Demo bantah hakim perbicaraan Anwar, 10 pagi esok

Monday, 08 February 2010 4:30 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Berikutan perbicaraan berat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, khasnya merujuk sikap hakim yang enggan bertindak ke atas Utusan Malaysia baru-baru ini, orang ramai diseru menghadiri perhimpunan aman di kompleks mahkamah Jalan duta esok sekitar 10 pagi

"Perhimpunan esok pagi itu bertujuan menuntut agar hakim yang membicarakan kes pertuduhan ke atas Anwar ditukar kepada hakim lain yang lebih berwibawa," kata Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin di sini, hari ini.

Pagi tadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim diketuai Karpal Singh memohon hakim menarik diri kerana bersikap berat sebelah dan enggan bertindak ke atas Utusan Malaysia yang membongkar rakaman gambar semasa kes dibicarakan dalam kamar tertutup baru-baru ini.

Sebelum perbicaraan dimulakan dengan memanggil saksi untuk soal balas Karpal mengemukakan permohonan baru; hakim perlu menarik diri daripada membicarakan kes itu.

Ekoran itu, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menetapkan keputusan baru untuk mendengar semula permohonan tersebut yang telah difailkan oleh Karpal Singh. Mahkamah ditangguhkan dan ia bersidang semula pada jam 9.30 pagi esok.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Anwar Ibrahim, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Rumah Urut : Usaha PAS yang cuba digelapkan media

Monday, 08 February 2010 2:27 PM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Sekonyong-konyong, akhbar Kosmo! menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berhubung berleluasanya rumah urut di negeri itu termasuk cuba memancing PAS agar turut sama menyalahkan kerajaan negeri, namun usaha itu tetap gagal.

PAS yang kekal setia bersama PR sejak 8 Mac 2008, walaupun hanya diberi sedikit jawatan tetap komited agar rumah urut di negeri itu tidak membiak selain cuba memperkenal beberapa peraturan baru berhubung rumah maksiat itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berkata, kehadiran ahli-ahli majlis PAS dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor tidak memungkinkan parti itu bersetuju dalam meluluskan rumah-rumah urut yang sebegitu banyak tanpa kawalan.

Roslan memberi contoh bagaimana dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang ahli majlis daripada PAS berani memperkenal dua peraturan penting kepada para penguasaha rumah-rumah urut dan kelab-kelab malam yang dilesenkan.

Menurutnya, bagi rumah-rumah urut itu, berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, sekiranya pemegang yang dilesenkan menjalankan urut uniseks iaitu melibatkan lelaki urut wanita atau sebaliknya, maka ia tidak dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam bekerja.

Beliau menjelaskan, tindakan itu bertepatan dengan semangat Enakmen Jenayah Syariah di Selangor dan jika syarat itu dilanggar, lesen pengusaha itu boleh dibatalkan.

"Manakala bagi kelab-kelab malam yang menghidangkan atau menjual arak, pemegang lesen juga tidak dibenarkan mengambil pekerja Islam bekerja kerana ia bertentangan dengan Enakmen yang sama," kata beliau melalui blognya, http://n32.blogspot.com.

Rekod sebelum ini menunjukkan, lelaki Islam memang dilarang mengunjungi rumah urut uniseks seumpama itu dan peraturan tersebut telah wujud sejak kerajaan BN memerintah, namun hal itu gagal dilaksanakan walaupun BN sejak sekian lama mendominasi segala pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor.

Walaupun ahli majlis PAS hanyalah hanya tiga daripada keseluruhannya 24 orang dalam MPSJ, namun ahli-ahli parti itu dilihat lebih tegas bertindak dan memanfaatkan kuasa yang ada pada mereka berhubung perkara itu, berbanding Umno yang memerintah Selangor sejak sekian lama.

"Jangan sesiapa menganggap bahawa kerajaan PR ini tidak mengambil pusing langsung berhubung kerja-kerja amar makruf nahi mungkar. Jangan cetuskan persepsi seolah-olah PAS dalam kerajaan PR hanya sebagai 'sleeping partner'.

"Kami lebih suka membawa perubahan dan memperkenalkan pembaharuan tanpa menjaja 'political mileage' kononnya merekalah juara di sana sini sedangkan hakikatnya, semasa mereka berkuasa dahulu dengan majoriti mutlak, kerja-kerja seumpama ini langsung tidak menjadi keutamaan," kata Roslan.

Umno, menurutnya, ketika ini sibuk dengan program juara rakyatnya yang dilaksanakan sehinggalah pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Roslan turut memberitahu, kenyataan beliau kepada akhbar Kosmo! tidak disiarkan walaupun beliau telah memberi kenyataan hampir setengah jam selepas dihubungi oleh wartawan daripada akhbar tersebut.

Beliau mengakhiri catatan beliau di blognya itu, dengan ayat berikut, 'Terima kasih Kosmo!'.

Siswa dijemput bertemu Anwar, Khalid Ibrahim esok

Isu PRK : Monday, 08 February 2010 2:16 PM
Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR : Kumpulan mahasiswa Pro Mahasiswa dan semua kumpulan mahasiswa lain yang terlibat dengan pilihan raya kampus baru-baru ini boleh mengadukan sebarang permasalahan dan aduan mereka kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifullah Zulkifli berkata, pihaknya kini sedang membuka ruang kepada seluruh mahasiswa yang ingin mendedahkan segala permasalahan dan penyelewengan pihak pentadbiran universiti, khasnya yang berhubung dengan pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Dijemput untuk menghadiri pertemuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama mahasiswa esok," kata beliau kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Pada 5 Februari (Jumaat) lalu, berlaku pergaduhan sengit antara kira-kira 50 mahasiswa di tepi tangga bangunan Kompleks Perdana Siswa (KPS) Universiti Malaya bermula jam 3:30 petang sehingga tamat waktu pejabat.

Kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya itu ingin mengirim patung replika demokrasi kepada Timbalan Naib Canselor yang didakwa terlibat dengan beberapa projek membabitkan wang sehingga melumpuhkan kepercayaan mereka terhadap beliau selaku pengendali PRK baru-baru ini.

Di Universiti Kebangsaan Malaya, pada hari yang sama, berlaku perhimpunan besar-besaran anjuran Pro Mahasiswa di kampus tersebut selepas solat Jumaat, gara-gara tindakan pihak pentadbiran universiti itu yang tidak mempedulikan bantahan mahasiswa ke atas keputusan pilihan raya kampus berasaskan sistem e-undi sebelum ini.

Selain itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, berlaku kekecohan apabila pihak pentadbiran universiti berkenaan membatalkan pencalonan kumpulan Pro Mahasiswa ekoran tindakan mereka menjalankan kempen PRK melalui laman sesawang sosial Facebook.

Sikap yang diambil oleh UPM ini bercanggah dengan pendirian Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Profesor Dzulkifli Abdul Razak yang menyifatkan kempen PRK tidak perlu dijalankan terlalu lama kerana mahasiswa hari ini boleh menggunakan kempen melalui laman sosial seperti Friendster dan Facebook.

Mahasiswa yang mahu maklumat lanjut berhubung pertemuan bersama Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Selangor itu boleh terus menghubungi saudara Saifullah Zulkifli di talian 013-3005461.

PERBICARAAN DSAI HARI INI

ZUNAR DENGAN MAJALAH KARTUN DI KARNIVAL MALAYSIA HARMONI



HIMPUNAN ANAK-ANAK PERAK DI PULAU PINANG.WALAU TIDAK RAMAI DENGAN GOLONGAN MUDANYA,KITA MEMAHAMINYA.....................





Menteri Besar PR Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.

"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.

"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika berucap dalam majlis hi-tea sempena perasmian Restoran Sup Utara Power, di sini petang semalam yang dihadiri juga oleh Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan, Azli Yusof, Ketua Muslimat kawasan, Puan Zarina Zulkifli dan Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, Adnan Jamhuri.

Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran seperti dipersetujui oleh semua parti gabungan di dalam PR.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PR Perak telah melalui beberapa 'siri kesedihan' sejak setahun lalu dan fenomena itu akan terus berlaku lagi selagi mana ada pihak yang tidak mahu meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai neraca utama di dalam kehidupan berpolitik di dalam negara ini.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah sama ada Nizar atau rDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dijadual diumumkan oleh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.(harakahdaily)






ZUNAR DI KARNIVAL MALAYSIA HARMANI .PROGRAM ANJURAN PAS INI BERMULA MINGGU LEPAS TELAH BERJAYA MENARIK LEBIH 100,000 PENGUNJUNG SEJAK DIADAKAN MINGGU LEPAS.CERMAH PENERANGAN DI ADAKAN SETIAP MALAM BESERTA PAMERAN DAN JJGA JUALAN.
MALAM TERAKHIR MENYAKSIKAN LIM GUAN ENG MENDAPAT SOKONGAN DARI YB PAKATAN RAKYAT.








KENYATAAN AKHBAR GERAKAN MANSUHKAN PPSMI


  1. Dalam mesyuarat jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diadakan pada malam 3hb Februari 2010, keputusan telah diambil untuk mengadakan majlis ceramah dan forum bahasa kebangsaan dalam sistem pelajaran kebangsaan sempena genap satu tahun GMP melancarkan perarakan menyampaikan memorandum kepada Duli Yang Di-Pertuan Agong, membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran kebangsaan negara, yang akan jatuh pada 7hb. Mac tahun ini.

  1. Majlis yang sedang dirancangkan itu akan diisi dengan beberapa ceramah dan forum tentang dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, di samping penggunaan bahasa ibunda dalam mata pelajaran yang sama di sekolah jenis kebangsaan.


  1. Dalam mesyuarat Jawatankuasa GMP pada malam 3hb. Februari itu, beberapa perkara dan isu telah ditimbulkan dan dibincangkan. Antaranya adalah perkara-perkara berikut:

    1. Komitmen kerajaan untuk benar-benar mengembalikan dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dan di peringkat pengajian sebagaimana yang telah dan sedang terus dilaksanakan sebelum tahun 2003 dan menurut peruntukan yang termaktub dalam Akta Pendidikan (Pelajaran) 1996.

    1. Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang, tidak hanya dalam bidang sains dan matematik, di Institusi Pengajian Tinggi Awam,


    1. Pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan sebagai salah satu kursus untuk semua pelajar, termasuk pelajar asing, di Institut Pengajian Tinggi Swasta, seperti yang diamalkan di negara-negara maju di Barat dan di Asia, iaitu yang mewajibkan pelajar asing mengetahui bahasa kebangsaan negara berkenaan sama ada sebagai syarat kemasukan di IPT di negara masing-masing atau sebagai kursus biasa.

    1. Peningkatan kaedah dan mutu pengajaran dab pembelajaran bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris di sekolah.


    1. Tidak menjadikan bahasa Inggeris (bahasa asing) sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan di sekolah kebangsaan. Jika syarat ini dijadikan dasar dalam sistem pelajaran kebangsaan negara ini, GMP khuatir akan timbul banyak masalah lain lagi, antaranya kemungkinan banyak pelajar kita akan gagal dalam peperiksaan mereka kerana lemah dalam bahasa Inggeris mereka, walaupun mereka mendapat 10 ‘A’ atau 15 ‘A’ dalam semua mata pelajaran yang diajar dalam bahasa kebangsaan. Ini serupalah dengan dasar penjajahan bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran negeri ini sebelum kemerdekaan. GMP berpendapat, lebih baik masalah kelemahan bahasa Inggeris itu diselesaikan melalui cara yang disebutkan pada (d) di atas.

      Itulah antara beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam majlis GMP yang dicadangkan itu pada 7 Mac tahun ini.

  1. Tujuan GMP mengadakan majlis ceramah dan forum tentang dasar bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajaran kebangsaan adalah seperti dalam berikut:

    1. Untuk menimbulkan perkara-perkara yang benar tentang peranan dan nilai kognitif dan budaya bahasa kebangsaan sebagai bahasa pendidikan rakyat Malaysia, bukan rakyat di negara lain.

    1. Menolak segala macam kepercayaan, pandangan dan ‘teori’ salah yang masih diperjuangkan oleh segelintir pihak dan orang perseorangan yang mengatakan bahawa orang yang tidak mempelajari apa-apa ilmu dalam bahasa Inggeris, orang itu akan menjadi manusia ‘bodoh’. Mereka malah berkata: ‘orang yang tidak tahu membilang dalam bahasa Inggeris, orang itu bodoh’. Anehnya, orang yang berkata demikian itu tidak pernah mengajar matematik dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda masing-masing, baik di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, apatah lagi di peringkat pengajian tinggi.

    Kita tidak mahu pandangan dan kepercayaan yang salah itu atau yang hanya bersifat peribadi mempengaruhi pihak pembuat dasar pelajaran di negara ini, sama sekali. GMP akan mengundang mereka untuk bersama-sama berbincang dalam majlis itu nanti.

    1. Untuk memperkukuhkan dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajaran kebangsaan berdasarkan ilmu yang benar, tidak berdasarkan kejahilan.

Tegasnya, majlis itu adalah majlis ilmu, bukan majlis politik atau majlis para emosi dan fanatik bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.

Dato’ Dr. Hassan Ahmad.

Pengerusi GMP

5 Februari 2010.