Muhyiddin, kenapa cepat lupa sejarah?
Via WhatsApp
Kehadapan Tan Sri Muhyiddin tersayang,
Tan Sri,
Tan Sri pernah dibuang, dipijak dan dihina semasa di dalam UMNO. Kami semua sangat kagum kerana dengan begitu lantang sekali Tan Sri mengkritik salah laku DS Najib Razak waktu itu.
DS Najib Razak segera mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan MT memutuskan Tan Sri dipecat dari UMNO.
Ya, DS Najib Razak, rakan sekutu Tan Sri sekarang juga bertindak bijak iaitu memecat Tan Sri melalui MT, mengikut peraturan parti, bukan sesuka hati memecat atau menggugurkan keahlian mana-mana ahli.
Tan Sri,
Sebab itu pemecatan Tan Sri dari UMNO tak ada pertikaian dan rakyat waktu itu tabik hormat kepada Tan Sri.
Kemudian Tan Sri muncul sepentas dengan Tun M. Akhirnya secara rasminya Tan Sri umum akan berganding bahu dengan Tun di dalam Bersatu.
Ya, Tan Sri, orang tua yang Tan Sri sedang musuhi sekaranglah yang membuka pintu Bersatu untuk Tan Sri. Tanpa Bersatu, karier politik Tan Sri akan tenggelam begitu sahaja.
Tan Sri,
Tan Sri dilantik sebagai Presiden. Satu jawatan yang terhormat di dalam Bersatu. Tetapi Tan Sri menggunakan jawatan itu untuk membuat keputusan yang sangat pentingkan diri tanpa merujuk kepada Pengerusi parti dan MPT, iaitu keluar daripada PH.

Sampai hari ini sebagai Presiden, Tan Sri sendiri gagal mengesahkan keputusan itu ialah keputusan MPT. Jika benar itu keputusan MPT, kenapa Tan Sri tidak menafikan audio suara yang Tan Sri sebut keputusan akhir serah kepada Tun? Kenapa setelah didesak agar mendedahkan audio penuh mesyuarat tersebut, Tan Sri tidak berani melakukannya?
Tan Sri,
Ramai orang tahu dan kasihan kerana Tan Sri menghidap penyakit kanser pankreas. Ingat lagikah Tan Sri bahawa Tun selalu menjadi menteri memangku Tan Sri semasa mesyuarat kabinet ketika Tan Sri berubat.

Semasa Tan Sri sakit teruk, rakan-rakan sekutu Tan Sri sekarang ke yang melawat Tan Sri? Atau Tun, rakan-rakan dari DAP, Amanah dan PKR? Tan Sri lupa siapa yang datang menziarahi Tan Sri dan mendoakan Tan Sri?
Baiklah. Tan Sri memang seronok kerana cita-cita Tan Sri untuk menjadi Perdana Menteri akhirnya tercapai. Tetapi Tan Sri, cuba fikir sejenak, sejarah PM8 ialah sejarah yang baik atau bagaimana?
Tan Sri,
Fikirkan semula kenapa Tan Sri menyertai Bersatu dahulu. Kenapa ramai orang berbondong-bondong keluar untuk mengundi PH. Bukan sahaja keluar mengundi, tetapi rata-rata pengundi pulang dari jauh untuk pulang mengundi. Kenapa akhirnya UMNO rebah dan tidak sampai sepenggal, Tan Sri membiarkan UMNO bangkit dari abu.

Musuh yang rakyat jatuhkan akhirnya diberi suntikan semula dengan harta dan dana yang sangat kukuh. Bersatu sendiri merangkak-rangkak untuk bangun, tak cukup dana dan sebagainya. Nasib Bersatu akhirnya macam kata pepatah, “Anak di rumah kelaparan, kera di hutan pula yang disusukan”.

Tidak lama lagi, PN akan jatuh dengan sendirinya. Jika Tan Sri telah mengheret Bersatu menjadi parti yang menjatuhkan PH, apa yang sedang dilakukan oleh Tun sekarang ialah membawa Bersatu menjadi parti yang menaikkan semula PH, meletakkan semula mandat rakyat ke tempat asalnya.
Tan Sri,
Semoga Tan Sri dan rakan-rakan yang selesa meneguk kemewahan sekarang, terus sihat dan sejahtera. Saya percaya, adalah amat sukar untuk Tun kembali percaya kepada Tan Sri di atas pengkhianatan berlaku walaupun sudah beberapa kali ada pihak yang cuba menyatukan Tan Sri dan Tun. Adalah lebih baik jika Tan Sri menyertai semula UMNO, duduk bersama DS Najib dan Zahid Hamidi, dan fikirkan cara untuk selamatkan mereka berdua.

Abdul Hannaan Khairy
Ahli Bersatu 00000464
Ahli Bersatu 00000464