TENGAH DOK KALUT POLITIK, LEBAI KENA SAMAN.....*Fitnah Teresa Kok "Anti Islam", Mahkamah Arah Pemimpin Pemuda PAS Bayar RM 80,000* February 26, 2020


*Fitnah Teresa Kok "Anti Islam", Mahkamah Arah Pemimpin Pemuda PAS Bayar RM 80,000*
February 26, 2020



Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan bekas ketua pemuda Pas Selangor membayar RM80,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menuduh beliau adalah "anti-Islam".

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril mengarahkan Syarhan Humaizi Halim untuk membayar ganti rugi setelah memutuskan bahawa dia bertanggungjawab untuk menerbitkan kenyataan fitnah di akaun Facebooknya.

"Dia (Kok) telah membuktikan dua daripada tiga elemen yang dikehendaki di bawah undang-undang untuk kes fitnah dan kenyataan itu merujuk kepadanya.

"Saya rasa RM80,000 cukup mencukupi.

"Ini bukan untuk menghukum (Syarhan) dengan sejumlah besar ganti rugi dan tidak dimaksudkan untuk memperkaya plaintif (Kok)," katanya.

Firuz juga berkata kebebasan bersuara dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak ini tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Pencemaran nama baik.


Teresa Kok memfailkan saman itu terhadap bekas pemimpin pemuda PAS Selangor tahun lalu yang mendakwa beliau adalah rasis dan keras kepala, sambil menambah bahawa ia memberi 'implikasi negatif yang serius' terhadap reputasi beliau.

Mahkamah juga mengarahkan bayaran RM10,000 sebagai kos kepada Kok selepas peguam Kok K Murali berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan jumlah itu.

Syarhan diwakili oleh Wan Rohimi Wan Daud. Rohimi berkata beliau akan bercakap dengan Syarhan sama ada untuk merayu keputusan hari ini.


Teresa menuntut ganti rugi serta injunksi untuk menghentikan Syarhan daripada menerbitkan artikel yang menuduhnya sebagai anti-Islam.



PH MAHU ANWAR SEBAGAI PM, BUKAN MAHATHIR




4
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN


KOTA KINABALU: Gelora politik tanah air di Semenanjung semakin kuat selepas Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah dan DAP sebulat suara bersetuju agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Anwar dalam sidang akhbar PH di Ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur selepas kesemua mereka menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Pengumuman tersebut agak mengejutkan memandangkan semalam, ketiga-tiga parti itu secara terbuka menyatakan sokongan mereka agar Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Berikut kenyataan penuh beliau:
Hari ini ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada PKR, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan.
Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.
Kerajaan tersebut terbentuk sebagai sebuah gabungan yang diikat dengan Muafakat Pakatan Harapan yang telah dicapai pada 7 Januari 2018; diikuti pelancaran Buku Harapan (Manifesto) Pakatan Harapan pada 8 Mac 2018. Di atas asas ini lah Pakatan Harapan dibentuk, diberi mandat oleh rakyat dan menjalankan amanah sebagai kerajaan.
Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.
Ekoran cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang Tun Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai PM. Keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan pada Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi BERSATU.
Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.
Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial. Kami tidak akan mengkhianati amanah ini.


MAHATHIR SAHKAN BELIAU MEMANG ADA HASRAT MUNGKIRI JANJI PERALIHAN KUASA


Dalam perutusan yang disampaikan Tun Mahathir Mohamad petang tadi, selain menunjukkan beliau mahu kembali semula menjadi Perdana Menteri, terdapat juga intipati yang membuktikan dirinya memang ingin memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Dalam perenggan 8 dan 9 ucapan perutusannya sebagaimana disertakan dibawah, jika diteliti, jelas membuktikan hakikat tersebut.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

Perenggan 8 dengan nyata mengesahkan Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan dan kemudian menyerahkan kepada Parlimen menentukan siapa yang akan menggantikannya.

Seterusnya, beliau menyebut, jika dirinya masih disokong, dia akan kembali menjadi Perdana Menteri semula.

Wahai Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95 tahun, begitukah sepatutnya perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujuinya bersama PH?

Mengapa selepas meletakkan jawatan, jika masih disokong oleh Parlimen, masih mahu kembali lagi sebagai Perdana Menteri?

Tidakkah, apabila sudah meletakkan jawatan, ia bermakna beliau harus meletakkan jawatan secara muktamad dan tiada perlu untuk kembali lagi?

Apakah Tun Mahathir sudah lupa konsensus yang ditandatanganinya dan berulangkalinya beliau menyebut akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas memegangnya?

Jika sudah ada perjanjian dan diri sendirinya berjanji yang sama, untuk apa lagi diserahkan oleh Parlimen untuk membuat penentuan bakal penggantinya, sambil sedia pula untuk dipilih semula?

Tidakkah PH sebagai sebuah kerajaan sudah memiliki majoriti sejak Mei 2018 lagi?

Perutusan Tun Mahathir petang tadi dengan sendirinya mengesahkan tembelangnya untuk terus berkuasa melalui kuasa Parlimen dan melalui sokongan UMNO dan Pas yang memang beliau mempunyai hubungan lain di belakang tabir dengan kedua-dua parti itu.

Selain itu, Tun Mahathir juga memecah-belahkan PKR dengan menjadikan mereka yang pro Azmin Ali sentiasa memihak kepadanya dan menolak Anwar.

Maka, jika setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dan menawarkan untuk dipilih semula, sudah tentulah beliau dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sedia ada, dengan mudah memperolehi sokongan majoriti berbanding Anwar.

Perenggan 9 pula mengesahkan sokongan kedua-dua pihak – kerajaan dan pembangkang – yang dimilikinya menyebabkan beliau belum sedia meletakkan jawatan, mampu memungkiri janji peralihan kuasa dan seterusnya dapat memegang jawatan Perdana Menteri sehingga mati.

Dengan kata lain, ayat dalam perenggan 5 perutusan beliau yang berbunyi – Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa – adalah benar belaka.

Tun Mahathir memang merancang untuk meletakkan jawatan, tetapi juga merancang untuk kembali dan dipilih semula melalui suara Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang – walhal perlantikannya sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018 adalah atas mandat PH saja.

Bukan gila kuasa ke tu?

Begitu pun, Tun Mahathir mengakui beliau meletakkan jawatan akhirnya pada Isnin lalu kerana banyak sebab, antaranya kerana tidak sedia bekerjasama dengan UMNO dalam sebuah kerajaan campuran parti-parti pembangkang yang gagal dijadikan kenyataan melalui gerakan Langkah Sheraton yang diusahakan oleh Azmin serta di saat-saat akhir disokong kuat oleh Muhyiddin Yassin.

Tetapi, dalam hal ini, Tun Mahathir hanya enggan bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran saja, namun tidak pula menolak sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mahu mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri jika berlaku pengundian antaranya dengan Anwar.

Kenapa tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi mahu pula menerima sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO?
Siapa yang kaki rasuah yang konon sangat dibencinya itu – UMNO atau Ahli Parlimen UMNO?

Setelah meletakkan jawatan secara mengejut dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir bagaimanapun sebenarnya terus merancang untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri.

Perenggan 16 perutusannya – Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan dan perenggan 17 – Jika diizin inilah yang akan saya cuba – adalah bukti tanpa hijab tentang gila kuasa dan ingin terusnya beliau berkuasa di negara ini.

Setelah bukan lagi menjadi Pengerusi Bersatu, ideanya mahu melakukan pemerintahan tanpa parti pula?

Kalau tanpa parti, bukankah dirinya nanti akan menjadi paling berkuasa sekali selama mana yang dikehendakinya?
Cukup-cukuplah tu Tun….


(ShahbudinHusin 26/02/2020)




INFO TERKINI:



Yang ke 2 Uturn Detect. Hahaha. Kamaruddin Jaffar dari ahli Parlimen Bandar Tun Razak!

Nyatakan sokongan terhadap Dsai sebagai pm ke 8.

"tak mampu bayar rm 10 juta ke? "hahahahaha


KARTEL MAHU LINDUNGI PENGKHIANATANNYA



Kenapa la kartel bawa hujah bodoh utk melindungi pengkhianatannya? 

Mereka kata, kita mahu Tun M letak jawatan.  Bila Tun M letak jawatan, kita pula minta Tun M teruskan utk jadi PM.


Hakikatnya kartel bkn saja pengkhianat, tetapi bodoh.  Tidak tahu fakta dan hujung pangkal.


Baru2 ini, Majlis Presiden PH bersetuju utk Tun M terus jadi PM sehingga APEC, bahkan tarikh Tun M mahu serah jawatan kpd Anwar pun kita setuju Tun M tentukan dgn berbincang dgn Anwar.  Tidak timbul soal kita minta dia letak jawatan serta merta. 


Tahukah kartel mengapa Tun M letak jawatan?  Atas desakan dari PH kah?  Tun M sendiri bgtahu dia letak jawatan kerana kecewa dengan partinya sendiri iaitu Bersatu yang mahu mengkhianati PH iaitu mahu bersama Pembangkang bagi mewujudkan kerajaan baru bersama puak kartel.  Ertinya, PH tidak ada kaitan dengan Tun M letak jawatan PM.  Siapa punya angkara?  Cuba tanya muhyiddin dan Azmin. 


PH kemudiannya menyatakan sokongan kpd Tun M kerana ingin meneruskan janji di dalam Mesyuarat Majlis Presiden sebelum itu, di samping tidak mahu pembangkang dan kartel menubuhkan kerajaan jijik pintu belakang. 


Nah, hasilnya strategi kita berkesan hingga membuat kartel hilang punca.  Sebab itu, mereka buat cerita bodoh seperti itu untuk melindungi pengkhianatan mereka. 


WFAUZDIN NS

TERKINI LAGI...

Sehingga Jam 3.30 ptg ini...

Maklumat terkini, Pejabat Perdana Menteri sedang dikosongkan utk persediaan menerima Perdana Menteri baru...

Insyaallah, pengumuman rasmi sedikit masa lagi...

Calon PM? Saya diberitahu adalah daripada Keadilan' - Saifuddin

Calon PM? Saya diberitahu adalah daripada Keadilan' - Saifuddin

'Calon PM? Saya diberitahu adalah daripada Keadilan' - Saifuddin
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ahli PKR selepas sesi menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi bayangan telah mencalonkan Ahli Parimen dari parti itu sebagai Perdana Menteri baharu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ahli PKR selepas sesi menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

“Alhamdulillah kami dari Ahli Parlimen Keadilan pada pukul 11 pagi memulakan proses memberi maklum balas kami berhubung calon Perdana Menteri.

“Itulah yang kami namakan sebentar tadi (calon Perdana Menteri). Kami tak tahu, yang saya diberitahu (calon Perdana Menteri) adalah daripada Keadilan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

TERKINI JUGA SPEKULASI

TERKINI

Pakatan Harapan dijangka membentuk kerajaan persekutuan baharu apabila semua 221 ahli parlimen kecuali Dr Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut sumber, walaupun penyertaan geng pengkhianat Azmin Ali menyertai BERSATU, ia gagal menafikan kelebihan yang dimiliki Pakatan Harapan yang mempunyai 92 undi secara asas.

Ini tidak termasuk ada di kalangan 90 ahli parlimen yang menghadap Yang di-Pertuan Agong sebenarnya memilih Pakatan Harapan sejak semalam proses ini berlangsung.

Dengan penarikan sokongan daripada UMNO dan PAS terhadap Dr Mahathir Mohamad serta kecelaruan memilih siapa bakal perdana menteri menyebabkan ada di kalangan ahli parlimen pembangkang cenderung ke arah Pakatan Harapan.

Mereka lebih memikirkan krisis yang dicetuskan oleh kumpulan pengkhianat dalam KEADILAN dan BERSATU dapat diatasi segera demi kepentingan rakyat dan negara.

Inilah yang mendorong Ahmad Maslan menyatakan pembubaran parlimen merupakan langkah terbaik sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui adanya pendirian ahli parlimen yang berbeza dengan pendirian parti.

Dengan pembentukan kerajaan baharu ini insha Allah Malaysia akan kembali mengaum di persada antarabangsa tidak lama lagi.

DIBERITAKAN



Diberitakan 6 MP PAS DAN 12 DARI UMNO DIKATAKAN SOKONG PM DARI PH.

SEDIKIT MAKLUMAT...



PH menyatakan sokongan dwngan tegas bahawa Anwar harus dijadikan PM. PH mempunyai 92 kerusi setakat ini dan yakin ada parti lain iaitu gabungan yang mahukan anwar sebagai PM.
jika tidak pun, Tun M akan menjadi PM sehingga November dan Anwar akan mengambilalih sebagai PM dan Mukriz akan menjadi TPM.
Maklumat juga belum sahih, namun dijangkakan krisis akan diselesaikan hari ini.

Sebarkan! Amaran‼

Sebarkan! Amaran‼

*TEAM AZMIN PENGKHIANAT SEDANG CUBA MEMECAHKAN RAKYAT!*

1. Kami mendapat maklumat bahawa Azmin  sudah mengarahkan team propagandanya untuk melagakan PH dan Tun Mahathir sebagai option terakhirnya 

 2. Beberapa page FB dan penularan propaganda dari team kartel khianat yang cuba melagakan PH.

2. Setakat jam 1345, page yang dikenal pasti:

*Anwar Supporters*
https://www.facebook.com/AnwarSupporters/

Sila maklumkan sekiranya terdapat page2 yang diragui. Hati-hati.

SIRI MUDAH FAHAM KRISIS PM MALAYSIA

Ibrahim Mat Isa

1. Kartel, BN dan Pas sudah mula cuba goncang Kerajaan PH sejak dari sidang parlimen bulan 10/2019 akan tetapi gagal apabila ketua whip MP BN Nazri Aziz enggan bekerjasama dengan kartel.

2. PH setuju Tun M akan serah ‘takhta’ PM kepada Anwar selepas APEC 2020.

3. Kartel melihat ini sebagai ancaman kedudukan Kartel yg ingin menjadi PM8.

4. Satu 'move' diaturkan oleh Kartel supaya PPBM heret Tun M bersama Kartel, BN & Pas dan menggantikan Kerajaan PH. Satu meeting berasingan tapi melibatkan masa yang sama bagi parti-parti disusun.

5. Malang bagi Kartel Tun tolak plan gabung dengan BN dan Pas. Tun terus keluar mesyuarat dan balik. Tak pergi ke Dinner di Sheraton yang sepatutnya menjadi Dinner tanda kerajaan baru. BN dan Pas yang tak tahu penolakan Tun M telah meraikan malam itu dengan gembira.

6. Bila pimpinan PH ke rumah Tun pagi esoknya, Tun luah kekecewan kenapa ada pimpinan PPBM yg sanggup terima Umno dan Pas. Tidak lama kemudian Tun isytihar letak jawatan.

7. Tapi Muhyidin tetap bersama 'move' kartel, bawak PPBM keluar PH. Walaupun beberapa pimpinan kanan PPBM bantah.

8. DSAI pecat Kartel dari PKR.

9. Kartel pergiat usaha wujud Kerajaan PN. Yakin sudah cukup MP. 11 Ahli Parlimen isytihar keluar PKR.

10. Bursa Malaysia rugi RM43 bilion angkara Kartel, BN dan Pas.

11. Bila Kartel, BN dan Pas hadir ke Istana, mereka membawa SD yg didakwa sokong mereka.

12. Begitu juga PH.

13. Malangnya ada MP yg sign dua SD, hingga memaksa Tuanku YDPA memanggil secara peribadi setiap MP.

14. Bila Kartel, BN dan Pas mula sedar mereka tidak cukup MP, maka mereka mengubah nada mendesak Bubar Parlimen.

15. Syed Saddiq dan ARMADA dengan berani bertegas akan pertahan Tun M dan tolak Pakatan Nasional.

#Tolakkartelpengkhianat
#SuaraRakyatSuaraKeramat
#Tolakbnpas

Source: MHDaily

AMANAH SELESAI..

Ahli-ahli Parlimen AMANAH pagi ini ke Istana Negara bagi menjunjung kasih mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

InshaAllah, semoga keputusan yang baik untuk semua.



ANWAR IBRAHIM

Ahli-ahli Parlimen KEADILAN pagi ini ke Istana Negara bagi menjunjung kasih mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

InshaAllah, semoga keputusan yang baik untuk semua.




APA YANG BERLAKU DAN YANG AKAN BERLAKU?



1. KEADILAN pecat Azmin dan Zuraida. Bukan semua sembilan nama lain menyedari mereka ditipu. Akhirnya mereka berpecah sesama sendiri malah ada yang mula isi borang DAP!

2. BERSATU mula dipinggirkan ahli sendiri dan mereka cuba buat u-turn memujuk Dr Mahathir tetapi Dr Mahathir tegas menolak pengkhianat dalam parti sendiri hingga meletak jawatan sebagai pengerusi

3. DAP dan AMANAH bersama-sama dengan KEADILAN mengekalkan keutuhan Pakatan Harapan dalam keadaan pengkhianat dan pembangkang semakin lemah dan berpecah

4. Apabila pembangkang menyedari mereka tidak bersatu akibat berebut jawatan sesama sendiri, masa naik bas kata lain lepas jumpa Agong mereka kata lain. Sekali lagi mereka ditipu Azmin dan pengkhianat dalam BERSATU

5. Azmin dan Zuraida tidak mungkin lagi menjadi menteri malah berkemungkinan besar pula kes-kes yang melibatkan mereka bakal dibongkar semula dan dibicarakan di mahkamah. Satu sel dengan Najib?

6.  Ramai kartel mula memecat diri sendiri malah paling kelakar mereka yang menghina Presiden dan Pengerusi Majlis Penasihat tercari-cari papan tanda U-Turn paling besar yang boleh mereka pikul

7. DAP melalui laman rasmi di Facebook menghentam pengkhianat bernama Azmin Ali sepanjang hari sejak semalam dan terbaharu P Ramasamy mengetuk keranda terakhir politik Azmin dengan kenyataan paling pedas setakat ini

8. Dua kali Azmin khianat dan separa berjaya namun kali ini perancangannya ternyata gagal kerana Allah SWT merupakan sebaik-baik Perancang

9. Kerajaan baharu akan dibentuk tanpa pengkhianat yang bekerjasama dengan penyamun yang kini menunggu hari untuk disumbatkan ke hotel besi di Sungai Buloh

Menyusul lagi...




Rupa-rupanya pemimpin UMNO dan PAS tarak baca punya orang!



SEMUA sedia maklum bahawa selepas pembentukan Kerajaan, tempoh matang Parlimen adalah 3 tahun.

Tidak boleh diadakan pilihanraya atau pembubaran Parlimen dalam tempoh kurang dari 3 tahun.

Jika berlaku sesuatu dalam pentadbiran kerajaan kurang dari 3 tahun, ia dipanggil perubahan kerajaan, pertukaran atau peralihan kerajaan.

Kedudukan sebenarnya adalah begini:

(1) Mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, pembubaran Parlimen hanya boleh berlaku jika Perdana Menteri yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat meminta Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Pembubaran Parlimen tidak berbangkit dalam keadaan Perdana Menteri tidak berhadapan dengan masalah di dalam mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

(2) Mengikut Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan, pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat, dan, apabila dinasihati, hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(3) Mengikut Perkara 43 (5) dan Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan mana-mana Menteri boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan pelantikan mana-mana Menteri lain boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Kita masih ada Perdana Menteri yang masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong yang, apabila dinasihati, hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu. 

Jadi di mana masalahnya sehingga kononnya perlu kepada satu pilihan raya umum baru?

Takkanlah penasihat undang-undang Yang di-Pertuan Agong tidak arif akan perkara ini. Ini bermaksud jika mana-mana pakatan yang memiliki cukup sokongan ahli Parlimen boleh mengadap YDPA untuk memohon perubahan, pertukaran atau peralihan kerajaan.

Perlembagaan juga membenarkan pertukaran Perdana Menteri atau perubahan kerajaan akibat kehilangan sokongan majoriti.
Kaedahnya disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan.

Walau pun perubahan kerajaan sebegini belum pernah berlaku pada peringkat Persekutuan, pertukaran itu pernah terjadi pada peringkat negeri. Contohnya di Terengganu, Kelantan dan Perak.

Perubahan, peralihan atau pertukaran kerajaan ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak melanggar undang-undang. 

Kerajaan Pintu Belakang pula adalah seperti yang Anwar cuba buat pada 16 September iaitu "membeli" ahli Parlimen dari parti lain untuk hijack kerajaan sediada. Sedikit info utk sahabat ku yg masih ragu2.

Wallahua'lam...

Inilah Dato 'Seri Anwar Ibrahim



Shahbudin Hussein


Inilah Dato 'Seri Anwar Ibrahim


Ramai yang mengatakan dia tidak cukup tegas. Ramai tidak sedar, sikap sabar adalah kebijaksanaan yang tak mampu dilakukan semua orang.

Bukan dia yang menganjurkan 'Langkah Sheraton' yang dikepalai Azmin, akhirnya langkah itu gagal.

Dia tidak khianat kepada rakan-rakannya untuk menjadi PM, tidak seperti Muhyddin.

Ini memperlihatkan dalam kesabaran, tersimpan kebijaksanaan.

Dia tidak mengugut Tun, tidak seperti UMNO mendesak Tun.

Dia tidak menggunakan sentimen kebencian agama, tidak seperti permainan politik PAS.

Dia tetap sabar selama hampir dua tahun, sama seperti rakyat yang bosan dengan politik yang tidak berkesudahan, mereka yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Tetapi masa untuk bersabar sudah habis. Ia adalah masa untuk bangkit dan melakukan apa yang betul, untuk membuat keputusan yang betul dan pilihan yang betul.

Kini hanya ada seorang yang boleh dipilih untuk membawa Malaysia bergerak ke hadapan.

Dato 'Seri Anwar Ibrahim.

AKHIRNYA WALAUN DITIPU AZMIN



Miqdad Zakaria


Pemimpin PAS secara jelas mendakwa mereka sudah cukup sokongan untuk kuburkan kerajaan Pakatan Harapan.. 

Lalu beraraklah mereka ke Istana Negara dengan harapan untuk menubuhkan kerajaan baharu.. 

Ana sempat melihat walau'ns² dah berkampung di hadapan pintu pagar Istana Negara.. Semua group whatsapp bertakbir dan bertahmid.. Kerajan Negeri Kelantan siap edar pekeliling untuk solat hajat moga² selamat kerajan baru ditubuhkan.. 

Tapi.. 

Bila simple majoriti tidak cukup.. Barulah  mereka tersedar yang mereka dipermainkan oleh Azmin Ali.. Perancangan mereka GAGAL.. 

Maka.. 

Untuk mengelak dari kemaluan yang besar itu telah terdedah.. Mereka mendakwa.. Mereka tidak tahu.. Mereka tidak ada campurtangan langsung dalam urusan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan.. 

Inilah lawak Pak Lebai.. Walaupun berjubah putih dan berserban putih.. Akan tetapi di punggungnya penuh dengan najis dan air kencing Azmin Ali dan Muhyidin Yassin.. 

Kah kah kah..

ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA KERAJAAN SEMENTARA. SIRI 1


Oleh:  AYMAN RASHDAN WONG.

Article ni panjang sikit but worth reading:-
THE KING AND THE CHIEF SERVANT

Fenomena yang sedang melanda Malaysia ni dipanggil "government formation deadlock". 

"Deadlock" ni boleh berpunca daripada samada (1) "hung parliament" iaitu keadaan selepas PRU di mana tiada parti mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk ("form") kerajaan dan pada masa yang sama tak nak bergabung, atau (2) "coalition breakdown" iaitu gabungan parti-parti yang telah membentuk kerajaan mengalami perpecahan dan parti-parti dalam proses perundingan semula untuk "re-form" kerajaan balik. 

Keadaan pertama macam Israel sepanjang tahun lepas. Walaupun 2 kali PRU diadakan, kerajaan Israel masih tak dapat dibentuk sebab kedua-dua parti yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz tak dapat majoriti. Tapi dua-dua nak jadi PM. So kenalah buat PRU kali ke-3 pada minggu depan. Netanyahu sekarang kira "caretaker PM" je.

Keadaan kedua macam Itali. Pada September tahun lepas, kerajaan gabungan parti "Liga Utara" (Lega Nord) dan "Gerakan Lima Bintang" (M5S) tumbang selepas setahun memerintah. Lega tu parti orang utagha, M5S parti orang selatan; ideologi pun tak sama (Lega right-wing populist, M5S left-wing populist). Tapi disebabkan dua parti ni je yang dapat undi paling banyak dan dua-dua pun anti parti pemerintah lama (Parti Demokratik) yang dapat undi ke-3 banyak, so terpaksalah mereka bergabung. Tapi akhirnya gabungan Lega-M5S ni berpecah juga, Lega kena tendang jadi pembangkang balik, dan M5S terpaksa ajak Parti Demokratik yang dicemuh selama ni untuk membentuk kerajaan. 

Deadlock ni benda biasa je sebenarnya. Kat negara maju selalu berlaku, dan masalah deadlock mereka lagi lama: Sweden pada tahun 2018-2019 ambil masa selama 133 hari untuk diselesaikan, maksudnya 133 hari tak ada kerajaan. Belanda pada tahun 2017, 208 hari. Yang paling lama Belgium dari tahun 2010-2011, 541 hari. Kita baru 2 hari je, rileks. 

Kita boleh rileks sebab walaupun dalam keadaan "deadlock" dan tidak mempunyai kerajaan, negara masih dapat berfungsi seperti biasa dengan adanya ketua negara ("head of state") dan penjawat awam ("civil servant"). Kalau ada "twin pillars" ini, insya Allah, negara tak huru hara. 

Kerajaan tak ada, negara masih ada ketua. Kalau tak ada ketua, baru kita panggil keadaan "stateless" atau "anarchy" (an = tiada, archy = ketua). Bagi negara demokrasi berparlimen ("parliamentary democracy") yang ada raja, raja lah ketua negara; yang tak ada raja, presiden lah ketua negara. 

Negara yang ketua negaranya presiden, dan presiden juga merupakan ketua kerajaan (seperti US, Turki, Indonesia dan Filipina), kita panggil sebagai demokrasi berpresiden ("presidential democracy"). Negara-negara ini tak ada PM. Yang macam Perancis, Rusia dan Korea Selatan pula, ada PM, tapi ketua kerajaan ialah presiden, kita panggil demokrasi separa-presiden ("semi-presidential democracy").


 

SIRI 2 KERAJAAN SEMENTARA

SIRI 2 KERAJAAN SEMENTARA 

OLEH AYMAN RASHDAN WONG.



Bagi demokrasi berparlimen yang tak ada raja seperti Israel, Itali dan Singapura, presiden mereka memainkan peranan ketua negara sama macam raja di negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seperti UK, Sweden, Belgium, Belanda dan Malaysia. 

Apabila berlaku "deadlock" pembentukan kerajaan, ketua negara akan bertindak sebagai penimbangtara ("mediator") antara parti-parti yang berkonflik, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Macam dalam krisis Israel dan Itali, presiden dari kedua-dua negara masing-masing panggil ("summon") ketua parti yang berkonflik untuk mencari penyelesaian kepada masalah. 

Tapi kalau dibandingkan antara presiden dan raja berperlembagaan, selalunya raja berperlembagaan dapat memainkan peranan penimbangtara dengan lebih baik. Selain "above politics", raja juga mempunyai prestij untuk memerintahkan supaya parti-parti dalam konflik berkompromi. 

Presiden yang dilantik dari kalangan orang awam kurang prestij tersebut, malah nak cari orang awam yang betul-betul neutral untuk dijadikan presiden pun bukan senang. Presiden kat Lubnan dan Iraq bukan saja gagal memainkan peranan penimbangtara, malah membuat keadaan bertambah haru. 

Presiden Lubnan ialah seorang Kristian Maronite, so ahli politik Muslim dan Kristian Ortodoks mana nak dengar cakap dia. Kat Iraq kedua-dua Sunni dan Syiah tak nak layan presiden sebab presiden ialah seorang Kurd, dia pun ada politik dia sendiri, macam mana nak bertindak adil.

Kita kira bertuah sebab mengamalkan sistem raja berperlembagaan ala British. Bukan nak kata penjajah British tu bagus, tapi sistem yang mereka cipta tu mencapai keseimbangan antara "raja yang pasif" (raja yang tak ada peranan dalam politik macam maharaja Jepun) dan "raja yang aktif" (raja berkuasa mutlak macam Sultan Brunei).

Sistem British mengehadkan kuasa raja, tapi pada masa yang sama memberi raja "hak" yang cukup kritikal untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada demokrasi. Hak tersebut dirumuskan oleh Walter Bagehot dalam "The English Constitution" (1867) sebagai "the right to be consulted, the right to encourage, the right to warn". 

Dan satu lagi sistem yang kita warisi daripada British ialah sistem perkhidmatan awam tetap ("permanent civil service"). Penjawat awam tetap ialah kakitangan kerajaan yang dilantik atas merit (menerusi peperiksaan dan saringan khas) oleh badan khas (seperti suruhanjaya perkhidmatan awam) bukannya atas perlantikan politik. Cuma kat Malaysia kekadang orang panggil lantikan politik sebagai penjawat awam juga, orang jadi keliru. 

Ciri utama penjawat awam tetap ni ialah mereka kekal walaupun kerajaan bertukar, sebab tu dipanggil "permanent". Kalau dalam Bahasa Inggeris, ketua setiausaha (ketua penjawat awam di setiap kementerian) dipanggil "permanent secretary". Kat negara demokrasi berpresiden seperti US tak ada sistem macam tu. Tukar kerajaan, tukar semua staf (kecuali kerani dan diplomat). Dan uniknya sistem yang dicipta British ni ada satu ketua kepada penjawat awam iaitu "cabinet secretary" (ketua setiausaha negara di Malaysia). 

Sistem perkhidmatan awam tetap ni dicipta oleh British pada pertengahan abad ke-19 selepas mereka perasan ketidakstabilan yang ada pada demokrasi berparlimen. Anytime kerajaan boleh tumbang, so kenalah ada sekumpulan orang yang akan menjalankan tugas pentadbiran sementara ahli-ahli politik berkelahi. Kerajaan bertukar ke, tak ada kerajaan ke, penjawat awam ni tetap akan mentadbir negara, cuma tak ada dasar baharu lah. 

Dan untuk memastikan pentadbiran negara jalan dengan lancar, penjawat awam ada tatacara khas dia. Bagi orang yang tak faham konsep penjawat awam tetap ni, mereka akan kata penjawat awam ni "deep state" "kaki sabotaj" sebab tak nak mengubah tatacara mereka ikut kehendak semasa.

Dan kalau di UK, penjawat awam tetap ni dipanggil sebagai "His/Her Majesty's Most Loyal Servant", sebab peranan mereka adalah untuk melengkapi peranan raja berperlembagaan, dan kesetiaan mereka adalah kepada raja dan negara. Dulu pun ada frasa "saya yang menurut perintah". Orang selalu ingat perintah tu bermaksud arahan, sebenarnya, "perintah" hanya boleh datang daripada ketua negara.

Demokrasi memang bersifat "chaotic" dan sentiasa "in flux". Siapa game siapa, siapa khianat siapa, semua tu tak penting. Yang penting, walaupun negara berada dalam ketidaktentuan politik, negara kita masih berada dalam "safe hands" dua hero yang sedang memastikan negara berada di landasan betul: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua negara, dan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara selaku ketua penjawat awam. Temubual yang dikendalikan oleh YDPA dan disaksikan oleh KSN pada hari ini cukup simbolik dalam menggambarkan peranan "twin pillars" ini. 

Di waktu-waktu krisis macam inilah baru terserlah peranan penstabil mereka yang selama ini dilepas pandang dan "took for granted". Daulat Tuanku.

**OK baru aku faham apa yang berlaku kat Malaysia. Sambung memantau Trump-Modi.

BANTAHAN BUBARKAN PAS UMNO?

Mohd Shah Rim

Bantahan rakyat terhadap PAS UMNO agar Parlimen dibubarkan..??

MENJAWAB TULISAN KHALID JAAFAR



Membaca tulisan Khalid Jaafar, bekas penasihat khas Azmin Ali dan suatu ketika pernah menjadi Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim yang bertajuk “Kenapa Kerajaan PH Runtuh?”, satu-satu kesimpulan mudah daripadanya ialah ia penuh dengan penyelewengan fakta, pembohongan dan cuba mengaburkan pandangan orangramai terhadap hakikat yang sebenar.

Agaknya Khalid merasakan sebagaimana “video Haziq” boleh ditanggapi kabur oleh pihak berkuasa, beliau juga mampu mengaburkan pandangan orangramai tentang sebab-sebabnya runtuhnya kerajaan PH.

Bagi yang belum membaca tulisan Khalid itu, ia boleh dibaca seperti link di bawah – https://www.facebook.com/680181170/posts/10157952879846171/
Tindakan Khalid menuduh bekas bossnya, Anwar melakukan “pukulan maut” terhadap Tun Mahathir Mohamad berhubung peralihan kuasa, khususnya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu adalah punca segala-segalanya, sebenarnya 100 peratus tersasar daripada kebenaran.

Kata beliau, jika “pukulan maut” itu berjaya dilakukan, Tun Mahathir akan menjadi “lame duck Prime Minister” atau Perdana Menteri yang tidak berfungsi.

Walaupun tidak disebut, gambarannya seolah-olah berikutan itulah Azmin telah menggerakkan cubaan rampasan kuasa melalui kerjasama dengan Muhyiddin Yassin, UMNO, Pas, GPS dan lain-lain parti di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ia kemudian membawa kepada perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu. Tun Mahathir kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim oleh Yang Dipertuan Agong.

Satu perkara yang Khalid lupa, sengaja lupa atau beliau juga mungkin kabur macam “video Haziq”, walaupun ada permintaan untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa pada mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari, keputusan konsensus akhirnya ialah memberi ruang kepada Tun Mahathir menetapkan sendiri bila mahu berundur selepas selesai Sidang Apec pada November depan.
Sebab itu, Tun Mahathir dengan bangganya mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden itu seperti berikut:-

“Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan kuasa akan berlaku selepas Apec.

“Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan dipersetujui oleh Majlis Presiden,” kata Tun Mahathir.

Jika sudah begitu keputusan Majlis Presiden itu, di mana adanya “pukulan maut” yang konon telah dilakukan oleh Anwar kepada Tun Mahathir?

Lebih kabur lagi, dengan keputusan mesyuarat Majlis Presiden yang jelas memberi keselesaan kepada Tun Mahathir itu,!untuk apa sebenarnya Azmin menggerakkan komplot “Langkah Sheraton”?

Adakah Azmin tidak puas hati dengan keputusan Majlis Presiden dan merasakan masa depan politiknya semakin gelap selepas Sidang Apec nanti, lalu bertindak singkat akal untuk mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal melalui pembentukan sebuah kerajaan pintu belakang?

Jika kita teliti kenyataan dan tindakan Tun Mahathir kemudiannya sehingga membawa kepada perletakan jawatannya, tidak diragui lagi runtuhnya PH adalah adalah disebabkan tindakan Azmin menggerakkan Langkah Sheraton itu.

Dalam kerakusannya bermain politik, Azmin didapati bukan saja menjual nama Tun Mahathir untuk mendapat sokongan, malah memberi maklumat bohong kepadanya sehingga Perdana Menteri dalam pengakuannya kepada Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu, telah menzahirkan rasa malu kerana dituduh mahu bekerjasama semula dengan UMNO yang sudah rosak dan penuh dengan perasuah.

Jika Azmin tidak menggerakkan “Langkah Sheraton” dan akur dengan keputusan Majlis Presiden berhubung peralihan kuasa kepada Anwar akan berlaku selepas Sidang Apec, tidak ada sebab untuk Tun Mahathir meletakkan jawatannya.

Jadi, buat Khalid yang selalu mengepit buku bersama, rajin-rajinlah menelaah fakta bahawa runtuhnya kerajaan PH adalah disebabkan kerakusan serta ketamakan Azmin yang enggan akur dengan keputusan mesyuarat Majlis Presiden serta cuba membohongi Perdana Menteri.

Selain itu, meskipun isu peralihan kuasa adalah ketetapan atau konsensus PH sejak sebelum PRU14 lagi, malah Perdana Menteri sendiri berkali-kali mengatakan akan melakukannya dalam tempoh dua tahun, orang yang paling kerap mempertikaikannya dengan mahukan Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal adalah Azmin sendiri.

Malah, desakannya meminta Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal adalah lebih kerap dilakukannya berbanding menghadiri mesyuarat PKR, walaupun berkedudukan nombor dua dalam parti.

Lebih daripada itu, meski memegang jawatan Menteri Hal Ekonomi, Azmin juga sebenarnya lebih digelar “Menteri Hal Ehwal Politik” kerana lebih banyak bercakap mengenai politik dan mengampu Tun Mahathir sejak Mei 2018 lagi.

Kini, perkembangan mutakhir dengan UMNO dan Pas sudah menarik balik sokongan kepada Tun Mahathir, sementara Azmin sudah dipecat daripada PKR, kerajaan PH yang runtuh sebelum ini pasti akan terbina semula.

Selepas ini, bukan saja PKR sudah bersih daripada golongan pengkhianat seperti Azmin, bahkan dalam PH yang baru nanti juga, kalau pun Azmin masih ada di dalamnya, ia tidak lain adalah kerana sisa-sisa kasihan berikutan tindakan mengampunya yang berterusan terhadap Tun Mahathir yang tentunya disertai ketakutan agar “video Haziq” tidak segera dicerahkan daripada kekaburan. (ShahbudinHusin 26/02/2020)



BERITA MUTAKHIR: 2200HRS:25022020

BERITA MUTAKHIR: 2200HRS:25022020

95% perkhabaran/maklumat ini...in Shaa Allah adalah sahih, benar dan tepat!!!

1. Selesailah sudah penilaian/pertanyaan/soal jawab pihak YDP Agung kepada MP² tanahair.

2. Tun M juga telah bersemuka dgn semua pemimpin² Parti samada dari pihak KERAJAAN dan juga dari blok PEMBANGKANG.

3. Esok, Tun M sekali lagi akan mengadap YDP Agung dan akan memaklumkan hasil mesyuarat/perjumpaan.

4. Hasil keputusan dari pihak Istana Negara dan di pihak PM (sementara) telah pun memihak kepada PAKATAN HARAPAN: 130-92 (Majoriti mudah).

5. Maka...persetujuannya ialah dengan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai PM Ke-8. Timbalan PM di serahkan kepada DS Mukhriz Mahathir.

Keputusan dan pilihan YDP AGUNG adalah MUKTAMAD. 
Maka, tiada pembubaran Parlimen akan di lakukan. 

Perkhabaran ini telah membuatkan MUAFAKAT NASIONAL bersungguh-sungguh mendesak dan mengusulkan kepada Agung untuk membubarkan Parlimen tetapi DI TOLAK oleh pihak Istana.

Cadangan:

1. Mohon Kerajaan PH yg baharu selepas ini lebih tegas dan MENGHARAMKAN kedua² parti UMNO dan PAS secepat yang mungkin.

2. Buka semula kertas siasatan terhadap Azmin Ali yang telah melakukan persetubuhan haram di luar tabi'i. (Selama ini, Muhyiddin telah menolong Azmin Ali dgn berbagai alasan yang tidak munasabah).

3. Menteri² PH perlu lebih memahami kehendak penyokong² daripada melayan karenah pihak PEMBANGKANG. 

Maksudnya, Menteri², MP² dan ADUN² PH perlu mengutamakan penyokong anda...

Buka kes tanah ijok agar rakyat tahu siapa azmin




HARI TERAKHIR SEORANG MANUSIA YANG BANYAK BERKORBAN KEPADA KELUARGA, PARTINYA, RAKYAT DAN NEGARA



Dato Seri Dr Wan Azizah tidak pernah terfikir untuk menjadi ahli politik, jauh sekali untuk menjadi Wakil Rakyat dan TPM. Beliau hanya masuk gelanggang perjuangan reformasi di tahun 1998 kerana membela nasib suaminya yang dianiaya dan difitnah.

Apabila suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas fitnah kes liwat 1, Kak Wan berjuang sambil mengheret anak2nya yang ketika itu semuanya masih kecil kecuali Nurul Izzah yang waktu itu di peringkat usia gadis.

Boleh dikatakan, usia parti keramat Parti Keadilan ini banyak bersama Kak Wan di dalan jatuh bangunnya. Anwar dipenjarakan atas fitnah musuh politiknya sebanyak dua kali. Kak Wan lah yang mengemudi parti reformasi ketika itu hinggalah logo parti ini dijadikan pertaruhan di dalam PRU14 yang lalu. Alhamdulillah, logo Keadilan yang bergambarkan mata (sejarah mata lebam Anwar) memberi tuah kepada Pakatan Harapan apabila rakyat memilihnya untuk menjadi kerajaan pada Mei 2018.

Selaku Presiden Keadilan, YDP Agong ingin melantiknya sebagai PM kerana Keadilan mendapat Kerusi Parlimen terbanyak. Tetapi, atas kejujuran dan keimanannya yang tidak mahu melanggar janji yang telah dibuat di dalam PH, Kak Wan dengan lembut dan senang hati menolaknya dan memberikan nama Tun M sebagai PM.

Beliau diangkat sebagai TPM kerana mematuhi janji yang disepakati. Hari ini, atas ketamakan kuasa dan khianat, terutamanya oleh bekas Timbalan Presidennya sendiri serta beberapa pengkhianat di dalam Keadilan dan dari rakan2 di dalam PH, kerajaan PH terpaksa berhenti dan 'tergantung' seketika sehingga samada "kerajaan toghut" yang mahu merampas kuasa dari rakyat ini diangkat untuk menjadi kerajaan atau tidak.

Terima kasih Kak Wan kerana memberi peluang kepada Keadilan menjadi kerajaan sehingga saat tragedi pahit ini bermula. Biarpun kita mengambil alih kerajaan yang penuh dengan kerosakan, namun sedikit demi sedikit kita mampu mengatasinya. Namun, lumrah manusia, bila senang, lupa diri dan mula tamak kuasa.

Hari ini, kita menyaksikan Kak Wan meninggalkan pejabatnya. Sebak tangis pegawai dan staf kementerian menjadikan wanita hebat ini bertambah kuat dan semangat. Langit tidak selamanya mendung.

WFAUZDIN NS

(function() { var d = document, w = window; w

KES EXCO PAS INI TELAH DUA KALI DIBANGKITKAN.BELIAU DIKATAKAN MENYAAHGUNAKAN KEDUDUKAN DEMI KELUARGA

  Sebuah laman web berpusat di Terengganu, Terengganu Report mendakwa, seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu menyalahgunakan kedudukannya ...