PRU 15 SEGERA: NAJIB JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI – HANNAH YEOH

MUHYIDDIN, KENAPA CEPAT LUPA SEJARAH?

DR MAZA KATA DAP MUSUH ISLAM, MCA MACAM MANA?

KAJIAN YANG DAHSYAT TENTANG PN



Saya telah membuat tinjauan pendapat dan pandangan dari lebih 5,000 orang rakyat Malaysia dari berbilang parti, bangsa dan agama. 

Hasil tinjauan tersebut amat-amat lah mengejutkan kita semua.

1. 80% - Tidak yakin PN boleh membantu rakyat dan mempertingkatkan ekonomi negara.

2. 95% - Tidak yakin/tidak percaya dengan kebolehan PM.

3. 90% - Percaya, PN tidak akan bertahan lama bagi menerajui negara.

4 - 100% - Kecewa dengan perlantikan Menteri-menteri @ Timbalan-timbalan Menteri serta pengerusi-pengerusi GLC yang tidak cekap, bengap dan tidak cerdik (sebenarnya mereka semua tu cakap 'BODOH', tapi saya taknak menyatakan di sini).

5. 98% - Mengharapkan kejatuhan PN dengan segera (yang Islam, mereka akan mengadakan solat hajat).

6. 99% - Masih mengharapkan PH untuk mengendalikan atau mengambil alih pemerintahan negara yang semakin teruk terjerumus di dalam kancah kemelesetan terutama melibatkan sektor ekonomi.

7. 99% tidak mengenali langsung pemimpin-pemimpin atau Menteri-menteri  dari PN.

Hasil kajian ini, telahpun di audit oleh sebuah Syarikat ternama yang beribu pejabat di UK. Tiada 'bias' dan tiada sebarang Prejudis semasa saya mengeluarkan data-data ini.

Sekian terima kasih,

Yang ikhlas, jujur, bijak, tampan dan beriman kepada Allah swt.

Mohd Asri Bakar



RAMAI PEMIMPIN DUNIA DARI PENJARA KE PUNCAK KUASA...


Mail Seman

PM India Mahatma Gandhi, Presiden Nelson Mandela, Presiden Chile Micheal Marchelet, Perdana Menteri India Jawaharal Nehru, PM Myanmar Aung San Suu Kyi, Presiden Turki Erdoğan, Presiden Republik Czech Vaclav Havel, Perdana Menteri Turki NECMETTIN ERBAKAN, Perdana Menteri Palestin ISMAIL HANIYEH, Perdana Menteri Pakistan BENAZIR BHUTTO, Presiden Cuba FIDEL CASTRO, Presiden Brazil LULU DA SILVA, Presiden Brazil DILMA Rousseff, Presiden Venezuela HUGO CHAVEZ, Presiden Uruguay JOSE PEPE MUJICA, Presiden Bolivia EVO ORTEGA, Presiden Vietnam HO CHI MINH, Napeleon Bonapart dari Perancis yg dua kali menjadi banduan...

Anwar Ibrahim on Twitter: "Malam ini bersama @drwanazizah ...
dan banyak lagi.....Mereka adalah pemimpin besar dunia dan mereka adalah adalah BEKAS banduan.
Malaysians Must Know the TRUTH: Dr Mahathir Gets 'Buggered ...

Sajalah nak habaq sebab ramai budak-budak tadika kata bekas banduan tak boleh jadi Perdana Menteri...Termasuklah seorang mamat yang jadi Setiausaha Agong satu parti tu🤣🤣🤣

Anwar Ibrahim - WARKAH AL-SYAYKH PROF. DR. YUSUF...


KISAH NABI YUSUF AS MASUK PENJARA

NABI Yusuf dipenjarakan bukan kerana mencuri atau membunuh tetapi kerana desakan isteri pembesar Mesir iaitu Zulaikha. Zulaikha mahu Nabi Yusuf dipenjarakan kerana ingin menutup malunya akibat cuba menggoda Nabi Yusuf.

Setelah itu, tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara. Kehidupan baginda lebih tenang dan damai. Di sini hidup baginda tidak lagi diganggu oleh wanita-wanita yang selalu menggoda dan mendorongnya untuk melakukan kejahatan.

Tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Nabi Yusuf tidak ada seorang pun yang tahu. Semua itu ditentukan oleh pihak berkuasa negeri semata-mata.

Bagi Nabi Yusuf, hidup dalam penjara yang gelap dan sempit lebih baik kerana jiwanya tidak tertekan dan terhindar daripada segala godaan serta tipu daya yang akan menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan.

Semasa dalam penjara, Nabi Yusuf dapat menyampaikan dakwah, memberi bimbingan dan nasihat kepada penghuni-penghuni yang lain agar mereka insaf serta tidak melakukan dosa lagi.

Harapan baginda hanya satu, agar orang yang telah melakukan dosa itu akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan sesungguh hati. Bagi mereka yang dimasukkan ke penjara kerana kesilapan pemerintah, Nabi Yusuf telah menyarankan mereka supaya bersabar dan bertakwa kepada Allah supaya kesengsaraan mereka dapat diakhiri dengan cepat.

Pada hari yang sama Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, terdapat dua pegawai istana yang masuk bersama-sama dengannya. Mereka telah berkenalan dengan Nabi Yusuf. Akhirnya mereka telah menjadi sahabat baik dan akrab dalam penjara.

Kedua-dua mereka terlalu sayang dan kasih kepada Nabi Yusuf. Lagipun baginda merupakan seorang yang sangat baik hati.

Pada suatu hari, dua orang sahabat ini telah berkata kepada baginda, "Wahai Yusuf, sesungguhnya kami amat kasih dan sayang kepada engkau".

Nabi Yusuf pun menjawab, "Moga Allah memberi berkat kepada kamu berdua. Lagipun dahulu orang yang menyayangiku akan selalu mendatangkan kecelakaan kepadaku.

"Dahulu saudara perempuanku amat sayang kepadaku, kemudian ia membawa padah terhadapku, kemudian ayahku pula menyayangiku dan ia mengundang sifat cemburu saudara-saudaraku yang lain," jelas Nabi Yusuf.

Kata baginda lagi: "Mereka telah mencampakkan aku ke dalam telaga. Kemudian aku dicintai pula oleh isteri pemerintah maka beginilah jadinya nasibku. Sesungguhnya aku amat bimbang sekiranya ada orang yang menyayangi dan menyintai diriku".

Walaupun Nabi Yusuf berkata begitu, tetapi dua orang sahabat ini masih menyayangi Nabi Yusuf dan berkata, "Meskipun demikian katamu, demi Allah, tidaklah kami sanggup membebaskan diri daripada menyayangi engkau".

Selepas itu mereka pun meneruskan persahabatan seperti biasa selama mana mereka masih tinggal dalam penjara itu.

1. NELSON MANDELA, BUKAN SETAKAT BEKAS BANDUAN, TAPI PERNAH DIBUANG PENGAJIAN

Nelson Mandela | Biography, Life, Death, & Facts | Britannica

Korang semua mesti kenal dengan nama Nelson Mandela kan? Nelson Mandela adalah merupakan Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994 sehingga tahun 1999. Dia amat terkenal sebagai sebagai seorang individu yang telah berjaya menghapuskan sistem Apartheid di negara mereka. Sejak muda lagi Mandela memang sering terlibat dengan gerakan aktivis politik.

Dia telah dibuang daripada pusat pengajian setelah menyertai parti Kongres Nasional Afrika (ANC) pada tahun 1943 dan ditangkap buat pertama kalinya pada Disember 1956 atas dakwaan cubaan khianat bersama 156 aktivis lain dan dibicarakan tanpa berjaya dibuktikan bersalah.

Semasa berada dalam penjara, Mandela dibicarakan atas tuduhan lain iaitu melakukan sabotaj ke atas kerajaan yang berlaku di Johannesburg. Atas tuduhan itu serta semua tuduhan yang lain, Mandela akhirnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup bermula pada tahun 1964.

Pertukaran selepas itu tidak banyak membantu nasib Mandela sebelum era 80-an apabila rundingan bagi pembebasannya mula digerakkan dengan lebih kukuh hasil kerjasama daripada Presiden Afrika Selatan PW Botha dan timbalannya F.W. de Klerk.

Mandela berjaya dibebaskan selepas mendapat persetujuan kabinet pada tahun 1990 dan terus menggerakkan usaha membebaskan negaranya daripada dasar Apartheid yang mengganggu masyarakat mereka selama ini. Pada 10 mei 1994, Nelson Mandela telah mengangkat sumpah menjadi Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selama sepenggal.

2. VACLAV HAVEL, PENULIS YANG KELUAR MASUK PENJARA

Vaclav Havel | Biography, Plays, & Facts | Britannica

Mula terkenal sebagai seorang penulis skrip teater, Vaclav Havel telah menyertai pemberontakan yang digelarkan sebagai Prague Spring pada tahun 1968 dalam usaha membebaskan mereka iaitu Czechoslovakia daripada terus didominasi oleh Kesatuan Soviet. Bakat menulis yang Havel ada telah digunakan untuk menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Power of The Powerless” yang penuh kritikan terhadap rejim pemerintah negara Chile.

Akibat daripada penulisannya, dia telah dipenjarakan selama 4 tahun setengah atas tuduhan terlibat dengan gerakan subversif yang mahu menggulingkan kerajaan yang sah.

Pada tahun 1983, dia telah dibebaskan namun dia telah masuk semula ke dalam penjara pada Januari 1989 selama 9 bulan atas tuduhan cuba menimbulkan kekacauan dan dibebaskan semula pada Mei 1989 selepas satu protes besar-besaran menuntut untuk Havel dibebaskan. Dia buat penjara tu macam hotel, main keluar masuk.

Havel yang telah mendapat sokongan orang ramai akhirnya diangkat menjadi Presiden Republik Czech selepas berjaya membentuk kerajaan. Dia telah memegang jawatan tersebut bermula pada 26 Januari 1993 sehingga Februari 2003. Lama tak?

3. JAWAHARLAL NERU, PERDANA MENTERI INDIA YANG PERTAMA

The Jawaharlal Nehru today's India does not know — Quartz India

Kalau korang semua nak tahu, Perdana Menteri pertama India iaitu Jawaharlal Nehru ni mempunyai peranan yang hampir sama dengan Tunku Abdul Rahman tau kalau kat negara kita. Pemberontakan yang berlaku pada tahun 1910 telah melonjakkan nama Nehru sebagai seorang calon pemimpin muda tau yang mana membuka ruang kepada dirinya untuk membawa agenda kemerdekaan India.

Nehru menyertai Barisan Kongres yang telah ditugaskan untuk membawa tuntutan kemerdekaan India ke peringkat antarabangsa namun tindakannya sangat kurang disenangi. Dia telah dipenjarakan kali pertama pada tahun 1921 dan telah dibebaskan pada tahun 1922. Dia telah dipenjarakan semula pada tahun 1923 selepas melanggar larangan mengunjungi beberapa kawasan tertentu.

https://www.youtube.com/watch?v=bQ-z1Mt8sSU

Setelah dibebaskan, dia telah dilantik sebagai presiden Kongres India namun telah dipenjarakan sekali lagi pada tahun 1930. Setelah tamat hukuman penjara, pada tahun 1947, Neru telah dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India selepas kerajaan British bersetuju memberikan tampuk pemerintahan kepada kerajaan yang berjaya dibentuk oleh Neru.

4. MICHELLE BACHELET, DITANGKAP DAN DISEKSA BERSAMA IBUNYA
Michelle Bachelet - Wikipedia


Michelle Bachelet merupakan Presiden Chile selama 2 penggal iaitu pada tahun 2006 hingga 2010 dan pada 2014 hingga 2018. Untuk pengetahuan korang, Bachelet merupakan individu pertama yang berjaya menjawat jawatan Presiden Chile sebanyak dua penggal.

Ayahnya adalah merupakan Jeneral Alberto Bachelet Martinez telah didakwa melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Chile semasa dibawah pimpinan diktator Jeneral Augusto Pinochet yang mana ayahnya telah dipenjarakan dan diseksa sehingga menyebabkan kematiannya pada tahun 1974.

Setahun berikutnya pula, Bachelet dan ibunya telah ditangkap dan diseksa pada Januari 1975 akibat daripada hubungan mereka dengan mendiang ayahnya. Diseksa dengan cara psikologi semasa siasatan, Bachelet telah dipindahkan ke pusat tahanan Cuatro Alamos. Bachelet bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh diplomat Argentina di Chile yang bernama Roberto Kozak. Bachelet akhirnya mendapat kebenaran untuk kembali ke Chile pada tahun 1978.



TAMPARAN BUAT MUHYIDDIN : SELEPAS DR SHAHRUDDIN, AKAN ADA LAGI YANG AKAN MENURUTNYA..

Setelah bertemu Tun Mahathir Mohamad Jumaat lalu dan kemudian menulis warkah panjang lebar mengenai kedudukan diri dan masa depannya dalam Bersatu, Ahli Parlimen Sri Gading, Dr. Shahruddin Md Salleh akhirnya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya.
Perletakan jawatan ini bermakna penarikan sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin yang kini membentuk kerajaan PN bersama UMNO, Pas, GPS, kumpulan Azmin dan parti-parti kecil yang lain.
Bagi Dr. Shahruddin, perletakan jawatannya adalah disebabkan beliau merasakan penyertaannya bersama PN adalah suatu pilihan yang silap dan kurang tepat.
Surat perletakan jawatan Dr. Shahruddin adalah seperti di bawah ini:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN AKHBAR
PELETAKAN JAWATAN
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA
1. Hari ini; Khamis 04 Jun 2020,
2. Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini,
3. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,
4. Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,
5. Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,
6. Sekian pernyataan yang saya ingin maklumkan terutama kepada pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149.
Sekian, terima kasih.
Shahruddin Salleh
Parlimen Sri Gading P149.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yang nyata, perletakan jawatan Dr. Shahruddin ini adalah tamparan paling pedih dan tepat ke muka Muhyiddin yang belum sampai tiga bulan menjadi Perdana Menteri.
Ini kerana Dr. Shahruddin dikenali sepanjang masa sebagai “budak Muhyiddin” dalam karier politiknya.
Muhyiddin yang membawanya ke dunia politik daripada perkhidmatan awam dengan melantiknya sebagai Setiausaha Politik dan seterusnya memberi peluang bertanding di DUN Jorak, sebuah kawasan pilihanraya dalam Parlimen Pagoh.
Apabila Muhyiddin dipecat daripada UMNO pada 2015, Dr. Shahruddin turut meninggalkan UMNO dan apabila Bersatu ditubuhkan di mana Muhyiddin menjadi Presiden parti itu pada 2016, bellau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang pertama.
Perlantikan Dr. Shahruddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu adalah tanda kepercayaan tanpa keraguan Muhyiddin terhadapnya.
Pada pilihanraya 2018, Dr. Shahruddin bertanding di Sri Gading dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Apabila Muhyiddin menjadi Perdana Menteri bersama PN pada Mac lalu, Dr. Shahruddin terus dikekalkan sebagai Timbalan Menteri dengan portfolio baru di Kementerian Kerjaraya.
Keinginan Dr. Shahruddin untuk beralih arah meninggalkan PN dan kembali semula kepada PH sebenarnya mula diperkatakan sejak pertemuannya dengan Tun Mahathir, Jumaat lalu.
Beliau bertemu Tun Mahathir pada petang Jumaat, manakala pada sebelah paginya pula, Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof bertemu Pengerusi Bersatu yang telah dipecat itu.
Dengan itu, Mohd Redzuan turut dispekulasikan akan meletakkan jawatan dalam kerajaan untuk kembali kepada PH dan memberi sokongan kepada Tun Mahathir yang kini berkrisis dengan Muhyiddin.
Dalam perkembangan terkini selepas Dr. Shahruddin meletakkan jawatan ini, seorang dua lagi pemimpin Bersatu yang ada jawatan dalam kerajaan diperkatakan akan melakukan tindakan yang sama dalam sehari dua lagi.
Ini akan menjadikan, dalam waktu terdekat ini, jika seorang lagi menarik sokongannya, keadaan kerajaan akan tergantung dengan kedudukan 111-111, manakala jika dua orang sekaligus meletakkan jawatan, Muhyiddin sudah dikira tumbang dengan rekod sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara sejak merdeka.
Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya sehari dua lagi. 

(Shahbudindotcom 04/06/2020)


KISAH BERTEMU DENGAN ANWAR - ALKISAHNYA...


KIRIMAN Arina Riana.

*Sumber dari bilik sebelah cerita bab pertemuan Cg Bard dengan Anwar....*

*Cg Bard cari talian hayat rupanya, sebab Azmin dan PN dah nak tumbang*

Sekarang dah takde job ke bard? KLIA tutup ke bard? power bank dah abis ke bard? Azmin dah nak terlingkup ke bard? owhhh sebab tu la carik jalan melutut serah tengkuk jumpa DSAI.. siap bawak Sg Acheh lagi utk dapatkan laluan jumpa DSAI.. skali DSAI tak bagi muka hahahahahha... bard bard.. kau nak spin pun agak-agak laa.. konon-konon DSAI craving nak jumpa kau.. gila punya spin..

kau nie bukan orang tak kenal.. kalau betul DSAI nak jumpa kau, mana buktinya? alahai kalau conversation pak syed hussin pun kau boleh jual kat socmed, takkan la kau buat posting kali nie tanpa ada apa2 bukti conversation..

bard.. sebenarnya yang diberi laluan untuk mengadap DSAI nie bukan kau bard.. kau nie xde nilai apa2 dah.. yang ada nilai skit ialah YB Sg Acheh yang turut sama dalam pertemuan tu.. kenapa kau tak mention langsung pasal sg acheh nie bard? kenapa bard? hehehehehehe sebab akhirnya orang akan melihat kau nie langsung tak laku.. dan bukan sebab kau pun DSAI bagi mengadap hahahaha..

kau bard dengan sg acheh nie, datang merayu mintak nyawa sebab kau tau kjaan PNipu dah nak terlungkup.. Azmin yang kau sanjung tiba2 tu pun akan melingkup sama.. jadi langkah kau dah salah bard, selalunya mcm tu lah sebab hidup tak berkat..

Dalam pertemuan tu, DSAI langsung tak bagi muka kat kau bard.. dari awal pertemuan, sampai ke sudah DSAI langsung tak bagi hint untuk terima kau balik.. bila kau sedar tak dapat langsung beli insurance, macam biasa lah, kau akan spin cerita.. kau akan cakap DSAI yang merayu kat kau.. ehh bard, kau sapa bard... supporter pun dah takde.. maruah pun dah xde kau sendiri jual kat pajak gantung..

di hujung penulisan kau bard, kau cakap nak aibkan keluarga DSAI.. ini modal lama la bard, tak habis2 lagi dengan modal ugut mengugut nie.. manusia jenis apa lah yang sanggup dedahkan aib keluarga sendiri.. padahal betul tak betul belum tentu lagi.. dan siapa pulak yang nak percaya kau bard? utusan? berita harian?? Semoga tuhan balas lah apa yang kau cuba buat nie..

sudahlah bard.. kau mmg dah takde harga diri.. Azmin yang kau henjut belas2 tahun, dalam seminggu jer kau boleh sokong dia dan sentiasa berada dalam gerakan nak halang DSAI jadi PM.. sekarang, kau nak bersama DSAI pulak sebab kau melihat peluang DSAI jadi PM semakin cerah.. tak payah la bard.. takde orang boleh terima kau dah.. siapa la nak percaya kat kucing kurap macam kau?

Azmin apa khabar bard?

#SudahlaBard

JUMPA TUN LEPAS LETAK JAWATAN




KERAJAAN AKAN TERGANTUNG KEPADA 111-111


PHOTOS: SHAHBUDIN HUSSEIN


SIDANG MEDIA..WARTAWAN DIJEMPUT HADIR.



Assalamualaikum / Selamat Sejahtera 

Rakan media yang dihormati sekalian,

*Satu Sidang Media Khas oleh YB Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas) dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya akan diadakan pada ketetapan berikut:*

Tarikh: 29 Mei 2020, Jumaat
Masa: 5.00 petang
Tempat: Aras 8, Bilik Mesyuarat MPT, Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Menara Yayasan Selangor 

*Rakan media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan dan sila ambil perhatian bahawa tempat adalah terhad bagi mematuhi SOP penjarakan sosial.*

Sekian,

Terima kasih.

KENYATAAN AKHBAR PELETAKAN JAWATAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA


KENYATAAN AKHBAR

PELETAKAN JAWATAN

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA


1. Hari ini; Khamis 04 Jun 2020,

2. Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini,

3. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,

4. Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,


5. Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,

6. Sekian pernyataan yang saya ingin maklumkan terutama kepada pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149.



Sekian, terima kasih.




Shahruddin Salleh
Parlimen Sri Gading P149


####

PH ADA 120 KERUSI?

Pilihan raya lebih penting daripada sekolah?


Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Saya merujuk laporan berita bertajuk “Snap polls likely if political uncertainty stays, says Najib” bertarikh 3 Jun 2020 di mana beliau mencadangkan “Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya mula merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya”.
Ketika sekolah masih belum lagi dibuka, kedai gunting rambut hilang pendapatan selama tiga bulan dan sebahagian rakyat diberhentikan kerja, pemimpin UMNO ini hanya sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya. 
Beliau malah sampai peringkat mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan SPR untuk segera merangka SOP untuk menghadapi pilihan raya.
Anak-anak di seluruh negara masih belum dapat kembali ke sekolah dan menyebabkan ibu bapa terpaksa menjaga mereka di rumah. Walaupun sektor perniagaan (tidak semuanya) telah dibenarkan beroperasi, namun realitinya ramai antara mereka masih bergelut untuk terus bertahan. [Bernama melaporkan pada 3 Jun 2020 bahawa berikutan pandemik Covid-19, kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42 peratus untuk suku pertama tahun ini (Q1 2020), menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)].
Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal apabila cadangan seperti itu datang daripada seorang Najib Razak. 
Sekiranya ada keperluan untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO-Perikatan Nasional (PN) hanya mahu merebut kuasa dan jawatan dalam GLC, ingatlah cadangan di atas. 
Ini adalah bukti paling jelas betapa Najib telah meletakkan kepentingan politiknya mengatasi kepentingan negara. Perdana Menteri perlu menasihatkan ahli parlimennya supaya berhenti meruntuhkan pemerintahan majoriti tipisnya. 


(function() { var d = document, w = window; w

KAMI TELAH DIKENCING

  Sham Ghaz 1. Hudud tak laksanakan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Malaysia. 2. RUU 355 juga tidak dibentang untuk dilulus dan dilaksana...