DI SEBALIK JANJI SELESAI MASALAH AIR DI KELANTAN, PAS RAMAL UMNO TAKKAN MENANG WALAU SATU KERUSI DI PRN NANTI

 

Pas mempersoalkan janji parti tertentu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, sebaliknya meramalkan parti itu tidak akan memenangi sebarang kerusi di Kelantan dan beberapa negeri lagi pada PRN nanti.

“Ada pihak berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika diberi mandat dalam PRN nanti.

“Lupakah beliau bahawa Menteri Air bukan dari partinya, Perdana Menteri bukan dari partinya, Menteri yang jaga kantung negara juga bukan dari partinya. 

“Bagaimana nak buat keputusan perolehan yang besar jika kesemuanya itu bukan dari partinya” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan adakah menteri tertentu menggunakan kuasa untuk bagi pengecualian.

“Adalah diramalkan insya-Allah partinya tiada mendapat satu kerusi pun di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, Umno merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada PRN nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masalah air di Kelantan adalah janji Umno yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.


SUMBER FB


No comments: