Dato Seri Dr Wan Azizah tidak pernah terfikir untuk menjadi ahli politik, jauh sekali untuk menjadi Wakil Rakyat dan TPM. Beliau hanya masuk gelanggang perjuangan reformasi di tahun 1998 kerana membela nasib suaminya yang dianiaya dan difitnah.
Apabila suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas fitnah kes liwat 1, Kak Wan berjuang sambil mengheret anak2nya yang ketika itu semuanya masih kecil kecuali Nurul Izzah yang waktu itu di peringkat usia gadis.
Boleh dikatakan, usia parti keramat Parti Keadilan ini banyak bersama Kak Wan di dalan jatuh bangunnya. Anwar dipenjarakan atas fitnah musuh politiknya sebanyak dua kali. Kak Wan lah yang mengemudi parti reformasi ketika itu hinggalah logo parti ini dijadikan pertaruhan di dalam PRU14 yang lalu. Alhamdulillah, logo Keadilan yang bergambarkan mata (sejarah mata lebam Anwar) memberi tuah kepada Pakatan Harapan apabila rakyat memilihnya untuk menjadi kerajaan pada Mei 2018.
Selaku Presiden Keadilan, YDP Agong ingin melantiknya sebagai PM kerana Keadilan mendapat Kerusi Parlimen terbanyak. Tetapi, atas kejujuran dan keimanannya yang tidak mahu melanggar janji yang telah dibuat di dalam PH, Kak Wan dengan lembut dan senang hati menolaknya dan memberikan nama Tun M sebagai PM.
Beliau diangkat sebagai TPM kerana mematuhi janji yang disepakati. Hari ini, atas ketamakan kuasa dan khianat, terutamanya oleh bekas Timbalan Presidennya sendiri serta beberapa pengkhianat di dalam Keadilan dan dari rakan2 di dalam PH, kerajaan PH terpaksa berhenti dan 'tergantung' seketika sehingga samada "kerajaan toghut" yang mahu merampas kuasa dari rakyat ini diangkat untuk menjadi kerajaan atau tidak.
Terima kasih Kak Wan kerana memberi peluang kepada Keadilan menjadi kerajaan sehingga saat tragedi pahit ini bermula. Biarpun kita mengambil alih kerajaan yang penuh dengan kerosakan, namun sedikit demi sedikit kita mampu mengatasinya. Namun, lumrah manusia, bila senang, lupa diri dan mula tamak kuasa.
Hari ini, kita menyaksikan Kak Wan meninggalkan pejabatnya. Sebak tangis pegawai dan staf kementerian menjadikan wanita hebat ini bertambah kuat dan semangat. Langit tidak selamanya mendung.
WFAUZDIN NS