Glamor! Video Timbalan Menteri PN tidur nyenyak masa majlis konvo, masuk berita Turki

 


Glamor! Video Timbalan Menteri PN tidur nyenyak masa majlis konvo, masuk berita Turki


Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-baru ini tular hingga ke Turki.

Melalui satu hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter menunjukkan rakaman itu disiarkan dalam berita minggu sebuah saluran televisyen di Turki, Kanal 7, dengan tajuk ‘Timbalan Menteri Malaysia tidur nyenyak dalam protokol’.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tersebarnya rakaman itu sehingga mendapat perhatian pihak media di Turki.

Terdahulu, sebuah video berdurasi lebih 1 minit yang memaparkan Eddin Syazlee tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz kali Ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di Seremban tular di media sosial, semalam.

Video berkenaan turut memaparkan dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau, namun gagal sebelum seorang lelaki iaitu pengawal peribadinya mengejutkannya.

Susulan kejadian itu, Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur dalam acara tersebut dan memberitahu beliau sebenarnya terlalu letih dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan, beliau gagahkan diri untuk hadir. 





MALAYSIA - CHINA - MYANMAR: ADA APA-APA?



Menulis di akhbar The Atlantic, Wartawan politik Timothy Mclaughlin memetik kenyataan Enze Han, profesor madya di University Hongkong, bahawa dari sudut geopolitik, kudeta ini paling merugikan China. Menurut beliau China telah cuba memperbaiki hubungan dengan Pemimpin National League for Democracy (NLD), Suu Kyi yang kini menjadi sia-sia belaka.





Mundurnya bandar raya islam Kota Bharu bukti Pas tak reti memerintah

Tiada Bazar Ramadan | Sudah beli kelengkapan, peniaga berdepan hutang

Ahmad Maslan Balun Pengkhianat & PPBM

LANGKAH DSAI KE PUTRAJAYA SEMAKIN MENGHAPIRI/RAFIZI JADI MENTERI KDN PH?...

PANAS ...PATUT DENDAR ((PANAS)) DATO KAMAL: PENJAJARAN BARU HAMPIR PASTI, PRU15 UMNO+PKR VS PP...

PARTI PEJUANG PERASAN BAGOOSH

Pejuang belum putus bersendirian atau sertai gabungan - Mukhriz

malaysiakini.com
Pejuang belum putus bersendirian atau sertai gabungan - Mukhriz
Presiden Pejuang berkata, keputusan akan dibuat apabila tiba masanya nanti.



BOB KELANANG

Satu benda dengan Parti Pejuang adalah ianya cuma sekadar parti picisan... parti serpihan... parti cap ayam... parti yang akar umbi cuma ader secotet jer... lagi mau sembang besar... perasan bagoosh...

KOH KOH KOH...

Pada pandangan aku... parti Pejuang ni sebenarnya hanya level parti Putra jer...

Kalau masuk bertanding pun... nak dapat menang undi memang payah... tambah lagi kalau bertanding secara sendirian... berapa sangat lah akan dapat pengundi atas pagar... penyokong dan pengundi PAS atau UMNO atau PH sohih xkan beri undi kat Pejuang...

So... berapa agaknya yang PEJUANG boleh dapat???? 100 undi?? 200 undi?? 500 undi...

KOH KOH KOH... jilaker!!



PERUTUSAN RAMADHAN 1442H ANWAR IBRAHIM


Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan untuk kita kembali merai dan menghayati bulan penuh keberkatan dan kemuliaan yakni bulan Ramadhan pada tahun ini.

Sudah semestinya Ramadhan kali ini akan memberi peluang kepada kita semua agar kembali ke madrasah ruhiyyah dan melaluinya dengan penuh penghayatan dan kesabaran.

Tujuan diperintahkan untuk berpuasa adalah supaya ia dapat membina ketakwaan di dalam jiwa manusia. Ianya telah dijelaskan dalam firman Allah SWT iaitu:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah:183)

Marilah kita hidupkan madrasah Ramadhan dengan menghiasinya dengan amal ibadah yang mampu membawa kepada perubahan yang besar dalam diri kita.

‎وَمَنْ أَرَادَ ٱلآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً

“Dan sesiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang dia beriman maka mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala)” (Al-Isra’: 19)

Ramadhan Kareem.

ANWAR IBRAHIM



PERUTUSAN RAMADHAN 1442H
Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan untuk kita kembali merai dan menghayati bulan penuh keberkatan dan kemuliaan yakni bulan Ramadhan pada tahun ini.
Sudah semestinya Ramadhan kali ini akan memberi peluang kepada kita semua agar kembali ke madrasah ruhiyyah dan melaluinya dengan penuh penghayatan dan kesabaran.
Tujuan diperintahkan untuk berpuasa adalah supaya ia dapat membina ketakwaan di dalam jiwa manusia. Ianya telah dijelaskan dalam firman Allah SWT iaitu:
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah:183)
Marilah kita hidupkan madrasah Ramadhan dengan menghiasinya dengan amal ibadah yang mampu membawa kepada perubahan yang besar dalam diri kita.
‎وَمَنْ أَرَادَ ٱلآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً
“Dan sesiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang dia beriman maka mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala)” (Al-Isra’: 19)
Ramadhan Kareem.
ANWAR IBRAHIM
May be an image of text





ANWAR DI PD- GAMBAR GAMBAR DAN AKTIVITI AKTIVITI

 

Meraikan penyertaan para agamawan dan tokoh Islam yang menyertai KEADILAN di Negeri Sembilan pagi ini.

Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam pelbagai disiplin serta lapangan yang mereka kuasai, saya percaya penyertaan ini memberikan suntikan dan semangat baharu buat KEADILAN.

Saya optimis dan percaya ia juga bakal mengisi dan menambah baik semangat memungkinkan islah serta membuktikan KEADILAN sebagai wadah untuk semua iaitu golongan profesional, seniman, agamawan dan lain-lain.

Saya percaya penyertaan mereka ini bukan yang terakhir, dan InshaAllah akan ada lagi yang akan menyertai KEADILAN selepas ini.

Sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke keluarga besar KEADILAN.

 \


Saya kongsikan kepada pegawai-pegawai agama, para imam masjid serta pentadbir kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus tentang peri penting menerangkan kefahaman Islam yang sebenar berdasarkan pengalaman saya mendepani khalayak bukan Islam di Barat.

Kefahaman Islam yang benar dan syumul itu penting untuk digarap, terutamanya dalam soal menangani faham pelampau dan taksub di satu sisi, dan di satu sudut lagi faham wewenang dalam beragama yang didukung oleh kelompok modernis.

Saya turut berkesempatan meluncurkan buku biografi Syekh Yusuf Al Qaradhawi terbitan ABIM yang menyenaraikan kesemua karya ulama besar tersebut.

 

\\





Selepas Ezam dan Ibrahim Ali, MB Selangor juga akan lawan Azmin di Gombak

 


Selepas Ezam dan Ibrahim Ali, MB Selangor juga akan lawan Azmin di Gombak


Parlimen Gombak dijangka akan menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan bekas penyandang jawatan itu, Azmin Ali dalam pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Jangkaan itu dibuat berdasarkan data yang dikumpul sebuah badan bukan kerajaan (NGO), KUASA, yang turut melancarkan laman sesawang bagi membantu orang awam mendapatkan maklumat menjelang PRU15.

Dalam sidang media hari ini, Presiden KUASA Praba Ganesan berkata, pertembungan kerusi Parlimen Gombak itu adalah salah satu perkembangan penting tentang PRU15 yang diperoleh NGO itu berdasarkan kajian.

“Penyandang (kerusi Parlimen Gombak) Azmin boleh menjangkakan persaingan daripada Umno dan PKR kerana terdapat spekulasi bahawa Amirudin akan bertanding kerusi itu,” kata beliau.

Amirudin sebelum ini dikatakan adalah sekutu Azmin sebelum Azmin melompat ke parti PPBM tahun lalu. Azmin kini adalah seorang menteri kanan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dengan situasi Umno dan PPBM yang berpecah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga dijangka berdepan persaingan sengit daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said dari Umno bagi kerusi Parlimen Pagoh.

“Bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dijangka berdepan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Ramlan Askolani, selain kemungkinan kemunculan mengejut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mungkin turut bertanding,” kata beliau.

Bercakap mengenai keperluan laman web seperti yang baru dilancarkan NGO tersebut, Praba berkata, kebanyakan rakyat masih tidak tahu siapa calon yang akan bertanding di kawasan mereka walaupun setelah hari penamaan calon.

“Ini bermakna, rakyat ada kira-kira lapan hingga 10 hari sebelum hari pengundian untuk mengenali calon yang bertanding di kawasan mereka, masa yang terlalu singkat untuk membuat keputusan siapa calon terbaik untuk mewakili mereka,” kata beliau.

Tambah beliau, laman sesawang KUASA itu akan menyediakan maklumat terperinci mengenai kawasan-kawasan pilihan raya, termasuk calon yang pasti mahupun yang diura-urakan, berdasarkan laporan berita dan sumber dalaman parti, selain media sosial, sebelum hari pencalonan.

Kata beliau, pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung calon, parti bertanding dan isu berkaitan turut disediakan, dan beliau percaya maklumat awal seperti ini dapat memberi peluang kepada pengundi memberi maklum balas kepada parti-parti bertanding tentang calon mereka.

“Ahli parti juga boleh menggunakan maklumat di laman sesawang kami kerana perbincangan mengenai calon dan rundingan agihan kerusi biasanya tidak didedahkan kepada mereka,” kata beliau.

Menurut Praba, laman sesawang itu setakat ini hanya menyediakan maklumat mengenai pertandingan di 20 kawasan Parlimen disebabkan sumber yang terhad, namun di masa hadapan, maklumat tentang lebih banyak kerusi akan tersedia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Laman sesawang berkenaan, mykuasa.org/pru15, akan mula beroperasi pada tengahari Rabu ini.



BERITA MENTERI LENA POPULAR DI TURKI


 Mohd Irfan

Berita Turki ini memang sengaja memanaskan keadaan. Pasal Timb. Menteri tertidur pun jadi berita di sana.


“DERIN UYKU” - “tidur nyenyak / mati” dan “UYANDIRMAK ZOR OLDU” - “jadi susah untuk dikejutkan” antara makna tulisan tu.


Kalau Timb. Menteri nak saman, roger saya ya 😆



Agamawan sertai KEADILAN suntik semangat baharu dalam parti - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan tokoh agamawan dalam parti KEADILAN.



Presiden KEADILAN itu berpendapat, kemasukan tenaga dakwah dan penggerak pemikir Islam mampu memberi pengisian baharu terhadap perjuangan parti.



"Agenda reformasi itu terasnya adalah islah. Keupayaan, kegigihan dan ikhtiar untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan sedaya upaya dalam semua bidang sama ada akhlak dan sahsiah dalam pentabdiran, ekonomi, politik dan sosial, itu harus ada dan menjadi inti paksi kefahaman dalam KEADILAN.



"Jadi amat positif bila ada suntikan penyertaan ulama dan agamawan kerana fahaman yang mereka bawa tentang Islam tapi pengisiannya boleh bawa kebaikan yang mendorong perubahan dan menolak kebobrokan, rasuah dan penyelewengan, ini suntikan mesti datang dari pencernaan hati nurani kita bukan retorik politik sahaja," katanya.



Pada masa sama, Anwar menganggap penyertaan itu sangat bermakna kerana mereka tidak membawa aliran Islam yang menimbulkan kebencian antara satu sama lain.



"Sementara mengangkat martabat orang Islam, pendekatan kita adalah dengan kasih sayang dengan menegakkan keadilan kepada semua. Kita tidak mengatakan bahawa mesti mengangkat ekonomi umat itu dengan meminggirkan orang lain.



"Dalam perlembagaan jelas menyebut bahawa kita boleh laksanakan hidup mengikut tatacara dalam Islam, jadi jangan jadikan itu sebagai instrumen untuk menekan lain

ini yang jadi kontroversinya.



"Dengan mengangkat martabat orang Islam, kita boleh adakan tapi pada masa sama keadilan terjamin bukan sahaja pada orang Islam tapi juga bukan Islam di negara kita kerana mereka adalah warganegara, punya hak dan kita perlu iktiraf hak mereka dan ditunjuk kasih sayang selain hormat menghormati," katanya.



Bagaimanapun Anwar menjelaskan, orang ramai tidak harus salah faham terhadap penyertaan tokoh agamawan dalam KEADILAN.



"Ada yang aneh mengapa muncul begitu ramai agamawan punyai pengalaman dan kelayakan hadir mulakan gerakan islah dalam KEADILAN?



"Walaupun KEADILAN ini dalam jalur politik, tapi gerakan mereka bukan untuk gerakan parti tapi adalah gerakan islah, bawa kebaikan dan tidak pertajamkan permusuhan antara parti atau kaum. Sebaliknya ia membawa mesej keadilan kepada semua.



"Penyertaan agamawan dengan pelbagai disiplin, universiti, fakulti Islam sangat membantu, ia suntikan kekuatan dengan semangat baru dalam KEADILAN. Mudah-mudahan ini permulaan ihya Ramadan yang juga bermakna," katanya.

 

'Beri kami rumah, baru kami pindah' - Penduduk Kg Peel, Kuala Lumpur

 


Penduduk Kampung Peel, di Parlimen Titiwangsa, memohon kerajaan memberikan mereka rumah PPR sebelum merobohkan penempatan sedia ada yang berusia 65 tahun.



Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang memperjuangkan nasib penduduk Kampung Peel sejak sebulan lalu berkata, masalah kediaman sangat penting diberi perhatian oleh kerajaan kerana pemaju dan pemilik tanah, Urban Development Authority (UDA) yang mahu penduduk itu berpindah hanya akan membayar pampasan sejumlah RM10,000 ke RM15,000 yang tidak cukup untuk membeli rumah baharu.



"Penduduk dalam120 rumah di sini, setelah pemaju mengambilalih tanah, mereka mendapat notis berpindah kali pertama pada 2018.



"Apabila dapat notis mereka rasa keliru dan berjumpa dengan Ahli Parlimen Titiwangsa YB Rina Harun.



"Tetapi mereka kata tak ada apa-apa jawapan dari Ahli Parlimen. Apabila terjadi PKP dan sebagainya masa berjalan satu tahun. Kes pertama mereka berkaitan status tanah mereka menang di mahkamah. Sebab pihak pemaju atau pun UDA kata mereka penduduk tidak sah di tanah mereka.



"Mereka menang kerana terdapat bukti tinggal di kampung ini 65 tahun dengan dokumen-dokumen TOL.



"Apabila menang pemaju bawa satu lagi kes, hak milik tanah. Kes itu di Mahkamah Tinggi. Kita jangka keputusan mahkamah memihak pemaju," katanya dalam sidang media semalam.


Prabakaran membacakan memorandum tuntut rumah PPR

Bagaimanapun Praba membangkitkan isu pampasan yang kecil dan perlunya penduduk mendapat rumah gantian yang sesuai sebelum mereka disuruh berpindah.



"Di sini isu pampasan timbul. Mula-mula mereka dijanji RM10,000. Ada rundingan, sekarang saya dengar RM15,000.



"Apa yang penduduk mahu bukan sahaja duit. Kalau ambil duit pun mereka tiada rumah. Itu yang menjadi masalah utama di Kg Peel ini. Kalau ambil duit sahaja tiada rumah, di mana nak pergi?" tanyanya.



Lebih bermasalah, kata Prabakaran, pihak DBKL tidak mahu campurtangan dalam isu berkenaan dengan beralasan mereka tidak terlibat sekiranya tanah yang diduduki penduduk bukan tanah kerajaan.



Menurut Praba, kerajaan seharusnya lebih bertimbang rasa kerana dalam kalangan penduduk terdapat golongan B40 yang perlu dibantu dan dibela nasib mereka.



"Bila saya hubungi DBKL dua minggu lalu mereka kata tidak bertanggungjawab atas tanah swasta. Kalau libatkan tanah persendirian DBKL tidak akan bantu. DBKL hanya ambil data bancian. Apabila DBKL tidak bantu, pihak pemaju tidak bantu, penduduk di sini bermasalah.



"Untuk pengetahuan di sini banyak golongan B40. Apabila kita bincang dengan Ketua Kampung mereka mahu rumah PPR untuk penduduk yang layak. Yang tak layak PPR, mereka mohon diskaun ke atas projek perumahan akan datang untuk mereka beli.



"Tuntutan itu adil kerana mereka meneroka lebih 50 tahun.



"Saya dapat temujanji dengan pengerusi UDA Khamis ini, jumpa beliau bincang untuk bantu penduduk di sini.Saya juga akan jumpa Datuk Bandar untuk bincang balik. Saya akan memohon Datuk Bandar supaya beri rumah PPR kepada penduduk yang layak. Saya rasa ada 89 keluarga layak untuk rumah PPR," katanya lagi.

 




AMK Kota Raja lulus usul sokong DS Anwar calon PM ke 9





katan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kota Raja semalam meluluskan usul utama menyokong Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.



Menurut kenyataan AMK Kota Raja, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja kali ini mengundang Timbalan Ketua Cabang, Ustaz Zawawi Mughni untuk merasmikan mesyuarat, semalam.



"Setelah beberapa tahun, kami telah kembali dengan tradisi parti iaitu menjemput Timbalan Ketua Cabang Kota Raja iaitu YB Ustaz Zawawi Mughni untuk merasmikan MATAMK kali ini.



"Kehadiran anggota parti yang terhad dengan mematuhi SOP telah melancarkan prosesnya. Mesyuarat secara sebulat suara telah membuat usul menyokong Datuk Seri Anwar mengetuai Pakatan Harapan dan menjadi calon tunggal Perdana Menteri dalam PRU akan datang," kata kenyataan itu.



Turut hadir adalah Ketua AMK Cabang Shah Alam, S Sarawanan sebagai pemerhati.

 

Isu Klip Audio Dari Perspektif Undang-Undang

 




Oleh: Hassan Abdul Karim



Amat menarik isu klip video yang dikatakan percakapan telefon beberapa minit antara Presiden Umno, Zahid Hamidi dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu yang kecil ini mempunyai pengertian dan implikasi yang besar termasuklah persoalan undang-undang.



Secara jujur, saya telah mendengar klip audio itu hanya sekali. Saya tidak ada credential atau tauliah kepakaran untuk mengesahkan adakah klip audio itu tulen, sahih dan benar. Justeru itu, saya ingin mengulas perkara ini dari perspektif undang-undang.



Saya teringat, lebih 13 tahun yang lalu pernah ada suatu kes dan kontroversi sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dakwaan wujudnya klip audio percakapan telefon antara seorang peguam kanan dengan bekas Ketua Hakim Negara. Terdapat verbatim pembelaan yang amat menarik dari peguam tersebut, iaitu: “Suara itu macam saya, tetapi itu bukan saya”.



Tidakkah rakyat ada privasi?



Dalam negara demokrasi, adakah rakyat tidak ada privacy? Ini perkara penting yang ingin saya hujahkan. Hanya di dalam sebuah negara diperintah diktator dan punya polis ala-gestapo yang akan melakukan pengintipan perbualan dan percakapan telefon musuh-musuh politiknya dan rakyat jelata amnya. Misalnya, apa yang berlaku di zaman Nazi Hitler di Jerman dan di zaman diktator Joseph Stalin di Soviet Union. Adakah Malaysia kini di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin sudah sampai ke peringkat yang sama seperti itu?



Sekiranya, klip audio Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim itu tulen dan benar, bukan Zahid dan Anwar yang perlu disiasat. Yang berbuat jenayah dan wajib disiasat ialah orang yang melakukan pengintipan percakapan telefon Zahid dan Anwar itu. Siapa orang itu? Adakah individu biasa atau sebuah agensi kerajaan? Apa kuasa undang-undang yang membenarkan pihak-pihak tertentu melakukan pengintipan percakapaan telefon kedua orang presiden parti politik yang sah di negara ini? Inilah terma rujukan yang patut diikut oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya siasatan hendak dilakukan.



Apa jadi kalau klip audio percakapan Zahid dan Anwar itu palsu dan sengaja direka-reka? Ini adalah perbuatan yang jelas bersifat jenayah. Polis wajib siasat. Siapa yang mereka-reka klip video itu? Apa tujuan mereka? Apa kesan pendedahan klip video yang palsu itu? Adakah ia menimbulkan kegusaran dan kegentaran awam? Kalau jawapannya ya, maka perbuatan itu suatu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.



Zahid, Anwar boleh lapor polis



Adakah Zahid dan Anwar perlu membuat laporan polis? Zahid dan Anwar adalah mangsa di dalam konspirasi ini, sama ada klip video itu benar ataupun palsu. Mangsa kepada perbuatan jahat orang lain boleh membuat aduan polis, tetapi tidak semestinya wajib mereka membuat laporan polis. Laporan polis dari segi undang-undang hendalah dibuat secara sukarela bukannya dipaksa.



Pernah berlaku lebih 23 tahun lalu, seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia di zaman Perdana Menteri Keempat, telah membuat laporan polis melalui pegawainya tentang wujudnya buku yang sarat memfitnahnya dengan 50 Dalil mengapa Timbalan Perdana Menteri itu tidak boleh jadi Perdana Menteri. Apa yang berlaku? Bukannya pihak yang menulis, menerbit, mencetak dan mengedarkan buku fitnah 50 dalil itu disiasat, sebaliknya diri Timbalan Perdana Menteri itu pula yang jadi mangsa siasatan, kemudian dituduh di mahkamah, dipukul separuh mati di dalam lokap polis sehingga lebam matanya, kemudian dijatuhkan hukuman 6 tahun dan merengkok di dalam penjara. Mungkin Zahid dan Anwar yang hidup pada zaman itu masih ingat akan episod mata lebam itu.



Adakah Zahid dan Anwar wajib membela diri mereka dan membuktikan klip video itu bukan percakapan telefon antara mereka berdua? Dari perspektif undang-undang beban pembuktian tidak terletak ke atas Zahid dan Anwar. Mereka berdua adalah mangsa konspirasi pihak ketiga. Pihak yang patut membuktikan kesahihan klip video itu ialah pihak yang menuduh klip video itu sesungguhnya rakaman percakapan Zahid dan Anwar.



Siapa sekarang yang beria-ia sangat menuduh Klip Video itu adalah benar dan autentik? Dari pembacaan saya terdapat sekurang-kurangnya tiga orang Menteri di bawah kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin yang telah mendakwa secara terbuka bahawa klip video itu sah, tulen dan autentik. Mereka yang telah mengumumkan kesahihan klip video itu semacam pakar-pakar audio berlesen ialah menteri-menteri bernama Annuar Musa, Zuraidah Kamarudin dan Azmin Ali. Manakala Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin juga telah membuat beberapa kenyataan sebagai menteri dalam isu ini.



Lebih baik siasat video 'kabur'



Nampaknya beban sekarang terletak pada Kerajaan Muhyiddin Yassin untuk membuktikan klip video Zahid dan Anwar itu adalah benar, sahih dan autentik.



Alang-alang hendak lakukan siasatan, maka sebagai seorang Ahli Parlimen, saya meminta Kerajaan Muhyiddin Yassin dengan Menteri Kanannya Azmin Ali supaya menyiasat sekali isu klip video tentang salahlaku dua orang di dalam sebuah hotel di Sabah yang jelas telah melakukan kesalahan jenayah seks songsang di bawah Kanun Keseksaan dan Undang-Undang Syarie supaya kes video itu dibuka semula.



Video itu, di mana seorang pelakunya telah mengakui kesahihannya, yang pihak Peguam Negara kemudian telah akui video itu adalah sah, tulen dan benar, tetapi gambar tidak jelas, hendaklah kes itu di buka semula untuk disemak dan dihantar ke pihak forensik, mungkin telah ada sekarang yang boleh memeriksa dengan sejelas-jelas gambar dalam video itu. Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memikul tanggungjawab menyelesaikan siasatan kes video seks songsang ini.



Tuntutan saya ini penting, sesuai dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan setiap warga negara Malaysia yang membabitkan rakyatnya sama ada rakyat itu bernama Zahid, Anwar ataupun individu-individu dalam video atas ranjang di hotel Sabah itu.



________________________________________________________________________________

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 

(function() { var d = document, w = window; w

MEMANG LAH NAIK ANGIN JIKA KERAJAAN GAGAL

  memanglah pembangkang naik angin di parlimen tadi. Titah YDPA 18 Jun buka parlimen CEPAT utk mp2 BAHAS ORDINAN DARURAT & PPN Tak s...