Panas! PM tidak sah, Malaysia dalam keadaan berisiko tinggi

 Panas! PM tidak sah, Malaysia dalam keadaan berisiko tinggi

August 12, 2021 

 

1. Telah menjadi rahsia terbuka (an open secret), YAB Perdana Menteri yang menerajui negara sekarang ini bukan sahaja menerajuinya tanpa mandat rakyat, akan tetapi juga telah kehilangan suara majoriti di dalam Dewan Rakyat. Walaupun, pada zahirnya, beliau dilihat sedang “bertaici” bagi cuba mengelirukan ramai pihak yang kononnya beliau masih seorang Perdana Menteri yang sah, faktanya adalah jelas dan terang bahawa beliau memang tidak lagi mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menjadi seorang Perdana Menteri.

2. Dari sudut Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi di negara ini, apa yang beliau lakukan sekarang ini, secara jelas telah melanggar sumpah kesetiaan yang beliau ikrarkan bagi menjunjung dan mempertahankan ketinggiannya. Beliau, hakikatnya, pada masa ini sedang menjawat jawatan Perdana Menteri secara TIDAK SAH dan DENGAN TIDAK MENGHORMATI sama sekali undang-undang dan ketinggian Perlembagaan Persekutuan. Malang sungguh bagi Malaysia kerana terpaksa melakar sejarah BURUK dan MEMALUKAN ini.



No comments: