TEGUR KERAJAAN MELALUI HATI..KAH....

Terharu tok dengan fatwa dari lebai tok.  Fatwa ini belum wujud sewaktu kerajaan PH perintah dulu.  Wahyu baru ini turun sebaik saja lebai2 tok jadi kerajaan.  Segala kemungkaran, kita tolak gunakan niat sahaja.  Itu jihad.


Tok tanya guru tok, jika berjimak boleh tak guna niat juga?  Guru tok kata, kalau berjimak lebih afdal secara zahir dan bersentuhan.  Jika dharurat boleh guna niat tapi tentukan bawa sabun.



 

MAHATHIR PERLEKEH DAP TETAPI PARTINYA SENDIRI DAPAT BERAPA KERUSI?


Mahathir ego menongkat langit.  Orang kata "hidung tinggi", bukan sahaja hidung panjang yang kuat menipu.

Mahathir kata, tanpa bantuannya Dap tidak pernah dapat lebih dari 18 Kerusi Parlimen.  Jelas sekali bekas PM dua kali yang khianat kepada PH ini mungkin mengalami penyakit nyanyuk yang melampau.  Dakwaan Mahathir itu disangkal dengan fakta oleh Kit Siang di mana Dap banyak kali berjaya memenangi Kerusi Parlimen lebih dari 18 Kerusi tanpa si tua saka itu.  Mahathir boleh tipu anaknya Mukhriz, tetapi bukan orang lain.  Mukhriz mungkin terpaksa berdiam diri dengan penipuan bodoh ayahnya.

Mahathir telah serang Anwar dan perlekehkannya.  Mahathir juga perlekehkan Dap.  Tidak tahu bila atau adakah tergamak Mahathir memperlekehkan Amanah?  Mungkin Mahathir terhutang budi dengan abang Mat Sabu, Khalid Samad atau Salahuddin Ayob yang bersungguh-sungguh cuba bawa beliau ke dalam 'Grand Coalition".  Mungkin hanya Amanah sahaja yang tidak dibantu oleh Dap, agaknya.  

Hebat Mahathir.  Dia berjaya tingkatkan jumlah Kerusi parti-parti lain, tetapi partinya sendiri hanya dapat 13 Kerusi sahaja.  Partinya yang bertanding di negeri-negeri Melayu pun tidak dapat Kerusi.  Di Perak, partinya menang satu Kerusi Dun tapi PH beri juga jawatan MB Perak atas semangat kerjasama dalam PH.  Masih tidak sedar diri? 

Pelik juga, sampai begitu sekali perangai yang Mahathir pamerkan, masih ada yang berselera untuk bawa Mahathir bersama PH.  Tepat sekali tindakan Anwar yang tidak melayan karenah Mahathir ini.  Anwar tahu, Mahathir semakin lanjut usia dan mungkin nyanyuk.  Selepas ini, jangan kita pelik jika melihat Mahathir main najisnya sendiri.

WFAUZDIN NS


AKP vs PAS bila dapat kuasa


Abu Mishkat


AKP: 

- 1994 Erdogan yg masa tu Datuk Bandar Istanbul kata akan kembalikan wajah Islam pd kota Istanbul dan Aya Sofia akan dijadikan masjid muslimin semula. Skrg dunia menyaksikan janji itu sudah dilunasi.


PAS: 

- Sejak sebelum 1990 janji nak laksanakan Islam jika menang. 1990 menang jadi kerajaan negeri Kelantan. Tiada apa yang jadi lebih Islam di Kelantan selain bertambah kubah masjid warna hijau dan YBnya bertambah pandai seni ceramah agama pengat taik. 


- Janji nak laksanakan hudud jika berkuasa. 1990 berkuasa di Kelantan, 1993 luluskan Enakmen Jenayah Syariah yg bercanggah dgn Perlembagaan (kalau cerdik, tak buat benda yg bercanggah dgn perlembagaan negara). 2013 baru sedar bercanggah dgn Perlembagaan. Perbaharui janji nak buat hudud jika berkuasa di pusat. 2020 dapat kuasa di pusat secara tebuk atap. Kini tak mampu juga laksanakan hudud dan kecam siapa bertanya hudud sebagai suara syaitan.


- Janji nak hapuskan judi. Setelah Pas dapat kuasa kerajaan pusat, kini judi cabutan khas yang telah dikurangkan PH cuba dinaikkan kepada 22 kali seperti zaman BN. (Nota: Judi cabutan khas diluluskan BN sebanyak 22 kali setahun telah dikurangkan kpd 11 kali pd 2019 dan 8 kali pd 2020)


- Janji nak ubah uniform pramugari MAS kpd yg menutup aurat. Sampai skrg dasar pakaian pramugari MAS tidak berubah. Tiba2 pertandingan ratu cantik pula mahu dibenarkan dgn cadangan perubahan nama.


Jadi apakah yang mampu dilaksanakan Pas bila berkuasa? Tiada apa selain dapat jawatan2 bergaji besar dan keistimewaan drpd tindakan undang2 bagi menteri Pas.  


Itulah bezanya Erdogan dan Hadi Awang.



PADAM KEGEMBIRAAN


Ibrahim Mat Isa

Lebai Pas masa 2017 cukup garang ketika harga minyak naik. Lebai Pas 2021 bukan setakat kata kerajaan padam kegembiraan, tapi..

Lebai Pas yang PADAM

Harga pasaran hadapan sidelines minggu ini tapi harga di pam naik pulak. Projek train laju My-Sg dah batal korang tau kan?


Nampak, impak dari pandemik, kerajaan jadi pening mana mau masyuk duit.






 

AGENDA TERSEMBUNYI?


 Adakah agenda tersembunyi dari gambar ini?

FOKUS KPD MAHATHIR


Ahli2 PKR, penyokong2 Anwar Ibrahim tukar strategi dari menyerang pimpinan PAN seperti Mat, Din, Lid dan Fuz, adalah lebih baik fokus berkempen menolak pimpinan Mahathir.


PAN ini sebenarnya dah ok. Saya pun tidak ada masalah dgn beberapa pimpinan dan rakan2 dari PAN. Ramai yg bagus dan sgt membenci kleptopkrasi. Kecuali mereka yg sgt taksub kpd parti atau pimpinan. 


Tiada niat sebenarnya utk saya bermusuh dgn parti oren ini tapi terpaksa juga menulis dgn sindiran kerana bimbang PH lemah dan akhirnya kleptokrasi terus berleluasa mencuri wang rakyat. Harapan utk melihat Malaysia baru akn sia2.


Sepertimana PAS di bawah TG Fadhil Nor dan TGNA ia sgt baik dan berprinsip. Ia dirosakkan oleh Hadi Awang yg dari pandangan peribadi lebih mengejar kedudukan dari perjuangan utk rakyat. Yg dulu haram kini dah menjadi halal.


Begitulah 4 org ini yg dilihat tak masuk akal utk menyokong Mahathir. Din Ayob org paling sibuk berkempen saban minggu. Saya pelik gambar Din Ayob yg diletakkan di wallnya. Apakah ada agenda peribadi bila melihat gambar yg diletakkan di wallnya ini? Saya tak mahu komen lebih2 tapi kalian nilaikan sendiri. 


Gambarnya dia ditengah2... kemudian diambilnya pemimpin PR yg pro kartel. Apakah tujuannya hanya dia yg tahu dan kalian nilaikan sendiri....agaknya inilah dikatakan pimpinan baru yg buat mereka sibuk berkempen di sana sini.


Bersyukurlah dlm PH 60%nya adalah penyokong Anwar dan ahli PKR. Walaupun mereka bergabung antara PAN, Pejuang, Muda dan Warisan ( DAP dilihat LKS tidak bersetuju dgn kerjasama bersama Mahathir ) yg akn menjadi mangsa ialah PAN.

Ini kerana PKR dan DAP boleh menjadi King Maker tanpa PH sekalipun. 


Pimpinan konon muda yg dimuatkan di dlm gambar ini tidak akn dpt aura Anwar dan penyokong2 Reformasi. Mereka membuat tafsiran yg salah. Mungkin kerana nafsu mahu berkuasa. Mereka menolak Anwar, LKS, Mat Sabu dan lain2 kononnya rakyat mahu yg muda? Rakyat itu siapa dan mampukah mereka tanpa tokoh2 ini. 


Lama dan baru sebernarnya subjektif. Yg penting ada krebiliti, aura, sihat, tajam mindanya, ramai pengaruhnya. Itulah silapnya anak2 muda yg sering menyindir aura org2 lama dan sejarah perjuangan mereka.


So kalian fokus sahaja kpd Mahathir yg akhir2 ini semakin galak menyerang Ketua Pembangkang. Jika kalian menyerang PAN  atau pimpinan ia hanya merugikan kerana kalian akn saling serang menyerang dgn penyokong PAN yg dulu merupakan rakan seperjuangan. Ia hanya akn memudaratkan PH sekaligus PKR.


Fokus 2021 penyokong dan ahli PKR ( ahli PKR jgn jadi bisu dan gila jawatan sahaja... please berjuang ) ialah mengajak atau berkempen utk menolak Mahathir. Fokus kpd Mahathir supaya PH dan PKR tidak terjerat dgn serampang dua mata. 


Maksudnya kalian kena melawan Mahathir dan ahli2 PAN. So tahun 2021 fokus berkempen menolak Mahathir dgn hujah2 yg berfakta. Please jgn gunakan kata2 tidak manis kpd beliau. Tunjukkan sikap profesional kita.


Selepas Mahathir dilemahkan dan di saat akhir nanti kita lihat bagaimana pegangan segelintir pimpinan PAN ini. Jika mereka juga dua kali lima barulah kalian alihkan serangan. Kalian akn bertanya kpd Din, Lid dan Fuz adakah mereka ada agenda peribadi?


Niatkan ia utk menyelamatkan PH dan rakyat agar Mahathir tidak lagi mempergunakan PH dan PN utk menggagalkan reformasi rakyat. Malaysia tanpa Mahathir sgt diperlukan oleh negara ini.

AWAL TAHUN DAH KENA KENCING



Rina Hamzah

Baru je semalam Abahkow berdoa yang baik-baik , hari ini rakyat dah kena kencing.


▪️ Projek Keretapi Laju HSR dibatalkan. Kerajaan kena bayar pampasan kat Singapura. Jumlah pampasan masih rahsia !


▪️ Diskaun 20% tambang tren komuter KTM ditamatkan.


▪️Penyangak yang import daging haram tak kena tindakan. Yang kena cuma pasal pasang logo halal palsu kat lori.


Nampaknya, harapan untuk rakyat kena kencing oleh Kerajaan PN UMNO pada tahun ni sangatlah cerah.


Cuma yang baguihnya kerajaan isle bersma PAS ni, cabutan nombor tikam dah dihalalkan dari 8 kepada 22 kali...kihkihkih, takbirrr


Asal bukan DAP 😅


SR

PIII LA MABUK




Abu Shahid

 Setelah Kak Wan setia pada janji melantik Atuk jadi PM7 Dan membenarkan lambang PKR digunakan dalam PRU14.


2.Setelah dia letak jawatan tanpa mesorat bersama Majlis President PH, walaupun DSAI membenarkan beliau terus jadi PM sehingga habis penggal. 


3.Setelah memperlekeh manifesto PH bukan kitab suci dan Melayu pemalas. 


4.Setelah sepi selama 3 minggu berikutan krisis politik di Perak. 


5 Setelah berkali buat sidang media mempersenda DSAI. Banyak la songehan lain kalau nak ditulis. 


Kata seniman Imuda... Piii la mabuk... 🤣

KETERDESAKAN YB TUN DR MAHATHIR, GAMBARAN PENGAKHIRAN POLITIK YANG SEMAKIN KE PENGHUJUNG

 KENYATAAN MEDIA 1 JANUARI 2021

 

KETERDESAKAN YB TUN DR MAHATHIR, GAMBARAN PENGAKHIRAN POLITIK YANG SEMAKIN KE PENGHUJUNG


1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Tun Dr. Mahathir semasa majlis anjuran Parti Pejuang Tanah Air (PENAJA) terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat tiada yang mengejutkan dan menyerlahkan hakikat keterdesakan politik beliau.


2. Amat malang apabila majlis yang sepatutnya digunakan oleh YB Tun Dr. Mahathir untuk menerangkan tentang hala tuju partinya, dijadikan sebagai platform untuk menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 


3. Sikap YB Tun Dr. Mahathir ini menunjukkan seolah-olah kewujudan Parti Pejuang itu hanya semata-mata ingin menafikan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan.


4. Walhal baru-baru ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi keterbukaan beliau untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan pihak tersebut boleh menerima syarat dan prinsip perjuangan Pakatan Harapan serta meninggalkan segala sikap dan kebobrokan lama. 


5. Tun Dr Mahathir sewajarnya  bermuhasabah atas sikap beliau yang sering berdolak-dalik terhadap janji yang telah disepakati menjelang PRU-14. 


6.  AMK juga merasakan telah tiba masanya untuk Pakatan Harapan ‘move on’ daripada episod kerjasama dengan Tun Dr Mahathir. 


7.   PH perlu sedar bahawa penglibatan YB Tun Dr Mahathir yang cuba menunggang jenama grand coalition hanya sekadar strategi pecah dan perintah yang sering beliau gunakan, namun kali ini strategi itu sudah lapuk. 


8.  Amat tidak masuk akal sekiranya ulang siar strategi lapuk ini mampu memperdaya dan memecah belah kesepaduan dan kesepakatan KEADILAN dan Pakatan Harapan.


AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia



2021 - TAHUN PH WAJIB MELUPAKAN MAHATHIR



Tahun 2020 sudah pun berlalu pergi dan hari ini adalah hari pertama terbukanya tirai tahun 2021.


Bagi kebanyakan orang, kedatangan tahun baru akan diiringi dengan azam serta tekad baru.


Boleh dikata semua orang ada azam dan tekad baru yang mahu dicapai bersama dengan kedatangan tahun baru.


Khusus buat PH yang perjuangan serta kemenangannya telah dikhianati, kedatangan Tahun 2021 seharusnya juga merangsang sebuah azam dan tekad yang baru.


Secara umum, sekurang-kurangnya ada dua aspek perjuangan yang perlu dihadapi oleh PH pada tahun 2021 ini.


Pertama, terus berusaha mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati, sama ada melalui pengumpulan Akuan Bersumpah (SD) atau dengan cara memenangi pilihanraya.


Sekiranya SD yang dikumpul mencukup untuk mengambil alih kerajaan, usaha itu mungkin berakhir dengan kejayaan atau akan berdepan PRU.


Ia terpulang kepada kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong memutuskannya di mana jika baginda merasakan pilihanraya tidak sesuai diadakan sekarang, maka akan berlakulah perubahan kerajaan, tetapi jika baginda beranggapan boleh diadakan PRU, itulah yang harus dihadapi oleh PH.


Tetapi, berdasarkan pelbagai maklumat, keinginan untuk menjatuhkan kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin begitu tinggi sekarang ini.


Di pihak UMNO, mereka boleh dikata sudah tidak tahan lagi terus dibuli dan diperlakukan oleh Bersatu serta percaya lagi lama mereka berada dalam kerajaan, lagi terancam kedudukan UMNO dibuatnya.


Dalam hal ini, UMNO mula bersikap agak terbuka kepada pilihan sama ada berada dalam kerajaan campuran bersama PH buat sementara atau berdepan PRU.


Dalam kedua-dua keadaan, UMNO percaya kedudukan mereka akan bertambah baik berbanding terus berada dalam kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin sekarang.


Dalam aspek kedua, sempena kedatangan tahun baru ini juga, PH harus lebih komited mengukuhkan kedudukannya, baik untuk menjadi kerajaan menggantikan PN atau menghadapi PRU.


Masalah yang tak berkesudahan dalam PH ialah adanya segelintir pihak masih taksub dan mengharapkan Tun Mahathir Mohamad bersama gabungan itu.


Walaupun mudah difahami bahawa Tun Mahathir telah meruntuhkan kerajaan PH, mengkhianati janji peralihan kuasa dengan berdolak-dalik mengenainya, bahkan setelah hilang jawatan Perdana Menteri dan dalam cubaan merebutnya semula pun beliau masih enggan bekerjasama dan menerima kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH, malangnya ada yang kekal dengan ketaksuban serta beranggapan pengasas Parti Pejuang itu mampu menguatkan lagi PH.


Dengan pelbagai karenah yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir kebelakangan ini, adalah jauh lebih baik dan munasabah untuk semula pihak dalam PH menjadikan tahun 2021 sebagai tahun melupakan terus kelibatnya.


Dalam keadaan di mana diketahui dendam kesumatnya terlalu dalam terhadap Anwar, mesti disedari beliau bukanlah faktor penguat atau pemberi kelebihan kepada PH, sebaliknya lebih merupakan faktor pengganggu dan pemusnah kepada kejayaan yang ingin dicapai oleh PH sendiri.


Keinginan beliau hanya dirinya perlu dijadikan ketua dan Perdana Menteri atau calon yang dipilihnya saja yang bukan daripada PH sebagai calon Perdana Menteri, sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan semua pihak dalam PH tentang niat tidak baiknya, bukan saja kepada Anwar, tetapi juga kepada PH secara keseluruhannya.


Dengan kedudukan Tun Mahathir yang tidak mempunyai parti dan sokongan di belakangnya pula amat kecil, PH harus terus melangkah ke hadapan dan tidak perlu lagi membuang masa merindui atau menyebut-nyebut namanya.


Biarkan saja Tun Mahathir dan dua tiga kerat pemimpin yang ada bersamanya mereput, sebelum pada PRU15 nanti pasti berakhirlah karier masing-masing mereka itu.


Namun, selagi bayang-bayang Tun Mahathir masih wujud di kalangan segelintir pihak, PH bukan saja tidak mampu ke mana-mana, malah untuk memenangi PRU15 pun jadi mustahil dibuatnya.


Selagi Tun Mahathir dirindui atau disebut namanya oleh pihak dalam PH, selagi itulah juga beliau akan memainkan peranannya menggagalkan perjuangan PH.


Begitu pun, ini bukanlah bermakna PH bersikap tertutup dan enggan menambah sokongan yang ada.


Baik Pejuang, Warisan, Muda atau siapa saja, mereka boleh saja bersama dan menyertai PH, tetapi mestilah akur dengan kepimpinan dan jalur perjuangan yang sudah dibinanya, malah telah pun diterima oleh sebahagian rakyat di negara ini.


Tun Mahathir sendiri, sebagaimana disebut Anwar, boleh bersama PH tetapi mesti akur dengan ketetapan perjuangan sedia ada tanpa ada agenda peribadi atau lain-lainnya.


Janganlah pihak di luar sana, belum pun diterima masuk ke rumah PH, tetapi sudah pandai meletakkan syarat ingin tidur di bilik utama, mahu menyusun semula perabot dan sebagainya.


Hendak masuk ke rumah orang buatlah cara bertamu yang selayaknya. (Shahbudindotcom 01/01/2021)



LEMAH BILA BERKUASA

 

Hamdan Taha



Untuk tatapan umno dan jenteranya,

Juga jentera pkr sahabat lama. Baca lah


Tahun 2004 lokman adam masa itu su pemuda keadilan,apabila dia ada krisis bersama sdr ezam mat nor dan masa ni ke dua duanya baru lepas dari tahanan isa...beliau serang ezam sama jer seperti sekarang ini dia serang hisham atau mungkin zahid hamidi dan tok mat hassan....cara dan kaedah sama...


Akhirnya serangan itu membawa kepada masalah kepada parti dan beliau di ambil tindakan oleh parti. Masa ini parti belum memerintah dan tak kuat lagi,maka pimpinan parti berani untuk ambil tindakan


Umno pula selama puluhan tahun kehidupannya parti umno sangat berani,ramai pimpinan parti di ambil tindakan termasuk tun dr m sendiri pernah di ambil tindakan,dato harun,anwar ibrahim dan ramai lagi...kerana apa umno berani kerana umno kerajaan dan kuat. Presiden parti pun kuat...


Keadilan atau pkr berani dan kuat ketika mereka tak jadi kerajaan. Mereka dah jadi kerajaan mereka pun lemah dan tak berani ambil tindakan pada anggota parti yang langar displin. Bukti ialah Azmin Ali dan pengikutnya,mereka terbuka menyerang presiden dan parti....tapi tidak di ambil tindakan....kerana apa? Kerana pkr dah jadi kerajaan dan takut hilang kuasa...terbalik pula dengan umno...


Umno masa  berkuasa garang bukan main,pecat saja jika ada kesalahan malahan tak ada kesalahan macam saya pun kena pecat hanya kerana berucap dalam perhimpunan pemuda mempertikaikan kes salah laku kerajaan dan presiden, di pecat....hebat nya umno bila berkuasa....tapi bila dah tak ada kuasa...presiden pula lemah...bukan sekadar lemah tapi ada masalah pula...maka parti jadi lemah dan tak  berani bertindak terhadap ahli parti yang langar diaplin parti....sebaiknya presiden yang lemah berhenti sahaja...bagi orang yang lebih kuat dan berani....


Begitu juga pkr dan umno dua parti ini sedang bermasalah besar dengan ahli parti masing masing....membezakan dua parti ini ialah kuasa. Pkr parti ada dalam kerajaan tapi bagi azmin ali dan gengnya tampa mereka maka pkr tak akan berkuasa dan presiden pkr tak akan dapat jadi PM....itu kepercayaan azmin n the geng....mana parti berani pecat....malahan azmin ali n geng ternanti nanti di ambil tindakan...dan pecat...maka mereka mudah untuk memilih parti mana yang bole menerima mereka....


Saya yakin dan percaya Azmin ali dan sekutunya Hishamudin berharap dan meronta ronta minta di pecat dari parti masing masing,supaya mereka di lihat hero....dan bole bersama menubuhkan parti atau join bersatu...jika parti baru dan kedua duanya di pecat...ada kemungkinan sebuah parti baru yang akan di anggota bekas pimpinan pkr dan umno......presiden Azmin Ali dan Timbalan Presiden Hishamudin atau sebaliknya.....


Bagi saya azmin dan hisham sedang merancang supaya mereka di pecat dari parti masing masing. Itu sebab kaedah berperang sama,azmin berani ugut parti dan presiden secara terbuka. Hisham pun gerakan sama bezanya dia tak buat secara terbuka...tapi ugutan pada presiden sama saja....itu sebab hisham tak takut di ambil tindakan malah suka....


Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh tun dr mahadir dulu sudah akan sampai dua hari lagi. Apakah wawasan yang di maksudkan tun m agaknya. Wawasan beliau ialah terus kekal pm,kayakan anak beranak...terus di lihat unggul di kalangan ahli politik melayu....dan sentiasa menjadikan malaysia berada dalam keadaan krisis. Terbukti wawasan tun dr m beberapa hari lagi tercapai....terutama kepada orang melayu dan islam....semuanya carca merba.....keluarga 69.....inilah kerjayaan besar tun m kepada negara ,agama juga negara.....


Kita tunggu 2020...


Hamdan taha


Penjual roti canai kari kambing




SELAMAT TINGGAL 2020 - WAWASAN 2020 YANG MEMALUKAN MAHATHIR



Terbukti Wawasan 2020 ilham Mahathir gagal.  Apa yg berlaku pada 2020?


1.  Mahathir letak jawatan untuk meranapkan kerajaan PH.


2.  Mahathir dipecat dari parti Bersatu iaitu parti yang beliau sendiri asaskan dan paling mengaibkan surat pemecatan itu datangnya dari seorang SUK parti sahaja.  


3.  Mahathir ketinggalan jauh dengan Anwar dari segi sokongan apabila dua nama dibawa ke Istana untuk menjadi PM.  


4.  Mahathir mahu menjadi PM untuk kali ketiga tetapi di bawah kerajaan perpaduan, sekaligus untuk menguburkan PH, namun gagal.


5.  Mahathir kembali ke pangkuan PH untuk menuntut sekali lagi menjadi PM walaupun untuk 6 bulan sahaja.  Namun, muslihatnya gagal apabila dapat dibaca oleh Anwar Ibrahim.  


6.  Mahathir berkata, beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan Keadilan lagi.  Seterusnya beliau sering menyerang Anwar di media.  Provokasi Mahathir tidak berjaya menarik perhatian Anwar.


7.   Mahathir tubuhkan parti baru bernama Pejuang di mana beliau Pengerusi, anaknya Presiden.  Mahathir sebut Pejuang bukan bersama PH dan bukan juga bersama PN.  


8.   Mahathir kata, PH tidak akan berjaya tarik pengundi2 Melayu jika tinggalkan beliau.  Berapa juta ahli di kalangan melayu dalam Pejuang sekarang? 


9.   Mahathir melenting bila Anwar letakkan syarat sekiranya ada mana2 pihak ingin menyertai PH dan menuduh Anwar menolaknya bulat2.  Dia mungkin lupa, dialah yang umumkan tiada kerjasama lagi dengan Anwar dan Pejuang tiada kaitan dengan PH. 


10.  Mahathir kata, beliau tidak perlu taat dan patuh kepada Anwar.  Terbukti apabila di Parlimen, majoriti Pembangkang duduk mengikut cadangan Anwar,  dua beranak ini bangun terpinga2 macam orang bodoh. 


Cukup sepuluh je aku imbau kembali peristiwa penting " Wawasan 2020" yang memalukan Mahathir.  


WFAUZDIN NS



TAHUN 2021 JANGAN KAWAN DENGAN ORANG JAHAT..NANTI JADI JAHAT


 

PAS UMNO jadi bisu isu kekerapan cabutan khas

 



Muafakat Nasional tidak seindah dibayangkan, Umno-Bersatu pula menunggu  belah – Malaysia Dateline



Oleh Ghafar NS

Dalam kekalutan mencari jalan keluar dari krisis ekonomi ketika pandemik Covid-19 masih berlarutan di dalam dan luar negara, kerajaan Perikatan Nasional nampaknya masih sempat mengumumkan bahawa kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4-digit ditingkatkan kepada 22 kali pada tahun hadapan.

Ia mengembalikan amalan lama di bawah pentadbiran Barisan Nasional, di mana cabutan khas nombor ramalan bagi Magnum, Sport Toto dan Da Ma Cai ditetapkan kepada 22 kali setahun.

Namun, keadaan itu berubah selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, kerajaan PH meneliti baik buruknya kesan terhadap rakyat yang suka mencuba nasib ini. Akhirnya, pada November 2018, kerajaan PH memutuskan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas ini daripada 22 kali setahun kepada 8 kali setahun.

Senator DAP, Liew Chin Tong, ada membuat satu hantaran Facebook semalam berkenaan dengan permintaannya supaya kerajaan PN mengikuti langkah PH menurunkan kadar kekerapan cabutan khas bagi mengekang dan mengurangkan pelbagai permasalahan sosial, terutamanya dalam kalangan golongan B40.

Main judi menyebabkan ketagihan. Untung rugi jadi taruhan.

Apa yang menariknya dalam status FB Chin Tong adalah menurutnya, cabutan khas dimulakan pada 1999 bagi membantu mangsa wabak virus Nipah yang menular pada tahun itu.

Kerajaan ketika itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas dan akhirnya terdapat 156 hari cabutan biasa serta 22 hari cabutan khas setiap tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada bulan April lalu lagi mengatakan bahawa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, aktiviti perjudian dalam talian menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Bayangkan dalam waktu sekarang?

Ini merupakan satu hal yang amat membimbangkan. Apabila kebanyakan syarikat swasta terpaksa ditutup dan ramai yang kehilangan kerja, semakin bertambah pula bilangan masyarakat yang melibatkan diri dalam aktiviti perjudian.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan bahawa kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan, mereka ini akan lebih kerap mencuba nasib.

Sesuai dengan imej kerajaan Melayu-Islam yang dibawa oleh Perikatan Nasional, maka saya sebagai salah seorang rakyat yang turut prihatin, meminta Menteri-Menteri daripada UMNO dan PAS khususnya, untuk bersuara dan menarik kembali keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas. 




Mulakan dengan kaki kanan melangkah tahun 2021

 

Oleh Nor Miswary Ramli

(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)

Tahun 2020 yang ditunggu-tunggu sejak kita kecil akan berakhir hari ini. Tahun istimewa yang dinanti-nanti semenjak saya dibangku sekolah lagi akan tamat hari ini. Tahun yang sarat dengan imaginasi tersendiri – bagaimana rupa Malaysia pada tahun 2020? Apakah kemajuan
yang telah kita capai dalam tahun 2020 ini atau ia sebenarnya rahim yang melahirkan kegagalan terbesar dalam sejarah moden Malaysia?

Jauh di sudut hati, tahun 2020 seolah-olah tiada apa yang boleh kita kenang – sekurang-kurangnya sebagai memori paling manis. Kalaupun kita cuba memerah ingatan mencari-cari apakah detik yang paling manis untuk dikenang, memori itu seakan-akan tiada. Tahun 2020 seakan hilang pergi seperti debu berterbangan seusai Thanos memetik jarinya dalam Avengers: Infinity War.

Matlamat akhir yang dicita‐citakan apabila tiba pada hujung tahun 2020 seperti hari ini – ialah sebuah negara Malaysia yang benar‐benar maju. Kemajuan yang dicita-citakan tidak hanya terhad dalam kegiatan ekonomi malah merangkumi politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka seharusnya telah bersedia menjadi negara yang benar‐benar maju, bersatu-padu biarpun berbeza bangsa dan agama, mampu berdikari, progresif serta mengecapi kemakmuran. Rakyat Malaysia pada tahun 2020 akan dapat menikmati kehidupan sebagai sebuah masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Adakah kita sedang merasainya hari ini? Jika tidak, tidaklah bermakna kita telah gagal atau sesiapa yang pernah mengusahakannya juga turut gagal. Jadi, jika berjaya pun tidak, gagal pun tidak, apakah kita patut lupakan sahaja angan-angan tersebut atau sekurang-kurang menjadikannya bekal buat mengadap tahun baharu, tahun 2021?

Kalaupun ada yang mahu melupakan semua titik hitam dalam tahun 2020 – mungkin bermula dengan Langkah Sheraton dan siri pengkhianatan politik, Kerajaan tebuk atap yang tidak absah, gelombang parti politik yang ombak tinggi melangit, Covid-19 yang memenatkan yang masih terlalu jauh dari mahu tamat dan pergelutan ekonomi rakyat yang sangat tajam meruncing.

Dengan kesemua senarai panjang yang kelihatan tidak mahu surut ini, mungkin kita boleh simpan sikit cita-cita dan semangat tahun 2020 untuk membina negara bangsa sebagaimana yang pernah dirangka pada tahun 1991. Asas kepada pembinaan tersebut adalah untuk mewujudkan sebuah identiti kebangsaan yang inklusif buat rakyat Malaysia.

Sebuah negara bangsa hanya dapat ditempa oleh rakyatnya yang telah pun menerima perbezaan di kalangan berlainan bangsa sebagai satu kelebihan. Nilai tersebut menjadikan negara bangsa yang dicita-citakan menjadi begitu unik dan tidak akan menyerupai negara lain sehingga mengabaikan identiti dan etnik sendiri.

Tahun 2021 bukan tahun untuk kita mengeluh sesal atas apa yang berlaku pada tahun 2020. Nombor satu (1) dalam 2021 adalah pengiraan baharu selepas nombor sifar (0) dalam tahun 2020. Ia seperti momen di mana Batman cuba mencetuskan idea menghidupkan semula Superman dalam Justice League – penting dan genting tetapi boleh dijayakan (workable).

Kita mulakan dengan kaki kanan untuk melangkah tahun 2021. Cita-cita sebuah negara bangsa yang mahu diperkenalkan dan diusahakan semenjak 1990-an kita mulakan semula pada hari pertama tahun 2021. Sebuah negara bangsa akan membantu kita menghadapi pergelutan ekonomi, pandemik, pasang surut kepercayaan rakyat kepada ahli politik, kemerosotan kesihatan dan kelemahan menjaga kebajikan.

Hanya sebuah negara bangsa sahaja yang akan menyatukan kita semua. Sebuah negara bangsa tidak akan mengikat kita dengan kebanggaan bangsa dan agama, kepercayaan politik, latar pendidikan atau kekayaan sehingga membezakan diri kita dengan saudara kita yang lain. Lambang-lambang tersebut akan hanya duduk bersemayam di dalam diri masing-masing, tidak pula dipamer dan dijadikan baju perisai diri. Kita akan berjaya kali ini.




PH bincang idea ‘gabungan besar’ bulan depan, kata Guan Eng

 

Lim Guan Eng berkata, parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi PRU15. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan “gabungan besar” yang merupakan kerjasama baru antara parti pembangkang bulan depan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan berjumpa tahun depan…antara yang akan dibincangkan adalah pembentukan gabungan besar. Ini saja yang saya boleh cakap…selain itu kita tunggu lepas perbincangan,” katanya selepas melawat feri Pulau Pinang.

Idea penubuhan “grand coalition” dicadangkan Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya dan Presiden Warisan, Shafie Apdal yang menyarankan pembangkang membentuk kerjasama menerusi gabungan besar untuk menghadapi PRU15 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.


Anwar Ibrahim: Dr Zeti Mesti Memberi Penjelasan Pertuduhan Mengaitkan Ke...



KENYATAAN MEDIA 31 Disember 2020 Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini. Imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya. Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan. Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban dan melawan rasuah. Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti. Beliau yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, dan apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik. Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low. Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini. Pemerintah Republik Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi dampak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka. Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini. Walhal di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan. ANWAR IBRAHIM



RENTASAN 796 | TAKIYUDDIN, AG DAN KDN 'DICABAR' DEDAH SEGERA 'KEBENARAN'...






MENARIK DALAM RENTASAN 796
1. PEMBELAAN ADIB: KENYATAAN TAKIYUDDIN TIDAK MASUK AKAL 2. JUDI: PENUNGGANG AGAMA DIAM MEMBISU 3. TAJUDDIN CUBA PENGARUHI KEPUTUSAN PRASARANA




AMT UMNO DESAK PAS BUAT KEPUTUSAN SEGERA!



Manakala di Selangor pula, Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian seluruh negeri ini dijangka akan membawa salah satu daripada tiga usul wajib UMNO Selangor untuk dibahaskan di peringkat bahagian masing-masing. Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, mesyuarat yang dijadualkan selama tiga hari bermula Jumaat ini akan membahaskan usul berkaitan usaha UMNO Selangor bagi memperkukuh kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).