SIAPA YANG TOLONG BAYARKAN?






INI BUKTINYA AKAUN YANG MEMBAYAR RM1.4 JUTA WUJUD DAN SIAPA YANG TOLONG BAYARKAN



1. Saya telah dimaki secara berjemaah oleh penyokong-penyokong PAS sejak pagi tadi kerana memberi ulasan mengenai pendedahan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang telah membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta untuk membolehkan beliau (Hadi Awang) menarik balik saman di mahkamah UK.

2. Saya dituduh menyebarkan fitnah kerana penyokong-penyokong PAS ini memberikan hujah bahawa nombor akaun Bank Islam yang terkandung di dalam perjanjian yang mengesahkan pembayaran (iaitu akaun Bank Islam bernombor 9010001388) itu dikatakan nombor akaun palsu.

3. Penyokong-penyokong PAS telah cuba memindahkan wang ke akaun Bank Islam bernombor 9010001388 ini untuk mengesahkan akaun itu wujud. Cubaan itu gagal kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit dan nombor yang dimasukkan ke dalam perjanjian itu hanya ada 10 digit.

4. Lalu mereka (penyokong-penyokong PAS) telah menyebarkan komen-komen bahawa ini satu lagi penipuan terancang untuk memfitnah presiden dan parti mereka.

5. Mereka juga menindakkan kononnya pembayaran itu tidak pernah berlaku.

6. Saya pun mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyelidikan mudah untuk mengesahkan nombor akaun itu benar-benar wujud. Saya tahu bahawa nombor 10 digit yang terkandung di dalam perjanjian itu hanyalah sebahagian dari nombor akaun penuh 14 digit.

7. Saya bermula dengan mengenal pasti corak nombor akaun 14 digit dari cek-cek Bank Islam yang ada di internet. Saya mengamati 3 cek iaitu dari akaun-akaunTetuan LC Signature, Tetuan Yayasan Taqwa dan Tetuan Sabasun, seperti yang ditunjukkan di bawah:

8. Saya mendapati ada pola khusus iaitu cek-cek dan akaun nombor Bank Islam mempunyai susunan “40”, diikuti dengan nombor 5 digit dan diakhiri dengan nombor 10 digit (lihat di kaki cek). Nombor 10 digit itu semuanya bermula dengan digit “9”, sama dengan kod “40” yang berulang-ulang.

9. Ini memberi gambaran bahawa digit “40” dan digit “9” adalah kod pengenalan yang bukan menjadi sebahagian dari nombor akaun 14 digit itu.

10. Saya juga menyemak nombor-nombor akaun Bank Islam yang sah dan mendapati banyak yang bermula dengan 14XXX.

11. Lalu saya menyimpulkan bahawa digit-digit “40” dan “9” adalah kod pengenalan dan nombor akaun sebenar ialah 5 digit bermula “14XXX” diikuti dengan 9 digit yang berkepalakan angka 9.

12. Ini bermakna nombor akaun bagi Tetuan Yayasan Taqwa adalah 14023010039425 dan nombor akaun individu yang membayar RM1.4 juta bagi pihak Dato’ Seri Hadi Awang ini ialah 14032010001388.

13. Seterusnya, saya memindahkan wang RM10 ke akaun Bank Islam Tetuan Yayasan Taqwa untuk mengesahkan bahawa kesimpulan saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.

14. Sistem CIMBClicks mengesahkan bahawa akaun Tetuan Yayasan Taqwa memang bernombor 14023010039425. Ini membuktikan bahawa teori saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.

15. Saya seterusnya memindahkan RM10 ke akaun bernombor 14032010001388 yang dinamakan di dalam perjanjian antara Clare Rewcastle Brown dan Dato’ Seri Hadi Awang.

16. Akaun itu wujud di bawah nama Rameli Musa dan pindahan wang RM10 itu lepas.

17. Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud.

18. Tokoh yang ceknya dan akaunnya digunakan untuk membayar RM1.4 juta juga wujud.

19. Saya berharap penyokong-penyokong PAS dan pembangkang berhenti dari memaki hamun dan menerima hakikat bahawa presiden mereka telah membayar Clare Rewcastle Brown untuk tidak meneruskan perbicaraan.

Rafizi Ramli






SIAPA BOS GLC TERSEBUT ? ADAKAH BELIAU RAMELI MUSA?


DI KATAKAN GAMBAR INI DIKETIKA SEDANG MENANDATANGANI CEK ????.....OLEH 
DATO DR ISMAIL....








BOS GLC  ???


BAGAIMANA SEORANG PENGERUSI KTMB MEMBAYAR UNTUK HADI?




Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil langkah menyiasat kenyataan bertentangan tentang dakwaan bayaran RM1.4 juta oleh PAS kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Menerusi hantaran Facebook hari ini, Rafizi memperincikan bagaimana beliau 'menyelesaikan' pertikaian itu.
Beliau berkata nombor akaun Bank Islam sebanyak sepuluh angka yang dinyatakan dalam surat sulit yang diterbitkan Rewcastle-Brown pagi ini adalah sebahagian daripada nombor akaun 14 angka.
Menurutnya, beliau mengenal pasti keseluruhan nombor akaun dengan membuat perbandingan dengan nombor akaun di cek Bank Islam yang lain.
Selepas mendapat nombor akaun yang betul, beliau mendakwa berjaya memindahkan RM10 ke dalam akaun tersebut.
Rafizi turut menamakan pemilik akaun itu. Malaysiakini mendapati individu itu adalah pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau juga dikatakan Exec Director Ingress , bekas Chairman Balfour Beatty Rail Sdn Bhd dan belaiu juga di katakan memiliki 30% dalam Beatty Rail Sdn Bhd.Beliau juga dikatan sebagai pernah menjadi orang penting di Sapura dan melakukan perniagaan sendiri.
Beliau juga dikatakan sebagai Chairman KTMB lantikan Mahathir mengantikan Datuk Nawawi dan dilantik pada 1/2/2019.
Bagaimanakah orang yang dilantik oleh KTMB melakukan pembayaran untuk Pas? 
Beliau adalah tokoh Pas sebEnarnya dan tidak pernah menjadi ahli Umno. Beliau dikatakan ahli perniagaan yang mempunyai perniagaan di Thailand dan Indonesia. Beliau adalah dari keluarga Kamaruddin Md Noor dan sahabat kepada Kamaruddin Jaafar yang sememangnya berasal dari Kelantan.Sebelum 98, beliau adalah penyokong DSAI.????