ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 2

SIRI 2

*Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969* yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
*YB2 Melayu UMNO* kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

*Apakah semua ini angkara DAP ?*

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha *menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.*

*Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO* yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

*Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.*

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

*Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.*

No comments: