KAH..KAH...JANGAN HARAPLAH PENYOKONG BAWAHAN NAK MEMBERONTAK....MANA ADA AHLI UMNO SAMPAI KE TAHAP ITU...YANG DULU DAH MEMBENTUK PKR

 


Tarik sokongan sekarang atau hadapi kemarahan pengundi, Umno bahagian beritahu menteri, timbalan





Akar umbi Umno tidak lagi suka Bersatu, kata Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno bahagian memberi amaran kepada menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan semula keputusan menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan kemarahan akar umbi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dengan menyifatkan mereka sebagai “kluster menteri”, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah terkejut dengan menteri dan timbalan menteri itu yang memikirkan Perikatan Nasional (PN) masih ada peluang mentadbir negara.

“Angkanya cukup jelas. Kerajaan semasa tidak mempunyai jumlahnya (majoriti),” katanya kepada FMT.

Beliau menasihatkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN “untuk melakukan perkara betul” bagi mengelakkan kemarahan pengundi.

Shafei Abdullah.

Katanya, akar umbi Umno mungkin meninggalkan mereka yang menyokong Bersatu pada PRU15 kerana mereka “tidak lagi suka” parti pimpinan Muhyiddin.

Seorang lagi ketua Umno bahagian dari Selangor berkata, beliau baru-baru ini bercakap dengan dua timbalan menteri yang menyokong Muhyiddin.

“Saya tanya mereka, kenapa tidak tinggalkan Umno dan sertai Bersatu sahaja? Kedua-duanya memberi jawapan sama. Mereka akui Bersatu tiada sokongan akar umbi, jadi lebih baik terus bersama Umno.”

Katanya, beliau meminta timbalan menteri itu supaya sedar dan menghadapi realiti kerana mereka tidak boleh memiliki dua perkara baik dalam masa sama.

Beliau berkata, mereka boleh lupakan dapat memenangi hati akar umbi bahagian sendiri, jika mereka terus menyokong Muhyiddin.

Razlan Rafii.

Pemimpin Umno Bahagian Seputeh, Razlan Rafii menasihatkan “kluster menteri” bersatu dan mengukuhkan parti demi PRU15.

“Jika mereka mahu sokongan akar umbi, mereka patut tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada FMT.

Seorang lagi ketua Umno bahagian dari Kedah bersetuju akar umbi parti marah dengan mereka yang masih menyokong Bersatu.

“Mereka sepatutnya tahu kerajaan sudah gagal mentadbir negara dan menguruskan ekonomi.”

Katanya, rakyat di Kedah menderita, tetapi “menteri mahu menyokong kerajaan yang menyebabkan kami merana”.

Menurut laporan, 15 Ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau melalui akuan berkanun (SD), menyebabkan gabungan pemerintah itu hanya mempunyai sokongan kira-kira 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.


No comments: