TEGURAN PEDAS USTAZ RIDZWAN "SIKAP KARTUN PIMPINAN PAS" ‼️

KE MANA NEGARA HENDAK DI BAWA PAS?


“Sehingga ada dalam kalangan yang ekstrem dibunuh, memaksa masyarakat majmuk untuk menghapuskan bangsa dan bahasa lain daripada penduduk asalnya. Mereka dipaksa menukar nama diri dan tidak membenarkan bahasa kaum masing-masing digunakan, sehingga gagal menyatukan rakyat sendiri. “Semua perkara tersebut sudah cukup untuk menjadi iktibar yang mewajibkan kita memperkenalkan acuan Islam bersama pelaksanaan hijrah.”


[[LIVE]] 12.8.2021 Muhyiddin Yassin telah letak jawatan tadi? Betul ke?

Farhash minta ketelusan polis dalam kes rogol dikaitkan dengan ‘orang kanan’ Azmin

 

Panas! Farhash minta ketelusan polis dalam kes rogol dikaitkan dengan ‘orang kanan’ Azmin


PKR Perak menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan berhubung kes rogol membabitkan dua lelaki yang dikaitkan dengan Adun Gombak Setia, Hilman Idham.

Ini selepas wanita yang didakwa sebagai mangsa berkata pihak polis masih belum mengambil tindakan setelah sembilan bulan dia melaporkan kejadian itu.

Ketua polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan akan selesai “tidak lama lagi”.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meminta ketelusan pihak polis dalam kes berkenaan.

“Saya mewakili rakyat Malaysia yang mahukan keadilan di dalam sistem perundangan dan meminta ketelusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penyiasatan ke atas mereka yang terlibat tanpa mengira latar belakang individu yang terlibat.

“Sebarang aduan jenayah seksual harus diambil berat demi mewujudkan satu persekitaran yang selamat bagi rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, Farhash turut membangkitkan kebimbangan terdapat “unsur campur tangan” dalam kes tersebut.

“Tidak dinafikan kegusaran segelintir pihak yang mula mempersoalkan sekiranya terdapat unsur campur tangan di dalam kes tersebut kerana ia melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanyamerujuk kepada Hilman.

Semalam wanita itu dilapor bercadang menyaman pihak polis jika tidak memaklumkan perkembangan terbaru siasatan dalam masa tujuh hari.

Peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi membandingkan kes berkenaan dengan tindakan pantas yang diambil dalam dakwaan salah laku seks membabitkan wakil rakyat seperti ahli parlimen Tronoh, Paul Yong dan Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Berdasarkan laporan polis pertama yang dibuat wanita berkenaan, dia mendakwa terbangun pada pukul empat pagi pada 5 Disember di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel sendirian.

Wanita itu merasakan dirinya dinodai setelah menemui kondom di bilik mandi.

Dia kemudian membuat laporan polis kedua pada 8 Mei dan mendakwa Hilman “merancang” insiden tersebut setelah makan malam sempena sambutan hari jadi dan sesi karaoke di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Dia sebelum ini mengaku sebagai wanita yang dipapah ke bilik hotel dalam rakaman CCTV yang tular oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.

Hilman masih belum menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai perkara itu.

Terkini! Menteri PN kata Muhyiddin tidak akan letak jawatan

 

Terkini! Menteri PN kata Muhyiddin tidak akan letak jawatan

August 12, 2021 

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menolak spekulasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

“Saya tidak dengar spekulasi itu,” katanya.

Menurutnya, parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan kepada Muhyiddin untuk menerajui kerajaan.

“Sokongan padu akan terus diberikan kepada beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program MAFI Prihatin di pekarangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai spekulasi di media sosial bahawa Muhyiddin akan meletakkan jawatannya sebelum sidang Parlimen akan datang.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir ketika ini sedang menghadiri hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Ronald berkata, setakat ini Parlimen dijadual bersidang pada 6 September depan dan sebarang perubahan tarikh akan ditentukan oleh ketua majlis manakala sidang Parlimen khas akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Ronald yang juga Menteri MAFI sebelum itu memberitahu, kementerian melalui agensi dan syarikat berkaitan akan meneruskan program pemberian bakul makanan kepada rakyat yang terjejas.

“Pada hari ini, 11 rakan strategik Jabatan Perikatan Malaysia (DOF) hadir menyampaikan sumbangan bakul makanan berjumlah RM34,000 untuk diagihkan,” katanya.

Ujarnya, lokasi pertama penyerahan bakul makanan akan diadakan di beberapa lokasi termasuk Pulau Tioman, Pahang, diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan dan gugusan Kepulauan Lima, Johor.

“Secara keseluruhan sebanyak 630 bakul makanan akan diserahkan kepada kumpulan sasar,” katanya.

Secara keseluruhan, sejak 1 Jun sehingga 8 Ogos, seramai 71,491 individu di 400 buah lokasi di seluruh negara telah menerima manfaat daripada program MAFI Prihatin dengan bantuan mencecah RM5.4 juta.

Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung

 Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung

PM Muhyiddin bersedia berdepan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada September depan. - Gambar fail
POLEMIK politik negara tidak pernah reda, walaupun dalam keadaan rakyat sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Ketika ini banyak pihak sedang berteka-teki mengenai bilangan ahli parlimen yang menyokong atau sebaliknya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin sedia berdepan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada bulan September depan.
Banyak persoalan yang mungkin dibangkitkan, antaranya adakah parlimen tergantung?
Ini apa yang anda perlu tahu mengenai Parlimen tergantung:
1. Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.
2. Situasi ini juga dikenali sebagai parlimen seimbang iaitu walaupun tidak lazim atau tiada kawalan keseluruhan.
3.Tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
4. Namun, majoriti mutlak masih boleh diperoleh melalui pembentukan kerajaan gabungan yang baharu atau penambahan ahli bukan sekutu dalam gabungan sedia ada.
5. Bagaimanapun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk di mana parti yang mempunyai ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu.
6. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.


GEMPAR!! - SPEAKER SAHKAN MUHYIDDIN HILANG MAJORITI?

Gempar !!! Muhyiddin sedang cari ‘jalan keluar’ secara bermaruah

 Gempar !!! Muhyiddin sedang cari ‘jalan keluar’ secara bermaruah

 

Sekarang ini semakin banyak pihak beri pandangan, YDP Agong ada kuasa menolak jika PM mohon bubar Parlimen. Baca.

Kenapa? Apakah itu yang diminta oleh PM bila mengadap YDP Agong semalam? Apakah itu juga yang dibincang oleh PM bila berjumpa dengan pemimpin PN di sebelah petangnya.

Banyak portal berita melaporkannya. Mungkin ada orang dalam bocorkan maklumat.

Pokoknya Muhyiddin mahu mencari “pintu keluar” bermaruah. Meletak jawatan dianggap tidak bermaruah. Pengakhiran politik yang memalukan.

Letak jawatan umpama kiffarah. Dia pernah desak Pak Lah letak jawatan dengan segera. Ketika itu Pak Lah bukan hilang majoriti jadi PM. UMNO hanya hilang majoriti 2/3 untuk memerintah.

Bubar Parlimen umpama meludah ke langit. PN pernah tuduh UMNO yang mahukannya. Pendirian UMNO jelas. UMNO mahu PM letak jawatan dan YDP Agong lantik caretaker Prime Minister.

Apakah ada cara lain yang lebih bermaruah? Spekulasi mengatakan PM boleh mengambil cuti sakit. Lantik pemangku PM. TPM dari PPBM.

Tetapi semuanya sudah terlambat. Kerajaan PN sudah kehilangan majoriti. PM gugur, PN gugur sama. Angka 100 jadi musibah.

Percepatkan ke bulan Ogos usul undi percaya kepada PM di Parlimen atau letak jawatan dengan segera sahajalah.

((GEMPAR)) TERKINI DARI DATO ZAHARIN: SAH! MAHIADDIN LETAK JAWATAN?

MGNews: Jho Low Hadir Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB

Penasihat Khas PM Nafi Muyiddin Akan Letak Jawatan, Kes Baharu Covid 19 ...

BERHENTILAH MAHIADDIN, SELAIN MENYUSAHKAN AGONG, TUNGGU 7 SEPT PUN BUKAN BOLEH MENANG UNDI PERCAYA…..

 

Dilaporkan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin telah ditetap untuk dibentangkan di Parlimen pada 7 September depan.

Oleh kerana pembukaan Parlimen adalah pada 6 September yang dimulai dengan titah Yang Dipertuan Agong, bermakna usul percaya akan diadakan pada hari kedua.

Berdasarkan situasi semasa, ada dua isu yang timbul di sini:-

Pertama, berikutan pemakluman penarikan sokongan oleh 105 Ahli-Ahli Parlimen daripada blok pembangkang, disertai dengan 15 Ahli Parlimen UMNO kepada Istana Negara, ertinya sekarang ini Mahiaddin sudah pun hilang majoriti.

Dengan jumlah 120 Ahli Parlimen blok pembangkang dan UMNO yang sekarang telah menarik sokongan, maknanya yang tinggal bersama Mahiaddin cuma ada 100 saja.

Jumlah keseluruhan Ahli Parlimen ialah 222, tetapi dua orang – Batu Sapi dan Gerik meninggal dunia – jumlahnya kini hanya tinggal cuma 220.

Berikutan jumlah 220 itu, untuk memiliki majoriti mudah ialah 111.


Sedemikian itu, untuk apa lagi Mahiddin tunggu sehingga 7 September untuk mengabsahkan kedudukannya jika sekarang pun beliau sudah tahu tiada lagi majoriti berpihak kepadanya?

Bukankah sebaik mengetahui kedudukannya tiada lagi majoriti, beliau sepatutnya mesti meletakkan jawatan atau sebagai pilihan kedua, mencadangkan pembubaran Parlimen bagi PRU baru diadakan?

Memandangkan PRU tidak sesuai diadakan ketika Covid19 sedang mengganas ini, Mahiaddin sepatutnya menjadi lembut hati untuk berjiwa besar dengan meletakkan jawatan secara sukarela, bukannya terus bersikap ganas kagi mempertahankan lagi kedudukannya yang tiada majoriti itu.

Berundurlah Mahiaddin…malu orang Melayu dan pengundi Pagoh ada pemimpin berperangai degil dan tak tahu malu macam gini…

Lagi pun, nak ditunggu apa lagi?

Kalau sekarang pun sudah tiada majoriti, apakah pada 7 September nanti undi boleh bertambah melebihi angka 111?

Jika sekarang hanya tinggal 100, di mana lagi nak mencari 11 Ahli Parlimen untuk menampung kekurangan yang ada?

Apakah masih ada mana-mana Ahli Parlimen blok pembangkang dan UMNO yang pada dasarnya sudah pun memaklumkan kepada Istana Negara tentang penolakan mereka kepada Mahiaddin, sanggup beralih untuk menyokong kerajaan yang paling dibenci dan dikecam rakyat ini?

Kedua, dengan menetapkan undi percaya dibentangkan selepas titah Agong, ia dengan sendirinya memberi makna Mahiaddin dan kerajaan PN tidak menghormati atau cuba menghina titah Diraja itu.

Selepas Agong menyampaikan titahnya, sebagaimana lazimnya ia kemudian akan dibahas, diundi dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Tetapi, oleh kerana selepas titah Agong kali ini, keesokannya akan diadakan usul undi percaya, apa jadi kepada perbahasan titah Diraja itu sekiranya Mahiaddin tewas usul undi percaya?

Apakah kerajaan baru akan meneruskan perbahasan dengan titah Agong sedia ada atau Agong perlu menyampaikan titah baru yang akan disediakan oleh kerajaan baru?

Sebab itu, dalam hal ini, sebagaimana tuntutan banyak pihak, malah Istana Negara sendiri dikhabarkan membuat permintaan yang sama, penetapan usul undi percaya mesti diadakan lebih awal daripada 6 September.

Dengan usul undi percaya diadakan lebih awal, bukan saja kedudukan kerajaan yang sah lebih awal dapat diabsahkan, malah tidak memungkinkan lagi titah Agong tercemar dengan sebarang kemungkinan yang tidak baik.

Apa pun, sehingga yang berlaku berlaku sampai ke peringkat yang ada sekarang, semuanya adalah salah Mahiaddin 100 peratus.

Beliau sejak awal cuba mengelak dan tidak berani mengabsahkan kedudukan majoritinya di Parlimen.

Jika beliau berjiwa besar seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi yang pernah meminta kedudukan mereka sebagai Perdana Menteri disahkan di Parlimen sebaik mengambil alih jawatan ketua kerajaan, semua kekalutan dan kecelaruan ini pasti tidak berlaku.

Dengan itu juga, tidaklah jadi seperti sekarang di mana Mahiaddin adalah Perdana Menteri yang akan direkod sebagai paling menyusah dan membebankan Agong selaku ketua negara. 

(ShahbudinHusin 12/08/2021)


Sikap degil PM bertentangan dengan perlembagaan, PKR tuntut Mahiaddin letak jawatan

 

Mahkamah didedahkan Najib hubungi Jho Low ketika mesyuarat Lembaga 1MDB

 Mahkamah didedahkan Najib hubungi Jho Low ketika mesyuarat Lembaga 1MDB

August 12, 2021 

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri Najib Razak semasa mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB pada tahun 2009.

Bekas pengarah strategi korporat 1MDB, Kelvin Tan dalam keterangannya pagi ini memberitahu panggilan telefon itu dibuat semasa mesyuarat pada 26 September tahun itu, di mana kehadiran Low tidak dicatatkan dalam senarai kehadiran dan minit mesyuarat.

Tan memberi keterangan semasa perbicaraan hari ini terhadap Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, K Arul Kanda mengenai tuduhan meminda laporan audit akhir dana kekayaan negara yang bermasalah itu.

Di antara intipati utama kes pendakwaan adalah beberapa isu kontroversi dikeluarkan daripada laporan audit akhir itu berikutan mesyuarat penting pada 24 Februari 2016.

Bekas ketua audit negara, Ambrin Buang, yang menghadiri mesyuarat itu sebelum ini memberi keterangan bahawa keputusan telah dibuat pada hari itu untuk menyingkirkan isu kehadiran Low dalam mesyuarat ahli lembaga 1MDB 2009.

Selain Ambrin, individu lain yang hadir dalam mesyuarat 24 Februari itu ialah ketua setiausaha negara, Ali Hamsa, Dzulkifli Ahmad dari Jabatan Peguam Negara (AGC),; setiausaha sulit Najib, Shukry Salleh,- dan Arul Kanda.

Semasa prosiding mahkamah di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan, Tan memberitahu bahawa walaupun tidak mempunyai peranan rasmi dalam 1MDB, Low hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 2009.

Saksi pendakwaan ke-8 itu berkata, sebagai respons bagi menjawab pertanyaan dari pengarah 1MDB Che Lodin dalam mesyuarat itu, Low menjawab bahawa dia mempunyai peranan dalam “Lembaga Penasihat”.

 

Tan berkata ahli lembaga pengarah 1MDB yang hadir kemudian menerima jawapan Low dan tidak menjadikan kehadiran ahli perniagaan berkenaan dalam mesyuarat itu sebagai isu.

Selain merupakan perdana menteri dan menteri kewangan, Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah hari ini, Tan memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat lembaga pengarah pada 2009, Low menyerahkan telefon bimbit kepada pengerusi 1MDB ketika itu, Mohd Bakke Salleh.

Saksi itu mendakwa panggilan telefon itu adalah dari perdana menteri ketika itu.

Shafee: Jho Low pasti ada mengatakan sesuatu dalam mesyuarat itu. Jika tidak, apa gunanya dia menghadiri mesyuarat itu?

Tan: Saya ingat dia (Low) menyerahkan telefon kepada Bakke, dan saya ingat Bakke terkejut apabila itu adalah perdana menteri.

Bagaimanapun, ketika Shafee meneruskan soalan lanjut, Tan mengatakan dia tidak dapat mengingat apa lagi yang dikatakan oleh Low semasa mesyuarat itu.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Mustaffa P Kunyalam, saksi itu mengatakan bahawa panggilan telefon itu adalah dari Najib.

Mustaffa: Kamu kata Jho Low serahkan telefon kepada Bakke, mengatakan bahawa itu adalah PM. Siapa PM ketika itu?

Tan: Najib Razak.

Perbicaraan diteruskan hari ini dengan saksi pendakwaan ke-9, iaitu bekas timbalan setiausaha kabinet, Mazidah Abdul Majid memberi keterangan.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), untuk mengelak tindakan dilakukan terhadapnya.

Seorang lagi tertuduh Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut.

Tuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, yang menetapkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali jumlah suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.



Terkni! Pemuda Umno cabar speaker nafi surat makluman Muhyiddin hilang majoriti kepada Agong

 

Terkni! Pemuda Umno cabar speaker nafi surat makluman Muhyiddin hilang majoriti kepada Agong


Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.

Beliau berkata, dalam surat itu Muhyiddin hanya mempunyai 100 sokongan Ahli Parlimen selepas 14 Ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

“Pemuda Umno meminta Azhar segera menafikan surat ditularkan walaupun beliau tidak mahu komen kerana melibatkan Istana Negara.

“Kegagalan melakukannya hanya mengesahkan surat tersebut dan zahirkan bahawa perdana menteri secara rasmi sudah sah hilang majoriti dan mesti segera lepaskan jawatannya berdasarkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Menara Datuk Onn.

Semalam, Azhar menafikan laporan sebuah portal yang memetik beliau memaklumkan bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti.

Azhar berkata, laporan itu adalah berita palsu.

Sebelum ini, tersebar berita kononnya dilapor sebuah portal dalam satu laporan bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” yang memetik Azhar sebagai berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Muhyiddin.

Dalam pada itu, Asyraf berkata isu keabsahan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin disifatkan agak kritikal.

Katanya, ini kerana ini melibatkan dasar polisi kerajaan, status pinjaman dibuat kerajaan dan status segala kontrak dan waran diluluskan kerajaan.

“Pemuda Umno desak perdana menteri segera letak jawatan sekiranya hilang majoriti untuk elakkan implikasi besar terhadap keabsahan serta urusan kerajaan yang boleh dipersoalkan kelak,” katanya.

Asyraf juga berkata, Pemuda Umno telah membuat satu laporan polis berkenaan keabsahan status perdana menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keabsahan perdana menteri ini dipersoalkan berasaskan dua faktor iaitu pertama surat Presiden Umno, Zahid Hamidi yang diutuskan kepada Agong pada 30 Julai lalu.

“Ini beserta 14 akuan Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Dengan penarikan 14 Ahli Parlimen tersebut, kerajaan berasaskan kedudukan tempat duduk di Dewan Rakyat yang muktahir iaitu 114 hilang 14 sokongan menjadikan sokongan tinggal 100 Ahli Parlimen. Justeru hilang majoriti,” katanya.

Asyraf berkata faktor kedua beliau membuat laporan polis berdasarkan surat Azhar kepada Agong yang menyatakan Muhyiddin tinggal 100 sokongan Ahli Parlimen.

“Kita nak tahu surat itu benar atau palsu,” katanya.

Menurut laporan, 15 Ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau melalui akuan berkanun (SD), menyebabkan gabungan pemerintah itu hanya mempunyai sokongan kira-kira 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.

Blok pembangkang mempunyai 105 Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH), Pejuang, Warisan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan MUDA, termasuk bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik yang menjadi ahli Bebas.

Penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen daripada Umno itu menjadikan jumlah mereka yang menentang Muhyiddin seramai 120 daripada keseluruhan 220 Ahli Parlimen.

Kini perdana menteri itu hanya mempunyai sokongan 100 Ahli Parlimen manakala dua kerusi kosong susulan kematian penyandangnya.



MAKIN KELAKAR MALAYSIA NI...





BOB KELANANG

Malaysia ni dah jadi makin kelakar... semenjak Muhyiddin Yasin mengambil alih tampuk kepimpinan negara tanpa mandat yang sah... semenjak itulah makin kelakar Malaysia ni...

Ditambah lagi dengan pengurusan kesihatan dan keselamatan yang caca marba... yang semacam ayam tiada kepala... huhuhu... memang haru biru...

Memang makin kelakar Malaysia ni... ekonomi kacau... merudum...

Begitulah juga dengan Demokrasi... sampaikan Parlimen pun dipasangkan kawat berduri... Hahaha... punya la teruk amalan Demokrasi di Malaysia... mengalahkan negara Afrika... hina betul lar...


MEREKA BERSUMPAH ATAS SENTIMEN DAN PERIBADI, ANWAR BERSUMPAH ATAS PRINSIP

 


May be an image of 1 person and standing


Ada yg sampai bersumpah dgn nama Allah, tetap pegang, "No Anwar, No Dap".

Itu hak mereka untuk bersumpah apa pun.

Alhamdulillah, Anwar tidak pernah bersumpah, "No Najib, No Zahid, No Hadi, No Umno atau No Pas". Kerana, Anwar berjuang bukan menolak atau membenci peribadi seseorang. Anwar berjuang kerana prinsip. Kalaulah kerana peribadi, mahathir tidak akan pernah menjadi PM di dalam PH. Oleh itu, Anwar selalu ulangi beliau sanggup terima sesiapa sahaja asalkan sanggup terima prinsip perjuangan Keadilan.

Anwar hanya bersumpah untuk menentang rasuah, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Itulah yang dimaksudkan dengan perjuangan reformasi, bukan perjuangan emosi, sentimen atau peribadi. Aku bangga menjadi ahli partinya.

WFAUZDIN NS

 

KAH..KAH...JANGAN HARAPLAH PENYOKONG BAWAHAN NAK MEMBERONTAK....MANA ADA AHLI UMNO SAMPAI KE TAHAP ITU...YANG DULU DAH MEMBENTUK PKR

 


Tarik sokongan sekarang atau hadapi kemarahan pengundi, Umno bahagian beritahu menteri, timbalan





Akar umbi Umno tidak lagi suka Bersatu, kata Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno bahagian memberi amaran kepada menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan semula keputusan menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan kemarahan akar umbi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dengan menyifatkan mereka sebagai “kluster menteri”, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah terkejut dengan menteri dan timbalan menteri itu yang memikirkan Perikatan Nasional (PN) masih ada peluang mentadbir negara.

“Angkanya cukup jelas. Kerajaan semasa tidak mempunyai jumlahnya (majoriti),” katanya kepada FMT.

Beliau menasihatkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN “untuk melakukan perkara betul” bagi mengelakkan kemarahan pengundi.

Shafei Abdullah.

Katanya, akar umbi Umno mungkin meninggalkan mereka yang menyokong Bersatu pada PRU15 kerana mereka “tidak lagi suka” parti pimpinan Muhyiddin.

Seorang lagi ketua Umno bahagian dari Selangor berkata, beliau baru-baru ini bercakap dengan dua timbalan menteri yang menyokong Muhyiddin.

“Saya tanya mereka, kenapa tidak tinggalkan Umno dan sertai Bersatu sahaja? Kedua-duanya memberi jawapan sama. Mereka akui Bersatu tiada sokongan akar umbi, jadi lebih baik terus bersama Umno.”

Katanya, beliau meminta timbalan menteri itu supaya sedar dan menghadapi realiti kerana mereka tidak boleh memiliki dua perkara baik dalam masa sama.

Beliau berkata, mereka boleh lupakan dapat memenangi hati akar umbi bahagian sendiri, jika mereka terus menyokong Muhyiddin.

Razlan Rafii.

Pemimpin Umno Bahagian Seputeh, Razlan Rafii menasihatkan “kluster menteri” bersatu dan mengukuhkan parti demi PRU15.

“Jika mereka mahu sokongan akar umbi, mereka patut tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada FMT.

Seorang lagi ketua Umno bahagian dari Kedah bersetuju akar umbi parti marah dengan mereka yang masih menyokong Bersatu.

“Mereka sepatutnya tahu kerajaan sudah gagal mentadbir negara dan menguruskan ekonomi.”

Katanya, rakyat di Kedah menderita, tetapi “menteri mahu menyokong kerajaan yang menyebabkan kami merana”.

Menurut laporan, 15 Ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau melalui akuan berkanun (SD), menyebabkan gabungan pemerintah itu hanya mempunyai sokongan kira-kira 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.


Muhyiddin terus giat berpolitik ketika pandemik, berkumpul mencatur politik hingga tengah malam

 


Muhyiddin terus giat berpolitik ketika pandemik, berkumpul mencatur politik hingga tengah malam


Perjumpaan beberapa menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, berlangsung lebih dua jam malam ini.

Beberapa kenderaan termasuk yang dipercayai membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat mula beredar dari kediaman Perdana Menteri pada jam 11.40 malam.

Terdahulu, sebuah kenderaan dipercayai membawa Hishammuddin masuk ke kawasan kediaman Muhyiddin pada jam 9.26 malam.

Beberapa kenderaan termasuk dua dengan nombor pendaftaran ‘menteri’ diiringi kereta dan motosikal polis turut tiba di sekitar kediaman Perdana Menteri secara berperingkat bermula jam 9.20 malam.


Terkini! Nurul Izzah sahkan jajaran baru Umno dan pembangkang

 


Terkini! Nurul Izzah sahkan jajaran baru Umno dan pembangkang


Seperti bapanya, gesaan Nurul Izzah Anwar yang mahu mewujudkan gabungan baharu untuk membentuk kerajaan menggantikan Perikatan Nasional (PN) membuktikan rancangan jajaran baharu yang dirancang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan mitos.

Ahli Parlimen (MP) Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid berkata kenyataan Nurul Izzah itu membuktikan terdapat usaha yang cuba mengheret UMNO untuk menyertai jajaran baharu diketuai bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disambut pula kumpulan dalam kem UMNO yang bersama Zahid.

“Kenyataan oleh Nurul Izzah ini jelas menunjukkan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan koalisi baru demi pembentukan satu jajaran baharu yang mampu membentuk sebuah kerajaan.

Jajaran baharu ini bukan mitos malah realiti!.

“Kita tidak hairan akan usaha oleh Pakatan Harapan, PH untuk kembali berkuasa namun apa yang mengecewakan apabila ianya disambut oleh kumpulan tertentu dengan penuh proaktif dari UMNO samada menyedari atau tanpa menyedari akan mengakibatkan sebuah Kerajaan Melayu Islam dijatuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pernah menyuarakan kebimbangannya berhubung usaha untuk membawa UMNO bersama Anwar dan DAP, kini terbukti telahannya sudah menjadi kenyataan.

“Saya pernah menyatakan kebimbangan kepada kalangan rakan-rakan kepimpinan akar umbi, betapa rasionalisasi untuk menerima DAP dan Anwar sebagai Perdana Menteri sedang disusun,” katanya lagi.

Lebih malang lagi, apabila tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh pemimpin UMNO lain, pelbagai ugutan dan tindakan dibuat terhadap perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, ia merujuk kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang enggan mengikut telunjuk Zahid.

“Ini soal mempertahan agenda Melayu demi mempertahan syiar Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Saya tidak rela mengizinkan liberalisasi melintas didepan mata saya, masuk ke sistem pemerintahan negara dari pintu tengah tanpa berbuat apa-apa.

“Biar saya dikecam dihina oleh generasi Siber hari ini, jangan saya dipersoal oleh generasi waris pejuang kita akan datang,” ujarnya.

14 MP UMNO diketuai Zahid sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Anwar, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.