikkan daripada 300 liter kepada 600 liter. Berapa (jumlah pemandu) yang dapat? 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“(Tetapi) ada lagi rakan-rakan, anak-anak kita dari (sektor) e-hailing yang merasakan (kuota yang diterima itu) masih belum cukup.

“Kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan, saya nak umumkan di sini, bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada 800 liter sebulan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan tindakan diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.

Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) bertanya mengenai kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 pada 4 November 2025. Foto YuoTube Anwar Ibrahim

Menjawab soalan asal Syerleena, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan sebanyak 98 liter saja daripada 300 liter yang diberikan kepada individu layak digunakan oleh mereka bagi bulan Oktober.

“Apakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata penggunaan bulan Oktober, purata jumlah liter ialah 98 liter saja, iaitu 33 peratus daripada kelayakan.

“Yang berbelanja lebih daripada 300 liter, 0.7 peratus termasuk orang berulang-alik (ke kampung),” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying turun padang melakukan pemantauan BUDI MADANI95 di Butterworth pada 28 September 2025. Foto Kementerian Kewangan

Mengenai pengecualian pemberian subsidi RON95 kepada golongan T15, Perdana Menteri berkata, perkara itu hanya boleh dilaksanakan selepas sistem Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang kini digunakan pakai kerajaan, dinaiktaraf menjadi lebih mantap.

Katanya, kerajaan melihat pengecualian itu boleh dilaksanakan kepada mereka yang benar-benar mempunyai pendapatan tinggi ataupun menggunakan kenderaan mewah.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini kerajaan meneruskan dahulu pelaksanaan program BUDI95 dengan sistem sedia ada.

Orang ramai menunjukkan isyarat bagus semasa mengisi petrol RON95 bersubsidi menerusi insiatif BUDI MADANI RON95 di Kota Bharu pada 30 September 2025. Foto Bernama

“Jadi sekarang ini, pandangan kita, kita jalankan ini dulu dan kalau ada keperluan di masa akan datang, yang mana sistem itu lebih mantap, maka boleh kita kenakan tetapi bagi yang benar-benar tinggi ataupun kenderaan betul-betul mewah,” katanya.