DAULAT TUANKU. PECAT SEGERA PM INTERIM

Berikutan keputusan peakar Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menolak pemakluman Perdana Menteri interim, Tun Mahathir Mohamad untuk memanggil sidang Parlimen khas, Isnin depan, kedudukan beliau kini nyata semakin tidak diperlukan lagi.
Terlihat di sini bahawa Tun Mahathir bukan saja tidak mengikut peraturan dalam memutuskan untuk mengadakan sidang khas Parlimen itu, malah mendahului proses yang masih belum selesai dijalankan Yang Dipertuan Agong berhubung perlantikan Perdana Menteri.
Selepas mengadakan temubual dengan 222 Ahli Parlimen, Yang Dipertuan Agong turut memanggil sidang khas Majlis Raja-Raja berkenaan perkara yang sama.
Adalah dijangkakan, suatu pengumuman penting berkenaan kedudukan Perdana Menteri baru dipercayai akan dikeluarkan oleh pihak Istana Negara petang ini.
Sehubungan itu, Mohamad Ariff berkata, keperluan mengadakan sidang khas Parlimen akan hanya dibuat selepas mendapat titah daripada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam hal ini, Tun Mahathir dengan kedudukannya selaku Perdana Menteri interim memanggil sidang khas Parlimen itu dilihat semakin mengganggu keadaan dalam negara.
Beliau terlihat semakin hilang keupayaan menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri interim.
Maka, sebaik-baiknya Yang Dipertuan Agong perlu memecat segera Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim kerana dibimbangi lebih banyak tindakan dan kerosakan yang dilakukannya selepas ini.
Lagi pula, dengan penolakan oleh Speaker ini, apakah Tun Mahathir tidak berasa malu dibuatnya?
Tiada lagi beliau sebagai Perdana Menteri interim, selesai dan amanlah negara ini. (ShahbudinHusin 28/02/2020)

No comments: