MB PALATAO


Aman Muhamad



 Antara kelebihan MB Kedah ni dia tau semua benda seperti plot, maklumat dan perancangan sulit.






Kecuali bab LRA Sungai Limau yang Widad dapat kontrak daripada kerajaan Kedah pada tahun 2021, sampai hari ni dia tak tau siapa beri kontrak kat Widad tu.


;)

NASI LEMAK RM1 PUN JAKUN ..APA LA...

 


Naimullah Labu


Sidang DUN Pahang ni benar-benar membuka mata rakyat tentang tahap pemikiran sesetengah pihak Pas ni. Banyak isu yang dibangkitkan bukan lagi soal masa depan negeri atau kebajikan rakyat, tapi lebih kepada politik murahan yang mencuit rasa lawak daripada rasa hormat.





Paling kelakar bila media sendiri dikatakan memfitnah pimpinan sendiri. Kalau benar laporan terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man itu fitnah, maka samanlah. Jangan hanya pandai bermain persepsi dan drama politik untuk mengaburkan kelemahan sendiri.


Isu nasi lemak seringgit pun mahu dipolitikkan.





 Sedangkan realitinya, di banyak tempat masih ada peniaga kecil yang jual pada harga mampu milik untuk bantu rakyat. Apa yang disebut oleh Wan Rosdy Wan Ismail tidak salah. Tapi mungkin kerana tekak sesetengah pemimpin pembangkang sudah terbiasa dengan “level kayangan”.


Kalau beginilah tahap pemikiran dan mutu perbahasan yang dibawa, simpan sajalah angan-angan untuk menerajui Pahang.Makin punoh negeri nanti.


Tiba2 rindu nak bersidang dalam dewan Yang mulia..Imbau kenangan manis duduk di kerusi YAM MB Tokwan kesayang orang Pahang tumpang bangga sebagai anak jati Jelai


#Pahang1st




ULASAN | Daripada hero filem ke layar politik: Vijay, Gen Z dan enigma anak muda Malaysia




Oleh MOHD NAJIB HASHIM

Ketika idea untuk menulis artikel ini muncul, usai menonton filem Sarkar lakonan Vijay. Tatkala dalam dunia realiti Tamil Nadu, Vijay sudah bergerak dalam politik massa dan desas-desus mula meruap bahawa beliau akan mencetak satu lagi kejayaan besar dalam arena politik.

Sarkar adalah sebuah filem berkisar tentang kuasa rakyat, pilihan raya dan perubahan politik. Mutu lakonan yang neutral, seolah-olah Vijay mempraktikan idealisma untuk dijual kepada khalayak bahawa inilah yang akan dilakukan sekiranya beliau masuk menyertai politik di negeri terkaya di India itu.

Jika dalam Sarkar, Vijay memegang watak Sundar Ramasamy, berkelana di Amerika Syarikat hingga menjadi seorang usahawan korporat kaya pulang ke India untuk mengundi tetapi gagal kerana identitinya telah diguna untuk mengundi. Di sinilah beliau memulakan sikap melawannya. Titik. 

Realitinya, kemunculan pelakon terkenal Vijay sebagai kuasa politik baharu bukan lagi dianggap sekadar eksperimen selebriti. Tetapi menjadi simbol perubahan besar dalam landskap demokrasi moden bahawa pengaruh budaya popular, media sosial dan psikologi anak muda sudah menjadi senjata paling ampuh dalam pilihan raya.

Apabila Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) muncul sebagai parti terbesar dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu 2026, ramai penganalisis politik India sendiri terkejut. 

Parti yang baru beberapa tahun ditubuhkan itu bukan sahaja berjaya memecahkan dominasi DMK dan AIADMK yang menguasai politik Tamil Nadu sejak 1967, malah hampir membentuk kerajaan negeri.

Dari kisah realiti Tamil Nadu inilah artikel ini akan merungkai bagaimana pempengaruh (selebriti Vijay), Gen Z(anak muda) mencipta pesona sendiri dalam menentukan siapa yang akan diyakini untuk memimpin mereka. 

Dan bagaimana pula generasi muda di negara ini, adakah masih dalam sindrom ‘enigma’ yang sukar dibaca atau boleh ‘tersedut’ dalam gelombang yang melanda dunia ketika ini.

Berdasarkan daripada apa yang berlaku di Thailand, Indonesia, Korea Selatan sehinggalah mungkin ke Malaysia, generasi muda hari ini tidak lagi melihat politik melalui lensa lama.

Mereka tidak menilai pemimpin hanya berdasarkan parti. Mereka menilai naratif. Mereka menilai emosi. Mereka menilai keaslian. Dan lebih penting, mereka mahu merasakan bahawa suara mereka diwakili.

Fenomena Vijay sebenarnya membawa satu mesej penting kepada politik Malaysia. Dalam era digital hari ini, sesiapa yang berjaya menguasai imaginasi anak muda berpotensi menguasai peti undi.

Politik generasi lama dibina atas struktur akar umbi, cawangan parti, ceramah kelompok dan pengaruh media tradisional.Tetapi politik generasi baharu dibina melalui telefon pintar. TikTok kini lebih berpengaruh daripada pentas ceramah.

Podcast lebih dipercayai berbanding kenyataan media. ‘Meme’(kandungan tular satira) politik kadangkala lebih berkesan daripada manifesto setebal 200 muka surat.

Inilah perubahan besar yang gagal difahami banyak parti politik tradisional. Anak muda hari ini membesar dalam dunia internet. Mereka tidak mempunyai kesetiaan politik yang tegar. Mereka tidak terlalu emosional terhadap sejarah parti.

Sebaliknya mereka menilai siapa yang kelihatan paling jujur, paling dekat dan paling memahami keresahan hidup mereka. Sebab itu Vijay berjaya mencipta gelombang.

Beliau bukan sekadar pelakon terkenal. Beliau adalah simbol budaya popular. Dialog filemnya menjadi slogan, tariannya dalam filem Thalapathy Kacheri menjadi ikutan, manakala gaya hidupnya menjadi identiti. Peminatnya pula berkembang menjadi jentera politik organik.

Apa yang berlaku di Tamil Nadu sebenarnya mempunyai persamaan besar dengan perubahan politik Malaysia sejak Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada 2018, Malaysia menyaksikan bagaimana pengundi muda memainkan peranan besar dalam menjatuhkan kerajaan yang dianggap terlalu lama memerintah.

Pada 2022 pula, landskap politik menjadi lebih kompleks apabila Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik membawa jutaan pengundi baharu ke dalam sistem demokrasi negara.

Ramai parti politik pada awalnya menyangka anak muda mudah dipengaruhi. Hakikatnya tidak. Generasi muda hari ini jauh lebih kritikal. Mereka menolak propaganda keterlaluan. Mereka cepat menghukum hipokrasi.

Dan mereka mudah berpindah sokongan jika merasakan sesuatu parti gagal memenuhi harapan.

Gen Z bukan sekadar pengundi(sub

Di Malaysia hari ini, Gen Z bukan lagi kelompok kecil. Mereka sudah menjadi kuasa penentu. Dalam banyak kerusi bandar dan separa bandar, undi anak muda mampu menentukan jatuh bangun kerajaan.

Masalahnya, ramai ahli politik masih gagal memahami psikologi generasi ini. Gen Z tidak suka bahasa terlalu formal. Mereka tidak gemar pidato panjang berjela-jela. Mereka mahu komunikasi pantas, ringkas, jujur dan bersifat manusiawi.

Sebab itu ramai tokoh politik lama gagal menembusi kelompok muda walaupun mempunyai pengalaman luas. Mereka bercakap seperti era televisyen. Sedangkan Gen Z hidup dalam era algoritma.

Bagi generasi muda hari ini, keaslian jauh lebih penting daripada kesempurnaan. Mereka lebih tertarik kepada pemimpin yang kelihatan “real” berbanding terlalu tersusun seperti robot politik.

Fenomena ini boleh dilihat di banyak negara. Di Amerika Syarikat misalnya, ramai ahli politik muda menggunakan TikTok untuk mendekati pengundi.

Di Korea Selatan pula, isu kos sara hidup dan tekanan kerja menjadi tema utama kempen kerana ia dekat dengan realiti anak muda.

Begitu juga di Malaysia. Anak muda tidak lagi hanya bercakap soal ideologi. Mereka bercakap soal harga rumah, gaji, kos makanan, peluang pekerjaan, kesihatan mental dan masa depan.

Mana-mana parti yang gagal memahami keresahan ini akan berdepan kesukaran besar dalam pilihan raya akan datang.

Jika Tamil Nadu memberi contoh bagaimana budaya popular boleh menjadi gelombang politik, Thailand pula membuktikan bagaimana Gen Z mampu menggoncang keseluruhan sistem kuasa lama.

Pilihan raya Thailand menjadi titik penting apabila parti Move Forward muncul sebagai kuasa politik paling dominan dalam kalangan anak muda. Parti itu menggunakan pendekatan yang sangat berbeza daripada politik tradisional Thailand.

Mereka agresif di media sosial, bahasa kempen mereka santai, visual mereka moden dan pemimpin mereka pula tampil seperti representasi generasi muda bandar.

Apa yang lebih menarik, sokongan terhadap Move Forward bukan sekadar soal parti. Ia menjadi simbol protes generasi muda terhadap sistem lama.

Anak muda Thailand melihat politik sebagai alat perubahan sosial, mereka mahu reformasi institusi, mereka mahu kebebasan bersuara, mereka mahu kerajaan lebih telus dan mereka mahu masa depan yang lebih baik.

Fenomena itu sangat penting untuk difahami dalam konteks Malaysia. Hari ini, generasi muda Malaysia juga semakin berani menyuarakan pandangan. Mereka lebih berpendidikan, lebih celik digital dan lebih terdedah kepada politik global.

Mereka melihat bagaimana anak muda di negara lain mencorakkan perubahan.

Sebab itu pendekatan politik lama yang terlalu bergantung kepada retorik perkauman sempit semakin kurang berkesan di bandar-bandar besar. Anak muda hari ini lebih memikirkan masa depan ekonomi berbanding sentimen nostalgia politik.

Politik sebagai hiburan(sub

Dalam memahami fenomena Vijay, satu buku yang sangat relevan ialah “Amusing Ourselves to Death” tulisan Neil Postman.

Walaupun buku itu diterbitkan pada 1985, idea yang dibawa Postman seolah-olah sedang hidup sepenuhnya dalam dunia politik hari ini.

Postman berhujah bahawa masyarakat moden akhirnya akan berubah daripada budaya berfikir kepada budaya hiburan.

Dalam dunia yang terlalu dipenuhi visual, manusia tidak lagi memilih berdasarkan hujah paling mendalam. Sebaliknya mereka tertarik kepada siapa yang paling mampu menghiburkan perhatian mereka.

Apa yang menakutkan, Postman mengingatkan bahawa politik akhirnya juga akan berubah menjadi satu bentuk hiburan massa.

Hari ini, ramalan itu sedang berlaku di depan mata, TikTok menjadi pentas politik, podcast menjadi medan perang persepsi, ‘meme’ menjadi propaganda moden dan personaliti kadangkala lebih penting daripada idea.

Hakikatnya fenomena Vijay sangat dekat dengan analisis Postman. Beliau datang daripada dunia hiburan. Beliau memahami emosi massa. Beliau memahami bahasa budaya popular dan beliau tahu bagaimana membina hubungan psikologi dengan generasi muda.

Dalam era digital, pengaruh budaya popular boleh menjadi lebih kuat daripada ideologi politik tradisional. Anak muda hari ini membesar dalam budaya internet yang bergerak terlalu pantas.

Perhatian mereka singkat, maklumat bergerak dalam bentuk video pendek, politik pula perlu bersaing dengan hiburan setiap saat. Sebab itu ramai ahli politik lama gagal menyesuaikan diri.

Mereka masih bercakap dalam bahasa politik era televisyen sedangkan generasi muda hidup dalam budaya skrin telefon pintar.

Postman sebenarnya memberi satu amaran besar.

Beliau percaya demokrasi boleh menjadi lemah apabila rakyat hanya memilih berdasarkan hiburan dan emosi semata-mata. Tetapi dalam masa sama, realiti politik moden menunjukkan bahawa sesiapa yang gagal memahami budaya hiburan digital akan tenggelam.

Inilah dilema politik abad ke-21. Politik perlu serius tetapi untuk menarik perhatian rakyat, ia juga perlu memahami budaya hiburan. Menariknya Malaysia sedang bergerak ke arah realiti yang sama.

Hari ini ramai anak muda mengenali influencer politik lebih cepat daripada mengenali ahli Parlimen. Ada tokoh politik yang petah berdebat di Dewan Rakyat tetapi gagal menarik perhatian di TikTok.

Sebaliknya ada tokoh yang berjaya membina pengaruh besar hanya melalui kandungan media sosial yang dekat dengan budaya anak muda. Ini menunjukkan medan politik sudah berubah sepenuhnya.

Kuasa politik hari ini bukan sekadar tentang siapa mempunyai organisasi paling besar. Tetapi siapa paling berjaya menguasai perhatian masyarakat. Dalam dunia digital, perhatian ialah kuasa. Dan generasi muda ialah pengguna terbesar kuasa tersebut.

Suka atau tidak Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sudah membuktikan walaupun parti MUDA yang diwakilinya tidak sebesar mana saiz organisasinya.

Berbanding dahulu, parti yang mempunyai jentera paling besar biasanya mempunyai kelebihan besar.Tetapi dalam era media sosial, persepsi boleh mengalahkan struktur.

Satu video TikTok boleh mengubah sentimen nasional, satu podcast boleh merosakkan imej politik bertahun-tahun. Satu kenyataan tidak sensitif boleh menyebabkan kemarahan digital besar-besaran.

Politik moden bergerak terlalu pantas. Sebab itu ramai pemimpin lama kelihatan sukar menyesuaikan diri. Mereka masih bergerak dalam kerangka politik era 1990-an. Sedangkan pengundi hari ini hidup dalam dunia digital yang berubah setiap jam.

Dalam konteks Malaysia, parti-parti politik perlu memahami bahawa medan perang sebenar kini bukan sekadar di bilik gerakan. Tetapi di media sosial, di TikTok, di Instagram, di X, di YouTube.

Dan lebih penting, di ruang emosi anak muda, politik bukan lagi sekadar siapa paling kuat tetapi siapa paling dekat di naluri anak muda.

Dalam membicarakan perubahan generasi dan jiwa masyarakat, pemikiran Hamka sebenarnya sangat relevan.

Dalam bukunya “Peribadi”, Hamka menulis bahawa manusia besar bukan sekadar mereka yang memiliki kuasa, tetapi mereka yang mampu memahami denyut jiwa masyarakat.

Hamka melihat bahawa perubahan zaman memerlukan perubahan cara mendekati manusia. Menurut beliau, pemimpin yang gagal memahami perasaan rakyat akhirnya akan ditinggalkan walaupun mempunyai kekuatan besar.

Pandangan Hamka ini sangat tepat dalam membaca politik moden. Hari ini, ramai ahli politik terlalu fokus kepada strategi kuasa sehingga terlupa memahami psikologi rakyat.

Mereka bercakap tentang angka ekonomi, tetapi gagal memahami keresahan emosi anak muda. Mereka bercakap tentang pembangunan, tetapi gagal memahami tekanan hidup generasi baharu.

Dalam buku “Falsafah Hidup” pula, Hamka banyak membicarakan tentang pentingnya keikhlasan dan hubungan manusia. Beliau percaya manusia boleh menilai ketulusan. Dan dalam politik moden, ketulusan itulah yang dicari anak muda.

Sebab itu sesetengah tokoh politik yang tidak terlalu sempurna masih boleh menjadi popular kerana mereka dilihat lebih tulen.

Fenomena Vijay sendiri boleh dibaca melalui sudut ini. Beliau berjaya membina hubungan emosi dengan pengikutnya jauh sebelum memasuki politik.

Apabila beliau memasuki gelanggang pilihan raya, beliau sebenarnya sudah memiliki “komuniti emosi” yang sangat besar. Inilah kekuatan politik moden.

Pilihan raya Malaysia selepas ini kemungkinan besar akan semakin dipengaruhi oleh corak pengundian generasi muda. Parti-parti politik tidak lagi boleh hanya bergantung kepada penyokong tradisional.

Mereka perlu membina hubungan baharu dengan pengundi muda. Dan hubungan itu tidak boleh dibina hanya ketika musim pilihan raya.

Hendak tahu, anak muda hari ini boleh menghidu kepura-puraan, mereka tahu siapa yang benar-benar konsisten, mereka tahu siapa yang hanya muncul ketika mahu undi.

Sebab itu politik masa depan memerlukan pendekatan lebih organik, lebih manusiawi, lebih dekat dengan realiti kehidupan rakyat.

Parti politik juga perlu menerima hakikat bahawa generasi muda hari ini jauh lebih bebas. Mereka tidak mudah takut, tidak mudah terikat dan tidak terlalu obses dengan hierarki politik.

Kesetiaan mereka bersifat cair, hari ini sokong, esok boleh berubah. Ini menjadikan politik masa depan jauh lebih dinamik dan tidak boleh diramal.

Fenomena Vijay juga membuktikan satu perkara penting. Budaya popular kini mempunyai pengaruh politik yang sangat besar. Dulu, hiburan dan politik dianggap dua dunia berbeza. Semuanya kini mempunyai kuasa membentuk persepsi politik.

Kebangkitan Vijay di Tamil Nadu bukan sekadar kisah seorang pelakon memasuki politik. Sebenarnya simbol perubahan besar demokrasi moden.

Harapnya Vijay akan berjaya dalam politik realiti sepertimana perannya dalam filem Sarkar. Dan kita boleh berdoa kejayaan itu akan datang kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau tidak bulan ini, bulan depan dan kalau tidak tahun, ini tahun depan. TITIK.

MOHD NAJIB HASHIM bekas ketua pengarang Suara Keadilan dan bekas editor Selangorkini.  




KISAH TIKAMAN 61 KALI......INI CERITANYA.


Nazri Haris






 Dah tengok 999 malam tadi tentang tik4man 61 kali pada Nurfishah? Sedih, terasa ke ulu hati, tapi juga terkilan pada ibubapa saspek juga. Kenapa?

...

...


#Ceritera1 


=24 Jam Baru Kenal= 


Ya, hanya 24 jam tempoh perkenalan di alam maya sudah cukup untuk mengubah sebuah takdir menjadi tragedi paling menyayat hati di Ketereh, Kelantan.


Nurfishah Zulkifli, seorang gadis berusia 19 tahun,


mahasiswi semester tiga jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di KPTM, kini hanya tinggal nama dan kenangan.

...

...


#Ceritera2 


=Kronologi Malam Berdar4h=


Mengikut laporan, 1 Mei 2026, bermula seperti biasa.


Nurfishah keluar untuk makan malam di Wakaf Bharu bersama seorang kenalan yang baru dikenalinya sehari melalui aplikasi sosial.


Menaiki sebuah Perodua Bezza putih milik si ibubapa saspek.


Jam 11 malam, Nurfishah masih sempat memuat naik status, detik terakhir dia dilihat masih bernyawa.


Namun, di dalam kenderaan itu, dilaporkan suasana harmoni bertukar menjadi ngeri. Berlaku pertelingkahan.


Suspek, seorang remaja lelaki seusia mangsa, dipercayai gagal mengawal emosi.

...

...


#Ceritera3 


Dalam keadaan marah dan takut yang melampau, saspek bertindak di luar batasan manusia.


Nurfishah ditik4m.


Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 61 kali.


Saat-saat akhir arwah.


Dia cuba menyelamatkan diri, membuka pintu kereta dan terjatuh di atas jalan raya yang gelap gelita di Kampung Simah.


Kawasan itu sunyi, dikelilingi sawah padi, tanpa lampu jalan.


Suspek yang panik melihat cahaya lampu kenderaan lain terus memecut pergi,


meninggalkan Nurfishah kaku dalam genangan d4rahnya sendiri.

...

...


#Ceritera4 


=Bilamana "Kasih" Menjadi Buta=


Ada satu bahagian dalam siasatan ini yang membuatkan kita terkedu.


Selepas membvnuh, suspek pulang ke rumah.


Dia mencuci kereta bapanya itu bukan sekali, tetapi 3 hingga 4 kali bagi menghilangkan kesan darah.


Segalanya berlaku di depan mata ibu bapa suspek yang berusia 60-an.


Apabila polis tiba, ibu bapanya enggan memberikan kerjasama. 


Mereka mendakwa tidak tahu apa-apa.

...

...


#Ceritera5 


=Berhenti sejenak dan berfikir=


Mengapa seorang ibu atau ayah sanggup membisu walaupun melihat anak sendiri mencuci darah pada jam 3 pagi?


Mungkin itu adalah naluri perlindungan (protection instinct).


Dalam fikiran mereka, mungkin ada rasa panik yang amat sangat: 


"Ini anak bongsu aku, aku tak mahu dia masuk penjara, aku tak mahu dia mati di tali gantung."


Kasih sayang itu adakalanya membutakan logik.


Mereka mahu menyelamatkan "dunia" anak mereka, walaupun anak itu baru sahaja menghancurkan dunia orang lain.


Namun, kita perlu sedar satu hakikat pahit, Nurfishah juga adalah seorang anak.


Dia juga mempunyai ibu bapa yang menghantar dia ke kolej dengan harapan melihatnya berjaya.


Kelebihan memberikan perlindungan kepada anak sendiri tidak seharusnya merampas keadilan bagi anak orang lain yang sudah hilang nyawa.


Keadilan bukan sekadar tentang hukuman, tetapi tentang memulangkan hak kepada yang teraniaya.

...

...


#Ceritera5 


=Apa Maksud 'Bersubahat' Dari Sudut Undang-Undang?=


Dalam kes ini, ibu bapa suspek turut ditahan kerana disyaki bersubahat.


Di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 107 & 108), 'bersubahat' (abetment) bukan hanya bermaksud membantu melakukan jenayah.


Ia merangkumi:


❗️1.Menghasut atau menggalakkan seseorang melakukan jen4yah.


❗️2.Melibatkan diri dalam pakatan jahat untuk melakukan jenayah tersebut.


❗️3.Memberi bantuan dengan sengaja (intentional aid) untuk memudahkan jenayah berlaku, atau menyembunyikan fakta serta bukti selepas jenayah dilakukan untuk melindungi pesalah.


Apabila seseorang mengetahui sesuatu jenayah telah berlaku,


tetapi memilih untuk mendiamkan diri atau membantu melupuskan bukti (seperti membasuh darah atau membuang barang mangsa), 


mereka boleh dianggap telah membantu pesalah melepaskan diri daripada undang-undang.

...

...


#Ceritera7 


=Pengajaran Buat Kita Semua=


Tragedi Nurfishah adalah amaran keras bagi anak muda dan ibu bapa.


Buat Remaja:

Dunia maya bukan semuanya indah. Berhati-hatilah dengan siapa anda berkenalan. Emosi manusia sukar dijangka.

...


Buat Ibu Bapa:

Pantau aktiviti anak. Jika nampak perubahan pelik, bertindaklah. 


Jangan biarkan kasih sayang kita menjadi asbab kita turut terjerumus dalam lembah dosa dan jenayah.

...


Nurfishah kini sudah tenang di Kampung Periang, Pahang.


Namun, 61 tikaman itu akan terus berbekas dalam sejarah hitam jenayah negara sebagai peringatan tentang betapa mahalnya harga sebuah perkenalan singkat.


Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fu 'anha...




Tengku Adnan kata tak tahu tanah kolam takungan banjir KL dipindah kepada pemaju

 


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkhidmat sebagai Menteri Wilayah dari 2013 hingga 2018. - Foto fail NSTP
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkhidmat sebagai Menteri Wilayah dari 2013 hingga 2018. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan beliau mempunyai pengetahuan mengenai pemindahan tanah kolam takungan banjir kepada pemaju di ibu negara ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata, urusan tanah pada ketika itu tidak berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

"Apabila saya menjadi menteri, urusan tanah sudah dikembalikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), di mana Ketua Setiausaha Negara (KSN) ialah pengerusi jawatankuasa yang berkenaan.

"Saya sendiri tidak berada dalam lembaga jawatankuasa tanah itu. Jabatan Tanah dan Galian berada di bawah KSN," katanya kepada New Straits Times.

Kenyataan Tengku Adnan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh semalam berkata kapasiti kolam takungan banjir di Jinjang dan Batu menyusut kepada kira-kira 30 peratus selepas 17 lot tanah dipindahkan kepada pemaju.

Jumlah keluasan asal kolam takungan banjir adalah 114.5 hektar membabitkan 17 lot tanah, namun kini hanya tinggal 34.35 hektar badan air selepas pemberian milikan.







Ketua Polis Negara bersuara isu kenyataan kontroversi Nik Zawawi


 


Ketua Polis Negara hari ini tampil memberi respon susulan laporan demi laporan terhadap kenyataan kontroversi Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Dalam sidang media hari ini, KPN, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dalam ceramah politiknya di Terengganu Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut berhubung ucapan tersebut dan sedang meneliti isu berkenaan bagi menjalankan siasatan.

‘Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita. Sebarang maklumat, masih lagi menunggu daripada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutupan Program Polis PDRM Special Dialogue 2026 Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), hari ini.

Nik Zawawi menjadi sasaran kecaman selepas dalam ceramah di pentas Pas, mengaitkan sahabat Nabi Muhammad dengan istilah ‘bapa ceti’ dan ‘kaki zina’.


Fokus bendung ketirisan diesel, bukan potong kuota RON95


 


Kerajaan menegaskan tiada sebarang keputusan dimuktamadkan setakat ini berhubung cadangan pengurangan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah program BUDI95, walaupun isu tersebut mula menjadi perbincangan dalam kalangan rakyat sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, fokus utama kerajaan ketika ini ialah memperkemas pelaksanaan subsidi diesel menggunakan pendekatan sistem bersasar yang sama seperti BUDI95.

Menurut beliau, kerajaan kini sedang meneliti langkah penambahbaikan terhadap mekanisme pengurusan subsidi diesel bagi memastikan sistem sedia ada lebih cekap, mampan dan mampu mengurangkan ketirisan.

Katanya, antara cabaran terbesar yang sedang dihadapi ialah jurang besar antara harga diesel pasaran dan harga diesel bersubsidi yang membuka ruang kepada aktiviti penyeludupan serta penyalahgunaan subsidi.

“Apabila berlaku jurang yang ketara antara harga pasaran dengan harga bersubsidi, maka aktiviti seperti penyeludupan dan ketirisan berlaku dengan lebih ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada cadangan pengurangan kuota penggunaan RON95 di bawah program BUDI95 pernah dibincangkan pada peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Kabinet.

Menurut Akmal, walaupun penguatkuasaan terhadap penyeludupan dan ketirisan subsidi terus dipertingkatkan, kerajaan melihat keperluan untuk melaksanakan pendekatan yang lebih menyeluruh dan sistematik.

Kenyataan tersebut secara tidak langsung memberi bayangan bahawa kerajaan masih berhati-hati dalam menyentuh isu subsidi petrol yang sering menjadi topik sensitif kepada rakyat.

Program BUDI95 sebelum ini diperkenalkan sebagai sebahagian usaha kerajaan menyusun semula mekanisme subsidi bahan api secara lebih bersasar supaya bantuan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

Namun, sebarang perbincangan mengenai kemungkinan had penggunaan atau pengurangan kuota RON95 sering mencetuskan keresahan pengguna kerana melibatkan kos harian rakyat.

Akmal ditemui selepas pelancaran laporan Malaysia Economic Monitor 2026 bertajuk Raising the Ceiling, Raising the Floor: The Jobs Agenda as a Productivity Agenda yang diterbitkan oleh World Bank.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menjelaskan mengenai pelancaran Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan Global yang diperkenalkan kerajaan bagi meningkatkan ketelusan maklumat berkaitan situasi bekalan dan harga semasa.

Menurut beliau, platform tersebut bertujuan membantu rakyat memahami bagaimana krisis global memberi kesan langsung kepada ekonomi domestik termasuk inflasi dan kos sara hidup.

Katanya, berdasarkan unjuran antarabangsa, kadar inflasi global bagi tahun 2026 dijangka mencecah 4.4 peratus, namun Malaysia setakat Mac lalu masih berjaya mengekalkan kadar inflasi pada paras 1.7 peratus.

Kerajaan, katanya lagi, menyasarkan inflasi negara kekal dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus sepanjang tahun ini, satu angka yang dianggap masih terkawal berbanding banyak negara lain.

Dalam konteks semasa, kenyataan Akmal menunjukkan kerajaan MADANI kini cuba mencari keseimbangan antara mengurangkan ketirisan subsidi dan memastikan tekanan kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak.




TIGA ACARA POLITIK MENARIK HUJUNG MINGGU INI

 




TIGA ACARA POLITIK MENARIK HUJUNG MINGGU INI

14 Mei 2026
Pada hujung minggu ini dijadual berlangsung tiga acara politik yang diadakan oleh tiga kumpulan yang berbeza.
Keputusan daripada ketiga-tiga acara ini dijangka mengubah lanskap politik semasa menuju PRU16 akan datang.
Meskipun ketiga-tiga acara dianjurkan oleh tiga kumpulan yang berbeza, tetapi ia saling kait-mengait dan mempengaruhi antara satu sama dalam keghairahan masing-masing mencari kemenangan.
Tiga acara itu adalah:-
Acara 1 - PN akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertiingginya di ibu negara pada Sabtu, 16 Mei.
Antara agenda penting mesyuarat kali ini ialah untuk mendapat persefujuan dan kelulusan berhubung kemasukan dua parti, Berjasa dan Pejuang sebagai komponen baharu PN.
Jika kemasukan dua parti tersebut dipersetujui, ia dipercayai akan mengubah wajah PN sebagai gabungan yang lebih kuat dan mantap, sambil mengurangkan lagi perpecahan sesama sendiri.
Sekaligus dengan kemasukan itu akan menjadikan PN menjadi gabungan yang lebih diyakini untuk mentadbir negara selepas PRU16 akan datang.
Acara 2 - PH akan mengadakan konvensyennya di Pusat Konvensyen Persada, Johor Bahru pada Ahad, 17 Mei.
Program akan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH serta Perdana Menteri akan menyampaikan amanat khas pada jam 4.00 petang.
Konvensyen ini bukan saja sebagai platform untuk mengukuhkan kedudukan dan kesiap-siagaan gabungan itu menghadapi PRU akan datang, tetapi juga dipercayai menjadi penentu hubungan PH dengan UMNO/BN.
Seorang pemimpin Amanah Johor, Suhaizan Kayat yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, konvensyen kali ini perlu menjadi titik penting dalam menentukan hala tuju ke depan dalam kerjasama PH.
PH dan UMNO Johor memang diketahui mempunyai hubungan tidak mesra selama ini, kedua-duanya adalah rakan kerjasa
Sementara UMNO Johor ingin bertanding secara solo pada PRN negeri itu yang dijangka diadakan sebelum hujung tahun ini dan jika PH juga menetapkan gabungan itu kena bertanding sendirian, pertembungan kedua-duanya dijangka akan menghangatkan hubungan mereka di peringkat pusat.
Selain itu, tindakan 14 Adun UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar daripada PKR, Aminuddin Harun tambah melebarkan lagi keretakan hubungan PH/BN.
Kita tunggu apa jadi di Konvensyen PH di Johor nanti..
Acara 3 - Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik mereka bersama rakan-rakan yang sehaluan perjuangan dalam satu majlis pada Ahad, 17 Mei.
Rafizi dan Nik Nazmi adalah dua bekas menteri kabinet Anwar yang meletak jawatan selepas pemilihan 2025 lalu.
Majlis akan diadakan di PJ Performing Arts Centre (PJPAC) di One Utama E, Bandar Utama.
Program bermula pukul 2.00 petang dan terbuka kepada orangramai.
Adalah dipercayai majlis ini akan menghimpunkan penyokong-penyokong Rafizi sama ada di dalam dan luar PKR untuk mereka menyatakan komitmen bersama Ahli Parlimen Pandan itu mengubah wajah politik Malaysia pada PRU nanti.
Sejak Rafizi dikerat dalam pemilihan PKR pada Mei 2025 lalu dan sejak itu beliau menjadi musuh kepada PKR dan Anwar Ibrahim, di samping mengumumkan untuk terus bertanding di Pandan melalui wadah bukan PKR, pengumuman hala tujunya Ahad ini memang dinanti-nantikan.
Bermakna selepas Ahad ini, hala tuju Rafizi dan rakan-rakannya pada PRU akan datang bukan perkara rahsia.
Yang pasti, melalui ketiga-tiga acara hujung minggu ini, suasana politik negara menuju PRU16 akan lebih menarik dan memberahikan lagi. - ShahbudinHusin 14Mei2026.

LOKMAN JAWAB SANUSI - UMNO KEDAI KECIK TAPI NAK JADI TAUKEH


 

GEMPAK! RAKYAT TERTIPU DENGAN PERMOHONAN MAAF NIK ZAWAWI ISU HINA SAHABAT NABI!


 

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗕𝗜, 𝗡𝗜𝗞 𝗭𝗔𝗪𝗔𝗪𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗕𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗔

 



Ahmad Mursi


1. Dia kata "Ayam bandar kalau tak ada makanan, punggung gu (kawan) pun dipatuk sampai mati. Anwar jenis ayam bandar, tak ada makanan dia patuk punggung.. MEMANG KAKI PUNGGUNG SUNGGUH"
2. Cara kempen PAS memburukkan hal peribadi sebegini tak ada manfaat pun untuk maslahah awam dan tak berkait pun dengan hak awam.
3. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat… dan sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat…” (Hadis Riwayat Muslim).
4. Barangkali, ada hikmah yang besar Nik Zawawi ditunjukkan aibnya menghina Para Sahabat Rasulullah SAW kini.
5. Berkopiah, bersereban, berjubah, memakai gelaran Ulama, tapi bermain-main dengan dosa besar qazaf. Apa tauladan yang nak diajar pada masyarakat?
6. Ini bukan kali pertama, pemimpin-pemimpin PAS melakukan qazaf di atas pentas ceramah.
7. Saya yakin, Allah sediakan balasan setimpal kepada pemimpin PAS yang menggalakkan dan membiarkan pengikut mereka bermain-main dengan Qazaf. Cuma balasannya cepat atau lambat je.
8. Apatah lagi mereka yang tahu hukum agama, tapi akhlak mereka rosak akibat ghuluw dalam berpolitik.
9. Kalau SU Majlis Syura Ulama, entiti terpaling agama dalam PAS, ada akhlak begitu, anda rasa ahli PAS bawahan dan picisan bagaimana? jauh lebih rosak.
10. Sebab itu, untuk menyelamatkan iman dan akhlak, didiklah ahli keluarga menjauhi PAS.
11. Kerana keburukan dosa besar dan pahala kebaikan telah jadi samar-samar, dibungkus dengan retorik agama untuk dilihat baik.
12. Khawarij Ibn Muljam tatkala dihukum balas bunuh (qisas), tidak pun rasa bersalah, malah menganggap membunuh Saidina Ali itulah jalan agama.
See less




SENARAI LEBAI TERIMA DUIT 1MDB- AHLI PARLIMEN PAS PASIR PUTEH ADALAH SALAH SEORANG PEMIMPIN PAS YANG TERIMA DUIT 1MDB - SARAWAK REPORT.



Aman Muhammad









AHLI PARLIMEN PAS PASIR PUTEH ADALAH SALAH SEORANG PEMIMPIN PAS YANG TERIMA DUIT 1MDB - SARAWAK REPORT.


Menurut Sarawak Repot atau Clare Rewcastle-Brown, berdasarkan dokumen Mahkamah London defense and couter claim, telah mendedahkan bahawa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh adalah salah seorang yang menerima duit 1MDB melalui proksi bekas Timbalan Presiden PAS pada masa itu.


Menurut dokumen ini, Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh telah menerima wang dan menggunakan wang itu untuk membeli 2 kenderaan mewah:


1. Mercedes dengan nombor plat PAS 9

2. Dan sebuah Audi mewah.


Walaubagaimana pun, sebelum sempat kes ini habis bicara, Presiden PAS telah tarik balik kes ini menyebabkan kes ini tergendala sekerat jalan.


Takut kantoi la tu.


Presiden PAS telah bayar RM1.4 juta kepada Sarawa Report sebagai kos tarik balik saman tengah jalan.


:)


p/s: Harap pemimpin-pemimpin PAS yang disebut namanya sebagai penerima duit 1MDB dalam dokumen ini, sila saman Saman Report / Clare Rewcastle-Brown sekali lagi.







BANGUNAN MAHKAMAH TINGGI SIK, KONTRAKTOR DILANTIK ZAMAN PERIKATAN NASIONAL (PAN) TAHUN 2022, KINI 2026 MASIH BELUM SIAP?

 


Syam Ghaz 



1. Zaman ni Sanusi Md Nor jadi Menteri Besar, Muhyiddin Yassin jadi PM. Era PERIKATAN NASIONAL (PAN).
2. Berita Harian melaporkan; “Sik bakal ada mahkamah baharu bernilai RM30 juta” - Dato Seri Takiyuddin Hassan, 20 Disember 2020
3. Beliau juga berkata akan siap 2022, tapi kontrak itu mula 22 Mac 2022, skrg dah 2026, apa jadi?
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pembinaan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya awal 2022.”
4. Bangunan itu akan dibuat di Kawasan tapak pembinaan yang berkeluasan tiga ekar (1.21 hektar) di Pekan Batu 5, Sik.
5. Lantikan Kontraktor dibuat waktu PAN jadi Kerajaan 33 bulan.
• Nama Kontraktor: BCI CAPITAL SDN. BHD.
• Tarikh mula: 22 Mac 2022
• Pelangan: BAHAGIAN HAL BHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI
• PEGAWAI PENGUASA: PENGARAH JKR KEDAH DARUL AMAN
• WAKIL PEGAWAI PENGUASA: JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NECE
6. Dato Takiyuddin juga umum, selain di Sik; Bachok, Kelantan; Temerloh, Pahang dan Pengerang, Johor juga akan dibina baru. Apa status sekarang?
7. Projek pembinaan Mahkamah Sik, Kedah disenarai projek sakit, termasuk dalam 157 projek sakit seluruh Negara oleh Ketua Audit Negara.
8. Kita persoalkan balik zaman siapa lantik Kontraktor tu, nak detail lagi kita buka satu satu fail baru tahu. SPRM perlu masuk siasat segera.
Tindakan Sanusi dan Nurul Islam nak salahkan Kerajaan Pusat sekarang makan diri!
Sanusi Tak Tahu Apa, Tembak Kaki Sendiri!
Syam Ghaz
See less