DALANG PENGKHIANAT ISMAIL SABRI YANG BOCORKAN RAHSIA ISMAIL SABRI AKHIRN...

Malaysia bakal lakar sejarah meterai kerjasama dengan syarikat pereka cip terbesar dunia

 



Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global di mana Kerajaan Malaysia akan memeterai kerjasama strategik dengan syarikat pereka cip terbesar di dunia yang berpengkalan di United Kingdom, petang ini.

Kerjasama itu bakal mengubah landskap kecerdasan buatan (Al) dan semikonduktor negara, kata Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Pemeteraian kerjasama dengan syarikat pereka seni bina cip terbesar itu adalah hasil inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Ekonomi.

“Perdana Menteri melihat kerjasama ini sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem teknologi negara, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam arena teknologi global.

“Dengan termetrainya perjanjian kerjasama ini, Malaysia mendahului negara lain sebagai rakan ekosistem teknologi pertama bagi syarikat ini, menjadikannya hab utama di ASEAN.

“Malaysia juga menjadi negara pertama di rantau ini di mana syarikat tersebut akan membuka pejabatnya,” kata Tunku Nashrul.


Kerjasama ini membolehkan syarikat Malaysia memanfaatkan teknologi dan kepakaran termaju dalam bidang semikonduktor serta melatih tenaga mahir tempatan.

Ini akan mempercepatkan pertumbuhan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh daya saing industri teknologi negara.

Tunku Nashrul berkata, peluncuran dan pemeteraian kerjasama strategik ini juga menjadi bukti kepercayaan pelabur-pelabur dunia terhadap dasar Kerajaan MADANI dan terus melaksanakan kerjasama bernilai tinggi dengan Malaysia.







TONTON SEKARANG! RUPANYA BEGINI CARA SPRM DAPAT TAHU ADA WANG LEBIH RM17...

Ini sebabnya PM ke setiap negeri mulai minggu depan

 



Mulai minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat setiap negeri di seluruh negara, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Lawatan Perdana Menteri itu bagi menghadiri majlis berbuka puasa MADANI dan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama kerajaan serta agensi.

Menurut Tunku Nashrul melalui taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), usaha tersebut antaranya adalah bagi memastikan lebih banyak negeri berupaya mencapai sifar miskin tegar selepas Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.




Jelasnya melalui perbincangan bersama pimpinan kerajaan negeri dan agensi, Perdana Menteri akan menekankan bahawa agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal sebagai keutamaan tertingginya.

Malah, kata beliau, Perdana Menteri menggerakkan semua setiausaha politik ke negeri sejak agenda tersebut diumum dalam Belanjawan 2023 bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar.

“Usaha ini merangkumi peningkatan pendapatan golongan sasar, menyediakan peluang pekerjaan, akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan, dan perumahan, serta memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan isi rumah miskin,” katanya yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia.





HAMZAH ZAINUDDIN KANTOI!! SPRM BAKAL DATANG LAWAT RUMAH!!?

PANAS! MP LANGKAWI MEMFITNAH? MENGGUNAKAN SUMBER WHATSAPP DI PARLIMEN!

Mesyuarat Pertama MTMM 2025 Tetapkan Hala Tuju Kerajaan MADANI – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) kali pertama bagi tahun 2025 pada 5 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) kali pertama bagi tahun 2025 hari ini yang berperanan menetapkan dasar serta hala tuju pelaksanaan agenda Malaysia MADANI.

Perdana Menteri berkata, MTMM merupakan forum tertinggi yang membincangkan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan dasar kerajaan, selain membuat keputusan berhubung pengukuhan serta penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) kali pertama bagi tahun 2025 pada 5 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli Majlis, berkenaan pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI, yang menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata sebarang usul dan keputusan yang dibuat dalam MTMM akan disusuli dengan tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), yang diketuai Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) kali pertama bagi tahun 2025 pada 5 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya percaya, koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien,” katanya.



MINTA 100 KAH KAH KAH....

 

Gara-gara tarian dan sorakan ‘Vel, Vel’,

enam staf radio Era diambil keterangan lebih dua jam

Enam kakitangan stesen radio Era selesai memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 1.10 tengah hari tadi.


Kesemua mereka keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan menaiki Toyota Vellfire warna hitam selepas merekodkan keterangan lebih dua jam.


Keenam-enamnya termasuk penyampai 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin, berlalu pergi tanpa menyapa sekumpulan wartawan yang hadir membuat liputan kes tersebut.


Semalam, tiga penyampai radio itu sudah tampil memohon maaf atas video kontroversi yang dilihat mempersenda tarian kavadi Hindu.


Klip video tersebut mengundang kecaman banyak pihak terutamanya penganut Hindu kerana mempersendakan upacara keagamaan.


Sementara itu, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era terbabit dan menggantikan mereka dengan Munabella dan Namie.


Era FM turut mengeluarkan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) menyatakan permohonan maaf dan kekesalan susulan konten kontroversi yang tular sejak semalam.


“Kami di Astro Audio melahirkan rasa kekesalan dengan insiden yang telah menyakitkan dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak melibatkan tiga penyampai radio Era.


“Kami akan memastikan setiap kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan,” katanya.



Landskap Teknologi AI, Semikonduktor Negara Akan Berubah – PMO


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 5 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Mar – Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka meluncurkan satu kerjasama strategik bersama syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK), petang ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata kerjasama strategik itu bakal mengubah landskap kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor negara.

“Pemeteraian kerjasama dengan syarikat pereka seni bina cip terbesar di dunia ini adalah hasil inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Ekonomi.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 5 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Perdana Menteri melihat kerjasama ini sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem teknologi negara, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam arena teknologi global,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia.

Pada masa sama, Tunku Nashrul berkata, dengan termeterainya perjanjian kerjasama ini, Malaysia mendahului negara lain sebagai rakan ekosistem teknologi pertama bagi syarikat ini, menjadikannya hab utama di ASEAN.

Katanya, Malaysia juga menjadi negara pertama di rantau ini yang menjadi pilihan syarikat terbabit membuka pejabatnya.

“Kerjasama ini membolehkan syarikat Malaysia memanfaatkan teknologi dan kepakaran termaju dalam bidang semikonduktor serta melatih tenaga mahir tempatan.

“Ini akan mempercepatkan pertumbuhan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh daya saing industri teknologi negara,” katanya.

Beliau berkata, peluncuran dan pemeteraian kerjasama strategik ini juga menjadi bukti kepercayaan pelabur dunia terhadap dasar Kerajaan MADANI dan terus melaksanakan kerjasama bernilai tinggi dengan Malaysia.

Perdana Menteri dijadual menyempurnakan majlis kerjasama strategik Malaysia dan peneraju global semikonduktor bagi pembangunan cip AI di Shangri-La Hotel jam 1.45 petang nanti.

INFO KESIHATAN.

 

Fathi Aris Omar


Kajian menunjukkan mereka yang terlebih berat badan mempunyai tisu kelabu (atau, grey matter) yang kurang berbanding mereka lebih kurus. 







Di dalam otak, tisu kelabu ini mempunyai peranan sangat penting: proses maklumat dan juga kawal perasaan, ingatan dan pergerakan seseorang.


Sedikit atau banyak tisu kelabu ini bergantung pada kesihatan seseorang misalnya berat badan (obes), tabiat merokok atau pemakanan berimbang.


Yakni hal kesihatan jantung dan saluran darah, atau penyakit kardiovaskular (CVD), sering dikaitkan dengan kegemukan, selain kencing manis (jenis 2). 


Kesihatan jantung dan masalah lebih berat juga boleh menjejaskan prestasi seks lelaki dan wanita. Misalnya masalah lemah tenaga batin lelaki (ED).


Pendek kata kegemukan berlebihan suatu gejala yang perlu dibendung agar tidak menjejaskan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat kita.


Namun usaha mengurangkan berat di negara ini tidak berjaya. Jumlah penduduk yang terlebih berat semakin bertambah. Yakni indeks jisim badan (BMI) sama dengan atau lebih 25.0 kg/m. 


Pada 2011 hanya 45.4 peratus penduduk tetapi pada 2015 meningkat kepada 48.6 peratus.


Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan trend itu terus meningkat kepada 50.1 peratus pada 2019 dan naik lagi kepada 54.4 peratus pada 2023.


Begitu juga masalah perut buncit atau ukur lilit pinggang berlebihan (lelaki lebih 90.0 cm, wanita lebih 80.0 cm). Gejala ini semakin meningkat dalam tempoh tinjauan NHMS tersebut.


Kira-kira 45.4 peratus penduduk buncit pada 2011, terus meningkat kepada 48.6 peratus (2015),  bertambah lagi kepada 52.6 peratus (2019) dan naik lagi kepada 54.4 peratus (2023).


SUMBER 


Obesity linked to a reduction in gray matter (News Medical & Life Sciences, 24 April 2019)


The global prevalence of sexual dysfunction in obese and overweight women: a systematic review and meta-analysis (BMC Women's Health, 15 Julai 2023) 


NHMS 2023: Over half of Malaysian adults overweight or obese (Code Blue,  27 Mei 2024) 


National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023  Key Findings (2024) 


Infografik agensi berita Bernama (4 Mac) & KKM

.


MASYUKKK...


Zainuddin Omar


 Siapakah yang sambung konsesi Bernas sehingga 2031?


Ya, Kerajaan PN.




JANGAN LAH SIKU KAWAN SEBELAH..BILA KENA SIKU KAWAN BALAS BALIK..NAMPAK TEMBELANG..TU YANG PAYAHNYA.


 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 ni dari ketuanya sampailah ke macai semua 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Jenis bodoh tak boleh diajar ni. Bukan calang-calang punya bodoh.





Dia cerita 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗼𝗻𝗼𝗽𝗼𝗹𝗶 oleh 𝗕𝗲𝗿𝗻𝗮𝘀. Aku nak bagitahu Pemuda UMNO, yang memulakan monopoli oleh Bernas ni adalah 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Masa ru UMNO 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. PM dari UMNO.


Kemudian bila kontrak Bernas nak tamat, disambung pulak. Masa disambung tu, pun 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Masa tu dia buat apa?


Hari ni tiba-tiba nak jadi hero. Sedangkan masalah ni 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Kerajaan sekarang ni terpaksa teruskan apa yang UMNO buat dulu. Itu aku kata Pemuda UMNO ni bodoh.


Kalau pemuda UMNO ni berakal, kalau dia cerdik, dia takkan keluarkan cerita ini yang boleh 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Jenis bila bercakap 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗸𝗮𝘁 rumah. Tu tak sempat berfikir.


Pemuda UMNO ada rekod 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀? Ada? Kalau rekod berapa ramai rakyat bu*uh di*i masa UMNO dalam PN dulu sebab tak tahan susah memang sah ada.


Tapi rakyat mati sebab tak dapat makan nasi belum ada lagi setakat ni. Rakyat menderita apa cuma sebab tak ada beras tempatan? 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 melambak dan harga masih 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸. Bantuan tunai pun sudah dinaikkan. Temberang apa Pemuda UMNO cerita ni?Bodoh Pemuda UMNO ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II



OTAK TERBALIK..HISAP GAM PA NI?


 Walaun 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. Bukan walaun je, lebai pun gitu gak. 73 lebih banyak daripada 84.




Ni satu lagi contoh macamana otak walaun 𝗯𝗲𝗿𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗼𝗻𝘀𝗮𝗻𝗴. Ini kes rampasan wang tunai RM170 juta di rumah pembantu Ismail Sabri.


Walaun tak percaya tangkapan tu benar. Bila SPRM 𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿 𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘁𝘂, walaun pelik sebab tertera tahun 2024. Gambar lama katanya.


Bila diterangkan 2024 tu tahun laporan dibuat, dia kata bodoh pulak. Pelik pada dia buat laporan tahun 2024, tapi tangkapan dibuat tahun 2025.


Dah otak walaun ni berfungsi macamana? Takkanlah tangkap 2024 lepas tu 2025 baru nak buat laporan? Itu macam 𝗴𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dulu!


Susahnya jadi walaun ni. Kena hidup secara songsang. Kalau hidup secara normal, otak walaun tak boleh nak proses. Inilah kesan wala ke ulama suu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK SALAH KAU JANGAN TAKUT.. KAU SAKAW SAMPAI MASA KAU SANGKUT. LAMBAT DENGAN CEPAT.. TU SAJA.. KAU TUDUH KAU HASUT KAU SANGKUT. #PDRM.

 


MP PAS DAN PENYOKONG KUAT FITNAH.

 



MP Pas tarik balik kenyataan, PMX tarik balik saman fitnah


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menarik balik saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Pas, Ahmad Amzad Hashim.


Peguam Anwar, Sankara Nair, hari ini mengesahkan kedua-dua pemimpin berkenaan telah mencapai penyelesaian dalam saman fitnah yang difailkan oleh Anwar pada 22 Disember 2022.


“Setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah dan kos perundangan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua pihak, pihak-pihak telah bersetuju untuk menamatkan pertikaian ini memandangkan terdapat lebih banyak isu yang lebih besar dan/atau penting yang perlu diberikan perhatian.


“YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim mengambil keputusan untuk menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu, di bawah Guaman Sivil No: TA-23CY-3-12/2022,” menurut kenyataan itu.


Jelas Sankara, Anwar dan Amzad menyatakan penghargaan mereka kepada hakim mahkamah sivil dan pegawai kehakiman.



“(Kedua-dua pihak) juga berharap agar keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak serta tidak dijadikan sesuatu yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian di Malaysia,” menurut kenyataan bersama Anwar dan Amzad.


Melalui persetujuan tersebut, plaintif menarik balik saman tersebut tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah kos.




KAH..KAH...KAH...AKIBAT TAK BERILMU DAN CERDIK, DJ RADIO BOLEH DIKENAKAN AKTA HASUTAN PERKAUMAN...NALA..

 



Selepas mohon maaf, 3 DJ dan tiga lagi petugas radio Era FM dipanggil Bukit Aman

Tiga penyampai radio dan tiga lagi kakitangan stesen Era FM dipanggil ke Bukit Aman pagi ini.


Keenam-enam mereka dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan isu terbabit,” katanya, dipetik BH.


Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Malaysia bakal lakar sejarah meterai kerjasama dengan syarikat pereka cip terbesar dunia

 





Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global di mana Kerajaan Malaysia akan memeterai kerjasama strategik dengan syarikat pereka cip terbesar di dunia yang berpengkalan di United Kingdom, petang ini.


Kerjasama itu bakal mengubah landskap kecerdasan buatan (Al) dan semikonduktor negara, kata Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.


Pemeteraian kerjasama dengan syarikat pereka seni bina cip terbesar itu adalah hasil inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Ekonomi.


“Perdana Menteri melihat kerjasama ini sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem teknologi negara, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam arena teknologi global.


“Dengan termetrainya perjanjian kerjasama ini, Malaysia mendahului negara lain sebagai rakan ekosistem teknologi pertama bagi syarikat ini, menjadikannya hab utama di ASEAN.

“Malaysia juga menjadi negara pertama di rantau ini di mana syarikat tersebut akan membuka pejabatnya,” kata Tunku Nashrul.


Kerjasama ini membolehkan syarikat Malaysia memanfaatkan teknologi dan kepakaran termaju dalam bidang semikonduktor serta melatih tenaga mahir tempatan.

Ini akan mempercepatkan pertumbuhan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh daya saing industri teknologi negara.


Tunku Nashrul berkata, peluncuran dan pemeteraian kerjasama strategik ini juga menjadi bukti kepercayaan pelabur-pelabur dunia terhadap dasar Kerajaan MADANI dan terus melaksanakan kerjasama bernilai tinggi dengan Malaysia.



PUNYA BENGGONG...TAK PASAI PASAI KENA PI MINTA MAAF KAT KUIL..KALAU GUNA OTAK MASA NAK SAMPAIKAN SIARAN ..TAK AKAN JADI MACAM NI..KIOK.


Three Era FM announcers have apologised at the Batu Caves temple complex for their antics mocking the Thaipusam kavadi ritual. “From our side, Datuk, we truly… we are sorry,” said radio announcer Nabil Ahmad to temple committee member Sivakumar Nadarajah yesterday. Nabil was accompanied by fellow DJs Azad Jasmin and Radin Amir Affendy.




Warga Asing Kantoi Pegang MyKad Orang Lain

 

Pasukan polis bertindak menjalankan pemeriksaan dan tangkapan terhadap suspek memiliki MyKad orang lain. Foto Facebook Polis Daerah Tawau

TAWAU, 5 Mar – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas didapati menggunakan kad pengenalan (MyKad) orang lain dalam satu pemeriksaan di kawasan Batu 5 Jalan Apas, di sini, semalam.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan anggota Polis dari Strike Team, Balai Polis Tawau ketika menjalankan rondaan cegah jenayah, kira-kira jam 2.45 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata sebelum itu, lelaki terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan, suspek terbabit telah menyerahkan sekeping dokumen pengenalan diri dipercayai bukan miliknya.

“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit mengaku bahawa MyKad yang diserahkan bukan miliknya dan dia hanya menggunakannya bagi mengelak daripada dikesan sebagai warga asing.

“Semakan melalui sistem Integrated Police Reporting System (IPRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati MyKad berkenaan telah dilaporkan hilang di Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Jasmin berkata, suspek terbabit terus ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menggunakan dokumen palsu atau milik orang lain untuk tujuan yang menyalahi undang-undang,” katanya.




KALAU ORANG HINA AGAMA ISLAM, KAU MARAH..KAU HINA AGAMA ORANG ..NANTI KATA NAK JAGA AGAMA LAIN...HANGPA NI AKAI TAK DAK KA APA?ADA 3R.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung insiden kakitangan sebuah stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain menerusi rakaman video di media sosial. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada enam laporan polis yang diterima berhubung isu itu, setakat ini.
Razarudin berkata, salah satu laporan dibuat oleh seorang jurutera berusia 44 tahun yang melihat video itu di Facebook, membabitkan beberapa individu dari stesen radio terbabit yang mempermainkan agama Hindu.
"Pengadu mendakwa beberapa individu dilihat menjerit 'Vel Vel' manakala seorang lagi dilihat menari. "Beliau membuat laporan polis kerana mendapati kandungan video itu menyentuh sensitiviti perkauman serta mempermainkan agama Hindu," kata kepada media, hari ini.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata semakan pihak polis mendapati bahawa video berkenaan sudah pun dipadamkan oleh pihak stesen radio terbabit.
"Kita mendapati rakaman video itu sudah ditonton sebanyak 95,400 kali dan turut dikongsi oleh 204 pengguna," katanya.
Menurutnya, siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.
"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Kita mendapati individu yang terbabit dalam video berkenaan sudah pun mengeluarkan permohonan maaf rasmi melalui laman Facebook Era FM," katanya.
Terdahulu, BH melaporkan Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata antara lain MCMC perlu memanggil Astro dan pengurusan stesen radio Era FM hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.
Sementara itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan pihaknya sudah menggantung tugas tiga penyampai radio terbabit serta dua lagi kakitangannya.
"Pihak Astro Audio sekali lagi melahirkan kekesalan di atas insiden yang menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak membbaitkan tiga penyampai radio ERA.
"Pihak kami akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci. Lanjutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi kami mengadakan perjumpaan bersama pihak MCMC awal hari ini. "Selaras dengan siasatan ini, kami memutuskan untuk menggantung tiga penyampai dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan," katanya.
Sebelum itu, tiga penyampai radio terbabit iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin memohon maaf secara terbuka susulan penyiaran kandungan video mereka bertiga yang menyinggung sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.





AZAD JAZMIN, NABIL AHMAD & RADIN ERA DIGNTUNG KERJA

RUU Perkhidmatan Parlimen: Pembangkang Patut Kembali Ke ‘Sekolah Politik’

 

Faizul sifatkan tersebut juga menggambarkan pemikiran yang sempit dan tidak matang dalam konteks politik lantas memberi persepsi negatif terhadap pembangkang sendiri yang tidak bertanggungjawab, cuai serta merendahkan martabat institusi pembuat undang-undang.

PENDAPAT, 5 Mar – Tindakan 57 ahli parlimen pembangkang yang sengaja tidak mengundi dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 menunjukkan mereka tidak memahami prinsip asas demokrasi berparlimen.

Kesal dengan tindakan tidak matang itu, saya menyarankan mereka agar kembali ke ‘sekolah politik’ dengan memahami kepentingan melaksanakan reformasi dalam sistem parlimen di negara ini.

Pembangkang harus faham sistem demokrasi berparlimen mengharuskan setiap wakil rakyat untuk bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat yang diwakili, termasuk dalam membuat keputusan penting melalui proses pengundian bagi manfaat pegawai-pegawai serta kakitangan parlimen sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
 sesi pertanyaan Perdana Menteri (
PMQT) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat
 Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat
 pada 4 Mac 2025. Foto Bernama

Sekiranya pengabaian berlaku seperti tidak mengundi, mereka bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab mereka, tetapi juga menunjukkan kedangkalan mereka membantu Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang benar-benar bebas dan berdaulat.

Tindakan tersebut juga menggambarkan pemikiran yang sempit dan tidak matang dalam konteks politik lantas memberi persepsi negatif terhadap pembangkang sendiri yang tidak bertanggungjawab, cuai serta merendahkan martabat institusi pembuat undang-undang.

Ahli parlimen seharusnya menggunakan platform yang ada untuk membuka perbincangan positif, mengkritik dengan fakta dan hujah serta menyokong rang undang-undang secara rasional, bukan hanya menjadi ‘pasu bunga’ kerana kepentingan politik sempit tak berkesudahan.

Pembangkang sekali lagi bersikap tidak matang apabila 
tidak mengundi RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 
hanya kerana dendam politik sempit mereka sejak gagal 
menjadi kerajaan selepas PRU-15.

Menghindari daripada pengundian mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan menangguhkan proses demokrasi yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat.

Namun alhamdulillah, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025, dengan sokongan 148 Ahli Parlimen selepas undian belah bahagi dilakukan biarpun 57 wakil rakyat memilih untuk tidak mengundi, dan 17 tidak hadir.

RUU yang melibatkan pindaan kepada Perkara 56, Perkara 57 dan Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi laluan kepada kerajaan membentang RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 untuk bacaan kali kedua pada Selasa.


Tunku Nashrul berkata gerombolan yang sama juga telah 
merobek serta menginjak demokrasi Parlimen dengan 
menyekat sidang Dewan Rakyat sebelum ini.
 Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dengan mengambil pendekatan ini, pembangkang seolah-olah merendahkan nilai-nilai demokrasi itu sendiri dan meletakkan kepentingan peribadi di atas kepentingan rakyat.

Sedarlah bahawa kerajaan Madani benar-benar mahu memulihkan institusi parlimen dengan pelbagai penambah baikan yang akhirnya menjadikannya lebih berwibawa di mata rakyat walau pembangkang tidak menyokong apa sahaja kebaikan yang dibawa.

– Faizul Abdul Ghani merupakan pemerhati politik semasa