Ada yg sampai bersumpah dgn nama Allah, tetap pegang, "No
Anwar, No Dap".
Itu hak mereka untuk bersumpah apa pun.
Alhamdulillah, Anwar tidak pernah bersumpah, "No Najib, No
Zahid, No Hadi, No Umno atau No Pas". Kerana, Anwar berjuang bukan menolak
atau membenci peribadi seseorang. Anwar berjuang kerana prinsip. Kalaulah
kerana peribadi, mahathir tidak akan pernah menjadi PM di dalam PH. Oleh itu,
Anwar selalu ulangi beliau sanggup terima sesiapa sahaja asalkan sanggup terima
prinsip perjuangan Keadilan.
Anwar hanya bersumpah untuk menentang rasuah, menegakkan
keadilan dan menentang kezaliman. Itulah yang dimaksudkan dengan perjuangan
reformasi, bukan perjuangan emosi, sentimen atau peribadi. Aku bangga menjadi
ahli partinya.
WFAUZDIN NS