INGAT MAHKAMAH DIA YANG PUNYA.- NI BARU MAHKAMAH DUNIA HANG TAKUT- MAHKAMAH AKHIRAT JENUH NAK DAPAT PENGAMPUNAN

 Mahkamah keluar waran tangkap Exco PAS Terengganu




Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap exco negeri Mohd Nor Hamzah yang tidak hadir hari ini untuk menyambung keterangan dalam pendengaran petisyen pilihan raya bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.


Peguam Amin Othman, yang bertindak bagi pempetisyen Jasmira Othman berkata hakim Hassan Abdul Ghani mengeluarkan waran tangkap apabila Mohd Nor tidak hadir pada prosiding hari ini.


Jasmira merupakan calon BN bagi kawasan itu semasa pilihan raya umum lalu.


“Pada 14 Mac, Hassan Abdul Ghani telah mengarahkan Mohd Nor untuk kembali ke mahkamah pada 16 Mac untuk menyambung semula keterangannya.


"Bagaimanapun pada pagi 16 Mac (hari ini), Mohd Nor gagal hadir ke mahkamah.

“Oleh itu, atas permohonan peguam pempetisyen, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Nor.


"Perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang akan disambung pada 19 Mac," kata Amin kepada Malaysiakini.


Media sebelum ini melaporkan petisyen itu difailkan pada 3 Jan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dilaporkan berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri - melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student - antara 15 dan 17 Nov 2022 menjelang PRU15.

https://m.malaysiakini.com/news/658875


No comments: