
Rakaman percakapan Ismail Sabri dtangguh kepada Jumaat kerana masih belum sihat kata SPRM.
KUALA LUMPUR, 4 Mar – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan rakaman percakapan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram daripada Rabu kepada Jumaat kerana masih tidak sihat.
Sumber SPRM berkata Ismail sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya esok tetapi ditangguhkan selepas beliau memberi sijil sakit.
“Rakaman percakapan beliau akan dibuat pada 7 Mac, jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM,” kata sumber itu.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dipanggil atas kapasiti sebagai suspek dan bukan saksi bagi kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.
Beliau bagaimanapun berkata proses rakaman percakapan itu bergantung kepada tahap kesihatan bekas naib presiden Umno berkenaan.
Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 22 Feb lalu selepas dikatakan pengsan dan tidak sedarkan diri. Difahamkan keadaannya kini stabil namun memerlukan pemantauan doktor.
No comments:
Post a Comment