JUARA RAKYAT LAWAN PENGKIHIANAT RAKYAT


PAS LANCAR KEMPEN 9 JANUARI 2011




"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan 'Hidup Melayu' kini tersepit kerana semakin ramai orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan."




Umno melancarkan program Juara Rakyat ,manakala PAS pula kini memulakan kempen UMno Pengkhianat Rakyat.Kedua-dua program yang bertentangan ini pada hakikatnya membuktikan siapa benar siapa salah jika dikaji dari apa yang telah berlaku selama ini terhadap rakyat khasnya kaum Melayu jika diambil dari sokongan grassroot sejak berdekat lampau.


Umno seperti biasanya mula menjunam jatuh sejak pemecatan Timbaan perdana Menteri Anwar Ibrahim , dan sejak dari itu tumpuan kepada parti PAS mula melonjak dan juga penubuhanparti PKr yang mempunyai agenda bagi membela anwar yang kemudianya membawa agenda negara yang lebih besar tanpa menumpukan kepada satu-satu bangsa dilihat lebih releven buat masa kini dan mendatang berseuaian dengan era zaman yang menyatukan ras bangsa tanpa sifat perkauman sempit.


PAS punya kajian jitu menafikan hasrat Umno yang mengutarakan Umno juara rakyat kerana dari satu nilaian dan kajian penting secara dasarnya menunjukkan bahawa isu ini menghantui melayu dan umno gagal untuk menjawabnya....




Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.


2. Melemahkan sistem kehakiman negara.


3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.


4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.


5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.


6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.


7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.


8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.


9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.


10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.


11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.


12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.


13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.


14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.


15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.


16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.


17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.


18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.


19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.
20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.


Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.





DIPETIK DARI ISU DALAM INTERNET/WRLR



No comments: