PH dakwa Anwar peroleh majoriti untuk jadi PM

Tarikh Kemaskini :
28/02/2020 08:18 PM
PETALING JAYA , 28 Feb  -- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuktikan keyakinan majoriti Ahli Parlimen terhadap calon PH itu sebagai perdana menteri baharu.

“Majlis Presiden percaya bahawa  Anwar telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan Ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” menurut kenyataan Majlis Presiden PH itu, hari ini.

Kenyataan itu menyatakan Majlis Presiden meletakkan kepecayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Seri Paduka untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan perdana menteri.

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, Istana Negara, menyatakan bahawa berdasarkan proses temu bual selama dua hari itu, Seri Paduka masih belum memperolehi keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin itu merujuk kepada hasil temu bual di antara Seri Paduka dan Ahli Parlimen yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa di Istana Negara. 

Dalam perkembangan lain, PH hari ini mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya selama lebih dua jam pada sebelah petang. 
-- BERNAMA


CALON MUHYIDDIN HANYA TEST MARKET




Kenyataan penjelasan terbaru A Kadir Jasin berhubung pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak memerupakan keputusan kolektif majlis pimpinan parti itu. Apa maksudnya itu? 

Kita boleh faham berlaku "kudeta" pencalonan PM dalam parti Bunga itu. Menyimpulkan kejadian, pencalonan Muhyiddin itu sebagai pywar bukan perkara mutlak. Patutlah di tengah perundingan dengan PH, tiba-tiba sahaja Muhyiddin tarik hand brake sehingga tersungkur Mahathir. 

Ia nampak seakan tulen apabila Umno dan Pas menerusi Setiausaha Agung masing-masing mengeluarkan kenyataan menyokong Muhyiddin sebagai PM. Sebenarnya tindakan Annuar dan Takiyuddin itu juga sebagai kudeta. Belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua presiden, Zahid dan Hadi. 

Nama-nama ini, Azmin, Muhyiddin, Takiyuddin dan Annuar Musa awal-awal lagi nama yang saya sebut sebagai orang yang mempunyai agenda jahat bersama dan dalang di sebalik cubaan rampas kuasa kerajaan PH. Perlu diingat cubaan itu gagal. Kerajaan PH hilang apabila Mahathir letak jawatan sebagai PM. Kena faham kenapa Mahathir tiba-tiba letak jawatan. 

Dengan hakikat ini bahawa Muhyiddin mendapat sokongan untuk jadi PM adalah palsu dan sebagai satu test market sahaja. Rancangan mencalonkan Muhyiddin itu sebagai perang psikologi melemahkan PH. Trims.

HA..HA..HA..BERGASAK LAH....



Bagi aku bila Muhyiddin mengenepikan Tun Mahathir, sudah satu berita baik.. Bila Blok BN,UMNO dan PAS kembali sokong Muhyiddin juga satu berita baik.. Bila Azmin sertai Bersatu juga satu berita baik.. 

Sebabnya dalam Bersatu..UMNO itu sendiri bukan semua sokong Muhyiddin..Sokongan berdasarkan Blok parti tidak akan kemana..ia hanya menggambarkan kerakusan nak jadi PM.. tidak kekal lama.. nak tengok reaksi bagaimana orang seperti Dr Maszlee, Syed Saddiq nak bersama dengan UMNO..

Hari ini salah satu gabungan yang paling Solid adalah Pakatan Harapan.. Walaupun Azmin membawa keluar 11 Kerusi parlimen.. Pakatan masih ada 92 Kerusi.. Hanya Perlukan 20 Kerusi lagi gabungan..Jika MP PKR tidak tinggal Parti..Hanya perlukan 10 lagi kerusi... Hakikatnya hari ini apapun terjadi Pakatan Harapan yg Solid..

Cuba lihat Parti Bersatu.. Asalnya depa hanya menang 13 Kerusi masa PRU 14.. Sekarang ada hanya 26 Kerusi dari sokongan MP UMNO yang lompat bukan sebab prinsip.. tapi sebab PH berkuasa...

Bersatu 26 Kerusi.. Untuk bentuk Kerajaan, Perlukan sokongan dari Blok UMNO, blok Warisan, Blok GPS, Blok ,Blok PAS, BLOK Azmin.. Bersatu perlukan 5 Blok lagi.. untuk bentuk Kerajaan..

mereka Bersatu..akan dibentuk dengan pelbagai Idealogi Politik dan pelbagai haluan yang tidak jelas.. Sedangkan PH matlamatnya jelas..Sebuah Malaysia baru.. dan aku yakin... ada MP Bersatu , Warisan dan GPS sendiri suatu masa nanti akan melompat kepada PH..

Bersatu terlalu bercita cita tinggi untuk jadi PM berterusan.. jadi teruskan lah... Jika Muhyiddin berjaya jadi PM pun.. Muhyiddin boleh jatuh pada bila bila masa dalam dewan rakyat...Bila bila masa PH akan boleh buat undi tidak percaya..

Gabungan dan Kerajaan begini tidak akan menyakinkan Pelabur dan Ekonomi...Jadi berfikirlah.. masih ada ruang semua ahli parlimen berfikir demi masa depan Ekonomi Negara....  :)

Ipohmali


MUHYIDDIN TIDAK DAPAT RESTU MPT BERSATU CALON PM-8




1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. 

2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini. 

3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri. 

4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.

6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno "desperate" untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir. 

9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A Kadir Jasin

*GERAKAN RAKYAT MENDESAK MP JANGAN MENGKHIANATI RAKYAT*

*GERAKAN RAKYAT MENDESAK MP JANGAN MENGKHIANATI RAKYAT*

Ayuh Rakyat Malaysia, ramai2 panggil Ahli Parlimen masing-masing dan mendesak mereka supaya jangan mengkhianati pengundi!!

*Pengkhianat*
1. Gombak - *Azmin Ali* 012-4303512
2. Ampang - *Zuraida Kamaruddin* 019-3854238
3. Indera Mahkota - *Saifuddin Abdullah* 019-3374171
4. Selangau - *Baru Bian* 013-8014664
5. Bandar Tun Razak - *Kamaruddin Jaffar* 019-3839938
6. Nibong Tebal - *Mansor Othman* 012-4303512
7. Batu Pahat - *Rashid Hasnon* 019-4579077 / 019-4560077
8. Segamat - *Santhara Kumar* 012-2880304
9. Saratok - *Ali Biju* 019-8727261 
10. Puncak Borneo - *Willie Mongin* 012-3701988
11. Ranau - *Jonathan Yasin* 017-8195808

*Atas Pagar*
12. Petaling Jaya - *Maria Chin* 013-3422931
13. Sungai Buloh - *Sivarasah Rasiah* 012-2138613
14. Ayer Hitam - *Wee Ka Siong* 012-7197777
15. Tanjung Piai - *Wee Jack Seng* 012-7129168

*PPBM*
16. Langkawi - *Mahathir Mohamad* 
17. Jerlun - *Mukhriz Dr. Mahathir* 012-2024433
18. Pagoh - *Muhyiddin Mohd. Yassin* 012-2624312
19. Titiwangsa - *Rina Mohd. Harun* 013-8301880
20. Kubang Pasu - *Amiruddin Hamzah* 019-4540044
21. Simpang Renggam - *Maszlee Malik* 019-3431974 017-2360435
22. Alor Gajah - *Mohd. Redzuan Md. Yusof* 019-3316953
23. Muar - *Syed Saddiq Syed Abdul Rahman* 019-3714673
24. Tambun - *Ahmad Faizal Azumu* 019-5726777
25. Sungai Besar - *Muslimin Yahya* 011-32332419
26. Kuala Pilah - *Eddin Syazlee Shith* 019-6622174
27. Sri Gading - *Shahruddin Mohd. Salleh* 013-3558055
28. Tanah Merah - *Ikmal Hisham Abd Aziz* 019-3335272 
29. Jeli - *Mustapa bin Mohamed* 019-3891155
30. Hulu Terengganu - *Rosol Wahid* 012-9838307
31. Tasik Gelugor - *Shabudin Yahaya* 012-4213334
32. Sepanggar - *Azis Jamman* 017-8581174
33. Larut - *Hamzah Zainuddin* 012-2004208
34. Bagan Serai - *Noor Azmi Ghazali* 012-5037007
35. Sabak Bernam - *Mohd Fasiah* 012-6705674
36. Masjid Tanah - *Mas Ermieyati* 016-2570667
37. Mersing - *Abdul Latiff Ahmad* 012-2221999
38. Kudat - *Abdul Rahim Bakri* 019-3232767
39. Beaufort - *Azizah Mohd Dun* 019-6196264
40. Sipitang - *Yamani Hafez* 
41. Beluran - *Ronald Kiandee* 019-5313337
42. Libaran - *Zakaria Mohd Edris* 010-9555320

*Warisan*
43. Semporna - *Shafie Apdal* 017-2323225
44. Batu Sapi - *Liew Vui Keong* 010-2142338 / 012-9692872
45. Penampang - *Darell Leiking* 013-8369888 / 016-8326969
46. Silam - *Mohamaddin Ketapi* 019-8691669
47. Labuan - *Rozman Isli* 016-8138000
48. Kota Belud - *Isnaraissah Munirah Majilis* 013-8759929
49. Sipitang - *Yamani Hafez* 013-8501777
50. Papar - *Ahmad Hassan* 012-2024489
51. Kalabakan - *Ma’mun Sulaiman* 019-8339806

KINI PARTI YANG DIANGGAP NYAMUK AMAT BERHARGA..

Mohd Shah Rim


Menjunjung titah YDPA yang meminta semua parti mencalonkan nama Perdana Menteri, DS AI jauh didepan..PAS WAJIB calonkan Hadi Awang, UMNO, Ku Li, BERSATU antara TSMY dan Tun Mahathir..
Alhamdulilah..perancangan Allah mengatasi kelicikan manusia..

DAULAT TUANKU. PECAT SEGERA PM INTERIM

Berikutan keputusan peakar Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menolak pemakluman Perdana Menteri interim, Tun Mahathir Mohamad untuk memanggil sidang Parlimen khas, Isnin depan, kedudukan beliau kini nyata semakin tidak diperlukan lagi.
Terlihat di sini bahawa Tun Mahathir bukan saja tidak mengikut peraturan dalam memutuskan untuk mengadakan sidang khas Parlimen itu, malah mendahului proses yang masih belum selesai dijalankan Yang Dipertuan Agong berhubung perlantikan Perdana Menteri.
Selepas mengadakan temubual dengan 222 Ahli Parlimen, Yang Dipertuan Agong turut memanggil sidang khas Majlis Raja-Raja berkenaan perkara yang sama.
Adalah dijangkakan, suatu pengumuman penting berkenaan kedudukan Perdana Menteri baru dipercayai akan dikeluarkan oleh pihak Istana Negara petang ini.
Sehubungan itu, Mohamad Ariff berkata, keperluan mengadakan sidang khas Parlimen akan hanya dibuat selepas mendapat titah daripada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam hal ini, Tun Mahathir dengan kedudukannya selaku Perdana Menteri interim memanggil sidang khas Parlimen itu dilihat semakin mengganggu keadaan dalam negara.
Beliau terlihat semakin hilang keupayaan menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri interim.
Maka, sebaik-baiknya Yang Dipertuan Agong perlu memecat segera Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim kerana dibimbangi lebih banyak tindakan dan kerosakan yang dilakukannya selepas ini.
Lagi pula, dengan penolakan oleh Speaker ini, apakah Tun Mahathir tidak berasa malu dibuatnya?
Tiada lagi beliau sebagai Perdana Menteri interim, selesai dan amanlah negara ini. (ShahbudinHusin 28/02/2020)

ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 3

SIRI 3
Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. *Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.*

Maka di atas pendekatan ini lah *pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina* dan *membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.*
Ini jelas dilaksanakan secara *halus dan sulit* di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya *mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina* yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan *prasangka jahat terhadap Cina* untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu *menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.*

Maka kini berjayalah *UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.*

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
*Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.*

Bahkan *DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.*

Dimana UMNO dalam BN ? *Satu* parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, *Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya* tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah *kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh *bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.*

*Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.*

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
*Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.*

*What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.*

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.
*Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.*

Kini telah wjud *wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.*
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar *China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.*
*Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.*

Puncaknya kini *UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.*
Apakah akan berlaku *transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.*

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh *kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?*

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor *adalah malapetaka dan angkara DAP ?*

*Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .*

*SEBARKAN KEBENARAN INI UNTUK MENCELIKKAN ORANG MELAYU*

ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 2

SIRI 2

*Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969* yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
*YB2 Melayu UMNO* kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

*Apakah semua ini angkara DAP ?*

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha *menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.*

*Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO* yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

*Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.*

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

*Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.*

SEBUAH ARTIKEL YANG MENARIK UNTUK DIBACA SIRI 1 .

Salute you Tan Sri.

*Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org UMNO dan bekas2 UMNO sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% Melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup UMNO trmsk prof2 Melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah PAS yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.*

Hanya sekadar perkongsian... 

Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH...

*SIAPA PENGKHIANAT*

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peĊ•tama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, *Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi,* sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan *peneroka dan kini 4 generasi* mereka terperangkap sebagai *peneroka FELDA* yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana *FELDA dihancurkan oleh bukan Cina.* *Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.*
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan *bank safe deposit kuasa UMNO* yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
*Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita*. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 
*Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.*
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti *GERAKAN* yang berkuasa disana?
*Kenapa salahkan DAP* yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
*Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP* .
*Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.*
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada *ramai ahli Melayu.* Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara *MCA* dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam *bahasa Cina* menakala *DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.*
MCA didalam perlembagaanya *menolak Perkara 152* iaitu *Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan* dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  *Semua mereka kecuali MCA* seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

*Jelasnya inilah manipulasi UMNO.*

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan *Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.*
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

*Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu* tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari *persepsi* perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya *menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .*
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

*Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
*Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik* sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
 Kluang.

KETIKA LANGKAH SHERATON DIRANCANG,GUAN MERANCANG DRAF RANSANGAN EKONOMI.



Apakah kita tahu.. Ahad lepas, Ketika Azmin dan blok Bersatu berkumpul di Hotel Sharaton dari pagi sampai ke Malam..merancang untuk menjatuhkan Kerajaan PH.. 

Lim Guan Eng pada hari yang sama dari pagi sampai petang berada di pejabatnya di kementerian kewangan di Putrajaya.. apa yang lim guan Eng buat..? Menyiapkan draf Pakej Ransangan Ekonomi bagi menghadapi kesan dari kelembapan Ekonomi dari penularan wabak Corona Virus (COVID 19)...

Ucapan Tun Mahathir petang tadi adalah antara Draf dan pakej yang dirangka Lim Guan Eng pada hari Ahad tersebut.. dan di serahkan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan pada hari ini 27 febuari...Ketika Lim Guan Eng bekerja siang dan malam , berfikir untuk menyelamatkan Ekonomi Negara.. Azmin di hotel Seraton beseronok merancang nak jatuhkan Kerajaannya sendiri..

Ketika Lim Guan Eng mempersiapkan Pakej Ransangan Dr Dzul yang setiap hari memantau kementerian kesihatan..  Azmin bersama kelompoknya sbuk menggunakan jentera dan kekayaan negara merancang menjatuhkan Kerajaannya sendiri dengan membeli hati hati wakil rakyat.... bayangkan bagaimana teruknya pengkhianatan Azmin ini.. 

Kesan dari kejahatan dan Pengkhianatan Azmin..hanya dalam satu hari.. Matawang Negara jatuh keparas terendah sepanjang pemerintahan PH kepada RM 4.22..sedangkan dalam beberapa minggu sebelum itu ia hampir mencecah RM 4.00 berdasarkan tukar 1 USD.. yang lebih parah.. Pasaran Saham saja kita kehilangan modal pasaran bernilai lebih RM 40 Billion hanya dalam satu hari...

Pengkhianatan Azmin ini bukan saja melibatkan Pengkhianatan Politik.. tetapi Ekonomi.. bayangkan bagaimana Jijik dan Jahatnya Pengkhianatan ini semata mata memuaskan nafsu peribadinya untuk kekal berkuasa...hanya atas alasan mempertahankan Tun Mahathir..

tetapi hari ini dia berlakon kononnya gembira dengan Pakej Rangsangan ini dari hasil titik peluh orang lain...samalah jawatan dan kedudukan dia hari ini dari hasil pengorbanan partinya sendiri.. Bagaimana dia tanpa segan silu berbangga katakan dia mahu menyelamatkan Negara..

Orang seperti Azmin.. Kalau dinegara yang Bepresiden dan Beraja.. Selayak hukuman mati dijatuhkan.. Kerana Pengkhianatan Azmin itu berupa Pengkhinatan kepada Negara.. bukan lagi menyentuh soal Parti dan Politik.. 

Kalau aku jadi Tun Mahathir.. Malam kejatuhan pasaran saham dan matawang itu aku dah arahkan Ketua Polis mengheret Azmin ke Penjara... Malangnya dia masih bebas bersandiwara bersama Godfather nya tanpa rasa bersalah dan kesal.. apa jenis punya manusia lah Azmin ni.....  :)

IpohmaliQ

APAKAH AGENDA MAHATHIR ASALKAN DAPAT MENGHALANG ANWAR JADI PM?




Kalau ikut logiknya, khususnya kerana Yang Dipertuan Agong belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hasil temubual baginda dengan 222 Ahli Parlimen yang selesai semalam, ditambah lagi Majlis Raja-Raja pula dipanggil bersidang secara mengejut pagi esok, proses memilih Perdana Menteri baru sepatutnya belum lagi selesai sepenuhnya.

Soalnya, kenapa tiba-tiba Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri interim tiba-tiba mengumumkan sidang khas Parlimen akan diadakan pada Isnin, 2 Mac bagi membuat penentuan memilih Perdana Menteri baru?

Dalam hal ini, bukan saja soal kesahihan sidang khas Parlimen itu yang menjadi pertikaian, malah yang turut dipersoalkan ialah bolehkah Perdana Menteri interim memanggil sidang khas Parlimen diadakan?

Kenapa Tun Mahathir seolah-olah mendahului Yang Dipertuan Agong mengumumkan perkara itu?

Mengapa tidak ditunggu pihak istana mengeluarkan kenyataan rasmi?

Apakah Tun Mahathir dalam hal ini bertujuan menghalang Anwar Ibrahim daripada dilantik oleh Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri untuk mewakili kerajaan minoriti?

Ada maklumat mengatakan, walaupun Anwar dalam undian yang dibuat oleh 222 Ahli Parlimen tidak memperolehi sekurang-kurangnya 112 undi bagi membolehkannya membentuk kerajaan, tetapi beliau dikatakan memperolehi undi tertinggi yang angkanya hampir-hampir mencecah paras minima itu.

Ini bermakna, dengan kedudukan itu dan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, Anwar sudah boleh dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti dengan kedudukannya akan disahkan pada sidang Parlimen yang berikutnya.

Yang penting, Anwar mesti dilantik terlebih dahulu sebagai Perdana Menteri di mana dengan perlantikan itu beliau dipercayai boleh menambah sokongannya menjadi sekurang-kurangnya ada sokongan 112 Ahli Parlimen.

Ternampak di sini bahawa tindakan Tun Mahathir membuat pengumuman mengenai tidak ada sesiapa, baik Anwar atau dirinya atu lain-lain calon, ada mempunyai majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan seterusnya perlu sidang khas Parlimen untuk membuat penentuan, telah melangkaui bidang kuasa Yang Dipertuan Agong.

Kemungkinan apa yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Agong kepada Tun Mahathir mengenai tiada calon memperolehi majoriti yang jelas itu hanyalah sekadar sembang-sembang mereka berdua saja dan bukannya sesuatu yang boleh dianggap rasmi.

Kemudian daripada itu, melihat kepada dirinya semakin kurang mendapat sokongan, terutama selepas blok UMNO dan Pas telah menarik sokongan terhadapnya, hari ini juga Tun Mahathir secara tiba-tiba telah menyatakan persetujuannya jika Muhyiddin Yassin dipilih sebagai calon Perdana Menteri mewakili Bersatu.

Katanya, beliau tidak kisah jika parti lebih menghendaki Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri.

Tindakan Tun Mahathir ini tentu saja agak memeranjatkan kerana baru semalam beliau mengumumkan keinginannya membentuk kerajaan perpaduan tanpa parti di mana katanya, jika dilantik semula sebagai Perdana Menteri, beliau akan melantik sesiapa saja yang difikirkan layak sebagai anggota kabinet seumpana sistem Presiden di Amerika.

Kenapa hari ini tiba-tiba saja bellau sedia memberi laluan kepada Muhyiddin pula?

Apakah ini juga dilakukannya sebagai satu lagi tindakan yang bertujuan asalkan dapat menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 27/02/2020)

Anwar is ‘most likely’ candidate to win majority support: Professor


TAK GENTLEMEN MACAM IBLIS




Apabila projek rampasan kuasa yang dikoordinatorkan oleh Azmin Ali gagal, dia koner cara lain. Dia bawa keluar PBBM daripada kerajaan PH menyebabkan kerajaan hilang kuasa dan tumbang. 

Selepas itu dia mengharap penubuhan kerajaan baru dengan menanti pengundian di Istana Negara. Dia dan kumpulannya juga tidak cukup nombor, maka dia ubah ke cara lain pula. 

Kaedah atau taktik terbaru yang hendak digunakan, bawa ke parlimen, 2 Mach biar parlimen menentukan. Dia kata Udin anak Yassin akan dicalonkan. Sekiranya Udin menang dia akan sailang Udin anak Yassin.

Sebaliknya sekiranya di parlimen itu dia tetap juga gagal, maka dia mahukan parlimen dibubarkan. Biar sama ssaja.

Lihat dan nilai betapa licit alias jahatnya dia. Kalau dia beritahu awal-awal dia akan melakukan khianat secara nyata dan bukan berselindung seperti Iblis mudah untuk kita hadapinya. Penipuan iblis dan syaitan sangat bahaya. Tetapi syaitan lebih gentleman sebab dia berjanji dengan Tuhan akan mengkhianati bani Adam sampai ke hari kiamat bukannya bersembunyi. Cis. Trims.

MSO


(function() { var d = document, w = window; w

CARI DAN SAMAN WALAUNCAI INI

  Hannah Yeah Tolong jangan percaya fitnah seperti ini. Kenyataan palsu & kali ini mereka libatkan nama gereja juga. Mereka sebarkan dal...