‘Altantuya Monggolia’ jawab ‘Salam 1Malaysia



, 14 December 2009 2:18 PM
Oleh Mat Zahari Ali

Menteri Besar PR Perak, Nizar Jamaluddin berjaya mencuit hati penonton dan peminat kartun berhubung jawapan kepada 'salam 1Malaysia' yang sering di ucapkan oleh pihak media terutamanya media eletronik serta dalam majlis-majlis rasmi BN."Saya tak jumpa lagi apa-apa fatwa dari mana-mana mufti berhubung jawapan kepada salam 1Malaysia yang sedang hangat di ucapkan dalam mana-mana majlis kerajaan."Menjawab salam itu adalah wajib tapi kalau 'salam 1Malaysia' apa kita nak jawab.
"Saya ingat jawapan paling sesuai untuk salam 1Malaysia ialah 'Monggolia'," kata beliau sewaktu merasmikan buku 'Perak Darul Kartun'.Namun beberapa penonton yang hadir menyebut, 'Altantuya Monggolia'.
Nizar yang turut merasmikan pelancaran buku 'Perak Darul Kartun' kelolaan kartunis Zunar menyatakan krisis yang berlaku di Perak lebih kartun dari kartun setelah ditadbir oleh kerajaan haram sekarang.Sementara itu pada September lalu sebanyak 408 naskah majalah Gedung Kartun yang juga di terbitkan oleh Zunar telah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana memaparkan karektor Perdana Menteri, Najib Razak yang mengibarkan bendera monggola sempena hari kemerdekaan.

BADRUL DESAK SELESAI DULU KES PERWAJA SEBELUM MAHATHIR MATI


PERWAJA(RUGI BUKAN KHIANAT)NAK BUAT MACAMANA .DAH RUGI BERNIAGA-KATA-KATA MAHAZALIM.



BADRUL DESAK SELESAI DULU SEBELUM MAHATHIR MATI.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak demikian supaya skandal PKFZ tidak terkubur begitu sahaja seperti skandal Perwaja disebabkan yang tertuduh, Tan Sri Eric Chia meninggal dunia."Skandal Perwaja umpamanya berlaku di zaman Mahathir dan cuba diselesaikan di zaman Abdullah (Perdana Menteri) dengan mendakwa Eric Chia, cumanya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa (Eric) mati saja."Samalah seperti skandal PKFZ, Mahathir perlu tampil selesaikannya sebelum dia mati kerana ia melibatkan dia sewaktu jadi Perdana Menteri," kata Badrul.



Ujarnya lagi, Mahathir tidak perlu mengangkat diri sendiri dengan mendakwa Umno seperti usus yang busuk, di dalam blognya."Usus yang busuk yang dia (Mahathir) kata kepada Umno sebenarnya membarah sejak jadi Perdana Menteri, jadi tidak perlulah (Mahathir) mengangkat diri sendiri kalaupun nak menutup beberapa skandal yang mula berlaku di zamannya," ujarnya.1. Kes Perwaja-kerugian 600 juta.Kes pun dah ditutup.Senyap sunyi sehingga kini.Duit rakyat tak usah di tanya.kerana???itu adalah hak kerajaan untuk tidak mahu ambil tahu.Jumlah kerugian PERWAJA???10 billion....????barangkali.Perwaja ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai projek usahasama Hicom atau Heavy Industries Corp of Malaysia Bhd dan Nippon Steel Corp. Modalnya sekitar US465 dolar.



Di bawah kontrak turnkey Nippon Steel membina kilang membakar besi dan menjadikan besi jenis baru. Malangnya projek itu mengalami kesulitan lalu mengalami masalah kerugian pada pertengahan tahun 1980-an. Pada tahun 1987 salah sebuah loji membakar besi milik Nippon Steel terpaksa ditutup.



Perwaja dibangunkan pada awal 1980an. Pada mulanya juga pihak kerajaan susah untuk mengakui akan kerugian yang ditanggung tetapi empat tahun yang lepas kerajaan mulai memperaku yang Perwaja berstatus tidak mampu membayar hutang-hutangnya (insolvent). Misalnya pada ketika itu kerajaan berkata dia sanggup menerima kerugian Perwaja sekitar RM9.9 bilion dan akan membuat sesuatu untuk memulihkan keadaan. Siapa yang akan membayar kerugian ini? Sudah tentunya rakyat Malaysia.



Fakta kes PERWAJA Steel



1982, April. Penubuhan1982-1988, Perwaja menanggung rugi RM 1.5 billion.


1988, Eric Chia dilantik sebagai CEO


1995, Eric Chia meletak jawatan


1996, Anwar Ibrahim melaporkan Perwaja kerugian 2.9 billion


1996, Perwaja diambil alih oleh Maju Holdings



2003, Perwaja dijual dengan harga 1.3 billion, Kerajaan sudah membelanjakan 18 billion sejak penubuhan Perwaja.Dilaporkan jumlah keseluruhan Kerugian RM 11 billion


2004, Februari. Eric Chia ditahan.Eric Chia hanya dituduh diatas kehilangan RM76.4 juta SAHAJA.


1982-1988: Jumlah kerugian RM 1.5 billion? Siapa bertanggungjawab?



1988-1995: Kerugian bertambah sebanyak RM 1.4 billion.



1982-2003: Kerajaan menggunakan duit rakyat sebanyak RM 18 billion untukPerwaja. Tapi keuntungan hanya RM 1.3 billion.


Dengan wang RM 16.7 billion kerajaan boleh membawa banyak perubahan untukkepentingan rakyat antaranya:



Boleh membina 64 buah Universiti (IPTA), 1 univ = RM 250 juta


Boleh membina 530 ribu unit rumah kos rendah (3 bilik), 1 unit = RM 30 ribu


Boleh membiayai 56 ribu pelajar ke United Kingdom (4 tahun), 1 pelajar =RM 71 ribu setahun


Boleh memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar di IPTA.




undilah BN untuk melembabkan pembangunan!KOMISYEN BUKAN RASUAH(HADIAH BUAT KERJA)- Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno (kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings),-



Rahim Tamby Chik, Ahli MT Umno(kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta)-


Mohamad Khir Toyo, Ahli MT Umno (amalan kronisme melampau dalam projek pembangunan NegeriSelangor)-


Nazri Aziz, Ketua Umno Padang Rengas (penyelewengan permitteksi)-


Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin (skandal lari cukai balak)-


Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka (skandalPahang)-


Annuar Musa, Ketua Umno Ketereh (skandal penyelewengan PPRTberjumlah RM 40 juta)-


Najib Razak, Timbalan Presiden Umno (skandalkomisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta)-


AbdullahAhmad Badawi, Presiden Umno (skandal Oil for Food)AMK mencabar Khairy,Pimpinan Pemuda Umno di peringkat Exco sehinggalah pimpinan Umno Bahagian dan Pusat untuk mengisytiharkan harta mereka untuk membuktikan bahawa mereka bukan sebahagian daripada petualang bangsa..





HE..HE..HEE...TAK PA.....KAN INI MALAYSIA.....SEMUA BOLEH........



JUARA RAKYAT LAWAN PENGKIHIANAT RAKYAT


PAS LANCAR KEMPEN 9 JANUARI 2011




"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan 'Hidup Melayu' kini tersepit kerana semakin ramai orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan."




Umno melancarkan program Juara Rakyat ,manakala PAS pula kini memulakan kempen UMno Pengkhianat Rakyat.Kedua-dua program yang bertentangan ini pada hakikatnya membuktikan siapa benar siapa salah jika dikaji dari apa yang telah berlaku selama ini terhadap rakyat khasnya kaum Melayu jika diambil dari sokongan grassroot sejak berdekat lampau.


Umno seperti biasanya mula menjunam jatuh sejak pemecatan Timbaan perdana Menteri Anwar Ibrahim , dan sejak dari itu tumpuan kepada parti PAS mula melonjak dan juga penubuhanparti PKr yang mempunyai agenda bagi membela anwar yang kemudianya membawa agenda negara yang lebih besar tanpa menumpukan kepada satu-satu bangsa dilihat lebih releven buat masa kini dan mendatang berseuaian dengan era zaman yang menyatukan ras bangsa tanpa sifat perkauman sempit.


PAS punya kajian jitu menafikan hasrat Umno yang mengutarakan Umno juara rakyat kerana dari satu nilaian dan kajian penting secara dasarnya menunjukkan bahawa isu ini menghantui melayu dan umno gagal untuk menjawabnya....




Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.


2. Melemahkan sistem kehakiman negara.


3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.


4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.


5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.


6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.


7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.


8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.


9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.


10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.


11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.


12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.


13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.


14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.


15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.


16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.


17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.


18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.


19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.
20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.


Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.





DIPETIK DARI ISU DALAM INTERNET/WRLR



10 MENTERI TIDAK HANTAR LAPORAN :NKRA DS NAJIB TANGGUH LAGI

KUALA LUMPUR-DS Najib yang memperkenalkan KPI's kepada jemaah menteri telah di tangguhkan kepada bulan Disember setelah di dapati 10 menteri tidak menghantar laporan kementerian masing-masing.

PM Najib berkata bahawa beliau akan berjumpa dengan sebilangan menteri dalam beberapa hari lagi bagi mendapatkan laporan sebagaimana jadual yang perlu di patuhi iaitu pada bulan November, 6 bulan selepas beliau menamakan kabinet beliau.

"Saya akan bertemu dengan beberapa menteri besok dan juga minggu hadapan, dan juga yang lain selepas mengahdiri satu sidang di Belanda"Najib berkata setelah menghadiri satu perjumpaaan kainet bagi menilai KPI's kementerian beliau.

Kabinet juga membincangkan lebih 300 program yang di ketengahkan untuk 6 NKRA ,ianya melibatkan beberapa bidang tertentu


"Semua laporan akan di siapkan diakhir bulan ini " jelas beliau.

Maklumat yang di beritahu , menjelaskan bahawa pentadbiran DS Najib menupumkan kepada bidang ekonomi sehingga memebawa kepada adanya andaian akan di adakan perubahan semula ke atas kabinet beliau.


Beliau berharap akan dapat meningkatkan tahap ekonomi negara kepada 6 % pada 2010, dan kemungkinan adanya pilihanraya pada tahun berikutnya.

"Program KPI yang di rancangkan akan mengikut kepada kemajuan KPI bagi setiap kementerian", jelas beliau yang merujuk kepada inilah kali pertama langkah memperkenalkan KPI bagi setiap kementerian agar ianya dapat di laksanakan dengan sebaik mungkin.

DS Najib juga menjelaskan bahawa rakyat boleh menilai dan memberikan pandangan terhadap KPi yang di laksabakan terhadap 300 KPI yang akan di bincangkan di bandar Sunway pada 18 Disember ini di bandar Sunway dimana semua laporan akan di bentangkan di hadapan tetamu khas dan juga badan bukan kerajaan.

.
Laporan Malaysian Insider