PN MEMANG DAH GOYANG

PN dah goyang. Baru padan muka...!

Mendapat perkhabaran duka hari ini. Daripada sumber yang rapat dengan Majlis Presiden PH, mereka kini miliki 120 MP yang membolehkan mereka menurunkan PN dari tampuk kuasa.

Yang menyedihkan usaha untuk jatuhkan TSMY tidak akan dibuat menerusi undi tak percaya di parlimen yang dijadualkan pada Julai ini tapi dalam masa terdekat dengan persembahkan SD sokongan para MP di hadapan YDP Agong seperti mana dibuat TSMY sebelum ini.

Yang lebih menyedihkan antara MP yang bakal 'menyeberang' menyokong PH ialah dari parti TSMY sendiri iaitu PPBM dan beberapa MP dari pasukan DS Azmin Ali yang keluar dari PKR tempoh hari. Betul-betul pengkhianat kalau maklumat ini benar. Sungguh tak disangka. Madu diberi dibalas dengan cuka.

Mohon semua penyokong PN berdoa ke hadrat Ilahi agar PN kekal. Semoga mandat YDP Agong ini dipertahan hingga PRU15. Mohon juga TSMY hubungi seorang demi seorang MP dari PN untuk sahkan kesetiaan mereka kepada beliau sebagai ketua kerajaan PN.

No comments: