MASA JADI PM- DARURAT - HAK MANUSIA PUN DIRAMPAS- PARLIMEN PUN DITUTUP. BEBAS ? BEBASKAN MEDIA




Mahiaddin kata rakyat Malaysia akan hilang banyak kebebasan di bawah kerajaan semasa ini. Menurut Mahiaddin lagi, lebih ramai TikTokers akan ditahan dan kebebasan media juga akan disekat.

Jadi sekarang aku nak nak tahulah, berapa ramai TikTokers yang telah ditahan sebab kritik kerajaan? Berita penuh di https://bit.ly/3FqiT9N.

Seingat aku, tak ada lagi. Kalau ada pun, sebab buat posting yang menimbulkan kebencian kaum. Bukan kritik kerajaan. Kebebasan media juga tidak pernah disekat. Bahkan sekarang terlebih bebas.

Tengok akhbar macam Sinar Harian. Sekarang dah jadi Harakahdaily dah. Bukan setakat utamakan berita pembangkang, malah banyak berita sengaja timbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Mahiaddin sendiri bebas buat sidang media. Tiap hari ada saja berita tentang Mahiaddin. Berita dia menyakau tu satu hal. Berita dia kutuk dan fitnah kerajaan dan DS Anwar pun bebas disiarkan.

Malah berita ini pun jadi bukti tiada sekatan ke atas kebebasan media. Dia nak kebebasan yang macam mana lagi? Bebas memfitnah?

Seingat aku, kebebasan rakyat paling teruk hilang masa Mahiaddin jadi PM. Sampai nak pergi kerja pun tak boleh. Duduk depan rumah pun disaman. Mana pergi duit saman banyak-banyak tu agaknya?

Masa Mahathir jadi PM, hak kita sebagai manusia pun dirampas. Sedang dia boleh pergi main golf. Hari ini dia nak bercakap soal kebebasan? Hilang ingatan ke apa dia ni? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

No comments: