KETIKA LANGKAH SHERATON DIRANCANG,GUAN MERANCANG DRAF RANSANGAN EKONOMI.



Apakah kita tahu.. Ahad lepas, Ketika Azmin dan blok Bersatu berkumpul di Hotel Sharaton dari pagi sampai ke Malam..merancang untuk menjatuhkan Kerajaan PH.. 

Lim Guan Eng pada hari yang sama dari pagi sampai petang berada di pejabatnya di kementerian kewangan di Putrajaya.. apa yang lim guan Eng buat..? Menyiapkan draf Pakej Ransangan Ekonomi bagi menghadapi kesan dari kelembapan Ekonomi dari penularan wabak Corona Virus (COVID 19)...

Ucapan Tun Mahathir petang tadi adalah antara Draf dan pakej yang dirangka Lim Guan Eng pada hari Ahad tersebut.. dan di serahkan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan pada hari ini 27 febuari...Ketika Lim Guan Eng bekerja siang dan malam , berfikir untuk menyelamatkan Ekonomi Negara.. Azmin di hotel Seraton beseronok merancang nak jatuhkan Kerajaannya sendiri..

Ketika Lim Guan Eng mempersiapkan Pakej Ransangan Dr Dzul yang setiap hari memantau kementerian kesihatan..  Azmin bersama kelompoknya sbuk menggunakan jentera dan kekayaan negara merancang menjatuhkan Kerajaannya sendiri dengan membeli hati hati wakil rakyat.... bayangkan bagaimana teruknya pengkhianatan Azmin ini.. 

Kesan dari kejahatan dan Pengkhianatan Azmin..hanya dalam satu hari.. Matawang Negara jatuh keparas terendah sepanjang pemerintahan PH kepada RM 4.22..sedangkan dalam beberapa minggu sebelum itu ia hampir mencecah RM 4.00 berdasarkan tukar 1 USD.. yang lebih parah.. Pasaran Saham saja kita kehilangan modal pasaran bernilai lebih RM 40 Billion hanya dalam satu hari...

Pengkhianatan Azmin ini bukan saja melibatkan Pengkhianatan Politik.. tetapi Ekonomi.. bayangkan bagaimana Jijik dan Jahatnya Pengkhianatan ini semata mata memuaskan nafsu peribadinya untuk kekal berkuasa...hanya atas alasan mempertahankan Tun Mahathir..

tetapi hari ini dia berlakon kononnya gembira dengan Pakej Rangsangan ini dari hasil titik peluh orang lain...samalah jawatan dan kedudukan dia hari ini dari hasil pengorbanan partinya sendiri.. Bagaimana dia tanpa segan silu berbangga katakan dia mahu menyelamatkan Negara..

Orang seperti Azmin.. Kalau dinegara yang Bepresiden dan Beraja.. Selayak hukuman mati dijatuhkan.. Kerana Pengkhianatan Azmin itu berupa Pengkhinatan kepada Negara.. bukan lagi menyentuh soal Parti dan Politik.. 

Kalau aku jadi Tun Mahathir.. Malam kejatuhan pasaran saham dan matawang itu aku dah arahkan Ketua Polis mengheret Azmin ke Penjara... Malangnya dia masih bebas bersandiwara bersama Godfather nya tanpa rasa bersalah dan kesal.. apa jenis punya manusia lah Azmin ni.....  :)

IpohmaliQ