INI KALAU ATOK CERAMAH- SAHIH WALAUN TAKKEBIR
Pelajar keluarga kurang mampu, Menteri beri kelonggaran pakaian kokurikulum
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kelanggoran kepada
pelajar untuk mengenakan baju-T bersesuaian semasa mengikuti aktiviti
kokurikulum badan beruniform di sekolah.
Kelonggaran itu diumumkan menterinya, Fadhlina Sidek semasa
ditemui pemberita dalam satu program di Nilai, Negeri Sembilan.
Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN menjelaskan rasional
kepada keputusan itu adalah bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang mampu
membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20
Mac ini.
"Jika tak mampu, pakai baju sukan yang sesuai untuk hadir ke
sekolah dan mengikuti semua program kokurikulum sekolah, jadi tak timbul soal
kita berkeras dalam soal uniform, kita bagi ruang
"Kita bersikap bertolak ansur dalam perkara ini sesuai dengan
keadaan kerana sedar dengan kos penyediaan yang tinggi selain masalah banjir
yang sebahagian tempat belum pulih sepenuhnya," katanya.
Beliau sebelumnya Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan
Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek.
Menyentuh isu pelajar di beberapa negeri yang berdepan bencana
banjir baru-baru ini, beliau turut menjelaskan kelonggaran sama turut diberikan
untuk pelajar terbabit hadir ke sekolah meskipun tidak mengenakan pakaian
seragam sekolah.
"Dalam konteks di Johor misalnya, kita (KPM) beri ruang
kepada mereka ini supaya datang ke sekolah walaupun tanpa memakai pakaian
seragam.
"Yang penting asalkan berbaju, sebab kita tak nak beban hanya
soal baju (seragam) itu, mereka dinafikan daripada pendidikan," katanya.
Skandal Jana Wibawa: Melayu patut rasa dikhianati
Orang Melayu terutama kontraktor Bumiputera sewajarnya berasa
“dikhianati” susulan penyelewengan yang berlaku pada program Jana Wibawa.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu dalam satu
kenyataan berkata, inisiatif rangsangan ekonomi itu merupakan usaha baik
membantu kontraktor Bumiputera berdepan kesukaran ketika pandemik Covid-19 yang
banyak melumpuhkan syarikat tempatan.
Namun usaha baik itu tegasnya telah tercemar dan gagal mencapai
objektifnya susulan tindakan segelintir individu yang mengkhianati Bumiputera
demi kepentingan rakus diri.
"Sekali lagi di sebalik topeng ‘membantu Bumiputera’, tetapi
Bumiputera juga yang dikhianati oleh pimpinan sendiri.
"Sampai bila nama Bumiputera, Melayu dan Islam diperalatkan
untuk kepentingan individu atau kumpulan tertentu saja?
"Bangsa Melayu perlu sedar dan insaf daripada terus
diperalatkan dan ditipu pemimpin sendiri bertopengkan Melayu dan Islam di bawah
helah pembelaan bangsa dan agama," katanya dalam kenyataan.
Jana Wibawa, atau Program Penjanaan Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor
Bumiputera diperkenalkan pada November 2020 semasa pentadbiran PM Mahiaddin
Yassin.
Selain untuk meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam
industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, program itu bagi mempercepatkan
penyampaian projek kerajaan bagi membantu merangsang pemulihan ekonomi Malaysia
selepas Covid-19.
Walau bagaimanapun Presiden Bersatu, Mahiaddin dan bekas Ketua
Penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan kemudian dihadap ke Mahkamah bagi
berdepan tuduhan rasuah dikaitkan dengan program itu.
Sementara itu Raja Kamarul yang juga seorang arkitek terkenal
negara berkata, sebagai arkitek yang pernah berurusan dengan kontraktor
Bumiputera, beliau tahu ramai yang menaruh harapan tinggi program Jana Wibawa
akan menjadi “penyelamat” mereka.
Sesetengah kontraktor Bumiputera yang bergelut dari segi kewangan
ketika pandemik, katanya terpaksa menjual perniagaan, barang kemas dan harta
keluarga untuk terus bertahan.
Inisiatif baru KPM menjelang penggal persekolahan dipuji
Langkah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi kelonggaran
untuk pelajar tidak berkemampuan mengenakan baju-T bersesuaian semasa mengikuti
aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah menerima reaksi positif.
KEADILAN Cabang Kemaman dalam satu kenyataan menyambut baik
langkah itu kerana dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi ibu bapa
pelajar terutama tarikh penggal baru persekolahan dan kedatangan Ramadan juga
berlaku pada tempoh yang berdekatan.
"Juga keputusan Kementerian supaya tiada sesi pembelajaran
akademik bagi minggu pertama persekolahan juga disambut baik.
"Ini membolehkan pelajar-pelajar baru terutamanya pelajar
tahun satu dan tingkatan satu mempunyai lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan
suasana persekolahan yang baru, di samping memberi peluang kepada pelajar yang
lain membuat persediaan sebelum sesi pembelajaran bermula.
"KEADILAN Kemaman juga mengucapkan tahniah kepada Fadlina
Sidek yang mengorak langkah mentransformasikan pendidikan negara ke arah yang
lebih baik dan berkualiti selaras dengan konsep Malaysia Madani," kata
kenyataan itu.
Fadhlina pada Isnin mengumumkan kelonggaran untuk pelajar
mengenakan baju-T bersesuaian untuk aktiviti kokurikulum.
Kelonggaran juga diberikan untuk pelajar terlibat banjir bagi
membolehkan mereka dapat menghadiri sesi persekolahan walaupun tanpa mengenakan
pakaian seragam.
Keputusan agar tiada sesi pembelajaran akademik diadakan pada
minggu pertama persekolahan dinyatakan Kementerian melalui surat Pekeliling
Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 5 Tahun 2023.
Arahan agar minggu pertama persekolahan dimanfaatkan dengan
program dan aktiviti menyeronokkan bertujuan untuk menyokong murid dan guru
agar bersedia sepenuhnya dalam aspek sosioemosi dan mental untuk berdepan
proses pendidikan formal.
"Diharapkan lebih banyak perubahan-perubahan yang lebih baik
dapat dilakukan oleh pihak Kementerian bagi terus memperkasakan sistem
pendidikan negara," kata KEADILAN Kemaman dalam kenyataan mereka.
INGAT MAHKAMAH DIA YANG PUNYA.- NI BARU MAHKAMAH DUNIA HANG TAKUT- MAHKAMAH AKHIRAT JENUH NAK DAPAT PENGAMPUNAN
Mahkamah keluar waran tangkap Exco PAS Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap exco negeri Mohd Nor Hamzah yang tidak hadir hari ini untuk menyambung keterangan dalam pendengaran petisyen pilihan raya bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.
Peguam Amin Othman, yang bertindak bagi pempetisyen Jasmira Othman berkata hakim Hassan Abdul Ghani mengeluarkan waran tangkap apabila Mohd Nor tidak hadir pada prosiding hari ini.
Jasmira merupakan calon BN bagi kawasan itu semasa pilihan raya umum lalu.
“Pada 14 Mac, Hassan Abdul Ghani telah mengarahkan Mohd Nor untuk kembali ke mahkamah pada 16 Mac untuk menyambung semula keterangannya.
"Bagaimanapun pada pagi 16 Mac (hari ini), Mohd Nor gagal hadir ke mahkamah.
“Oleh itu, atas permohonan peguam pempetisyen, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Nor.
"Perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang akan disambung pada 19 Mac," kata Amin kepada Malaysiakini.
Media sebelum ini melaporkan petisyen itu difailkan pada 3 Jan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dilaporkan berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri - melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student - antara 15 dan 17 Nov 2022 menjelang PRU15.
https://m.malaysiakini.com/news/658875
TUAN BRAHIM JANGAN GABRA-MENGAPA TUAN IBRAHIM TAK HABIS-HABIS MENCECEH BERKENAAN PROJEK TEBATAN BANJIR?
Entah atas sebab apa, kemarahan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung pembatalan projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion nampaknya masih belum berakhir sampai sekarang.
Keputusan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membatalkan projek yang diberi secara runding terus itu dan menukarnya kepada tender terbuka, sehingga kini terus dicecehnya seperti tidak ada kesudahannya.
Sebelum ini, sudah banyak kali beliau mempertikaikan keputusan Anwar itu – sama ada di dalam atau di luar Parlimen – termasuk menghujahkan bagaimana RM2 bilion dapat dijimatkan, sedangkan ia belum lagi dilaksanakan.
Seterusnya, beliau juga mempertikaikan bagaimana projek tebatan banjir itu boleh dibatalkan, walhal ia belum lagi diserahkan kepada mana-mana syarikat untuk melaksanakannya.
Begitu pun, hujah Tuan Ibrahim itu disanggah oleh Anwar di Parlimen dengan mengatakan, dakwaan itu tidak betul sama sekali.
“Ada surat kelulusan telah dikeluarkan dan apabila kerajaan bertukar, ia sempat ditahan,” tegas Anwar.
Berikutan banjir melanda di Johor baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan, kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di negeri tersebut dengan menggunakan kaedah ‘fast-track’ atau pantas dalam kelulusan tender, meskipun diperkenalkan melalui sistem tender terhad.
Katanya, kaedah itu diputuskan agar ia dapat dilaksanakan dengan segera.
“Kalau kita guna proses tender biasa, ia tidak boleh (diselesaikan) dalam bulan Jun dan Julai.
“Jadi, saya minta fast track (supaya) diselesaikan bulan Jun dan take off pada Julai,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Tuan Ibrahim, juga di Parlimen.
Terbaru, Tuan Ibrahim hari ini sekali lagi tampil bersuara mengenai projek tebatan banjir itu.
Kali ini, beliau mempertikaikan pula mengenai kaedah sistem tender terbuka yang diperkenalkan terhadap perlaksanaan projek tersebut.
Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mempertahan projek tebatan banjir berjumlah RM15 bilion yang dianugerahkan secara rundingan terus sewaktu beliau menjadi menteri yang bertanggungjawab bagi projek itu.
Menurut beliau, penyelewengan tetap akan berlaku dalam sistem tender terbuka sekiranya tidak dilaksana secara telus dan jujur.
Apa ni Tuan Ibrahim, tak habis-habis lagi bercakap soal projek tebatan banjir?
Ada apa-apa ke, tidak bolehkah berlapang dada menyerahkan kepada kerajaan semasa melaksanakan projek itu dengan kaedah yang difikirkan lebih baik lagi?
Kenapa marah dengan tender terbuka dan mengaitkan dengan sikap tidak jujur serta tidak telus?
Kalau nak bercakap soal tidak jujur atau tidak telus, jangankan dalam sistem tender terbuka, orang pakai kopiah dan berjubah pun didapati ramai terlibat skandal serta penyelewengan.
Begitu juga, jika nak bercakap soal tender terbuka tidak dapat menghalang penyelewengan, apakah kaedah runding terus yang dilaksanakan sebelum ini bebas daripada penyelewengan?
Bukankah, kalau pun berlaku juga penyelewengan, sistem tender terbuka lebih memungkinkan penyelewengan itu dapat diminimakan berbanding kaedah runding terus?
Yang pasti, kemungkinan berlaku penyelewengan yang besar adalah lebih mungkin berlaku dalam kaedah runding terus berbanding tender terbuka.
Kenapa benda mudah macam ini pun Tuan Ibrahim susah nak faham?
Selain itu, sejak bila Pas lebih gemar mempertahankan mudarat yang besar berbanding mudarat yang kecil? – ShahbudinHusin 16/03/2023.
GUANE BOH ? DOK LA SEMALAM DUA- BUKAN PULOH TAHUN...
Mahkamah pilihan raya keluar waran tangkap terhadap exco Terengganu
Waran tangkap dikeluarkan kerana exco Mohd Nor Hamzah gagal hadir memberi keterangan perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang.
PETALING JAYA: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah kerana gagal hadir memberi keterangan perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai hakim pilihan raya selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Adun Bukit Payong.
Hassan ketika prosiding pada Selasa, mengarahkan Mohd Nor hadir semula ke mahkamah hari ini untuk menyambung memberikan keterangannya.
Bagaimanapun, Mohd Nor gagal hadir ke mahkamah dan perbicaraan bagi petisyen pilihan raya Marang akan disambung pada 19 Mac ini, lapor Berita Harian.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu menolak bantahan awal dikemukakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional.
Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.
Pada 3 Januari lalu, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umno Terengganu Ahmad Said berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
AWAT DOK BUAT GILA APA NI KAT JKOM
Ini kali ke 3 GM sentuh isu berkaitan J-Kom, dan kali ke 5 menyentuh Kementerian Komunikasi Digital.
Sesi dewan parlimen, ahli parlimen berbahas menyentuh isu terkait J-Kom & lantikan pegawai baru termasuklah isu bajet dan usaha J-Kom tidak terkait kpd mana2 parti.
Penulisan beberapa hari lepas GM ada usik 2 langau yg terkait kpd agensi ini. Nah, ini isunya...
👉1. Ada pihak dalaman parti yg rapat kpd Anwar cuba install beberapa org ke dalam agensi J-Kom, tujuannya agar segala kehendaknya kelak di penuhi. Pendek kata, cuba gunakan ruang yg ada pd agensi ini utk melobi kepada mana2 parti pimpinan politik utk tujuan lain contohnya merebut tender dan sbgnya.
👉2. Pihak satu lg yg berpejabat di Shah Alam, menjalankan operasi "pusat kajian", cuba melobi utk jadi ketua di agensi J-Kom. Paling sadis, dia minta manfaat "kereta & pemandu" khas buat dirinya sendiri !
Kalian dh maklum, sdra Mohammad Agus Yusoff telah di lantik dgn rasmi mengetuai J-Kom, sdra Syam Ghaz & Siti Aisyah Sheikh Ismail adalah hulubalangnya.
Apa akan berlaku jika 2 langau itu berjaya.
Sadisnya, sdra Agus yg baru sahaja mengetuai J-Kom akan di gantikan...atau jika berlaku juga usaha campuran daripada parti tertentu, sdra Agus sendiri akan meletakkan jawatan. Itu merugikan J-Kom itu sendiri.
Nah...maka di sinilah sdra Agus berkata baik di dalam wawancara media mahupun ahli parlimen berbahas, tentang tidak mahu J-Kom di pengaruhi oleh mana2 parti. Ucapannya itu adalah berdasarkan daripada 2 situasi langau ini.
Kejadah apanya minta jawatan ketua J-Kom dgn nak menggantikan sdra Agus, kemudian minta manfaat kereta & driver tapi kerja nak 2 hari seminggu? Ini kerja gila...
Untuk kerajaan perpaduan yg di pimpin sdra Anwar uruskan persepsi negatif, kita tak buleh tunggu & harap semua keadaan berubah jd baik hanya duduk di atas kerusi empuk.
Itu bodoh namanya!
J-Kom perlukan intelektual bijak sprt sdra Mohammad Agus Yusoff dan barisan kepimpinan segar di sana perbaiki sistem dalaman & sebaran komunikasi bg menguruskan persepsi negatif terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan.
Dan pengkarya bebas di media internet juga usah di anak tirikan. Sampai bila nak mengharapkan penulis tegar di luar sana buat kerja secara percuma. Betul, mereka menulis dgn ikhlas...tapi usahlah mempergunakan keikhlasan mereka demi kepentingan peribadi tertentu.
Sbg contoh, ada maklumat yg di terima kos promosi kerajaan Madani di keluarkan kepada suatu pihak...kemudian pihak tersebut panggil penulis2 pusat media harapan sebarkan secara percuma. Dah la datang dgn kos perjalanan & belanja, hanya di terangkan atas pentas kemudian bawa balik senaskah buku utk menulis percuma.
Sdra Anwar perlu melihat hal ini segera!
Sebelum mengakhiri mlm ini...sekali lg nak di peringatkan, seandainya sdra Agus mengalah di sebabkan desakan nak install sekoq dua langau ke dalam agensi tersebut, penyebaran maklumat tidak akan kemana di tambah lg dgn kelemahan yg ada pd Kementerian Komunikasi & Digital di bawah tangan sdra Fahmi.
PH tidak akan kemana sekiranya peluang yg ada di salah guna & tidak menggunakan peluang ini sehabis baik mungkin. Ia akan lebih rosak sekiranya 2 ekor langau tersebut berjaya menggagalkan usaha perubahan demi nak capai matlamat peribadi masing2.
Suasana di J-kom perlu berubah total menjadi lebih terkehadapan membantu negara di bawah intelektual pasukan sdra Agus.
Cukup setakat ini.
Yang berkarya:
Gino Marvela
ANWAR JUMPA SULTAN KEDAH MENGENAI PEMBANGGUNAN NEGERI. SANUSI TAK LEH GELEMBONG SULTAN..
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman atas perkenan menerima patik mengadap malam tadi di Istana Anak Bukit.
Dalam sesi menghadap tersebut, saya menyembah maklum soal pembangunan negara dan negeri Kedah kepada Duli Tuanku.
Saya kemudiannya turut berkesempatan menziarahi makam Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di Makam Diraja Langgar.
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Dirgahayu Tuanku.
#MalaysiaMADANI
HADI AWANG ZIARAH GEREJA
Adrian Lim Chee Enn.
Dalam lawatan ke gereja St Columbia di Miri, Presiden PAS berkata perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk.
Hadi menambah, Islam adalah agama perdamaian dan PAS sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang.
Oktober 2015 (sebelum PRN Sarawak 2016)
SETEPEK KENA MUKA PAS- NAK DAKWAH MACAMANA KALAU BERGADUH DENGAN BANGSA ASING-IKUTLAH BAGAIMANA ALLAHYARHAM TOK GURU NIK AZIZ.
Setepek Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh beri ke PN.
Kementerian Belia dan Sukan dituduh menjalankan agenda
Kristianisasi dengan mengadakan program Jom Ziarah Gereja. Baca berita
selanjutnya di: https://cstu.io/a27921
Untuk makluman, program ini bukanlah bertujuan untuk menyebarkan
agama Kristian. Sebaliknya ia untuk menyemai persefahaman antara agama. Ia juga
bukan berfahaman plural yang menganggap semua agama adalah sama.
Program tidak hanya tertumpu kepada menziarah gereja. Bahkan
masjid dan kuil juga ada tersenarai. Lebih penting, tiada belia Muslim yang
mengikuti program ini.
Puak PN seperti biasa tunggang isu ini untuk tanam benih
kebencian kepada kerajaan dengan niat untuk perlihatkan seolah-olah agama Islam
terancam di bawah pentadbiran PH.
Tapi yang menariknya Hannah menjawab tohmahan itu dengan memetik
pendirian 2 pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden PAS sendiri, Hadi Awang dan
Timbalannya, Tuan Ibharim.
Menurut Hannah, Tuan Ibharim sendiri pernah kata tak salah untuk
orang Islam masuk ke kuil terima kalungan selagi tidak mengikuti upacara agama
itu.
Lebih dari itu, pada tahun 2015 pula, Presiden PAS sendiri
pernah melawat gereja di Sarawak dan adakan perbincangan dengan pihak gereja.
Peliknya waktu tak timbul soal Kristianisasi pula. Macam biasa,
bila PAS yang buat, dapat pahala. Bila orang lain buat jadi berdosa dan masuk
neraka.
Nampaknya fitnah ni dah jadi oksigen untuk puak PN. Kalau tak
buat fitnah, dia macam tak bernafas. Boleh mati. Laporan polis sudah dibuat.
Kalau kena siasat nanti jangan koyak pulak. Guane boh?
.