GMI: Jangan sekadar bebas tahanan, mansuh semua akta mirip ISA

GMI: Jangan sekadar bebas tahanan, mansuh semua akta mirip ISA

anti-isaKUALA LUMPUR 8 JAN: Pembebasan enam tahanan ISA tidak memberikan sebarang makna jika kerajaan masih tidak memansuhkan undang-undang tahan tanpa bicara, kata Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh.

“Kerajaan perlu segera memansuhkan semua undang-undang tahanan tanpa bicara selain menutup Kem Tahanan Kamunting serta merta,” kata Syed Ibrahim pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH).

Kata Syed Ibrahim, kerajaan masih berdegil dan enggan menutup Kem Tahanan Kamunting selain masih mengekalkan undang-undang menyerupai ISA iaitu SOSMA, PCA dan DDA.
Tambahnya, kerajaan tidak perlu berbangga dengan pembebasan enam tahanan terakhir ISA kerana kerajaan enggan membebaskan tahanan lebih awal.

“Pembebasan ini sangat lewat apabila ianya dibuat selepas satu tahun lima bulan ISA secara rasminya dimansuhkan.

“Sedangkan Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk membebaskan tahan lebih awal.
“Desakan demi desakan rakyatlah yang menjadi faktor utama sehingga kerajaan Malaysia mengumumkan untuk memansuhkan ISA,” kata Syed Ibrahim.

5 Januari lalu, enam tahanan terdiri dari empat warga tempatan iaitu Nazri Dollah, Bakar Baba, Adzmi Pindatun dan Adnan Umar serta seorang warga Indonesia dan Filipina dibebaskan setelah ditahan atas tuduhan terlibat dengan kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) di Sabah.


Mereka ditahan sejak 14 November 2011 dinafikan hak perbicaraan bagi membuktkan tuduhan ke atas mereka.


Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta

Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta

rafizi_HQPETALING JAYA 8 JAN: Pemimpin Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah mendapat untung atas angin RM13 juta berikutan pambatalan kontrak pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, kontrak Awan Megah Sdn Bhd bagi membina Puspahanas telah lama lupus, sekaligus menjadikannya batal dan memberi keuntungan RM13 juta melalui deposit kerajaan.
“Dengan terbatalnya perjanjian diantara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah, bermakna wang deposit yang telah dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebelum ini Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiah menandatangani perjanjian jual beli dengan Boustead Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd yang dikuasai peniaga permadani, Deepak Jaikishan.

Rafizi yang juga pemegang saham Boustead berkata, projek Puspahanas sebelum ini dianugerahkan kepada Awan Megah memerlukan bon tanah sebagai jaminan kerja (performance bond) kepada kerajaan.
Namun, syarat perjanjian (conditons precedent) diantara Awan Megah dan Boustead yang ditandatangani pada 27 Disember 2012 gagal dipatuhi.

Kandungan syarat ialah perjanjian penswastaan baru pembinaan Puspahanas, persetujuan kerajaan Selangor memindah hakmilik tanah dan pembatalan perjanjian dengan Guppy Unip.
Kata Rafizi, Menteri Pertahanan dalam jawapannya di Parlimen pada 2 Oktober 2013 mengesahkan perjanjian baru masih belum dimuktamadkan.

“Bon tanah baru masih belum diserahkan oleh Awan Megah Sdn Bhd,” kata Rafizi.
Justeru beliau akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek Puspahanas dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status berkenaan.

PERAK BAKAL BERTUKAR TANGAN






PERAK BAKAL BERTUKAR TANGAN :

Doa dan Munajat bagi perbicaraan Dewan Undangan Negeri akan bermula hari ini selama 3 hari. Ianya kini menjadi perhatian ramai oleh kerana Barisan Nasional Perak berbekalkan 2 kerusi sahaja untuk memerintah Perak setelah RAMPASAN KUASA pada kes lalu. Marilah kita sama sama berdoa kehadrat ilahi agar ianya berjalan lancar dan hak hak memerintah negeri Perak darul Ridzuan di makhbulkan tuhan. Amin Yrabulalamin



 GAMBAR-GAMBAR KENANGAN RAMPASAN KUASA PERAK ADA DI FB LAMANREFORMASI LAMANRAKYAT