Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan tokoh agamawan dalam parti
KEADILAN.
Presiden
KEADILAN itu berpendapat, kemasukan tenaga dakwah dan penggerak pemikir Islam
mampu memberi pengisian baharu terhadap perjuangan parti.
"Agenda
reformasi itu terasnya adalah islah. Keupayaan, kegigihan dan ikhtiar untuk
melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan sedaya upaya dalam semua bidang
sama ada akhlak dan sahsiah dalam pentabdiran, ekonomi, politik dan sosial, itu
harus ada dan menjadi inti paksi kefahaman dalam KEADILAN.
"Jadi
amat positif bila ada suntikan penyertaan ulama dan agamawan kerana fahaman
yang mereka bawa tentang Islam tapi pengisiannya boleh bawa kebaikan yang
mendorong perubahan dan menolak kebobrokan, rasuah dan penyelewengan, ini
suntikan mesti datang dari pencernaan hati nurani kita bukan retorik politik
sahaja," katanya.
Pada
masa sama, Anwar menganggap penyertaan itu sangat bermakna kerana mereka tidak
membawa aliran Islam yang menimbulkan kebencian antara satu sama lain.
"Sementara
mengangkat martabat orang Islam, pendekatan kita adalah dengan kasih sayang
dengan menegakkan keadilan kepada semua. Kita tidak mengatakan bahawa mesti
mengangkat ekonomi umat itu dengan meminggirkan orang lain.
"Dalam
perlembagaan jelas menyebut bahawa kita boleh laksanakan hidup mengikut
tatacara dalam Islam, jadi jangan jadikan itu sebagai instrumen untuk menekan
lain
ini
yang jadi kontroversinya.
"Dengan
mengangkat martabat orang Islam, kita boleh adakan tapi pada masa sama keadilan
terjamin bukan sahaja pada orang Islam tapi juga bukan Islam di negara kita
kerana mereka adalah warganegara, punya hak dan kita perlu iktiraf hak mereka
dan ditunjuk kasih sayang selain hormat menghormati," katanya.
Bagaimanapun
Anwar menjelaskan, orang ramai tidak harus salah faham terhadap penyertaan
tokoh agamawan dalam KEADILAN.
"Ada
yang aneh mengapa muncul begitu ramai agamawan punyai pengalaman dan kelayakan
hadir mulakan gerakan islah dalam KEADILAN?
"Walaupun
KEADILAN ini dalam jalur politik, tapi gerakan mereka bukan untuk gerakan parti
tapi adalah gerakan islah, bawa kebaikan dan tidak pertajamkan permusuhan
antara parti atau kaum. Sebaliknya ia membawa mesej keadilan kepada semua.
"Penyertaan
agamawan dengan pelbagai disiplin, universiti, fakulti Islam sangat membantu,
ia suntikan kekuatan dengan semangat baru dalam KEADILAN. Mudah-mudahan ini
permulaan ihya Ramadan yang juga bermakna," katanya.