Rupa-rupanya pemimpin UMNO dan PAS tarak baca punya orang!



SEMUA sedia maklum bahawa selepas pembentukan Kerajaan, tempoh matang Parlimen adalah 3 tahun.

Tidak boleh diadakan pilihanraya atau pembubaran Parlimen dalam tempoh kurang dari 3 tahun.

Jika berlaku sesuatu dalam pentadbiran kerajaan kurang dari 3 tahun, ia dipanggil perubahan kerajaan, pertukaran atau peralihan kerajaan.

Kedudukan sebenarnya adalah begini:

(1) Mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, pembubaran Parlimen hanya boleh berlaku jika Perdana Menteri yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat meminta Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Pembubaran Parlimen tidak berbangkit dalam keadaan Perdana Menteri tidak berhadapan dengan masalah di dalam mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

(2) Mengikut Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan, pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat, dan, apabila dinasihati, hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(3) Mengikut Perkara 43 (5) dan Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan mana-mana Menteri boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan pelantikan mana-mana Menteri lain boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Kita masih ada Perdana Menteri yang masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong yang, apabila dinasihati, hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu. 

Jadi di mana masalahnya sehingga kononnya perlu kepada satu pilihan raya umum baru?

Takkanlah penasihat undang-undang Yang di-Pertuan Agong tidak arif akan perkara ini. Ini bermaksud jika mana-mana pakatan yang memiliki cukup sokongan ahli Parlimen boleh mengadap YDPA untuk memohon perubahan, pertukaran atau peralihan kerajaan.

Perlembagaan juga membenarkan pertukaran Perdana Menteri atau perubahan kerajaan akibat kehilangan sokongan majoriti.
Kaedahnya disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan.

Walau pun perubahan kerajaan sebegini belum pernah berlaku pada peringkat Persekutuan, pertukaran itu pernah terjadi pada peringkat negeri. Contohnya di Terengganu, Kelantan dan Perak.

Perubahan, peralihan atau pertukaran kerajaan ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak melanggar undang-undang. 

Kerajaan Pintu Belakang pula adalah seperti yang Anwar cuba buat pada 16 September iaitu "membeli" ahli Parlimen dari parti lain untuk hijack kerajaan sediada. Sedikit info utk sahabat ku yg masih ragu2.

Wallahua'lam...

No comments: