Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Jumaat ini bagi memberi keterangan berkaitan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Dia pada mulanya dijadual memberi keterangan esok namun ditangguhkan atas faktor kesihatan.
“Keterangan Ismail Sabri (yang dijadual) esok ditangguhkan ke 7 Mac ini (Jumaat), jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM.
“Penangguhan kerana tahap kesihatannya yang rendah. Dia ada sijil sakit,” kata sumber SPRM kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Bernama memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata, ahli Parlimen Bera itu dijangka memberi keterangan pada jam 10.30 pagi esok.
No comments:
Post a Comment